Friday, November 25, 2011

Baby Hannah da kluar

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...
Kembar ni. Tapi belum tau jantina.
Lepas ni kena g check up tau.

Friday, November 18, 2011

Hannah and Lilo

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Masa 30 September 2011, aku ngan Amin gigih nak bawak Hannah and Lilo pegi check up.
Sejak aku take over diorang, tak pernah sekali pun aku bawak diorang g check up.
Plus, aku risau nengok Lilo makin kurus, while Hannah nampak sihat.

Aku bagi diorang makan benda-benda ni je. Aku takut nak explore makanan lain.
  1. tomato cherry
  2. putih telur
  3. carrot
  4. tembikai
  5. honey dew
  6. apple fuji
  7. air masak
  8. HPW complete
  9. Bugsy yogurt drop
  10. Bugsy Happy Glider Chicken Protein
Aku perasan yang Hannah memang sihat. Bulu dia kembang, makan pun selera. tapi dia tak berapa nak aktif la kalau nak compare ngan Lilo.

Lilo plak terlampau aktif. If aku lepaskan dalam bilik, kemain dia punya lari. Sekejapan da losap.

Para penternak Sugar glider area KL/Selangor memang sedia maklum la kan.
PET SHACK memang markas diorang.
Aku dapatkan bekalan makanan pun kat sini. Masa tu kitorang tanya la vet utk SG katne.
then dia bagi biz card ni:

hand N paws
C-17G, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria Damansara 47301 PJ.
03-78046539

Klinik ni ade vet yg expert pasal SG. tapi dia ada hari tertentu je.
And of course, setelah kami sesat sarat barat tu sume,
Vet xde pada hari tersebut. kesilapan kami, tak call dlu.
then staff kat klinik ni bagi pulak biz card ni.

Healing Rooms
Lot 29, Grd Flr, Wisma Dicor,
Jalan SS17/1A, 47500 Subang Jaya.
03-56376166

Kali ni kami bertindak bijak. call dlu.
staff cakap datang around 3.00 pm.

Again kami perlu sesat dan sebagainya.
Aku geram je ngan Amin, tak abis2 nak on GPS.
GPS tu bukan boleh detect pun jalan sehala jalan takde hala.

Lagi best, vet ni dekat la sangat ngan uma aku.
Area Empire nun.
Doc dia nice.
macam2 tips dia bagi.
bila da banyak sangat tips, aku pun lupa.

Doc yg sahkan Hannah preggy.
She can rasa tau, Hannah got a baby in her pouch.
Suke riang ria aku dengar. Macamkan aku pulak yg preggy.
Taoi sentap gak aku bila doc kata jgn bagi cherry tomato and grape.
Buah2 yg ade biji kecil2 ni tak elok.
Padahal aku baru je bagi diorang grape.hehehe....

Bayaran pun tak la mahal mana.
If check up biasa n consultation tak silal dalm Rm20 ke Rm30.
Aku ingatkan untuk sekor.
Rupanya diorang kira pakej trus. Weeeeee..

Doc cakap
  1. Hannah sihat. berat badan stabil
  2. Lilo sihat tapi kurus. memang ketara sangat. pasti berdasarkan botak kat kepala dia tu da menunjukkan yg dia ni senang adalah jantan senang kena buli sebab botak kat kepala dia tuh kecik je.
  3. Pas 2 bulan kena datang lagi. Iaitu selepas baby keluar dari pouch mak dia.

 Scramble egg with carrot.
Curlast ko noks.

yang berdiri di pintu masuk adalah Lilo.
Nengok kat kepala dia. Botak tapi bulatan dia kecil je.
 
Time ni aku nak transfer kan diorang dalam cage.
Tetiba nengok Hannah tengah jilat2 kat perut dia.

Ni semua pic smalam aku captured.
Suppose da cukup bulan la kan.

Time Malaysia VS Indonesia aku emosi terlebih.
Tu yang ngadap bebudak ni.
Alih ternampak pulak benda kaler itam tu.
Ape ek. Tali pusat kot.
Amazing tau sebab lubang kat perut dia tu kekadang boleh kembang cenggitu.
Kekadang rapat je.


 Dia da perasan la kita amik gambar dia.

Pastu kan tetiba je baby keluar.
Ya Allah. Terperanjat aku.

Tu dia.
Geli pon ada gak.


Anak tak nak masuk balik.
Aku terus zip kan balik beg ni.
Mungkin tak selesa sebab terang.
Then aku layan bola balik.
Pastu bila aku nengok balik, baby da masuk perut mummy.
Takmo la selalu kuar baby. Takuit plak aku nengok.
Da macam ank ape ntah.





2011, Triple Baby

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Baru aku perasan, aku tak rekodkan pun detik2 indah keluargaku.
Tahun 2011 adalah sejarah kami sekeluarga.

  1. 21 Ogos 2011 - Lulu, kucing yang dok temankan ayah dan ibu di JB selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. It is kembar 3. Malangnya, kami tak dapat mengesan jantan yg sepatutnya bertanggungjawab ke atas kejadian ini. Ayah orang yang sangat frust sebab dia jaga betul budak Lulu tuh.Ayah memang memilih menantu untuk Lulu. Kekonon nak yang berdarjat je.Alih2 ntah bila masa si Lulu dikerjakan tup tup bersalin.
  2. 23 Ogos 2011 - Rayyan Anaqi dilahirkan. Kesayangan semua orang. Menjadi perbualan utama keluarga. Semua pun teruja sampaikan anak2 Lulu pun kitorang lupa nak tanya, apatah lagi nak jengah balik JB. Kesian Lulu.
  3. 30 September 2011 - Hannah disahkan mengandung. Almost a week. Doc kata baby da klua tapi still duduk dalam kantung Hannah. Umur Joey akan dikira sebaik dia keluar dari kantung mak dia. Aku amat berhati2 bila nak pegang Hannah. Takuit terpicit baby tomey.
Meriahkan tahun ni. Ari tuh balik JB lupa lak nak amik gambar tecit2 tuh. Kucing cepat membesarkan. Da riang ria budak2 tuh main2 kejar. Pantang lepas dari reban, terus berlari. Lulu pun sekarang aku syak da abis pantang. Kemain gatal dia nak carik jantan. Jangan la terlepas lagi. Takut tak sempat nak buat family plannning kang tetiba je bunting lagi.







Thursday, November 17, 2011

Kawan Saya Kahwin !

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Hari ni Malaysia Vs Indonesia kan.
Takuit nyer..
Mesti aku tak nengok sangat.
Sebab aku emo terlebih nanti.
Darah gemuruh yang lebih.
pastu siap sejuk kaki dan tangan.
Hover gituh..


Ok.
Nak rekodkan hari bersejarah Shaera Illiana binti Norizan dan Muhammad Salleh Abu Bakar.
Before this penah rekodkan hari pertunangan mereka.
Aku kenal Wak Leh dlu.
Asal2 kenal time tadika lagi.
Continue sekolah rendah, sekolah menengah.
She pulak aku kenal since sekolah menengah.
Diorang ni pun start bercinta since form 5.

She penah kantoi ngan bapak dia tau.
Naik motor ngan Wak Leh nak balik uma.
Alih2 pakcik norizan muncul dari belakang.
hamek kau!
sampai uma terus kena sedas..

Tapi tu dulu la kan.
Now, da kawin. Berbaloi kena lempang sedas.
She keje bagus, Wak Leh pun keje bagus.


Aku da janji dengan she nak stay uma dia on friday.
so, aku jadik buruh epal malam tuh.

 Ini lah dia hasilnya.
She bagi ni untuk semua tetamu.

 Bukti aku buat keje.
Bukan mengular.

 Jijah da penat la tuh.
Kitorang pun bukannya buat 1000 biji.
Kitorang kira buruh shift malam.
Nak tak nak mesti habiskan malam tuh gak.

 Da penat buat keje.
Haruslah prektis pula.

  
Suke la mini pelamin ni.
Simple da cantek kan.

29 OKTOBER 2011

Kami yang sangat komited.
Pepagi lagi da siap.
Time ni She buat majlis khatam al-Quran.

 Bridemaids tengah bersiap.

Capturde from tangga

 
 
 Pantang jumpa kamera.
Cer baca dengan khusyuk!

 Baru habis majlis khatam.
Amik kesempatan.

  Jijah-Perasan Nora Danish

Qilah-Still single and available.
Teacher-to-be

 3 Suara..hahaha
Ada 3 saiz berlainan.
 
Sebahagian bridemaids

 Pre-wed she sangat cantek okey.
Tapi mahal nak mamps.
RM3k. Cuma dapat beberapa item. NO soft copy!
Tapi hasil dia memang tak bley dipertikaikan.
Sesapa yang berminat, sila la ke Esa Wedding.

 Lepas Zohor majlis nikah pulak.
Wak Leh steady. Siap tersasul plak.
"Aku terima nikah Shaera binti Illiana...."
2 kali lafaz, maka sah la mereka sebagai suami isteri.
Tok Kadi pun best. Cool.




 
 Part paling sedih and sebak.
Lafaz sakinah daripada ibu bapa.
Dengar pun boleh nangis tau

30 OKTOBER 2011

Resepsi kat Dewan Jubli Intan.
Sewa dia RM1k. Duit keselamatan RM1k.
If tanya aku. Aku tak berapa minat dewan ni.
Sebab dewan ni agak gelap.
Kurang lampu.Nak2 kat area tepi2.
Nasik pun tak nampak.
Tapi ape2 hal buat kat dewan memang selesa.
Hujan ke panas, tak terganggu.
Dekorasi cantik.
Makanan pun sedap.
Kami gembira.
Pengantin lega...

 Baijun N Airish. Ni pun aku kenal since tadika
Aku dokongkan Rayyan while mak pak dia makan.
Budak ni punya la bising.
Dia rilek je tido.


~~Girls~~


 Mekap bridal lain.
Baju bridal lain.
Deko2 bridal lain.
Hasil sume superb.

 Boy? kenot go.
~~Mens~~

Finally, selamat mereka disatukan.
A week before sampai la malam nak dinikahkan tu
She menjadi bridezilla yg mengganas.
Hehehe.
Happy for them...











Thursday, November 10, 2011

Tarikh Keramat (Nikah + Sanding + Bertandang)

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Pada hari Khamis bersamaan 27/10/2011 yang lalu,
keluarga Amin datang uma aku.
Nak bincang pasal tarikh keramat.

yang sebenarnya, aku ngan Amin da bincang sesiap pon
pasal tarikh ni.
Aku da bincang ngan family aku.
Dia pun da bincang ngan family dia.
Kira benda ni sekadar adat la.
eh. adat ker?
kira benda ni lebih beradab la.


Kita kan orang Melayu.
Semua pun mestila ada adab.
Mak Amin yang kata.
Anak2 mana boleh memandai.
Bagi orang tua diskas sekali.
Lagipun, family Amin kan dekat je.
So takde hal la nak datang uma boleh mengeratkan silaturrahim katanya.


Maka, bila da ada tarikh ni.
Tak geti2 ke nak proceed secepat yang mungkin.
Yang penting part nikah tuh.
Sebab aku planning nak nikah kat uma.
Harap2 tercapai la impian ku ini.


Kami akan nikah tahun depan.
Awal tahun.
Hujung bulan.
Pada tarikh tersebut memang banyak gak wedding.
Katanya public holiday kan.
Nikah, Sabtu (malam)
Sanding, Ahad
Bertandang, Isnin
Tiga hari berturut-turut sebab senang semua orang nak amik cuti.
Sekali jalan, sekali penat.
Dengan aku ngan Amin pun senang nak cuti.



So far, yang aku da booked adalah
katering, bridal, photog.
aku risau gak ni.
canopy tak booked lagi.
takde modal nak buat deposit.

Apa2 hal pun.
Doa2 la yang Tok Kadi available pada hari tersebut.
Dan adala rezeki kami nak nikah kat uma nanti.









Borang Nikah + HIV Test

Assalamualaikum WBT..
Salam1Malaysia..

Last week, aku keje dua hari je which is Monday and Tuesday.
Then Rabu kan public holiday. Pastu aku nak kena setel hal-hal nikah.
Sabtu lak Shera nikah.

Kebetulan Amin cuti dua hari on Rabu and Khamis. So, selepas ditimbang
tara here and there, aku pon terpaksa la apply cuti Khamis, Jumaat, Sabtu.
Macamkan aku pulak yang raya kan.

Lima hari dan empat malam di JB.
Tapi aku rasa macam kejap je.
Penat menggila lagi adala.
Macam-macam kejadian yang tak disangka happen.
Ada juga kejadian yang disangka happen.

Ok.
Aku semangat menggila nak setelkan pasal borang nikah.
Tapi non ado.
Sempat amik je. Aku amik ari khamis.
Tu pun lepas pukul 2.30 kot.

Sesapa yang nak amik borang nikah,
Better korang pegi awal la eh.
Pepagi sebelum subuh lebih afdal.
Waktu rehat diorang lama tau.
Hari Jumaat lagi la lama sesangat.
Untunglah dapat keje kat situ.

Nak ikutkan urusan kitorang senang je.
Sebab Amin ngan aku sama2 orang Johor Bahru.
Kitorang bajet ari khamis boleh setel semua.
Tapi apa kan daya.
Kete Amin rosaaakkkkk.

Gigih pegi lagi, pinjam kete ayah plak.
Tu yg lepas lunch hour baru amik borang.
Nasib baik, hari khamis ada HIV test kat Klinik Pesakit Luar, JB.
Maka kami terus ke sana.
Memang aku nak ke sana pon sebab nak amik stok ubat Ayah.
Lepas amik ubat ayah, Amin yang bajet tulisan lawa isi form HIV.
Aku kan bos. So, aku sign jela.
Jangan ko selitkan surat mintak izin kawin lain sudeyhhh.

 Orang bajet tulisan lawa.


 Tapi end up salah isi gak.


 Korang pilih lah yang mana berkenan ea.

Hiv test tak amik masa yang lama pun.
Nombor kitorang pun cepat je naik.
Tak sempat nak isi form.
bayar Rm1 terus gi bilik dia.
terus nak cucuk.
Nurse tuh belek Mykad then tanya ini perkahwinan ke berapa.
aku gelak2 je sambil nengok muka Amin.

Kesian Amin. Da la takut jarum.
Siap sentap uolls time nurse cucuk.
Malu aku. Ingatkan kawin ngan lelaki gagah perkasa.
Eh. nurse tu cakap dia bukan nak busy body tapi da procedure dia.

Then tunggu la dalam 10-15 minit.
Nama da dipanggil.
Keputusan adalah negatif yer.
Nurse ingatkan. HIV test hanya valid untuk 6 bulan je tau.
Bukan untuk sepanjang hayat macam sijil kursus kawen tuh..

Belum boleh kawin lagi,
Kena balik uma dulu.
Isi borang ngan fotostet ic, ngan sijil kawin.
Pastu isi saksi borang lagi.
Lagi satu yang kitorang konpiden adalah surat pengesahan status.
beria la suruh majikan sign.
alih2 baru perasan yang boleh sign adalah majikan yg beragama Islam je ea.
Kalau majikan non muslim seperti kami, bagi la opismate sign bagi pihak majikan.

sekarang ni form sume da complete.
tapi tak balek JB lagi.
perlu postpone sampai bulan 12.
kena amik cuti lagi la makanya.
Orang2 tua da bising sebab kata mereka jangan lengah2.
nanti tarikh tuh fully booked pula.
Tinggal bape minggu je lagi nak bulan 12.
Sabau yer..