Wednesday, February 29, 2012

Bulan Pertama Selepas Kahwin

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kami adalah pasangan weekend..
Maka, masih banyak yang belum berubah terutama dari segi rutin harian.
Isnin sampai Jumaat, dia di sana, aku di sini.
Kerja seperti biasa. Balik kerja juga seperti biasa.
Aku tak perlu nak rushing buat kerja rumah.
Tak perlu nak fikir lauk apa nak masak untuk makan malam.

Sebab tulah bila orang tanya, apa perubahan selepas kawin?
Aku jawab takde apa² yang berubah.
CUMA... hati adalah tenang...
dan yang pasti hujung minggu aku adalah sibuk.
Tanggungjawab juga bertambah.
Pagi² bangun beria nak buatkan breakfast.
Lepas tuh fikir nak buat lunch pulak.
Pastu terlebih rajin buat minum petang.
Pastu malam, makan jela lauk lunch tadi.

Tapi itu cuma untuk 1 hari saja.
Sempena ulang tahun sebulan perkahwinan.
Aku pun tak pasti sampai bila aku boleh bertahan dengan kerajinan itu.
Sebab aku jenis malas, duduk dapur lagi la aku malas.
Cuma bila terkenangkan sudahlah jumpa weekend je,
takkanlah nak malas jugak. Sangat melampau ok.

Lauk pertama sempena sebulan kahwin : Kacang buncis goreng, Sambal sardin, dan telur dadar.
*Amin kata sedap*weeeeee lompat bintang...

Tapi, malam tuh kami laki bini sakit perut sebab banyak sangat makan sambal kot.
Perut terkejut. Cili pun kemain la pedas. Takpe, ini adalah cubaan pertama.
Sebelum masak, siap call ibu tanya resepi sambal sardin.
Yang penting aku berusaha. Pandai jugak aku masak ek.
Pandai la sangat. Orang lain pejam mata je buat sambal sardin.

05/02/2012 : Ini masa attend wedding cousin kat Kota Tinggi. Harap Amin takkan
bela misai sampai macam tuh skali. Takuit.

06/02/2012 : Atas rundingan bersama, aku gunting rambut pendek. Aku nak pendekkkk tapi Amin tak bagi.
Amin kata kang rupa da macam Ayah. Potong stim. Cissss. Sempat lagi mengutuk diriku ini.
Inai di jari masih penuh. Rindu saat itu~~~~
  
Gambar di bawah semuanya bertarikh 31/01/2012.
Baru lebih kurang seminggu kawin. Da naik keje.
Tapi rindu katanya. Maka Amin datang untuk dinner bersama.
Macam ni rupanya orang baru kawin ek. 
Dinner pertama kami setelah bergelar suami isteri.
Lokasi : Williams Corner, Kelana Jaya.


Avocado+strawberry blend (sedap) dan Soda herb (sedap).  

Nasi Gorang Ketam Soft shell  untuk Amin (sedap)
Desert, coklat apa ntah untuk aku. rasa dia sedap, tapi sangatlah pekat coklat dia.
Gambar penutup : Kesayangan time attend wedding kat Kota Tinggi. Biar bising macam mana pun,
dia kata dia nak tido, dia tido jugak.
Eh jap, masa kami kawinkan, ada la gurauan nakal pasal bilik pengantin.
Antaranya,
Ko janganlah gegar kuat sangat, nanti lampu ni jatuh pulak
Pesanan orang yang pasang lampu dinding.
Hakikatnya, kami tidur bersama di depan tv. Itu adalah tradisi keluarga aku kot.
Time akak aku pun diorang tak tido kat katil empuk tuh.
Bagi ibu dengan ayah yang tidur. Sebab diorang lagi perlukan tilam empuk.
Tapi malam esoknya, kat umah Amin, kami dapat tidur dalam bilik.
Tapi,,,, tak terjadi apa² pun sebab kami adalah letih yang melampau.
Dan di bilik ini jugak, aku ngigau apa ntah, lantas tertumbuk manja dagu
suamiku. Terkejut Amin. Maap.. maap..
Nasib kat dagu kan.. Kalau kat tempat sensitif???

Saja je nak letak gambar bilik pengantin kami. Oren jugak.









Wednesday, February 22, 2012

Mari Mengemas Rumah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Permulaan mengemas rumah.
Perlu transform daripada rumah bujang Amin ke Rumah Kami.
Tidak la fully furnish tapi ade la sikit2.
so guna jela apa yang ada. belum ada modal mau beli barang.

Tapi keperluan asas perlu dibeli juga.
Mujurlah rumah kami area pekan Semenyih.
So, tak susahlah nak cari kedai keperluan harian
macam kedai hardware, tikar getah tuh semua.

Tikar getah adalah mahal eh. Aku beli yang murah punya je.
Nipissss sekali. Sekaki  ke seapa ntah da 2 ringgit lebih.
kami beli untuk hall je pun da RM115..
Pastu beli la tali spring untuk gantung langsir.
Ye. orang sekarang da tak pakai lagi benda ni.



Tapi apa boleh buat, kami perlu berjimat.
Dawai tu baru rm14 untuk 1 rumah. tu pun ada balance lagi.
Langsir pun fesyen zaman dolu2 hasil sumbangan mak mertua.
Tapi dapat gak 1 rumah siap ngan bilik sekali.
Janji tingkap kami tak melopong.

Kondisi rumah adalah menggerunkan pada mata aku.
Bilik yg sebelum ni rakan serumah amin duduk ditinggalkan macam tu je.
Budak tu rasanya angkut baju je kot sebab kan dalam bilik tu
dasat giler.

Tambah lak penyewa sebelum diorang da duduk rumah tuh almost 10 tahun kot.
Kemain la berkerak dinding. bawah tikar getah da jadi komuniti semut.
Area balkoni sekangkang kera penuh dengan segala ntah apa benda.
Dinding jangan cakap la. stok suka menebuk dinding kot.
Kami mengemas 2 orang. sampai aku demam sebab penuh habuk.
nasib amin adalah rajin sikit je dari aku. maka dialah yang keje lebih.

Now, rumah kami tidaklah complete.
tapi sudah selesa untuk diduduki.
tunggu rak buatan amin siap pulak.
Total duit abis untuk benda2 macam ni dalam 300 gak.
padahal benda2 kecik je pun. duit kan..

Aku rasa para pengantin baru macam aku memang excited nak menghias rumah.
Tak kira ada kos ke takde. Tetapla nak menghias sikit2.
Aku stok tak geti menghias. Aku geti kemas je.
bila Amin tanya aku nak hias apa kat dinding,
aku just sruh dia gantung gambar kami time kawin rituh. cukup.
No flower in our house. patutlah tak berseri.

Last week lepas visit mak busu kat subang, kami singgah la Ikea.
Sebelum ni beli barang sikit2 je. Tak pernah beria.
Tapi bila da ada rumah sendiri, kemain la hover.
Barang dalam list cuma 3. Tapi end up habis gak rm100 lebih.
Padahal beli barang murah je. Tapi aktiviti ini adalah seronok.
Kami pilih dan belek bersama. Tanya pendapat. nengok harga.
dia tengok aku, aku tengok dia. letak balik kat rak.
Asah pisau pun da 16.90. Aku beli sebab ibu kate guna ni best.

4.90. roller lekat2 habuk. pengaruh daripada kakak aku.

9.90 tak suka plastik da bukak pastu terdedah.

2.90 Gantung kat tingkap sinki. Tos sebelum simpan.

7.90. Memang wajib ada la kan.

6.90. nak simpan gula. Ini yang paling kedap rasanya.

11.90 kot. Hahaha. Ini Amin yang minat. Aku rasa aku guna sudip je.

3.90. Ini da memang keperluan la kan. 

Barang paling mahal aku beli 19.90. Sebab nak replace meja kopi dalam bilik sewa.
So, ini lah meja makan aku kat bilik sewa. Kale pink tuh....
2.90. Rumah Amin ada 1 gerobok letak dapur gas. Ini mau letak dalam laci gerobok.
4.90. Ini pun mau letak dalam laci gerobok.
non stick pan 8.90. Ibu kata best. Aku pun terjebak. Masalahnya, rajin ke aku nak masak?

menatang kecik ni 1.90/ pcs. Nak suasana nyaman katanya.


9.90. Bau cherry. Da try bakar sekali 2. Bau sodap. Kuat jugak.
Lena aku tidur

4.90 dapat 3. Harus la belikan. 
Ini je masalahnya. Carik bagai nak rak. Tapi tak jumpa.
Da 2x pegi pun tak jumpa.


Minggu ni balik Rumah Kami nak buat ape eh.
Rasa macam nak masak la. Gas da ada.
Tapi takuit nak tunjuk skill. Kalau beliau makan sikit je cane.
Cepatlah wikennnnnn.....

Ikea tengah buat promo ayan sekor kat cafe dia kan.
Nampak macam sedap je. Tapi kami time tu da full. just sapedeq meatball je.
almond dark coklat juga sedap sebab tak berapa manis.










Tuesday, February 21, 2012

Finally, selesai sudah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aktiviti last weekend agak pack.
Tapi kami adalah puas hati sebab da setel.
Aktiviti menziarah sedara-mara area KL/Selangor la kan.
Sebelum inai di jari abes, baik setelkan sume tuh.

Seingat aku, rumah yang kami ziarah untuk side aku adalah
  • Mak Long Kempas-Ibu
  • Mak Long Cheah.- Ayah
  • Mak Busu Ina - Ibu
  • Cik Nani - Ayah
  • Pak Busu Naim - Ayah
  • Mak Uda. - Ibu
Rasanya ini je kot yang ada area sini.

Side Amin pulak (ini je yang masih hidup)
  • Pak Busu kat tiram - Mak
  • Mak Long kat pontian. - arwah Bak
Adik bradik plak side aku just family Kak Lin kat Putrajaya.
Done already. Sebelum kawin pun setiap weekend kat situ la port kami.
Lepas kawin, baru last week pegi.
Anak buah pun baru sorang. If Amin takleh ingat, tak taula nak kata apa.

Adik bradik Amin:
  • Kak Uwin
  • Nora/ Rashid
  • Abang Sham
  • Abang Khai / Badariah
  • Abang Jai / Zana
  • Kak Eda ngan Kak Ina pun kira da.
  • Kak Ngah / abg din kat Kuantan je belum.
Aku saja revise balik. Sebab aku dalam proses nak ingat nama side Amin.
Anak buah saja da 30++. Rupa pun lebih kurang.
Memang aku sampai la ni tak ingat.

Kira family belah Amin da kategori setel.
Family belah aku memang tak dapat nak complete sebab
adik bradik ayah ngan ibu ada kat JB ngan Melaka.
Tapi aku dalam kategori lega la sebab yang paling tua kami da visit.

Nak ikutkan aku ngan Amin takdelah peramah mana kan.
Tapi sampai bila nak jadi macam tuh.
Even aku sendiri bila jumpa diorang, agak kaku nak berbual.
Lagi best bila tetiba semua senyap, lantas bunyi cengkerik.
Kekadang tuh, ntah apa² jela yang kuar dari mulut.
Sengal nyer bila ingat² balik.. Harap mereka memahami.

Diorang pesan, bawak² pakat. apa² masalah kena bincang.
Jauh beza life lepas kawin ni. Banyak la pesanan diorang.
Aku angguk², senyum², dalam pala otak da imagine macam manala rupa aku nanti
lima tahun akan datang bersama keluarga tercinta.









Friday, February 17, 2012

Wiken datang kembali !

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Semua orang suka wiken kan...
Aku pun suka. Sentiasa suka.
Sebab boleh bertonyeh dengan kesayanganku.
Now tengah tunggu Amin amik.
Tadi call dia stuck kat Sg.Besi.
Biasalah situ jem.

Minggu ni adalah minggu ke-4 kami bergelar suami isteri.
Masih lagi culture shock.
Aku masih tak berkesempatan nak masak untuk dia.
Bukan taknak masak, tapi gas tak beli lagi.
Dalam ati cakap, slamat aku...
Da la tak geti masak kan.

Now, wiken banyak spend kat uma.
Kitorang memang stok suka dok uma..
Sebelum ni memang asal Ahad je kua. Wajib kua !
Baru la boleh bertonyeh.
Skarang tidak lagi. Golek la puas2 kat uma.
Best kan..

Hari Isnin sangat tak best sebab terpaksa berpisah.
Hari Selasa da merengek nak balik.
Hari Rabu keluh kesah bersama.
Hari Khamis sejuk kan ati masing2 sebab da nak wiken.
Hari Jumaat, hoyeh !


*sentiasa berdoa agar kami dipermudahkan segalanya*




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sebelum masuk rumah...

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Selalu dengar kat Sinar.Fm
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah cakap:

Lebih kurang begini bunyi nyer

Time kita  nak masuk rumah,
setan memang dok kat depan pintu.
Setan ni yang masuk dalam kepala laki bini
End up gaduh sampai cerai berai.
Masuk dalam kepala anak² .
End up suka gaduh pastu melawan cakap mak bapak

Maka dengan itu, marilah kita sama2 amalkan

~ Baca bismillah 3x
~ Senyum
~ Beri salam
Masuk dengan kaki kanan

Dulu masa sekolah agama time KAFA kalau tak silap.
Ada buku doa harian.
Suka aku amalkan doa² tuh.
Tapi makin besar makin malas pulak.
Sikit² aku tinggalkan.
Now kena revise balik dan amalkan.
Nanti senang nak didik anak² =) ...



Thursday, February 16, 2012

Official photographer kami

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...


Secara rasminya kami hired Nadi Arts Photography as a official photographer.
Kami tau pasal Nadi Arts daripada bff aku, Jijah.
Jijah giler2 punya promote nih.
Nadi arts adalah hasil usaha para sepupu.
masa event aku, ada 2 photog, Adi dan Shukri.


Hege pakej kami adalah below 2k.
Pakej ni meliputi :
Solemnization & 2 receptions(sanding belah perempuan & bertandang belah lelaki)
Free outdoor-Pre wed OR Post wed with Free makeup
1 leather custom album 10X15 (20 pages)
1 leather custom album 8X10 (20 pages)
FREE 2 photos 12R
DVD copy edited photos
Unlimited shots
Full event cover



Aku tatau nak cakap dia adalah murah ataupun mahal.
Tapi based on apa yang aku survey, hege kat JB mostly lebih kurang.
Kalau pun mahal, dapat la banyak barang.
Kalau murah dapatla sikit.
Lagi best kami tak perlu tambah duit untuk minyak dan penginapan.
Diorang cover free kat JB dan KL/S'ngor..


yang kita kena pentingkan sekarang adalah kualiti.
Aku suka cara dia edit.
Ada yang edit nampak murah, ada yang edit nampak mahal.
pastu photog tuh sendiri kena kreatif bagi idea untuk posing.
Ada member aku cerita, photog dia marah2 sebabkan diorang ni macam slow je.


So far, sepanjang aku bekerjasama dengan diorang, tak penalah kitorang kena marah.
Aje keje gile nak marah costumer.
Aku da bagitahu diorang awal².
Kami adalah stok2 kayu keras punya.
Memang tak pandai nak melentok² depan camera.


Kami tak buat pre wed.
Kami buat post wed, dan it will be bulan depan.
So segala album semua akan dapat on April.
Masa majlis kami, ahli keluarga aku takde yang pegang camera.
So, ini jela harapan kami as a kenangan.
Cant wait to see the hasil..
Harap ia adalah seperti yang dijanjikan.




Below adalah teaser yang diorang upload kat FB...


~Solemnization~

~My side~

~outdoor~

~nampak kan kayu dia~

~comel nyer~

~His side~

~Luv this~
  
~Luvvvvv~









Wednesday, February 15, 2012

Mari menDesign Sticker + Guestbook

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Supplier kat kilang Amin da bagitau, if nak order sticker +_guestbook diorang
akan bagi special price sempena Amin nak kawin kan.
If nak cantik or ikut citarasa sendiri, diorang suruh design sendiri.
Maka aku pun gigih la design sendiri.
Ikut citarasa aku yang again, tak suka crowded. fancy2 tuh suma.

Aku pun da tanya membe aku yang designkan kad.
Boleh tak aku guna balik design kat kad tuh.
Dia bagi green light. Yeehaaa..
Maka makin senang keje aku.

Problem nyer ialah, supplier Amin tak bagitahu range hege diorang bape.
Aku pun takut2 gakla nak design.
Segala mak nenek aku design black n white saje.
Dengan harapan nanti boleh request kertas sticker yang ada kale.
Aku memang noob la pasal sticker sume nih.

Sticker memangla murah tapi kalau nak order sampai 1k pisces.
tak ke beratus gak nilai dia.


Cover guestbook

Dalam guestbook

Untuk guestbook.. Aku amik pendekatan tak yah pening kepala.
Guna saja design kad. Tambah wording sikit.
Kitorang tempah 200 page.
So boleh guna untuk both side. side aku dan side amin.

Untuk sticker lak aku gugel jela border tuh.
dan bracket aku mintak kat KINA
Cepat giler dia reply email aku.

Orang sticker pun cepat giler respon.
Kitorang jumpa n diskas2 ari Jumaat malam Sabtu.
Ari Isnin da mintak konpem design.
Menurut bos dia, kale ngan tak kale same je harga.
So diorang touch up aku punya design bagi kale.
Inilah dia email yg last sebelum aku konpemkan dan proceed.

Comel je kan (puji design sendiri)

Aku pilih Opt A. yang ni untuk tampal kat goodies beg malam nikah.
yg 200 pcs kale kuning aku letak dalam yassin.
yg comel lotey 800 pcs untuk tampal kat goodies beg time sanding.

Untuk semua ni cost me rm250.
tapi that supplier sangatla baik hati. bagi free je as a hadiah perkahwinan.
Syukurrrrr.... Rezki nak kawin kan..

Guestbook sangatla best. Sebab boleh baca bila anda free.
Da ulang baca dan ulang lagi dan lagi..
Kekadang senyum sorang2 sebab ada pesanan nakal gitu..



Puas hati sangat dengan sticker ni. Mujurla Amin ada baik2 dengan diorang..
Selain kad, ini juga sangatlah buat aku happy..






Tuesday, February 14, 2012

Kehidupan selepas kawin

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kami adalah perkahwinan jarak jauh.
tapi takdelah jauh sangat.
Aku kat kat PJ, Amin kat Semenyih.
Tapi kalau nak berulang alik setiap hari, minyak dan tol lebih kurang rm700 sebulan.
Itu tak termasuklah servis kete bagai.
End up, amik keputusan untuk sementara waktu PJJ dulu.
Wiken boleh la bertonyeh.

Aktiviti transform rumah sewa kami masih lagi on the way.
Dari rumah bujang Amin ke rumah orang da kawin.
Susah jugak kan nak menghias rumah.
Aku sangatla tak pandai.

Kami masih mengenal hati budi masing2.
Stetmen ala retis gitu.
Bila da kawin baru lagi ketara sifat masing2.
Sebab da duduk 1 rumah kan.
Baru tau perangai dia yang lain2 tuh.

Walaupun jarang jumpa, still ada selisih faham here n there.
Sejak bercinta dulu till now, kami tak pernah bergado bagai nak rak.
bagai nak rak bermaksud meninggi suara apatah lagi nak memaki hamun.
Belum pernah sama sekali.
Harap ini berkekalan.

Aku kan stok2 Siput Srawak yang menangis di tepi jendela.
Itu jela yang aku tau.
Baru je nak meluahkan perasaan, baru berapa baris, da air mata yg laju.
Da tuh bila masa lak nak melahirkan perasaan yg tak puas ati ni.

Aktiviti melawat sedara mara masih belum abis.
Memandangkan kami berada di sini, maka sedara mara kat sini jela yg mampu kami visit.
yang kat JB and Melaka and Kuantan, tak dapek den nak nolong.
Mak mertua aku yg banyak kali remind kan kitorang.
Sruh mlawat orang2 tua especiallly adik bradik ngan pak cik mak cik.
Tapikan, kami ni bukan peramah pun. ntah canelah nak bawak diri.

Nak bawak diri as a wife pun masih lagi kekok.
Nak call mak mertua tanya khabar pun segan.
Untungkan kalau jadi seorang yang peramah.
pandai je nak mengatur ayat.


# Post wedding kitorang buat bulan 3. dan album akan dapat bulan 4. Lama jugak kan.



Teaser lagi





Monday, February 13, 2012

Merempan terhadap bridal

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Ha.. Tu dia..
Ada gak cacat cela time wedding ari tuh.
Padahal da sediakan checklist.
Tapi disebabkan malas nak cekidaut, ni makan dia...

Bridal ni memang aku takkan rekemen kat kekawan.
Cukuplah aku je jadi mangsa.


Aku copy paste review yg aku PM kat dia.


Salam...
Saya nak jumpa akak. Tapi akak adalah super busy kan. Saya nak review semua sekali demi kebaikan akak jugak. Saya tak dapat pape pun.

Attitude
1. Sejak saya start contact akak, sangat sukar nak dapatkan respon daripada akak. Macam2 alasan akak bagi untuk tutup kelemahan akak. Sebagai orang meniaga, setiap customer membawa rezeki kan. 
2. Banyak kali saya call/ SMS/ FB, yg jawabnya sekali je. 
3. Saya faham akak sibuk, tapi akak jugak kena faham customer pun sibuk jugak.
4. Tapikan agak pelik bila akak mampu untuk SMS sy ari2 mintak payment.

Majlis saya

PAKEJ JASMINE – RM2200

-Pelamin vvip (3 panel bwh khemah)
Pelamin saya puas hati. Simple, tak sarat.

-Sepasang baju lace/songket (L/P)
Baju saya ok. Tapi still terdedah kat blakng. Dan sy cuma diberi 2 pilihan. sama ada pakai inner yg sememangnya nmpk burok atau biarkan dia terdedah. 

kain adalah longgar. Sampaikan asik melorot je. Akak tak provide pin. Mujur Caca tolong pinkan dengan brooch Mak saya. Tapi benda2 mcm tu mana kukuh.Duduk bangun da terbukak. Saya memang sangatla tak selesa. Kat tengah2 pelamin sibuk betulkan kain. Again, saya sangat2 malu.

Baju amin ok. Tali yg ala2 tali pinggang tu tak muat. Nasib Caca gigih tolong jahitkan.

-baju nikah l/p
Baju amin ok. 

Baju saya adalah super ketat. Da macam sarung nangka. Malu saya kak. Sangat2 malu. Rupa blakang baju da mcm nak terkoyak.

Sebab tula saya request full fitting. Tapi akak tak abes2 dengan alasan sibuk. Benda2 kecil mcm jarum peniti, pin etc pun akak tak provide kan. 

-Arch
Ramai orang komplen benda tu terlalu simple. Tiang yg dililit dengan bunga menjalar. 
Saya boleh abaikan saja.

-2x Makeup
Saya sangat2 puas hati dengan Caca. Dia berusaha untuk cantikkan saya. Tepat pada masa. Dia berusaha pegi beli jarum peniti sendiri. 

-Alatan merenjis -ok

-Aksesori –ok. Suppose diuruskan lebih kemas. Bukan campak terus dalam paper beg. Banyak batu da tertanggal.

-Bantal nikah –da tiba masanya akak ganti bantal nikah yg lain. Bantal tu kusam, kemek, lembik.

-Hiasan meja beradab serta backdrop + meja kek
Apakah maksud hiasan di sini? Setahu saya meja beradab saya just ada backdrop yang digantung macam tu je. Tak kemas. Melambai2 bila ditiup angin. Bila da melambai2 tuh. da xde maknanya backdrop tu.

-Payung – just dapat 1 payung. Nak berarak cane? Saya dan amin berarak tanpa payung

-Kipas - kipas dan alas tangan adalah kotor, keruh, kepam. Cameramen fokus, jelas dan nyata benda tu kotor. Mencacatkan gambar.

-Bunga Tangan -baju saya color kuning, sangat tak sesuai bunga tangan color kuning gak. Bunga pun tercabut. Nasib kawan saya sempat buatkan bunga tangan.

-Kasut (p shj) –saya tak pakai.

-mini pelamin standart – mula2 datang, pasang 2 spotlight. 1 tak nyala, terus pasang 1 je. Apala salahnya pegi cari lg 1 lampu. Saya mengharapkan spotlight untuk naik kan warna merah yg da kusam. Tapi xde usaha drp pihak anda.

Majlis Amin
PAKEJ LILY– RM1000.00

-Pelamin standard
Pelamin digantikan dengan meja damai. Akak JANJI, meja damai adalah meriah. Akak nak letak 1 panel kat meja damai. Itu akak yg janji. 

Tapi hasilnya adalah mengecewakan. Again, tirai hanya digantung mcm tu je. Ada la flower sikit2. Bila ditiup angin, kain melambai entah ke mana. Stand dengan flower jatuh. Sikit lagi nak kena ayah saya yang tengah makan. Kenapa takde usaha drp pihak akak untuk sendalkan sesuatu kat stand tu agar dia lebih kukuh. Plus, keluarga mertua saya siap keluarkan kain sendiri untuk tambah SERI kat tirai tu. Yg paling penting, takde pun panel yg akak janjikan tuh.

-Sepasang baju lace/songket (L/P)
Again tali pinggang Amin tak kukuh. Baru duduk, da tercabut. Memang keje betulkan pin jela.

-Arch –Ini pun tak nampak bayang.

-1x Makeup –ok.puas hati.

-Aksesori –ok.

-Payung –ini pun takde.

-Kipas – takde

-Bunga Tangan -tak guna

-Kasut (p shj) -tak guna


To be honest, based on review dr kekawan, kualiti akak memang menurun. apa yg sy dpt sgt jauh bezanya dgn kwn2 yg kawin tahun 2010.

saya tak mengharapkan sesuatu yg luar biasa drp akak. tapi sy mengharapkan kekemasan dan segala yg akak janjikan, akak tunaikan.







Then dia balas...


salam zara, ok thanks.. Akk terima dgn hati terbuka.. Akk mintak maaf byk2 k.. ok x pe.. Zara dh byr ke balance tu.. Akk x kira harga utk panel rmh amin n arch dia.. K..




Pastukan, esoknya aku nengok kat wall dia. Dia update status lebih kurang bunyi macam ni


Jgn lah suke sangat mengkritik org.. Tiada dlm dunia ni yang perfect.. Kalau bercakap tu fikirlah perasaan org, hari ini org mengkritik org, esk lusa org yg akan mengkritik awk.. Bru tahu perasaan awk mcm mana.. Bukan mcm tu kalau menegur seseorang kalau ada ayat menyindir.. Ok.


Aku tak tau la dia cite pasal sapa kan.
Tapi luahan dia tu bebetul sehari selepas aku dok review hasil keje dia.
aku bayar ape...
aku bayar full ok walaupun aku tak puas ati mana.
And dia bagi refund tapi just rm100.
Rm50 untuk panel dan rm50 untuk arch.
Gile sikit. Cuba kalau kita mintak add on. Memang la dia letak hege 2x ganda.


Belum cita pasal mekap dia pulak.
Masa aku bertandang, dia yang mekap.
Ntah lipstik tahun bila dia sapu.
Jadi bergentel2. Nasib kekawan ade lip gloss.

Nasibla time aku nikah n sanding dia bagi job tu kat orang lain.
yang ini memang aku well rekemen.
datang awal, then kita diskas a bit nak mekap mcm mane.
pastu dia sungguh2 nak siapkan kita.
nama dia Aishah
Tapi nampaknya FB dia macam tak ber update je.

Kedai dia lagila kan. Aku fitting diruang yang terbuka.
Sangat la tak selesa ok. Cermin pun takde.
Lepas majlis aku, aku nak setelkan payment. Nak jumpa dia skali.
Dia mengelak tuh. Dia kata kedai dia renovate.
Kebetulan membe aku pun amik ngan dia. majlis pulak sminggu selepas aku.
Aku ikut la dia g kedai tuh. Memang cenggitu gak rupa.
Celah mana ntah yg dikatakan renovate.
dia pun takde. anta wakil je.

Ada vendor yg bukan dalam kelompok bridal bagitau aku.
Bridal aku ni keje bagus. kreatip.
Tapi tu la kan. Bila dia tengah naik, tengah masyuk,
dia sudah tamak.
Semua job dia nak amik. Padahal dia da tak cukup kakitangan.
Tuh yg hasil agak mendukacitakan.

Lagi 1 perangai vendor2 ni kan. tak semua tau.
Time kita discuss, kita cakap nak macam mana.
dia dok angguk2 , boleh..boleh...
Tapi bila tiba masa kan nanti dia sound kita balik.
Awak tak cakap pun awak nak mcam ni ..bla.. bla..
Haih la nasib.

Bridal ni penah masuk majalah eh.
yg dia upload kat FB hanyalah hasil yg terbaik sahaja.
yg biasa2 ni dia tak uplod pon.
Maka jangan tertipu.

To those bride to be from Johor yg nak tau bridal mana, leh la tinggalkan emel anda.
Aku takmo la bagitau secara terang2.
Kesian pulok..

Dan ini adalah pelamin saya. seperti yg direquest...


Aku suka pelamin aku. Simple dan tak crowded dengan bunga
Picture canvas buat kat TPC
1 just rm 90 selepas diskaun 50% dapat kat MAD.
JImat di situ. Rasa sangat berbaloi sebab  sekarang ni 
da gantung kat uma. buat hiasan dinding.
Tapi kekadang segan lak nengok muka sendiri kemain besar.


3 model tak berbayar.

Mini pelamin adalah super simple.
Kekadang fikir macam tak berbaloi lak.
Dia just letak 4 pasu tuh. hurm.


Ok. Cukup sampai di sini saya merempan.







Saturday, February 11, 2012

DIY centerpiece

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aku ni ada gak keinginan nak menghias meja.
Walaupun aku guna meja panjangkan.
Ada hati gak mau menghias.

Blog walking blog2 bride to be.
Amik ilham diorang yang kreatif.
Maka terhasillah idea aku pulak.

Aku terfikir nak terapkan unsur2 Yahoo Messenger.
Sebab kitorang asal2 dlu kenal thru YM la.
Cinta YM katanya.
Tapi idok ler bercinta thru YM.
YM tu lorong je.

Bahan2
Sebiji komputer / laptop
talian internet
software design - aku guna Photoshop
gam
batang satay yang besar cket
Kertas tebal
kertas putih A4
printer
gunting craft - ada corak2 tu


if direnung2 bahan2 di atas, apa sangat modal aku.
gunting tak sampai RM5
kertas tebal tak silap sekeping 30sen
lidi satay da memang ada
semua pun benda memang ada

box YM dapat kat google image la.
pastu aku tindih je biji mata dia dengan simbol love.
ayat2 dalam tu fikir sendri la.

Memula print intam putih.
tak cantek la.
harus color gaks.

1 kertas tebal saiz A4 boleh dapat 4 keping.
same goes to kertas putih yg aku print tu.
then, gunting dan tampal.

bunga kuning adalah sama saja dengan bunga pahar.
1 tin guna 3 kuntum bunga.
tin pulak adalah tin susu.
tin recycle. amacam? jimat tak. da bleh jadi duta kitar semulakan.
tapi mana ko nak dapat tin susu sebanyak 21 dalam masa sebulan?
tuh amin punya keje.
dia langgan tin kosong kat kedai yg dia selalu lunch.

dalam tin perlu letak sedikit batu supaya berat.
jadi bila kena tiup angin takdelah dia tumbang.
kerja2 ni semua makcik2 aku yang tolong setelkan.
pepagi hari sanding aku past kat diorang.
gila last minit kan.
tenkiu yer makcik2 n cousin2 ku..

dalam tin suppose letak batu sikit.
pastu letak suratkhabar bagi mampat.
pastu potong kabus sikit.
baru leh cucuk bunga 3 kuntum.
last baru cucuk lidi.
Siap!


Sebelum print


Label untuk reserved tempat

Label untuk reserved tempat ni aku print kat kertas kale yg tebal.
Menggunakan teknik yg sama.
Bila time rombongan nak sampai,
cabut yg YM tuh replace dengan yg ni.


Aku lupa nak amik gambar.
naseb cousin aku ada snap..


Ta da !!!!



Really luv it


#Blog diupdate secara langsung dari McDonald's Semenyih. Teman Amin yang nak layan bola. Nasib Man U menang. Berbaloi la gak menahan punggung yg lenguh ni.




Friday, February 10, 2012

Kekeliruan Adat tepung tawar / merenjis

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Entri pada hari jumaat berunsur keagamaan sikit.
Sebelum walimah aku ari tuh...
Aku ni sibuk la cari pendapat orang2 yg boleh diyakini pasal adat ni.

Aku plan nak adakan adat ni just untuk suka2.
Bagi meriahkan majlis katanya.
Guna air mawar dan juga bunga rampai sahaja.
Takde niat lain.

Tapi mostly yang explain dalam internet semuanya gunakan item2 lain.
Seperti beras dan telur.
So, aku pun ambil la inisiatif untuk mengemail seseorang yang aku yakin.
Aku try la tanya soklan kat Ustaz ni.
Tak sangka lak dia reply. Terima kasih bebanyak ye Ustaz.
Sila la terjah blog Tuan Kadi Kluang

Soalan daripada pihak aku:
Boleh tak Ustaz kupaskan isu adat merenjis/ tepung tawar. Keluarga saya inginkan adat ini dikekalkan sewaktu walimatulurus saya nanti. Hanya menggunakan bunga rampai dan air mawar. Mereka kata dengan niat suka2 saja. bagi meriah lagi majlis.

Jawapan daripada beliau:
Kalau biasa-biasa saja adalah harus. Tapi kalau ada niat untuk menolak bala atau jampi serapah, adalah haram. Jadi, yang dibuat dalam majlis kawin atau khatan adalah harus, kecuali melampaui batasan syarak.

Kekeliruan ini turut dihuraikan oleh jiran aku.
waktu meeting sempena majlis aku.
Jiran yg juga ustazah.
benda ni semua tak jadi salah pun. yang salah kalau dibaling beras atau segala makanan. kan membazir namanya tu.

 Hoyeh ! Hoyeh !

Lantas kami pun merenjis tanpa ragu lagi.

Item dalam merenjis adalah air mawar dan bunga rampai saja.

Merenjislah tanpa was-was.








Wednesday, February 8, 2012

Pre Wed + Family Potrait

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Dalam pakej photography aku memey da de slot pre wed / post wed.
Aku pilih post wed instead of pre wed.
Sebab:

1) Alasan utama, aku segan nak posing manja2 gitu dengan Amin. Belum halalkan.
Ok. Aku bukan la stok2 baik sangat.
Tapikan rasa sangatla janggal nak memberikan pose mesra.
Tambah pulak, from kitorang couple till bertunang,
kitorang jarang sangat nak amik gambar 2 orang.
Lagi la kan nak lentok2 bagai.
Memang tak la. Aku sangat kayu.

2) Untuk apa gambar pre wed?
Biasanya orang sekarang, guna pic pre wed as display masa hari sandingkan.
Gantung2 kat photobooth ke.
Jadikan bahan untuk bunting / banner / kad etc.
So, again. Aku segan gambar kami jadi pameran.

3) Alasan paling kukuh. Aku nak gambar post wed yg sgt la messsrrraaa.
Gambar comolot can? Hehehe. will ask our photog later.

4) Aku sebenarnya teringin nak ada gambar ngan family.
Itu hakikat sebenar la.
Tambah lak kitorang da de Rayyan. Kesayangan ramai.
Haruslah nak rekod the moment.
Plus, hari raya ri tuh, kitorang tak amik gambar family pun.
Kira ini adalah 2 perkara dlm 1 masa.
family potrait pun ye. gunakan time sanding pun ye.
Jimat kan..

Aku cari this photog name Hakam thru kahwin mall.
Nengok blog dia. then call. terus deal.
Masa aku nengok blog dia pakej family potrait adalah  RM 180.
Lagi sekali nengok da RM 250.
Cepat betul hege naik. eh jap. budak ni hensem gak tau.

Kitorang amik outdoor kat Tasik Pullman.
Pusing2 area situ je.
Siyes. Penat ok.
Harga dia meliputi
- unlimited shot
- 2-3 hours
- picture ada la dia edit sikit.
- semua gambar burn dalam dvd.
*prop sendiri.

Aku upload gambar2 yg telah diedit oleh Hakam.


Comel je 

Baru start session. Malew lagi

Pose rawak katanya

Kesayangan semua

Yeye je kami belakon. Time ni da tak kekok.

Time ni bride to be dikerah meniarap

Sangatla suka pic ni



Fotobynaman pun murah tau. Memula aku nak amik dia. tapi dia nak balik kampung lak time tuh.
Tapikan dia just amik gambar mereka yg menutup aurat. Ingat ye..