Friday, May 25, 2012

Anak dan Rezeki

Bersiaran kembali..
Terasa nak menaip lagi...

Sebenarnya kan, am wondering, cane eh nak mendidik anak.
Aku percaya, setiap parent yang waras, nakkan yang terbaik untuk anak dia.
But sometimes, tekanan duniawi, buat parent terlepas geram kat anak.

Tetiba aku meraban pasal mendidik anak ni pehal..

Cenggini, aku dengan Amin asalnya nak planning.
Sebab dalam a few month lepas kawin ni, kami tak stabil lagi.
Baik dari segi emosi maupun mental, ekonomi especially =).

Bila da kawin baru kita kenal the true color pasangan kita.
Baru nak kenal family the other half.
Baru nak adapt dengan kehidupan berkeluarga.
Kehidupan reality tidak seindah fairytale.
And they lived happily ever after. Takda makna nyer.
Sekarang ni pun, baru 4 bulan kawin, ada pasang surutnya.

Tapi bila direnung2 kan kembali.
Background family, tahap kesuburan, rezeki, qada dan qadar Allah SWT..
Kami decide untuk serahkan segalanya padaNya.
Means, stop planning!

Tak tau dari mana datangnya naluri itu,
aku semakin excited jaga anak buah.
padahal, aku takda pun sifat2 penyayang.
and aku bukan type yang suka budak2.

Now, aku duduk kat kawasan flat.
1st time ever. baru tau tahap kemeriahannya.
and aku tak kisah pun budak2 nih memekak main bola.
main cikgu2, main mak2, main kejar ntah apa2 lagilah.
yang nyata masing2 menjerit galak main.
aku tak kisah pun semua tu. aku da imune. in fact aku suka je dengar.
ini tandanya, kawasan aku selamat untuk budak2 bebas main2.

tapi one thing aku noticed dalam diri aku.
aku tak boleh dengar budak nangis.
kekadang dengar anak jiran menangis, aku pulak yang serabut.
lagi nangis yang terjerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak.
sampaikan dalam pala hotak terlintas,
aku sepuk jugak budak ni.. see.. sampai macam tu skali tahap kebencian aku.

masa aku jaga rayyan, ade skali dia cranky.
time ni aku ber2 je dengan dia. serius, kepala aku berdengung ngadap dia nangis.

and more thing, aku macam pelik bila anak2 da nangis,
mak pulak marah2 macam kena rasuk syaiton.
terjerit2 maki hamun anak.
aku ada je terdengar mak mana ntah dok marah anak.
aku rasa anak dia dalam 2 tahun kot, tengah nakal.
mak dia cakap "aku ni penatlah, ko tau nyusahkan aku je bodoh"

Bila benda2 macam ni happen, aku selalu fikir,
aku ni da ready ke nak jadi emak mithali.
menggunakan pendekatan terbaik untuk mendidik anak.
aku suka cara Dr. Halina dengan Dr. Sheik didik anak.
agak2 aku mampu ke jadi macam tuh.
positif dalam segala hal.
nak marah anak pun kena positif.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk keluarga kami.
Allah sudah punya rencana untuk kami.
Now, kami hanya berusaha, usaha, usaha, dan tawakal.
Moga ada rezeki kami untuk memperbaiki hidup kami..



Pic taken from blog Dr. Halina  






Satu da pergi, tinggal lapan

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Hari ni aku dapat MC.
So bolehlah ngadap blog.
Aku sakit mata, both mata ngan taik mata yang cair tuh.
Tekak bengkak, rasa payau je. batuk kering.
Kepala berdengung few days back.
Sakit sampai ke tengkuk.
Ingatkan dah kena darah tinggi.
bukanlah mintak, tapi da memang penyakit keturunan.
Tapi, syukur alhamdulillah. Blood presure normal.
Stress kerja barangkali.

View dari Klinik Kesihatan Semenyih. Nice kan..


Memang da dua minggu ni aku stress sangat2.
Nak kejar dateline. Plus kerja aku da lari dari track.
so nak catch up balik.
Aku pulak gatal gi amik keje part time. Hamik!
Nak buat camna kan.. Aku perlu buat sebab nak dapat duit lebih.

~selingan, cicak romen caner eh.. kat bilik aku nik cicak ngah bertindih. cuaca sejuk kot~

Ada beberapa perkara yang happen dalam bulan ni.
Yang paling tak dapat dilupakan, Arwah Pak Ngah dah kembali kepada Penciptanya.
Segalanya berlaku dengan pantas.
Banyak perkara terjadi seolah2 nak dijadikan penyebab.

Pak Ngah terpeleot kat rumah, terus kaki patah.
Pak Ngah masuk Hospital Sultan Ismail, lebih kurang 10 minit dari rumah aku kat JB.
Then, operate kaki, terus masuk ICU, keadaan kritikal.
Buah pinggang, hati da tak berfungsi. Tak silap Pak Ngah operate ari Khamis (10/5/2012) .
Pak Ngah da tak sedarkan diri.

Adik beradik ayah semua da berkumpul kat JB.
Cousin2 pn ramai da trun JB.
Aku ngan Kak Lin, kami carpool. Jimat.
Sabtu malam Ahad (11/5/2012), tepat 12.00 malam kami gerak.
Sampi JB kol 3.30 am.
Pepagi tuh lawat Pak Ngah. Pak Ngah da takda respon.
Doktor pun da bagi kami kebenaran melawat Pak Ngah 24 jam.
Tapi, waktu masuk ICU, still kena 2 orang saja.

Waktu aku dan Amin masuk, nurse kat situ cakap dengan aku.
Jangan tinggalkan Pak Ngah sorang2. Ajar Pak Ngah mengucap.
Itu adalah hint. So, cepat2 aku keluar bagtau family Mak Ngah.
Diorang anak beranak semua stay kat dalam.
Dalam pukul 1lebih (12/5/2012), lepas zuhur, Pak Ngah pergi buat selama2nya.

Aku still ingat, time tuh Hari Ibu, semua heboh pasal tak boleh sambut hari ibu bagai.
pada aku terpulang pada niat masing2.
tapi time tuh, kami adalah super busy, macam terkejar2.
jadi tak sempat nak buy sumthing untuk ibu.

Satu benda aku perhatikan staff kat ICU ni,
diorang maybe da biasa menghadap kematian.
so diorang lebih pandai handle situasi.
then, cara diorang keje pun chill je. takda lah cakap nak bisik2.
takda pun keadaan tegang. psikologi tuh kan..
Terima kasihlah Staff ICU, HSI dengan mak guard skali.

Hari tuh jugak jenazah Pak Ngah diuruskan.
Mandi kat hospital. Bawak balik Kota Tinggi.
Lepas maghrib terus kebumikan.
Semuanya happen terlalu pantas.

Untuk keluarga aku, baik belah ibu dan ayah.
takde lagi yang meninggal. sebelum nih yang meninggal
semua memang da tua, atuk, nenek, moyang.
la nih. bila Pak Ngah da pergi, memang terasa kehilangan.
Pak Ngah pun baru je pencen.
Teringat ari tuh Uncle Alim, no-3 dalam adik bradik ayah cakap kat Amin,
" satu da pergi, tinggal 8. yang mana dulu yang mana kemudian, pergi tetap pergi."
Harap keluarga Mak Ngah tabah hadapi segalanya.
Buat cousin2 ku Kak ejoe, Alun, Eyna dan Ezzy..
Semoga kalian kuat harungi dugaan ini.

Mak Ngah cakap dengan ibu
"Siah, Abang Shukor da takde, awak janganlah lupakan kita kat sini"

InshaAllah MakNgah. selagi diizinkanNya, kami tak kan lupa hubungan kekeluargaan antara kita.

Semoga Arwah Pak Ngah tenang di sana...



Arwah Pak Ngah time family gathering raya tahun lepas..