Friday, April 26, 2013

Penulisan tidak berilmiah


Assalamualaikum WBT...

Point (1)

Hari Jumaat, ramai hakak2 pakai jubah. Sejuk je mata memandangkan. Tapi, -ada pulak tapi dia kan- Macam tak nice la bila akak berdiri, nampak 2 tiang seri. Da macam see thru pulak. Pakai la kain dalam hakak.. Tak susah pun. Sarung je. Kain pon selesa..

Point (2)

Musim pilihan raya, ramai benor cite pasal politik. pantang duduk 2 haruslah topik politik. semua nak pertahankan idola masing2. ok. you may proceed. TAPI, jangan sampai gado2 eh. Karang, kita sesama kita bergaduh takde apa. orang2 kat atas tu tetaplah tebalkan poket masing2. kita gak yang sedeeeeyyyyy...




Point (3)

Tengah2 ku buat kerja ni, tetiba teringat malam tadi, melepek nengok tv ngan Amin. Dia kemahin layan movie jiwwwaaa taikko tu. Aku da macam, apakah ini.. Cite macam ntah apa2 je. So, dikala kebosanan ku itu, aku pakaikan Amin skaf yang aku tengah pakai. Siap ada flower. memang tak sampai hati lah nak amik gambar. sedih beno rupa dia.

Tapi ku cakap jela, alalala... comel nyer dia.
Lantas suamiku terus buat step kiyomi.

Sumpah, rasa macam nak sepak laju2 je.





Monday, April 22, 2013

Masuk yunibersiti konon !



Holla !

Mengharungi dunia remaja pasti suatu yang indah buat kita semua.
Ayat juga haruslah poyo.

ok, hari ni nak tazkirah sikit.
aku rasa mostly kita ni sanggup je menipu demi nak slamatkan diri sendiri kan.
sometimes kita tak perasan pun yang kita ni tengah menipu.

pengalaman aku keje tadika dulu.
budak kecik pon tau menipu.
sapa kata budak ni jujur?
diorang lagi kaki spin tau.
sebab diorang tau, kalau cakap betol, pasti kena marah.

tapikan yang sebenarnya nak cite 1 benda ni.
sapa jela yang tak seronok masuk universiti kan.
tak kira la univ ke kolej ke
yang penting sambung belajar.

mak bapak kita mesti bangga punyalah.
nak2 kalau mak bapak yang belajar tak tinggi.
macam mak bapak aku la.
mak pak aku sampai form 3 je.
mak aku keje kilang, bapak aku bawak lori.
kembang kempis hidong bila dua2 anak dia masuk univ.
sanggup hantar jauh2 .tu kakak aku la.
blaja kat pusat bandar jengka.
bandar lah sangat. lainlah aku. tengah keyel ok.. *flip hair*

kitorang ni belajar dengan duit ptptn.
da masak sangatlah dengan prangai student time2 dapat ptptn.
kemahin masing2. slalunye tukar hp la kan.
lagi 1 beli lappy.

tapi kitorang dulu waras sikit.
kalau mak pak da bagi rm150 sebulan, sampai ke hujunng bulan la kitorang tahan.
kekadang tu boros, makanlah kau megi ke ikan kejung kat dewan makan.
sapa suruh boros time awal semester kan.
plus masing2 tau, mak pak bukan tokey balak pon.

masalahnya sekarang, bila bebual dengan orang yang lebih tua @ makcik/pakcik.
kemahin gebang cite pasal anak diorang masuk U bagai.
layan kan jelah. lagipun diorang happy kan.
diorang pun belaja tak tinggi sama macam mak pak aku.
so aku mengerti perasaan diorang.

tapi kekadang kesian dengan diorang ni.
macam kena tipu je dengan anak2.
eh, bukan macam. memang kena tipu.

Aku bagi contoh;
Si Polan blaja kat yuaitiem. yg kita memang tau fees dia murah gilos. dapat pulak ptptn. Awal2 sem da joli katak. beli laptop. baju sume nak beratus. agak2 masuk tengah sem, haruslah miskin kan. dengan tak bersalahnya mintak parent duit. padahal ko bukan taktau mak ko tuh tak keje. bapak ko gaji tak beso. ko mintak jugak tuh. awal bulan da mintak. masuk tengah bulan mintak lagi.

mak pak diorang ni pun mengeluh gak.
anak aku tu banyak betol pakai duit.
blaja kat unibesiti ni memang pakai banyak duit.
sebulan abis kat dia je da 500 hengget.

500 hengget kau! tergeliat aku dengar.
belum lagi kira baru dapat surat tawaran da heboh nak beli laptop.
baru dapat surat tawaran hokeyyyyyy.
ko belum jejak kaki lagi kat kolej tuh.
ko da demand macam2.

aku dulu hangkut pc zaman tok kadok naik tingkat 3.
dengan monitor bapak beso. takut wei nak mintak laptop.
sebab pc tu aku buat taip assgmt je.
time cpu rosak, berangkut aku cpu tu naik bas.
takde masa aku nak jaga penampilan sangat.
da la blaja tak brapa nak pandai kan.
lagi mau demand macam2 ke.

back to these makciks pakciks.
aku rasa macam kesiaaaannnnn sangat.
kenapalah anak korang macam ni eh.

aku satu hari nanti, ada gak anak2.
inshaAllah, anak2 aku lebih pandai daripada aku.
Mintak dijauhkanlah anak2 aku daripada perangani yang tak semenggah ni.
aku dulu pun bukanlah baik sangat.
tapi seiring dengan pertambahan usia,
harap masing2 ada kesedaran siviklah...

to adik2 yang baru nak masuk zon-zon ipta/ipts,
janganlah culture shock yang melampau-lampau ye.
sikit2 sudah lah..











Thursday, April 18, 2013

Demam dan Gwiyomi !


Hoih lah..
Skarang panas melampau eh.
Aku syak aku bakal demam ni.
Badan memang tak selesa.

Imun badan aku memang a bit low.
sejuk sangat tak boleh,
panas sangat pun tak boleh.
dari ritu kot aku memang da rasa tak best.
tapiku lawan dengan minum air masak banyak2.

tapi kali ni rasa macam tak boleh nak lawan je.
kat opis rasa panas je.
ekon atas kepala ku rasa macam gas je keluar.
bila nengok luar, kemahin panas. silau sampai tangkap kat kepala.
tambah dengan caller yg kekadang macam dak hawau..
itu lagi bikin panas. sebab tak dapat nak lawan kan.
so panas meluap2 kat dalam je.
eh, macam exaggerate pulak.. hihohe

kat laman sooosial skarang tengah demam gwiyomi/kiyomi pulak dah.
gwiyomi tu maksud dia cute/comelsss ever.
comel ke uollss. korean memang suka comel2 ni kan.
geram aku. macam nak picit2 je.
nak tau pasal gwiyomi, sila baca di sini
aku amik kat wiki je pon..

gwiyomi song/step yg tengah trend skarang sing by hari.
suara pon nak kepit kasi bunyi ala2 budak tadika gitu.
agak2 klu aku yg buat video ni, memang mintak tangan je nengok muka ku ini.
aku sendiri tak slere nak nengok muka sendiri.




ni step and penyanyi asal katanya.
dia tulis korea. aku buta huruf. dia tipu pun bukan ku tahu.




nengok video ni.
pesal lah budak ni comel sangat eh.
macam ku nak picit2 je.



ni versi msia pulak.
anak dara siapa ni wei..
pesal la muko ko ni comel sangat eh.

kalau rajin layan skali video ni.
memang terbaik habaq ang..
https://www.facebook.com/photo.php?v=10200851698244922

kena budak2 yg buat memang la comel.
tapi cer aku yang buat..
memang rasa macam nak sepak laju2..
tak yah tunggu orang lain.
aku sendiri yang sepak dulu.

Aku nak buat depan amin la nanti..






Wednesday, April 3, 2013

Layan movie: G.I. Joe : Retaliation 3D


Da lepas panas hati, mari kita sejukkan hati.
Amin ajak nengok wayang.
Kitorang queve je tros.
then baru decide nak nengok citer apa.
yang sesuai dengan timing.
sekali nengok ada pulak cite ni.
3D pulak tuh. tapi merasalah seat 3 dr depan.



da macam oakley pulak spek 3D ni aku nengok

Aku rasa macam ni cite 1st 3D action yang aku nengok.
Best. Merasa lah aku dok terkejut-terkejut bagai.
terlalu menjiwai watak sampaikan ter mengelak pulak bila time benda tercampak.
Nak2 time snake eyes dengan storm shadow gaduh.
kemahin aku elak bila bilah tu berkecai. hover nyer aku.
kesimpulannya crite ini berbaloi untuk dilayan.





Tuesday, April 2, 2013

5th hot air balloon, sedih!


Ahad lepas kan kitorang telah merajinkan diri pegi 5th hot air balloon kat putrajaya.
pukul 10 nak dekat pukul 11 macam tu baru sampai.
hamik la dia punya terik.
untuk orang kuat berpeluh macam kitorang ni.
memang basah baju.

kesian kitorang pegi panas2.
tapi belon yang ada, seddddiiiihhhhh....

Mula2 ktorang pergi area sini dulu.
ada talk pasal belon panas ni.
pastu ada lah tempat berposing.
ala2 naik belon kan

cubaan suami amik gambar tapi tak pandai menipu.





pastu ke tapak sebelah dia.
macam banyak gerai jualan.
tapi tak menarik minat aku pun.
sebab panas sangat. kosser nak jalan2.
orang pun ramai.
ada gak games ala2 kat fun fair.








dan inilah antara belon panas yang banyak gilers itu

3 je uollssss


cubaan nak amik gambar sendiri

lagi sekali

termasuk jari la pulak

kesat peluh dulu

baru berjaya.hehehe

eh, ni pun nak kempis jugak.
yang aku nampak banyak belon macam ni




Pastu kitorang pegi nengok helikopter dari jauh.
bukan boleh sentuh pun kan.
sekali ride rm130 per person.
duration 7-10 minit lebih kurang.
gila mahal weh. lepas naik kapal terbang pegi balik.



amik gambar jela...


aku nengok gambar cousin aku, ada lah jugak belon panas lain.
time2 petang macam tuh.
so, aku assume kitorang pegi salah masa.
tapi kesian aku nengok ada yang bawak orang tua, anak kecil.
mesti macam frust je kan.
sebab da lah parking jauh, sebab penuh.
panas pulak tu. sekali nengok TIGA je belon panas tak cantik.

Aku ajak amin balik.
amin ajak singgah alamanda.
dan balik dari sini lah aku start rasa nak demam sebab panas melampau.






Sambal sardin dengan sayur fucuk

Assalamualaikum WBT...
Salam sejahtera...

Huarggghhh...
Da awal bulan ni ramai yg kayooo...
Tapi ktorang laki bini semekin lagi ni.
Dua2 tak gaji lagi.
aku memang la gaji lambat.
lakiku pn gaji lambat jugak.
pekehal ntah bos dia drag gaji staf.

maka semalam makan sardin la we ollss.
Laki ku yang masak.
tetiba dia merajinkan diri nak berkuntau kat dapo.
Siap gugel resepi uollsss.
sebab da semekin, masak jela guna bahan yang ada.



tengah sedap dia bersilat sorang2.
sekali dengarlah suamiku merintih di dapur.
ingatkan cedera ke apa.
rupanya gas abis la uolls.
nasib baik sambal sardin da siap.
makanya termasuk la masak sayur fucuk dalam rice cooker.



nampak tempting kan lakiku masak.
now dia da pandai masak sayur fucuk.
lauk peberet aku. hehehe.
pinggan aku ni. nasi sikit, sayur fucuk yang banyak.

cara-cara lakiku masak sardin:

bawang besar, bawang putih, cili merah-tumis
letak sos tiram, sos cili, sos tomato, sos cili.
letak air sikit, biar dia mendidih.
pastu leburkan sardin.
perasakan garam.
siap!

cara-cara lakiku masak sup fucuk.

bawang besar, bawang putih-tumis
letak air, 1 kiub serbuk ikan bilis-biarkan mendidih
letak semua sayur2 yang da rendam tadi.
tapi kasi tos dulu lah.- biar dia mendidih
letak garam
pecahkan telur - biarkan sampai telur masak
siap!

sonang baitu..

lately aku kan makin malas. amin lak rajin je.
macam malam tadi, aku just lipat baju dengan masukkan baju dalam mesin basuh.
masak, kemas dapo, susun baju, basuh baju, sidai baju, semua dia buat.
aku? terdampar macam ikan paus depan tv.
belum pukul 10 da krohh...krooohhh
kesian lakiku dapat bini macam ni =)
Tapikan dalam mamai2 sempat lagi ucap terima kasih.
hargailah suami anda ketika dia rajin.

sekarang kan panas tak ingat.
hari ahad kitorang mencemar duli melawat tapak Hot air balloon.
da pukul 10 baru jejak kaki.
hamik dia punya panas.
yang penting malam tu aku balik, aku da memang rasa nak demam.
hingus meleleh je.
sebagai solution, suamiku yang baik hati serve kan eskrim calong.

aku suka makan dalam kon, amin makan dalam mangkuk

Dia kata aiskrim dia kena mahal sikit. sebab tu dalam mangkuk.
aku punya kasta rendah. eh dulu balik skola slalu beli aiskrin calong kan.
baru 20 sen kot. skarang da brapa eh.
pastu skarang baru terfikir, orang yang jual naik moto ni jaga kebersihan ke tak eh.


Semua gambar adalah copy paste dari ig namasayazara


Monday, April 1, 2013

Membebel: Keserasian dengan pasangan

Assalamualaikum WBT...
Salam Sejahtera...

Pagi2 Isnin.. Sangatlah sibuk. Sangat!
Takde istilah Monday blues..
Call menderu masuk. Walk in pun sama.
Kerenah manusia lagi.
Aku layankan jela. Da memang aku dibayar untuk buat kerja kan.

Tadi sempat jugak baca blog Nurul Wahab
Dia ada share pengalaman kawin muda.
Dia ada kata, kita ni amik masa nak cari keserasian dengan pasangan.
sebab time bercinta dengan kawin totally different.
ya, aku admit sangat.

Dalam kes aku, aku baru kawin 1 tahun.
aku kawin masa umur 26 tahun.
takdelah muda mana pun kan.
baru setahun. manisss lagi. ye ke?

memang lah manis pun. tapi takdelah sangat.,
amin dia kuat berahsia. banyak benda yang aku tak tau pasal dia.
lepas kawin baru tau. dan sangat amik masa.
kekadang sampai bergaduh kot nak tau certain thing.
susah dia tu nak terus terang.
lain pulak dengan aku.

aku segala mak nenek nak crita dengan dia.
sebelum kawin lagi aku suke share dari a to z.
dengan harapan dia taklah terkejut bila kawin nanti.
sebab aku taknak lah dia expect aku ni isteri yang rajin lah sangattt.
padahal, pemalasss. tau cakap je lebih. buat malas.
hehehe

sifat dia yang tak suka bercerita tu buat aku terkejut tau.
bila da kawin baru tau, bla..bla...bla..
aku memang tak suka terkejut terkejut ni..
tapi tula kah, kita kena terima pasangan seadanya.
dan proses mengenali, memahami ni masih diteruskan.
masih lagi mencari keserasian.

1 sifat yang aku perasan,
aku ni panas, cepat melenting, cepat je telinga ni panas
nasib laki ku bukan macam tu.
dia cool. dia boleh buat muka kosong je time aku tengah bebel.
dia boleh pekakkan telinga dan buat macam aku invisible.
ko mampu???