Friday, April 20, 2012

Makan Free : Nasi Briyani Bukhara


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Last few week, bos Amin belanja makan.
Aku ikutlah Amin pegi amik nasi tapau tuh.
Kat Restoren Syed, PJ - belakang Hilton.
Nama pun PJ, susah betul nak parking.
Nasib depan kedai ada kosong.

Aku tak pernah rasa nasi nih.
Bos Amin beria cakap sini sedap.


Ini website dia
Bila aku belek2 outlet dia,
La.. outlet yang kat Bangsar tuh tempat aku dating ngan Amin dulu.
Time aku dok Vista. Tapi napa tak pernah try ek.


Masa kami masuk kedai ni, humangaih...
sedapnya bau nasi dia. Terus lapar aku.
Sementara nak tunggu diorang siap packing,
kami minum teh ais. tapi kureng kick lah rasa dia.
nasib dia tak cas.

Diorang siap susunkan dalam kereta.
Seksa batin aku nak sampai ke kilang Amin.
Bau dia, asyikkkkkk...



Kotak dia je da menarik perhatian.

Satu kotak macam kat atas ni harga dia
Ayam- rm 11
Kambing - rm 13


~~Terliur~~

Mengah aku nak abiskan.
Mula2 nengok, hekeleh.. sikit nyer nasi dia.
da makan baru tau.
Aku amik kambing.
Kambing dia adalah lembut, tak hamis.
nasi pun berempah dan lembut.
dalam bekas kecil tuh kuah dhal.
sebelah dia adalah telur bukhara. sedap !
pastu acar buah, masam. so boleh hilangkan muak.

Nak repeatlah.

*aku tengah puasa nih, update petang2 hujan pulak tuh. nengok nasi ni memang rasa macam nak pergi sekarang jugak*


Kuala Selangor : Lunch + Hi Tea


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kitorang minta delay check out. alah, delay 1 jam je kot.
Yang penting tak cas pape.

Sementara nak pukul 3 petang, ayuh kita lunch pulak.
Ramai blogger cite pasal warung ni,
ayuh kita terjah. tak jauh mana pun dari hotel.
Jalan menghala ke Tanjung Karang, dia belah kanan.
Kalau da nampak singboard Tanjung Karang,
maknanya da sampai.
kedai dia adalah belah kanan.

Pernah masuk JJCM tahun tatau.

Ramai gak orang time nih.

Nasi ambeng + asam pedas
Harga, ok lah. takda la murah mana pun.
Air limau asam boi adalah sedap.
Portion adalah kecil. Means nasi dia la sikit.
Yang lain2 ok. Serunding dia terlalu manis bagi kami.
Yang tak best,  tukang jual, ada 2 orang.
sorang mak cik sorang akak. yang akak tuh masam je muka.
pastu suara ada tinggi sikit tone dia.
nape ntah nak marah2.

Sudah kenyang, terus kitorang pergi tengok2 sawah padi.
Ada 2 kawasan yang besar yang kitorang pergi.
Tu cerita nanti.
Petang, lepas abis photoshoot, terus gerak balik.
Tapi singgah mentar pekena mee udang banjir.
minum pulak pink guaca ice blended.
haus yang amat.


Bebetul tepi jalan besar Kuala Selangor
Menu macam best kan
Ada  7/8 ekor udang

Mee udang spesial - sebab udang lebih

Tak tau nak cite macam mana rasa dia.
Macam lebih kurang mee bandung je.
Tapi, udang dia over cooked la.
Sebab kulit dia da melekat kat isi.
pastu macam kering je udang dia.
Sedap lagi kot udang dalam mee bandung kat satay hut.
Tapi yang penting kenyang.

Kesimpulannya, percutian kami lebih kepada
jalan-jalan cari makan yang best.

Lepas tuh, kami pun pulang ke rumah.
Letih badan ni pegi photoshoot di tengah bendang.




Thursday, April 19, 2012

Kuala Selangor : Aktiviti pagi


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Pagi yang cerah...
Tenang. Takde bunyi bising.
Kami decide nak mendaki Bukit Melawati.
Jalan kaki pun boleh.
Tapi larat ke nak mendaki?
Pepagi ni, kereta boleh naik sampai atas sebab orang tak ramai lagi.
Dalam pukul 7 lebih la macam tuh.
Sebelum pegi bekpes, baiklah pegi yang dekat dulu.

Tanpa lengahkan masa, aku terus siap.
Nak siap cepat, basuh muka, berus gigi, tukar baju.
Amin rileks je mandi. Tak sejuk ke apa.
Sampai atas, orang lain dok joging, kami naik kete
dengan muka yang tak bersalah. hehehe

Pemandangan dari puncak Bukit Melawati

Perlu ke suamiku diri di situ

Ada beberapa meriam kat atas ni.

Bawah bukit adalah sekolah. Best ek sekolah kat lereng bukit. Nyaman je.


Kat atas ni ada juga beberapa kawasan bersejarah.
Kami tak terjah semua sebab orang pun tak ramai lagi.
Aku rasa macam sedikit takuit pulak.
Dengan pokok besar2, sunyi, bangunan2 lama. Da macam cite hantu.



Haiwan ni memang banyak la kat atas ni. Sila jaga keselamatan makanan anda.




Kami tak masuk. Awal lagi kan, Tak buka lagi.


Muzium Sejarah



Jom nengok anak bulan
Da puas cuci mata nengok pemandangan hijau,
kami gerak ke batu hampar.
naik kete uolls. punyalah pemalas kan.

Amin bersama batu hamparnya.
Ada sejarah batu hampar ni.

Tangga ke batu hampar.

Nak turun, singgah sini jap


Natural beauty. Weeee~~~

Then, turun terus cari bekpes.
Taktau la apa yang special bekpes kat sini.
So, terus jela ke tesco sana.
Banyak kedai. Makan2. Terus balik hotel. Rehat2.
Photoshoot petang kang.
So, sementara nak tunggu check out, kami rehat2 je kat bilik.
sambil menikmati satay malam tadi.
sedap lagi...





Wednesday, April 18, 2012

Kuala Selangor : Dinner


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Da setel tengok firefly,
perut mintak diisi.
Sebelum pergi kan da google.
So, ke SATAY HUT la kita...

Sebelum ni aku da pernah pergi dengan akak n abang ipar.
masa tuh, dalam pala otak da fikir jauh.
jauh jugak tempat ni.
if da kenyang nak balik rumah, memang ngantuk nak drive.
nanti da kawin, check in jela memana hotel.
yeah, akhirnya apa yang aku brangankan dulu,
kini jadi kenyataan.

tak susah nak cari kedai dia.
betul2 tepi jalan, sebelah Hospital Tanjung Karang.
Tapi, waktu kami sampai, ramainya umat.
Susah nak parking.

Bagi memuaskan nafsu serakah masing2
kami order

ABC ngan air tembikai.

Mee bandung dengan nasi goreng USA (tiada dalam gambar)

Satay hayam yang beso

Gambaran saiz satay

Minuman
Ok la.. ABC dia masih tak boleh lawan ABC kampung melayu, JB.
Air tembikai pun ok.

Makanan:
Mee bandung, sedap. takde daging. ada udang je. udang segar dan masih terasa manis.
Nasi goreng USA, ok.
Satay, ok. lembut, juicy.
Kuah pun ok.

Kami order 15 cucuk.
Tak mampu nak abiskan. Catat sejarah ni.
Selalu makan macamkan berlumba2.
Tapi yang ni, aku tolak ke dia, dia tolak ke aku.
Last2 Tapau makan bekpes esoknya.
Untuk tapau, kena amik sendiri kat kaunter dia.

Kesimpulan, harga berbaloi dengan makanan.

pung, pang, pung, pang,
sampai bilik dalam kol 11 pm.
layan husin bunga sampai habis.
lalu tidur kekenyangan dan selesa yang amat.

*update semasa puasa amatlah menyakitkan, asik terkenang je ni*


Kuala Selangor : Hotel



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kami check in kat hotel bajet.

*google*

Kami pilih family room.
1 queen and 1 single.
bilik kami tu hah. tingkat 1 belah maybank.
tak ingat harga 1 malam berapa. dalam rm 70-80.

Dalam bilik, sangat simple..
Apa jela yang diharapkan daripada hotel bajetkan.
janji bersih, selamat, dan selesa.

Bila nengok gambar tuh.
Teringat kat Amin.
Masa baru masuk bilik, kitorang dok merencana aktiviti.
Sebab masa tuh baru pukul 8 lebih.
Then aku cakap nak keluarkan duit kat meybeng.
Amin cakap, dia ada perasan meybeng, tapi lupa kat mana.
nampak sangat suamiku banyak makan semut.
padahal kitorang parking betul2 depan meybeng.

Hotel ni paling dekat dengan Bukit Melawati.
Nak naik bukit tuh, mesti lalu depan hotel ni.

Katil tuh kami tolak kasi rapat.

Langsir tu asal2 kemas je tergantung. Tapi....

Abaikan model tidak berbayar tuh
Da selamat letak barang dalam bilik.
Kitorang pegi tengok Firefly !