Friday, February 10, 2012

Kekeliruan Adat tepung tawar / merenjis

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Entri pada hari jumaat berunsur keagamaan sikit.
Sebelum walimah aku ari tuh...
Aku ni sibuk la cari pendapat orang2 yg boleh diyakini pasal adat ni.

Aku plan nak adakan adat ni just untuk suka2.
Bagi meriahkan majlis katanya.
Guna air mawar dan juga bunga rampai sahaja.
Takde niat lain.

Tapi mostly yang explain dalam internet semuanya gunakan item2 lain.
Seperti beras dan telur.
So, aku pun ambil la inisiatif untuk mengemail seseorang yang aku yakin.
Aku try la tanya soklan kat Ustaz ni.
Tak sangka lak dia reply. Terima kasih bebanyak ye Ustaz.
Sila la terjah blog Tuan Kadi Kluang

Soalan daripada pihak aku:
Boleh tak Ustaz kupaskan isu adat merenjis/ tepung tawar. Keluarga saya inginkan adat ini dikekalkan sewaktu walimatulurus saya nanti. Hanya menggunakan bunga rampai dan air mawar. Mereka kata dengan niat suka2 saja. bagi meriah lagi majlis.

Jawapan daripada beliau:
Kalau biasa-biasa saja adalah harus. Tapi kalau ada niat untuk menolak bala atau jampi serapah, adalah haram. Jadi, yang dibuat dalam majlis kawin atau khatan adalah harus, kecuali melampaui batasan syarak.

Kekeliruan ini turut dihuraikan oleh jiran aku.
waktu meeting sempena majlis aku.
Jiran yg juga ustazah.
benda ni semua tak jadi salah pun. yang salah kalau dibaling beras atau segala makanan. kan membazir namanya tu.

 Hoyeh ! Hoyeh !

Lantas kami pun merenjis tanpa ragu lagi.

Item dalam merenjis adalah air mawar dan bunga rampai saja.

Merenjislah tanpa was-was.








Wednesday, February 8, 2012

Pre Wed + Family Potrait

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Dalam pakej photography aku memey da de slot pre wed / post wed.
Aku pilih post wed instead of pre wed.
Sebab:

1) Alasan utama, aku segan nak posing manja2 gitu dengan Amin. Belum halalkan.
Ok. Aku bukan la stok2 baik sangat.
Tapikan rasa sangatla janggal nak memberikan pose mesra.
Tambah pulak, from kitorang couple till bertunang,
kitorang jarang sangat nak amik gambar 2 orang.
Lagi la kan nak lentok2 bagai.
Memang tak la. Aku sangat kayu.

2) Untuk apa gambar pre wed?
Biasanya orang sekarang, guna pic pre wed as display masa hari sandingkan.
Gantung2 kat photobooth ke.
Jadikan bahan untuk bunting / banner / kad etc.
So, again. Aku segan gambar kami jadi pameran.

3) Alasan paling kukuh. Aku nak gambar post wed yg sgt la messsrrraaa.
Gambar comolot can? Hehehe. will ask our photog later.

4) Aku sebenarnya teringin nak ada gambar ngan family.
Itu hakikat sebenar la.
Tambah lak kitorang da de Rayyan. Kesayangan ramai.
Haruslah nak rekod the moment.
Plus, hari raya ri tuh, kitorang tak amik gambar family pun.
Kira ini adalah 2 perkara dlm 1 masa.
family potrait pun ye. gunakan time sanding pun ye.
Jimat kan..

Aku cari this photog name Hakam thru kahwin mall.
Nengok blog dia. then call. terus deal.
Masa aku nengok blog dia pakej family potrait adalah  RM 180.
Lagi sekali nengok da RM 250.
Cepat betul hege naik. eh jap. budak ni hensem gak tau.

Kitorang amik outdoor kat Tasik Pullman.
Pusing2 area situ je.
Siyes. Penat ok.
Harga dia meliputi
- unlimited shot
- 2-3 hours
- picture ada la dia edit sikit.
- semua gambar burn dalam dvd.
*prop sendiri.

Aku upload gambar2 yg telah diedit oleh Hakam.


Comel je 

Baru start session. Malew lagi

Pose rawak katanya

Kesayangan semua

Yeye je kami belakon. Time ni da tak kekok.

Time ni bride to be dikerah meniarap

Sangatla suka pic ni



Fotobynaman pun murah tau. Memula aku nak amik dia. tapi dia nak balik kampung lak time tuh.
Tapikan dia just amik gambar mereka yg menutup aurat. Ingat ye..










Wednesday, February 1, 2012

Kawan Saya Kawin ! (2)

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Like this pic

Hasil yg cantik padahal sbelah uma je pun.
Jijah kawin awal bulan 12 tahun lepas.
Baru la ni terhegeh2 nak up story.
Very the pemalash.
Eh. bukan pemalas la. Busy ya amat. kononnnn...

Jijah, seorang yg suke plan awal2.
sume dia nak setel awal2.
sampaikan aku tak dapat nak tolong pape.
Kebetulan Myra tengah cuti.
So dia  la yg banyak tolong Jijah.

Aku datang ari sabtu.
Ari Jijah ngan Nazri nikah.
Datang awal sikit utk cekidaut Jijah.
Memang takde apa yg boleh ditolong.
Tolong makan je.

Jijah guna bridal yg sama time She.
Memang bridal ni ada masalah attitude la.
Datang gila lambat.
Pastu tak say sorry pun.
Kesian Jijah.
Da la nervos nak nikah.

Jijah nikah lepas zohor kat masjid.
pastu makan2 kat uma.
pastu kitorang da kenyang,
kitorang pun balik.

Ahad, memang aku datang as a tetamu betul.
datang ngan parent.
jijah buat kat dewan taman rinting.
lagi la takde pape nak tolong kan.
tolong makan lagi sekali.

Makanan adalah sedap.
Guna catering family She
Tukang masak bapak She, tukang servis bapak Wak Leh uruskan.
baru start bisnes tu. Jijah customer pertama.

Kek juga adalah sedap.
Cheese cake santek.
tempah kat aunty Sarimah

OP same ngan aku.
Nadi Arts Photography.
Aku amik nadi arts pon sebab jijah yg promote gile2.

Yang lain2 aku tatau dia amek katne.
Sepanjang majlis, aku terlalu menikmati makanan.
Tapi aku tak dapat stay lama.
Habis potong kek semua,
aku gerak balik KL.
Sorang lagi besti yg telah gugur daranya.
 Alhamdulillah...

Candid !

Kacau perantin makan







Kami telah disatukan

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Majlis Persandingan 22/01/2012
Alhamdulillah...
Aku dan Amin telah selamat dinikahkan pada 21/01/2012 bersamaan 27 Safar 1433H.
Segalanya berlalu dengan pantas.
Proses penikahan kami tak sampai 1 jam.
Tok Kadi punya khutbah pun tak meleret.

Kenduri bermula selepas zohor.
Kenduri Aqiqah Rayyan Anaqi.
Budak ini sangat behave.
No wonder menjadi kesayangan ramai.

Then, Majlis Pernikahan Zara dan Amin lepas Isyak.
Dalam pukul 9 macam tu.
Drama air mata secara live.
Sampaikan aku baca pun tergagap2.

Majlis Persandingan kami on 22/01/2012.
Majlis bermula dari 11 pagi till 5 petang.
Ini waktu standard di JB.
Kami bersanding pukul 2.30 petang.
Sagalanya berjalan begitu pantas.
Sampaikan aku tak sempat nak beramah mesra ngan tetamu.

Majlis aku tidaklah perfect seperti yg dirancang.
Ada cacat celanya juga.
Tapi aku sangat bersyukur sebab makanan adalah mencukupi.
Malah tetamu yg hadir pun makan dengan sangatlah berselera.
Bertambah2 lagi uolls.

A big thank you kepada Ibu dan Ayah. Dalam urusan majlis ini, sering kami selisih faham.
Tapi kami cuba cari jalan penyelesaian.
Standard la anak branak bergaduh kan.

Also penghargaan kepada Kak Lin, Abang Akim n baby tomel Rayyan Anaqi.
Dari pelamin, aku nampak kak lin n abg Akim ke hulur ke hilir menyelesaikan konflik.
See, bertapa tak senang duduk aku atas pelamin.
Kesian Ryan. Kena tinggal. Lucky he a very good boy.
Tak merengek pun sepanjang majlis.
Habis je majlis dia terus menangis bersungguh2.
Mrajuk dengan mommy sebab kena tinggal kot.

Perjalanan majlis kami turut dibantu oleh jiran tetangga.
Lorong aku ada persatuan ye.
Start Jumaat they da datang tolong pack goodies.
Continue on Sabtu dan Ahad.
Terima kasih bebanyak.

Sedara mara belah Ibu dan Ayah juga.
Sanggup datang dari jauh.
Siap tolong manage dapur tuan rumah.
Perlu ada tukang manage tau.
Sebab ramai je sedara mara datang on hari majlis bawak buah tangan.
Sponsor macam2 makanan.
Bila ada yg manage benda tu takkan 'tersimpan' sampai abis majlis.
Tenkiu again.

Thanks juga kepada:
Para tetamu yg hadir memeriahkan lagi majlis kami.
Kawan2 yg da lama tak jumpa pun ada.
Da ala2 reunion pulak.
All vendors yg memberikan kerjasama. (akan direview kemudian)

Majlis Bertandang 23/01/2012



Friday, January 13, 2012

Kad Kahwin Saya

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Lebih kurang seminggu lebih je.
Checklist banyak gak yang pending.
Bajet adalah lari jauh sekali.
Hahaha.
Cane ntah nak kejar.

Ok.
Mostly, almost 90% tetamu da dijemput.
Kad pon da post.
Yang ada dalam simpanan ni adalah orang yang tak
reply PM aku tapi nama da tulis kat kad.
And some yang memang kena bagi by hand.

Aku nak reveal pasal kad.
Aku survey kad dari bulan 6.
Awal gila uolls.
Tapi tak buat keputusan lagi.
Tapi that time kitorang da ada tema.
Either ada unsur kartun ataupun yahoo messenger (YM)

Kitorang pilih kartun sebab dia comel, simple, sweet.
YM pulak sebab kitorang kenal thru YM.
Tahun 2008 takde mukabuku eh.
Kekonon nak mengabadikan kat kad kawen la.
Ala2 retis gitew.

Tapi,
Da masuk Dec masih tak booking mana2 vendor kad.
Gila ke hape.
Da la time tu ramai orang kawin.
Survey sana sini mostly amik masa 3 atau 4 minggu.
Padahal ayah ngan ibu da remind banyak kali.
On 25/12 mesti ready kad tu.

Belek2 FB. Ternampak sorang member kat JB.
Nengok koleksi pics dia.
Ada gambar map ke rumah dia sempena hari raya.
Macam comel lak.
Then tanya dia tau ke part2 design ni.
Oh. rupanya dia memang keje buat kad kawin.

Terus story nak kad macam mana
Ask for quo then compare to others.
Ok. terus proceed dan dijanjikan akan siap before parent gerak ke KL on 23/12.
Yeebaaa. Siap seperti yang dijanjikan.


Depan
Side aku
Belakang

Kad ni jadi 4 bahagian la.
Aku just tak upload bahagian Amin.
Aku sangat particular part ayat tu semua.
Alih2 kad da siap baru aku perasan.
Map aku tak conplete.
Hish. Salah kami.

Yang lain2 aku suka je.
Sebab simple.
Aku memang tak suka crowded dengan kerawang bagai,
Pastu aku suka putih.
Then sebabkan tema aku kuning so kartun kale kuning.

Kad ini berharga 80sen sekeping.
Kami order 900 keping, 400 aku dan 500 Amin.
Tapikan. aku dapat kad lebih banyak.
Dia bagi kotak envelope 2, means ada 1000 keping.
Suppose sampul la lebih.
Tapi lepas da lipat, da masuk sampul bagai,
ada lebih 2++ keping.
Aku amik 50 je. lebih tu semua aku bagi Amin.
Dia kan ramai sedara mara.

Dari awal hingga ke hari ni.
aku tak jumpa lagi member aku ni.
Semua urusan thru FB/email/SMS.
Konpiden kan.
Ok. Sesiapa yang berminat
sila la kontek Nuraini Khairuddin.
Jangan lupa mention nama aku. ~nak gak publisiti~