Monday, April 16, 2012

Kami ke Kuala Selangor !




Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Pada 25 Mac 2012, kitorang photoshoot untuk post wedding.
Hasrat nak tema ala2 Nurkasih.. 
Aku Tiz Zaqyah, Amin Remy Ishak. Ahaks!
Ntah celah mana la kan.

Maka, ke Tanjung Karang la kita.
Da alang2 nak ke sana, kami pun plan nak having
short trip aka pre hornymun.
Macam gempak lah sangat siap ada pre honeymoon bagai.
Macam la banyak duit khennn...

1st time aku nengok sawah yang besarrrrr sangat.
yang tak nampak hujung dia..
Sangat lah kagum dengan keindahan alam.
Segalanya ada di Malaysia.

Trip bermula petang Sabtu.
Amin keje. so kena tunggu dia balik.
pung, pang, pung, pang...
Dalam pukul 6 macam tuh kitorang gerak.

Pakai sunglass sebab silau. Tapi seat belt pura2 lupa lak.

Mari kita berlepas

Matahari petang masih bersinar...

Matahari! Di mana kamu?

Pastikan di lorong yang benar

Pandu cermat, jiwa selamat.

Sudah hampir jam 7 , kami pun sampai sini.


Kami konpiden terjah je hotel Sun inn kat Kuala Selangor.
Tapi.... fully booked hokey!
Macam tak percaya je sebab time tu bukan public holiday.
Tanya kat girl reception, dia kata ke depan lagi ada hotel.

Maka, kami pun teruslah ke depan.....
Sampai la kami ke Bukit Melawati..
Dan kami check in di situ.


Firefly...

Malam, kami nak nengok firefly/ api-api.
Amin da google siap2 kenderaan laut yang diyakini untuk dinaiki.
Maka kami ke Firefly Park Resort.

Bila 1st time pegi satu2 tempat,
kita akan rasa dia jauh je kan.
Masa nak ke sini, aku senyap je dalam kete.
sebab dia masukkkkkk ke dalam plus jalan pun ala2 tak sibuk.
nak nampak kete lalu lalang tu jarang2.
Aku siap suruh Amin patah balik.
Nasib dia tak ikut cakap aku.

Rupanya, time balik takde la rasa terlalu jauh pun.
Perasan je lebih. plus, ada je kete lalu lalang.
Bas2 pelancong pun datang sini gak.

Kami dapat naik 1 bot dengan budak2 laki yang masih study.
Range dalam 20-22 tahun kot. dan ala2 lembut gitu.
mulut pun sangatlah choooiii!
Kami duduk depan sekali. Keadaan kat situ amatlah gelap.
Gelap gulita. Kepala hotak da pikir yang bukan2...

Budak2 nih la yang banyak tanya pakcik bot.
Kami yang dok depan sekali, kelibat pakcik bot pun tak nampak.

  • kunang2 adalah lain dengan api2.
  • gajet canggih mana pun takkan boleh amik gambar diorang. yang kat tv tuh da diedit.
  • if ada cahaya, diorang takkan bernyala.
  • diorang memang aktif waktu malam.
  • diorang memang suka pokok ??? aku lupa dah. sebab daun dia manis. tuh yang ramai berkumpul kat satu2 pokok.
  • bot guna kuasa bateri. tuh yang tak bising.

serius cantik tau. da macam pokok krismas. meriah sangat.
kadang2 1 pokok tuh, sampai hujung2 pun ada kelip2.
rasa macam nak hulur tangan je.
tapi tetiba tangan aku kena tarik plak kang. *imaginasi tinggi lagi*

Trip lebih kurang 15-20 minit. aku tak berapa ingat.
Terlalu menikmati alam semesta.
tapi kekadang terfikir cite Lake placid pulak.
memang teruk. potong je.


Jalan kaki ke jeti dalam 2-3 minit saja.

Kami takde plak nak boat kaca.
Tapi ini lah harga yang kami bayar.
boat adalah meyakinkan siap dengan life jacket.

Da selamat sampai. Lega~~

Setel di sini, ayuh kita dinner.
Kita naik ke Tanjung Karang pula.....







Thursday, April 5, 2012

Busy Sepanjang Masa

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Tiada entry sempena 2 bulan kawin...
Poyo hanya bertahan sebulan saja.
Bulan 3 adalah bulan yang sangat padat dan busy.
Cousin tunang, cousin kahwin kat Branang dan Melaka.
Postwed cum short hornymun di Kuala Selangor.
Wah... Penatnya. Duit jugak laju je mengalir.

Punyalah sibuk sampaikan aku tak ingat pun da masuk 2 bulan kahwin.
Plus, 18 Mac pun aku abaikan je.
Its my birthday. Amin? Time tuh dia da tertidur depan tv.
Dalam pukul 12 tengah malam aku kejut suruh tidur atas katil.
Dalam mamai² tuh sempatlah dia wish, kiss² manja, then dia terus sambung tidur.
Ntah² dia ingat, dia mimpi kot.

Other than that, nothing happen..
Kerja macam biasa. But sometimes mood adalah ke laut.
Boleh dikategorikan sebagai mood unstable.
Sunyi kehidupan weekdays ku.
Balik kerja, terus masuk bilik.
Duduk sorang². Housemate semua ntah ke mana.
If diorang ada pun, masing² buat hal masing².

Bila weekend pulak, adalah superbusy.
Rumah kena kemas, basuh baju, lipat baju yang menggunung.
Setakat 2 bulan kawin, aku asik masak sambal je.
Sampaikan now, aku rasa aku da expert masak sambal.
Maka aku perlu cari resepi lain. Asam pedas maybe.

Bila masa nak buat anak? Ntahlah.
Jumpa suami cuma Sabtu dan Ahad.
Bila balik rumah seminggu sekali, rasa macam banyak benda nak kena kemas.
Bila seharian kemas rumah, badan da letih.
Maka takda mood nak berasmaradana.

Sedang merencana honeymoon.
Dekat pun takpelah. Kami perlukan quality time.
Dia tengok aku, aku tengok dia. Tanpa fikir masalah duniawi.
Then, barulah tenang nak proses anak.

Macam manalah couple weekend husband n wife yang
boleh survive bertahun² macam ni ye.
Diorang mesti punya mental dan fizikal yang kuat.
Aku tak rasa aku strong macam tuh.














Thursday, March 8, 2012

Wajah Kesayangan Semua

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Belek² hp. banyak betul gambar dak tecit ni.
Biasalah kan. Orang kemaruk baru dapat anak buah.
Lagi pulak comel. Memanglah geram.
Macam nak picit².

Setakat ni. Rayyan masih lagi anak buah tunggal untuk both side.
So, semua pun sayang dia.
Hp Tok Ibu ngan Tok Ayah memang muka dia jela.
gambar background muka Rayyan.
Ringtone pun suara dia hokey...
Sangatlah peminat fanatik.
Tapi aku tak boleh nak cakap apalakan.
Memang sedap bunyi baby ketawa.

Now da 7 bulan. Da start kenal mommy.
Da pandai merangkak, berpaut nak berdiri.
Da pandai jeles, merengek² mintak dokong.
Geram aku. Picit kang.
Time dokong, menggeletis macam ulat bulu.
Nak bebas, nak lepas main².
Penat ok nak jaga dia.
Tak tau lah esok time da pandai jalan.
Siapa nak jadi tukang kejar?
Da la memasing da lama tak joging...
Semputttt...

Hari pertama.

Daddy tengah buka puasa.

14/10/2011: Kami mahu balik JB
01/09/2011: Tok ibu tepuk kan belakang nak bagi "burbbb"
Tapi Rayyan layaannn je mata.

16/09/2011: Still dalam hari lagi.

25/11/2011: Time nih da kemain.
Da start nak main²

10/12/2011: Da tak terkawal

25/09/2011: PakSu / Uncle Amin / Cik mok ngan prektis.
Still tak tau nak menggelarkan diri memasing.

18/02/2012 : Baru nak belajar makan

As ussual. Tak geti dok diam.
Memang dia tak boleh duduk dalam bumbo seat ni lelama.

Kulit Anaqi makin cerah..
Dia makin panjang.. Tinggi la kot budak ni.
Dia punya kegemaran, hisap jari.
Sebab dia tak hisap puting.

Teringin pulak nak ada anak sendiri.
Tapi... banyak benda kena setelkan dulu ni..







Wednesday, February 29, 2012

Bulan Pertama Selepas Kahwin

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kami adalah pasangan weekend..
Maka, masih banyak yang belum berubah terutama dari segi rutin harian.
Isnin sampai Jumaat, dia di sana, aku di sini.
Kerja seperti biasa. Balik kerja juga seperti biasa.
Aku tak perlu nak rushing buat kerja rumah.
Tak perlu nak fikir lauk apa nak masak untuk makan malam.

Sebab tulah bila orang tanya, apa perubahan selepas kawin?
Aku jawab takde apa² yang berubah.
CUMA... hati adalah tenang...
dan yang pasti hujung minggu aku adalah sibuk.
Tanggungjawab juga bertambah.
Pagi² bangun beria nak buatkan breakfast.
Lepas tuh fikir nak buat lunch pulak.
Pastu terlebih rajin buat minum petang.
Pastu malam, makan jela lauk lunch tadi.

Tapi itu cuma untuk 1 hari saja.
Sempena ulang tahun sebulan perkahwinan.
Aku pun tak pasti sampai bila aku boleh bertahan dengan kerajinan itu.
Sebab aku jenis malas, duduk dapur lagi la aku malas.
Cuma bila terkenangkan sudahlah jumpa weekend je,
takkanlah nak malas jugak. Sangat melampau ok.

Lauk pertama sempena sebulan kahwin : Kacang buncis goreng, Sambal sardin, dan telur dadar.
*Amin kata sedap*weeeeee lompat bintang...

Tapi, malam tuh kami laki bini sakit perut sebab banyak sangat makan sambal kot.
Perut terkejut. Cili pun kemain la pedas. Takpe, ini adalah cubaan pertama.
Sebelum masak, siap call ibu tanya resepi sambal sardin.
Yang penting aku berusaha. Pandai jugak aku masak ek.
Pandai la sangat. Orang lain pejam mata je buat sambal sardin.

05/02/2012 : Ini masa attend wedding cousin kat Kota Tinggi. Harap Amin takkan
bela misai sampai macam tuh skali. Takuit.

06/02/2012 : Atas rundingan bersama, aku gunting rambut pendek. Aku nak pendekkkk tapi Amin tak bagi.
Amin kata kang rupa da macam Ayah. Potong stim. Cissss. Sempat lagi mengutuk diriku ini.
Inai di jari masih penuh. Rindu saat itu~~~~
  
Gambar di bawah semuanya bertarikh 31/01/2012.
Baru lebih kurang seminggu kawin. Da naik keje.
Tapi rindu katanya. Maka Amin datang untuk dinner bersama.
Macam ni rupanya orang baru kawin ek. 
Dinner pertama kami setelah bergelar suami isteri.
Lokasi : Williams Corner, Kelana Jaya.


Avocado+strawberry blend (sedap) dan Soda herb (sedap).  

Nasi Gorang Ketam Soft shell  untuk Amin (sedap)
Desert, coklat apa ntah untuk aku. rasa dia sedap, tapi sangatlah pekat coklat dia.
Gambar penutup : Kesayangan time attend wedding kat Kota Tinggi. Biar bising macam mana pun,
dia kata dia nak tido, dia tido jugak.
Eh jap, masa kami kawinkan, ada la gurauan nakal pasal bilik pengantin.
Antaranya,
Ko janganlah gegar kuat sangat, nanti lampu ni jatuh pulak
Pesanan orang yang pasang lampu dinding.
Hakikatnya, kami tidur bersama di depan tv. Itu adalah tradisi keluarga aku kot.
Time akak aku pun diorang tak tido kat katil empuk tuh.
Bagi ibu dengan ayah yang tidur. Sebab diorang lagi perlukan tilam empuk.
Tapi malam esoknya, kat umah Amin, kami dapat tidur dalam bilik.
Tapi,,,, tak terjadi apa² pun sebab kami adalah letih yang melampau.
Dan di bilik ini jugak, aku ngigau apa ntah, lantas tertumbuk manja dagu
suamiku. Terkejut Amin. Maap.. maap..
Nasib kat dagu kan.. Kalau kat tempat sensitif???

Saja je nak letak gambar bilik pengantin kami. Oren jugak.









Wednesday, February 22, 2012

Mari Mengemas Rumah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Permulaan mengemas rumah.
Perlu transform daripada rumah bujang Amin ke Rumah Kami.
Tidak la fully furnish tapi ade la sikit2.
so guna jela apa yang ada. belum ada modal mau beli barang.

Tapi keperluan asas perlu dibeli juga.
Mujurlah rumah kami area pekan Semenyih.
So, tak susahlah nak cari kedai keperluan harian
macam kedai hardware, tikar getah tuh semua.

Tikar getah adalah mahal eh. Aku beli yang murah punya je.
Nipissss sekali. Sekaki  ke seapa ntah da 2 ringgit lebih.
kami beli untuk hall je pun da RM115..
Pastu beli la tali spring untuk gantung langsir.
Ye. orang sekarang da tak pakai lagi benda ni.



Tapi apa boleh buat, kami perlu berjimat.
Dawai tu baru rm14 untuk 1 rumah. tu pun ada balance lagi.
Langsir pun fesyen zaman dolu2 hasil sumbangan mak mertua.
Tapi dapat gak 1 rumah siap ngan bilik sekali.
Janji tingkap kami tak melopong.

Kondisi rumah adalah menggerunkan pada mata aku.
Bilik yg sebelum ni rakan serumah amin duduk ditinggalkan macam tu je.
Budak tu rasanya angkut baju je kot sebab kan dalam bilik tu
dasat giler.

Tambah lak penyewa sebelum diorang da duduk rumah tuh almost 10 tahun kot.
Kemain la berkerak dinding. bawah tikar getah da jadi komuniti semut.
Area balkoni sekangkang kera penuh dengan segala ntah apa benda.
Dinding jangan cakap la. stok suka menebuk dinding kot.
Kami mengemas 2 orang. sampai aku demam sebab penuh habuk.
nasib amin adalah rajin sikit je dari aku. maka dialah yang keje lebih.

Now, rumah kami tidaklah complete.
tapi sudah selesa untuk diduduki.
tunggu rak buatan amin siap pulak.
Total duit abis untuk benda2 macam ni dalam 300 gak.
padahal benda2 kecik je pun. duit kan..

Aku rasa para pengantin baru macam aku memang excited nak menghias rumah.
Tak kira ada kos ke takde. Tetapla nak menghias sikit2.
Aku stok tak geti menghias. Aku geti kemas je.
bila Amin tanya aku nak hias apa kat dinding,
aku just sruh dia gantung gambar kami time kawin rituh. cukup.
No flower in our house. patutlah tak berseri.

Last week lepas visit mak busu kat subang, kami singgah la Ikea.
Sebelum ni beli barang sikit2 je. Tak pernah beria.
Tapi bila da ada rumah sendiri, kemain la hover.
Barang dalam list cuma 3. Tapi end up habis gak rm100 lebih.
Padahal beli barang murah je. Tapi aktiviti ini adalah seronok.
Kami pilih dan belek bersama. Tanya pendapat. nengok harga.
dia tengok aku, aku tengok dia. letak balik kat rak.
Asah pisau pun da 16.90. Aku beli sebab ibu kate guna ni best.

4.90. roller lekat2 habuk. pengaruh daripada kakak aku.

9.90 tak suka plastik da bukak pastu terdedah.

2.90 Gantung kat tingkap sinki. Tos sebelum simpan.

7.90. Memang wajib ada la kan.

6.90. nak simpan gula. Ini yang paling kedap rasanya.

11.90 kot. Hahaha. Ini Amin yang minat. Aku rasa aku guna sudip je.

3.90. Ini da memang keperluan la kan. 

Barang paling mahal aku beli 19.90. Sebab nak replace meja kopi dalam bilik sewa.
So, ini lah meja makan aku kat bilik sewa. Kale pink tuh....
2.90. Rumah Amin ada 1 gerobok letak dapur gas. Ini mau letak dalam laci gerobok.
4.90. Ini pun mau letak dalam laci gerobok.
non stick pan 8.90. Ibu kata best. Aku pun terjebak. Masalahnya, rajin ke aku nak masak?

menatang kecik ni 1.90/ pcs. Nak suasana nyaman katanya.


9.90. Bau cherry. Da try bakar sekali 2. Bau sodap. Kuat jugak.
Lena aku tidur

4.90 dapat 3. Harus la belikan. 
Ini je masalahnya. Carik bagai nak rak. Tapi tak jumpa.
Da 2x pegi pun tak jumpa.


Minggu ni balik Rumah Kami nak buat ape eh.
Rasa macam nak masak la. Gas da ada.
Tapi takuit nak tunjuk skill. Kalau beliau makan sikit je cane.
Cepatlah wikennnnnn.....

Ikea tengah buat promo ayan sekor kat cafe dia kan.
Nampak macam sedap je. Tapi kami time tu da full. just sapedeq meatball je.
almond dark coklat juga sedap sebab tak berapa manis.