Jam antik di ruang tamu telah berdetik sebanyak 12 kali menandakan sudah masuk ke hari yang baharu. Aku masih lagi duduk termenung di depan televisyen. Selalunya pada waktu begini aku sudah lena dibuai mimpi. Tapi entah mengapa malam ini mataku tidak terasa mengantuk padahal siang tadi aku sudah lelah bekerja. Televisyen di depan mata kutatap kosong. Kotak fikiranku melayang entah ke mana. Wanita cantik berpakaian seksi yang menari di depan mataku langsung tidak menarik perhatian. Aku sebenarnya teringat akan seseorang yang bagi diriku jauh lebih cantik daripada penari di televisyen itu. Wanita yang mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Sesungguhnya dunia ini terlalu penuh dengan pancaroba dan harus ditempuhi dengan akal yang waras. Aku menyusup ke setiap kenangan kami bersama.
Wanita yang amat aku cintai itu adalah ibuku. Ibu merupakan wanita yang hebat padaku. Walaupun ibu bukanlah wanita yang berpendidikan tinggi tapi ibu masih punya kelebihan tersendiri. Kata-kata yang lahir daripada mulut ibu tidak menunjukkan dia hanya belajar sekadar darjah enam malah ibu kelihatan seperti wanita yang belajar sehingga ke menara gading dan penuh ilmu di dada. Ibu merupakan seorang manusia yang tabah. Pada usia perkahwinannya tujuh tahun, ibu ditinggalkan ayah. Ketika itu aku baru saja berusia enam tahun manakala adik yang paling kecil baru berusia tiga bulan. Walaupun aku masih kecil untuk menilai segala perkara yang berlaku, tapi aku mengerti perasaan ibu. Hari-hari aku melihat perkelahian ibu dan ayah. Ayah sangat panas baran. Suatu hari aku melihat ayah menampar ibu yang sarat mengandung sembilan bulan. Tamparan ayah yang keras itu menyebabkan ibu jatuh terduduk dan darah pekat mengalir keluar dari kain ibu. Ayah tanpa belas kasihan berlalu meninggalkan rumah dan ibu yang sedang mengerang kesakitan. Aku jadi takut. Aku terus berlari ke rumah sebelah untuk meminta bantuan. Ibu dikejarkan ke hospital. Angah dan achik menangis sambil memeluk diriku. Aku sebagai anak yang sulung
Syukur aku ke hadrat Illahi, ibu berjaya diselamatkan begitu juga dengan adikku, ucu. Setelah beberapa hari di hospital ibu pulang juga ke rumah. Aku, angah, dan achik berlari memeluk ibu. Kami mencium ibu bertalu-talu. Begitu juga dengan ucu, adik baharu kami. Kami duduk mengerumuni ucu. Muka ibu yang lesu aku tatapi. Aku tahu ibu dalam kesedihan dan juga ditambah dengan kesakitan. Mujur kami mempunyai jiran-jiran yang baik hati. Sepanjang ibu di dalam pantang, jiran-jiran yang membantu kami sekeluarga. Kami tidak punya saudara-mara. Ibu hidup sebatang kara manakala ayah tidak pula aku ketahui latar belakangnya. Setelah tiga bulan kami hidup gembira bersama, tiba-tiba ayah muncul di muka pintu. Kami adik-beradik diserang dengan perasaan takut yang amat sangat. Kami berlari memeluk ibu, kami ingin melindungi ibu daripada dicederakan ayah lagi. Tiba-tiba ucu mula menangis. Ayah menuju ke arah ucu lalu menciumnya. Aku kehairanan melihat sikap ayah. Ayah tidak pernah mencium kami jauh sekali duduk bergurau bersama kami. Ibu menyuruh kami masuk ke bilik. Keadaan diam seketika. Aku dihimpit kebimbangan. Aku risau jika ayah mengasari ibu lagi. Aku membuka sedikit pintu bilik. Aku mengintai dan memasang telinga perbualan mereka. Ayah memohon maaf daripada ibu. Airmata ayah mengalir, ibu terus mendakapi ayah. Lega hatiku melihat perlakuan mereka. Aku pasti kini aku boleh hidup bahagia bersama ibu, ayah, dan juga adik-adikku. Tidak sampai sejam aku terdengar ibu dan ayah bergaduh lagi. Aku terdengar ayah meminta wang daripada ibu namun ibu berkeras tidak mahu berikan kepada ayah kerana wang itu hendak digunakan untuk menampung perbelanjaan rumah.
Dalam keadaan yang hingar itu aku terdengar ayah berkata “Aku ceraikan engkau. Engkau bukan isteri aku lagi” Ayah keluar sambil menghempas pintu dengan kuat.
Aku dan adik-adik terdiam kaku. Ibu kelihatan tenang tidak seperti selalu selepas bergaduh dengan ayah, ibu akan menangis. Mungkin sudah tiada air mata untuk ibu tangisi lagi. Bermula dari saat itu, kami hidup bersama tanpa seorang lelaki bergelar ayah. Mujur ibu bekerja. Jadi peninggalan ayah tidak memberi impak yang besar daripada sudut ekonomi.
Dengan pendidikan yang tidak seberapa, ibu bekerja sebagai operator pengeluaran di kawasan industri berhampiran rumah. Kami dihantar ke rumah jiran semasa ibu pergi bekerja. Segalanya berjalan lancar walaupun ibu kelihatan letih dan lesu. Namun aku tahu ibu bahagia. Tapi, benar kata pepatah langit tak selalunya cerah ekonomi
Seperti kebiasaan, ibu tidak betah duduk diam di rumah. Ibu sibuk mencari pekerjaan walaupun ibu tahu bahawa jawatan kosong pada tika itu amat sukar untuk ditemui. Akhirnya, ibu membuat keputusan untuk meniaga kecil-kecilan. Untuk permulaan ibu menjual sarapan pagi. Keuntungan yang ibu dapat cukup sekadar menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Itu sudah mencukupi bagi kami kerana walaupun ramai peniaga yang gulung tikar, rezeki Allah masih menyebelahi kami. Dengan kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir yang pada waktu itu merupakan perdana menteri
Aku tersenyum sendirian mengenang zaman kecilku bersama adik-adik tersayang. Kami membesar bersama dengan pelbagai kerenah. Mujur ibu seorang wanita yang tabah dalam mengharungi hidup ini. Walaupun ibu sibuk disiang hari, ibu tetap luangkan masa bersama kami. Kami tidak pernah rasa dipinggirkan. Belaian, sentuhan, dan ciuman ibu tidak pernah jauh daripada kami. Perniagaan ibu semakin maju – sarapan pagi dan juga jualan langsung. Tika itu aku dan angah telah bersekolah manakala achik sudah memasuki prasekolah. Tiap malam ibu menyuruh kami belajar dan mengulang kaji pelajaran. Dalam kesibukan, ibu tidak lupa untuk mendidik kami dalam soal pelajaran begitu juga dengan hal agama. Ibu selalu berpesan agar pendidikan dan soal agama haruslah seiring kerana dengan pendidikan kami akan berjaya di dunia manakala dengan agama merupakan bekalan kami di akhirat kelak.
Saat kami semua sedang berada dalam lingkungan alam remaja, ibu tiba-tiba menyuarakan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Kami semua terperanjat. Ucu adalah orang yang pertama melenting menyoal ibu bertubi-tubi. Ibu hanya tunduk membisu seribu bahasa. Aku menegur sikap ucu yang kurang sopan itu.
“Along harap ibu faham. Bukan kami menentang, cuma kami takut ibu akan dilukai lagi. Kami sangat sayangkan ibu.” Aku terus memeluk ibu begitu juga dengan adik-adik yang lain. Kami berpelukan sambil menitiskan airmata.
Aku risau melihat keadaan ibu. Aku tahu, ibu memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya. Pasti sukar bagi ibu membesarkan kami empat beradik seorang diri. Ibu pula, hanya mendiamkan diri. Aku tahu, pasti dalam hati ibu tersembunyi satu perasaan yang kami adik beradik pasti tidak mengerti. Semakin hari aku melihat ibu semakin sibuk. Mungkin ibu
Ibu tidak berniaga sarapan pagi lagi kerana ibu sudah semakin sibuk dengan jualan langsungnya. Dengan kerja keras ibu bersama sahabat baiknya, ibu dapat juga menghasilkan produk kecantikan di bawah label mereka sendiri. Aku tumpang bangga dengan kejayaan ibu. Bagi diriku, ibu merupakan ibu tunggal yang kuat semangat dan gigih berusaha. Dalam kesibukan ibu menguruskan perniagaannya, dia masih tidak melupakan kami. Hubungan kami masih seperti dulu. Ibu bukan saja menjadi emak kepada kami malah lebih daripada itu. Segala masalah kami adukan pada ibu. Begitu juga dengan aku. Walaupun aku tidak lagi duduk sebumbung bersama ibu, aku masih tidak lupa untuk menghubungi ibu. Mengadu segala hal dan ibu pula tidak pernah letih memberi nasihat. Jarak yang jauh ini tidak berjaya memisahkan hubungan kami. Kadangkala aku termenung sendirian memikirkan hal ibu. Bagaimana ibu boleh bertahan membesarkan kami tanpa seorang lelaki disisi? Bagaimana pula dengan perasaan ibu? Tidakkah dia rasa sunyi tanpa kehadiran suami yang menemani dirinya dikala susah dan senang.
Inilah pengorbanan ibu yang sangat mahal nilainya. Ibu terlalu menghormati perasaan kami sehinggakan dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Sememangnya hal ini sering mengganggu fikiranku. Kadangkala aku dirundung rasa bersalah kerana tidak mengizinkan ibu berkahwin dulu. Pernah aku menyuarakan kerisauan ini tapi, jawapan yang ibu berikan tidak meyakinkan aku kerana ibu sekadar tersenyum dan memberikan jawapan yang sangat ringkas.
“Tak perlulah along risau. Ibu senang begini,”
Namun bila aku lihat ibu, aku pasti ada suatu perasaan yang dia sembunyikan. Bermula dari saat itu, hanya satu saja yang terlintas dibenakku. Jangan sekali-kali kami empat beradik menyusahkan atau mengguris hati ibu. Aku selalu mengingatkan adik-adik agar tidak menimbulkan masalah kepada ibu. Ibu telah cukup lelah untuk membesarkan kami. Saat itu, kami telah pandai menguruskan diri sendiri maka, ringanlah beban ibu. Ibu sudah boleh menguruskan perniagaannya dengan baik. Produk kecantikan ibu juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kehidupan kami juga turut berubah. Kami tidak lagi tinggal di kawasan yang sesak itu. Kini, kami dapat hidup tenang dan selesa. Tapi, ibu tidak pernah lupa dengan jiran-jiran kami dahulu iaitu manusia yang berhati mulia dan ikhlas membantu kami waktu kami susah. Ibu sering membawa kami menziarahi mereka dan membawa pelbagai buah tangan untuk mereka. Bagi ibu, mereka benar-benar telah berjasa kepada kami sekeluarga dan jasa itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Tahun ini, ibu diberi ‘Anugerah Wanita Unggul 2007’ oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat, Wanita, dan Keluarga. Anugerah tersebut benar-benar mengharukan kami sekeluarga. Sewaktu ibu berucap, ibu ada menyatakan ibu tidak akan berjaya tanpa kami berempat, anak-anaknya. Ibu kata lagi kami tidak pernah menyusahkannya malah kami adalah pendorong utama kejayaannya. Kami yang duduk di bawah berpelukan sambil mengalirkan airmata. Tidakku sangka ibu akan berkata demikian. Ternyata ibu amat menyayangi kami. Sebagai membalas jasa ibu, kami berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya kini, aku telah menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik di pejabat kerajaan, angah pula menjadi jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal, achik pula berjaya membuka kliniknya sendiri manakala ucu baru sahaja bergelar seorang peguam syariah. Aku pasti, ibu bangga dengan kejayaan kami dan ini sahaja yang mampu kami lakukan untuk membahagiakan ibu.
Sekarang ini, aku amat merindui ibu tapi, ibu jauh di depan Kaabah menunaikan rukun Islam yang kelima dengan ditemani angah. Aku pula tidak dapat temankan ibu kerana isteriku sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kami yang pertama. Sesungguhnya aku amat memerlukan ibu tika ini bagi menenangkan hatiku yang sangat berdebar menanti hari yang paling bermakna. Tiba-tiba aku terdengar sayup deringan telefon. Aku tahu, itu panggilan daripada ibu yang sangat mengerti perasaanku tika ini.
adoi..cemana nak abis baca ni.tak dan abis,dah nampak bantal melambai² la pulak.sejak kawin ni nape tah dah xminat membaca..minat membeli novel jek,membaca nyer idak..sakit²..
ReplyDelete