Wednesday, May 18, 2011

Lu Langsi, Lu Mati!!!

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Malam tadi aku bersama insan tersayang layan film KONGSI..
Tayangan 9.25pm hall 12, GSC Midvalley.

Sedeh!!!
Word paling sesuai aku describe.
Sampai ke rumah kitorang dok discuss.
Pekejadah yg diorang cuba nak tonjolkan.
Aku rasa penonton lain pn same gak ngan aku.
Sebab time kitorang kua wayang muke masing2 blur je.

Biasakan if cite tu best, mesti on the way kua tu ade je yg repeat2 dialog etc.
Barisan pelakon mmg best.
Sam, Fizo, hero penang tu n mostly sume ok.
Tapi jalan cite macam longgar je.
Ape yg diorang cube cite ea?

Aksi gado sana sini.
Fizo gado ngan Sam dr dlm bgnan sampai ntah ke mana2 semak.
Pastu bawak ke esoknya pulak.
Bleh plak gado dush dush gile babs tp time fizo tangkap sam, elok je muke diorang.
Tak lebam langsung ko.
Pe ntah lg muke minyak2 pn takde.
Sound effect mmg terlebih.
Da mcm nengok cite tamil.
Owh tapi kan ada gak bagus dia.
Film yg mengamalkan 1Malaysia ma...
jahat ke baik ke, semua bangsa sama saja.

Lagi 1.stakat ni la kan.
Aku kesian tengok pelakon polis wanita.
Dari movie bawak ke film macam failed je diorang ni.
Muka cantik, badan pon cantik tapi bile lari, alahai..
Bukit bukau je melambai2.(Erk.aku takde niat pn nak ngk kat situ)
Cara diorg lari kan.mcm berat je..

Aku kritik ni bukan nak jatuhkn diorang ea.
Cuma aku harap diorang improve la ea.
Jangan nak pikr untung je.
dan aku langsung tak comparekan diorang ngan cite2 omputeh sebb aku tak expect jauh la dgn bajet diorg yg ciput.
Cuma, aku harapkan cite tu bia semenggah siket supaya berbaloi ngan duit tiket aku.
Macam nengok kongsi ni kami kuakan RM25 utk 2 org.
Aku mmg rasa tak berbaloi langsung.
Beli dvd pirate dapat 5 keping tau. Kualiti pon bagos.

Sekian ulasan ikhlas daripada saya pencinta film tempatan..
Sedih tak hilang lagi ni..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel