Wednesday, September 14, 2011

Rayyan Anaqi: Cucu pertama Zainudin's family

Assalamualaikum WBT
Salam 1Malaysia...

Berita ketinggalan masa. Sila putar masa ke belakang.

PUTRAJAYA 23 OGOS 2011: Tepat atau lebih kurang jam 12.23 pm seorang bayi lelaki telah dilahirkan di hospital kerajaan. Syukur, beliau dilahirkan sempurna sifat fizikalnya dengan berat 3.05kg (ingat-ingat lupa). Kelahiran bayi ini memang dinantikan oleh ibu bapa dan seisi keluarga. Kelahirannya disambut dengan tangisan gembira dan penuh kesyukuran. Tambahan pula, tarikh tersebut bersamaan 23 Ramadan 1432H iaitu pada hari ke-23 umat Islam berpuasa, bulan yang penuh rahmat daripada Maha Pencipta.

Peristiwa bersejarah ini bermula apabila Mommy to be dan Daddy to be pergi ke bahagian kecemasan hospital tersebut selepas berbuka pada hari Isnin. Gedebak, gedebuk, pang, pung Mommy to be terus ditahan wad atas nasihat Dr. Azmi (yang sejuk mata memandang pada pendapat penulis). Hari terakhir berbuka di rumah, Mommy to be sempat memasak juadah berbuka puasa, tapi dapur tak sempat kemas dan tangan Mommy to be pun ada color kuning penangan serbuk kunyit.

Satu-satunya adik kepada Mommy to be sangat tidak senang duduk di pejabat dan meronta-ronta untuk ke hospital. Pada petang kejadian, Mak cik Gojes berjaya juga menemui bayi tersebut dengan perasaan sebak sebab gembira yang amat. Berikut merupakan gambar yang dicopek dan juga hasil tangkapan Mak cik Gojes sendiri.



Wajah Mommy to be bersama baby di dalam perut pada hari terakhir.



Bayi lelaki merangkap gelaran anak saudara yang pertama bagi belah Mommy dan Daddy.



Ayat klise setiap pengunjung/pemerhati:
Muka daddy @ muka mommy?



Setelah pulang ke rumah.




Wajah tenang bersama Tok Ayah dan Tok Ibu di pagi 1 Syawal 1432H.




Tok Ayah masih kaku pegang baby. Rasanya Tok Ayah memang tak pegang baby mungkin selepas kelahiran anaknya 25 tahun lepas.




Wajah pada 3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432H.

Alhamdulillah
Syukur padaMu ya Allah
atas kelahiran bayi lelaki ini
Moga RAYYAN ANAQI BIN MOHD NASRUL HAKIM
menjadi anak yang soleh
patuh pada Penciptanya
patuh pada orang tuanya
kukuh imannya
mulia akhlaknya

Rayyan Anaqi, bukan senang Mommy and Daddy nak dapat awak tau.
Diorang have gone through pelbagai kesulitan.
(Dengan harapan one day bila Rayyan Anaqi da besar, dia jumpa la post ni)

Penutup: Rayyan bermaksud pintu syurga bagi orang yang berpuasa manakala Anaqi bermaksud keindahanku yang menawan hati.

Penutup 2: Masih tak tau nak bagi gelaran apa untuk Mak cik Gojes.



No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel