Friday, May 25, 2012

Satu da pergi, tinggal lapan

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Hari ni aku dapat MC.
So bolehlah ngadap blog.
Aku sakit mata, both mata ngan taik mata yang cair tuh.
Tekak bengkak, rasa payau je. batuk kering.
Kepala berdengung few days back.
Sakit sampai ke tengkuk.
Ingatkan dah kena darah tinggi.
bukanlah mintak, tapi da memang penyakit keturunan.
Tapi, syukur alhamdulillah. Blood presure normal.
Stress kerja barangkali.

View dari Klinik Kesihatan Semenyih. Nice kan..


Memang da dua minggu ni aku stress sangat2.
Nak kejar dateline. Plus kerja aku da lari dari track.
so nak catch up balik.
Aku pulak gatal gi amik keje part time. Hamik!
Nak buat camna kan.. Aku perlu buat sebab nak dapat duit lebih.

~selingan, cicak romen caner eh.. kat bilik aku nik cicak ngah bertindih. cuaca sejuk kot~

Ada beberapa perkara yang happen dalam bulan ni.
Yang paling tak dapat dilupakan, Arwah Pak Ngah dah kembali kepada Penciptanya.
Segalanya berlaku dengan pantas.
Banyak perkara terjadi seolah2 nak dijadikan penyebab.

Pak Ngah terpeleot kat rumah, terus kaki patah.
Pak Ngah masuk Hospital Sultan Ismail, lebih kurang 10 minit dari rumah aku kat JB.
Then, operate kaki, terus masuk ICU, keadaan kritikal.
Buah pinggang, hati da tak berfungsi. Tak silap Pak Ngah operate ari Khamis (10/5/2012) .
Pak Ngah da tak sedarkan diri.

Adik beradik ayah semua da berkumpul kat JB.
Cousin2 pn ramai da trun JB.
Aku ngan Kak Lin, kami carpool. Jimat.
Sabtu malam Ahad (11/5/2012), tepat 12.00 malam kami gerak.
Sampi JB kol 3.30 am.
Pepagi tuh lawat Pak Ngah. Pak Ngah da takda respon.
Doktor pun da bagi kami kebenaran melawat Pak Ngah 24 jam.
Tapi, waktu masuk ICU, still kena 2 orang saja.

Waktu aku dan Amin masuk, nurse kat situ cakap dengan aku.
Jangan tinggalkan Pak Ngah sorang2. Ajar Pak Ngah mengucap.
Itu adalah hint. So, cepat2 aku keluar bagtau family Mak Ngah.
Diorang anak beranak semua stay kat dalam.
Dalam pukul 1lebih (12/5/2012), lepas zuhur, Pak Ngah pergi buat selama2nya.

Aku still ingat, time tuh Hari Ibu, semua heboh pasal tak boleh sambut hari ibu bagai.
pada aku terpulang pada niat masing2.
tapi time tuh, kami adalah super busy, macam terkejar2.
jadi tak sempat nak buy sumthing untuk ibu.

Satu benda aku perhatikan staff kat ICU ni,
diorang maybe da biasa menghadap kematian.
so diorang lebih pandai handle situasi.
then, cara diorang keje pun chill je. takda lah cakap nak bisik2.
takda pun keadaan tegang. psikologi tuh kan..
Terima kasihlah Staff ICU, HSI dengan mak guard skali.

Hari tuh jugak jenazah Pak Ngah diuruskan.
Mandi kat hospital. Bawak balik Kota Tinggi.
Lepas maghrib terus kebumikan.
Semuanya happen terlalu pantas.

Untuk keluarga aku, baik belah ibu dan ayah.
takde lagi yang meninggal. sebelum nih yang meninggal
semua memang da tua, atuk, nenek, moyang.
la nih. bila Pak Ngah da pergi, memang terasa kehilangan.
Pak Ngah pun baru je pencen.
Teringat ari tuh Uncle Alim, no-3 dalam adik bradik ayah cakap kat Amin,
" satu da pergi, tinggal 8. yang mana dulu yang mana kemudian, pergi tetap pergi."
Harap keluarga Mak Ngah tabah hadapi segalanya.
Buat cousin2 ku Kak ejoe, Alun, Eyna dan Ezzy..
Semoga kalian kuat harungi dugaan ini.

Mak Ngah cakap dengan ibu
"Siah, Abang Shukor da takde, awak janganlah lupakan kita kat sini"

InshaAllah MakNgah. selagi diizinkanNya, kami tak kan lupa hubungan kekeluargaan antara kita.

Semoga Arwah Pak Ngah tenang di sana...



Arwah Pak Ngah time family gathering raya tahun lepas..





No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel