Friday, June 8, 2012

5 hari lagi bergelar Mrs.


Lambat pulak gambar kawin aku ni siap.
Video pun sama. Lagi parah kot.
Ritu baru tanya lagu.
Macam kan baru nak edit je.
Duit bajet bayar diorang pon aku da terguna.

Nak cite pasal hari kawin pun susah.
Sebab tak de gambar langsung kot.
Family aku memang langsung tak pegang kamera.
Semua ade keje masing2..
Cenggini lah kalau family memebr sikit.

Just nak flashback saat2 indah itu.
Aaku memang amik cuti awal.
Seminggu awal.
Tapi macam hari2 sibuk je.
Kad pun tak abis distribute.
So hari Isnin tu gigih pegi ke hulur ke hilir.
Ditemani ibu.

16 Januari 2012

Pagi2 pegi distribute kad.
by tengah hari, pegi pasar dahlia.
nak amik baju ibu. baju beliau paling mahal.
Anta tempat je dalam rm1++.
beliau masuk beli kain lagi
kira ini hadiah untuk ibu la..


Qilah tolong sketch kan



masuk2 kedai, member aku terus berusaha panggil tokey dia.
member aku keje sini.
masa duduk tuh, aku ternampak kain ibu. elok lagi dalam plastik.
muka aku da berubah ni.
jauh kot datang. baju tak siap lagi.
pung..pang..pung...
dia janji by rabu konpem siap.

then trus lunch dulu.
makan nasi briyani gam.
hati tengah panas kan. haruslah makan yang sedap2.

pegi jakel, beli kain jersey nak buat tirai.
aku ada buat sudut sain guest book.
tatau la cameramen amik gambar ke tidak.
pastu ke mana lagi ntah. lupa sudah.
yang penting sampai rumah agak penat lah.

baca status FB bridal, bapa dia meninggal.
atas sifat kemanusiaan dan menghormati keadaan,
so aku postpone fitting.ari rabu.

malam, sambung buat paper flower.
aku buat untuk hiasan meja.
da siap lipat2. cuma nak kembangkan dia.
tapi, baru berapa je buat, aku da tertidur.






No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel