:: Seorang gadis melayu yang memiliki muka bujur daun sirih,dahi sehari bulan, kening bentuk taji, hidung kuntum seroja, telinga telipuk layu, pipi pauh dilayang, bibir pati dicarik,gigi delima merkah, leher gombak dilarik, dadanya bidang awak, rambut ikal mayang seludang, panjang lebat sampai tumit, hitam berkilat bagai dakwat, lengannya baur panah, jarinya tombak serai, pinggangnya secekak jari manis, paha seperti paha belalang, betis bunting padi, tumitnya telur burung :: *ye.. ye.. aku tipu*
Tuesday, January 8, 2013
Azam tahun 2013
Assalamaualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...
Selamat Tahun Baru !!!
Ok, aku adalah lambat. da lapan hari pon.
Kalau nak post mortem sepanjang tahun 2012,
ada yang sedih, ada yang happy.
nama pun hidupkan.
1. The best part is, aku da kawin~~
Bulan ni genaplah da setahun aku kawin..
Serius cakap, kitorang tak stabil lagi.
2. Kerjaya aku masih tak stabil.
3. And of course lah kewangan juga tak stabil.
4. Bila kewangan tak stabil maka, kete dan rumah sendiri memang takdelah kan.
Doa dan Azam aku tahun 2013
1. Benda yang selama ni aku abaikan. Berat Badan berlebihan! now aku dalam kategori obesiti tahap 3! Gila ke apa. Selepas kawin ni, berat aku naik 10kg. Melampau sangat. Ini adalah berat paling tinggi aku penah capai. 1 pencapaian yang amat memberangsangkan lah sangat.
Maka dengan ini, saya berazam untuk menurunkan sedikit berat badan saya. (letak sikit2 dlu. ni pon ntah ye ntah tidak). Aku nak turunkan berat sebab aku nak sihat plus aku nak nampak a bit HOT (geli mak jemah nak taip) depan ,mata suamiku.
2. Kerja keras demi mendapatkan lebihan pendapatan.
3. Bila da ade lebihan pendapatan, mau setelkan hutang piutang (kata ganda sudah jelas menerangkan subjek).
4. Sambung cite no. 2. pastu nak plan family vacation. At least setahun skali nak gak bawak parent g jalan2. tapi tulah, last year memang sedih. takde bajet. tahun sebelum tuh pun la hai takde bajet.
5. Maka dengan ini saya perlu bekerja keras dan berusaha lebih dan seterusnya jangan pernah give up untuk memohon pada Allah SWT dimurahkan rezeki dan dipelihra segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silalah mengomel-ngomel