:: Seorang gadis melayu yang memiliki muka bujur daun sirih,dahi sehari bulan, kening bentuk taji, hidung kuntum seroja, telinga telipuk layu, pipi pauh dilayang, bibir pati dicarik,gigi delima merkah, leher gombak dilarik, dadanya bidang awak, rambut ikal mayang seludang, panjang lebat sampai tumit, hitam berkilat bagai dakwat, lengannya baur panah, jarinya tombak serai, pinggangnya secekak jari manis, paha seperti paha belalang, betis bunting padi, tumitnya telur burung :: *ye.. ye.. aku tipu*
Monday, April 22, 2013
Masuk yunibersiti konon !
Holla !
Mengharungi dunia remaja pasti suatu yang indah buat kita semua.
Ayat juga haruslah poyo.
ok, hari ni nak tazkirah sikit.
aku rasa mostly kita ni sanggup je menipu demi nak slamatkan diri sendiri kan.
sometimes kita tak perasan pun yang kita ni tengah menipu.
pengalaman aku keje tadika dulu.
budak kecik pon tau menipu.
sapa kata budak ni jujur?
diorang lagi kaki spin tau.
sebab diorang tau, kalau cakap betol, pasti kena marah.
tapikan yang sebenarnya nak cite 1 benda ni.
sapa jela yang tak seronok masuk universiti kan.
tak kira la univ ke kolej ke
yang penting sambung belajar.
mak bapak kita mesti bangga punyalah.
nak2 kalau mak bapak yang belajar tak tinggi.
macam mak bapak aku la.
mak pak aku sampai form 3 je.
mak aku keje kilang, bapak aku bawak lori.
kembang kempis hidong bila dua2 anak dia masuk univ.
sanggup hantar jauh2 .tu kakak aku la.
blaja kat pusat bandar jengka.
bandar lah sangat. lainlah aku. tengah keyel ok.. *flip hair*
kitorang ni belajar dengan duit ptptn.
da masak sangatlah dengan prangai student time2 dapat ptptn.
kemahin masing2. slalunye tukar hp la kan.
lagi 1 beli lappy.
tapi kitorang dulu waras sikit.
kalau mak pak da bagi rm150 sebulan, sampai ke hujunng bulan la kitorang tahan.
kekadang tu boros, makanlah kau megi ke ikan kejung kat dewan makan.
sapa suruh boros time awal semester kan.
plus masing2 tau, mak pak bukan tokey balak pon.
masalahnya sekarang, bila bebual dengan orang yang lebih tua @ makcik/pakcik.
kemahin gebang cite pasal anak diorang masuk U bagai.
layan kan jelah. lagipun diorang happy kan.
diorang pun belaja tak tinggi sama macam mak pak aku.
so aku mengerti perasaan diorang.
tapi kekadang kesian dengan diorang ni.
macam kena tipu je dengan anak2.
eh, bukan macam. memang kena tipu.
Aku bagi contoh;
Si Polan blaja kat yuaitiem. yg kita memang tau fees dia murah gilos. dapat pulak ptptn. Awal2 sem da joli katak. beli laptop. baju sume nak beratus. agak2 masuk tengah sem, haruslah miskin kan. dengan tak bersalahnya mintak parent duit. padahal ko bukan taktau mak ko tuh tak keje. bapak ko gaji tak beso. ko mintak jugak tuh. awal bulan da mintak. masuk tengah bulan mintak lagi.
mak pak diorang ni pun mengeluh gak.
anak aku tu banyak betol pakai duit.
blaja kat unibesiti ni memang pakai banyak duit.
sebulan abis kat dia je da 500 hengget.
500 hengget kau! tergeliat aku dengar.
belum lagi kira baru dapat surat tawaran da heboh nak beli laptop.
baru dapat surat tawaran hokeyyyyyy.
ko belum jejak kaki lagi kat kolej tuh.
ko da demand macam2.
aku dulu hangkut pc zaman tok kadok naik tingkat 3.
dengan monitor bapak beso. takut wei nak mintak laptop.
sebab pc tu aku buat taip assgmt je.
time cpu rosak, berangkut aku cpu tu naik bas.
takde masa aku nak jaga penampilan sangat.
da la blaja tak brapa nak pandai kan.
lagi mau demand macam2 ke.
back to these makciks pakciks.
aku rasa macam kesiaaaannnnn sangat.
kenapalah anak korang macam ni eh.
aku satu hari nanti, ada gak anak2.
inshaAllah, anak2 aku lebih pandai daripada aku.
Mintak dijauhkanlah anak2 aku daripada perangani yang tak semenggah ni.
aku dulu pun bukanlah baik sangat.
tapi seiring dengan pertambahan usia,
harap masing2 ada kesedaran siviklah...
to adik2 yang baru nak masuk zon-zon ipta/ipts,
janganlah culture shock yang melampau-lampau ye.
sikit2 sudah lah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silalah mengomel-ngomel