Monday, April 1, 2013

Membebel: Keserasian dengan pasangan

Assalamualaikum WBT...
Salam Sejahtera...

Pagi2 Isnin.. Sangatlah sibuk. Sangat!
Takde istilah Monday blues..
Call menderu masuk. Walk in pun sama.
Kerenah manusia lagi.
Aku layankan jela. Da memang aku dibayar untuk buat kerja kan.

Tadi sempat jugak baca blog Nurul Wahab
Dia ada share pengalaman kawin muda.
Dia ada kata, kita ni amik masa nak cari keserasian dengan pasangan.
sebab time bercinta dengan kawin totally different.
ya, aku admit sangat.

Dalam kes aku, aku baru kawin 1 tahun.
aku kawin masa umur 26 tahun.
takdelah muda mana pun kan.
baru setahun. manisss lagi. ye ke?

memang lah manis pun. tapi takdelah sangat.,
amin dia kuat berahsia. banyak benda yang aku tak tau pasal dia.
lepas kawin baru tau. dan sangat amik masa.
kekadang sampai bergaduh kot nak tau certain thing.
susah dia tu nak terus terang.
lain pulak dengan aku.

aku segala mak nenek nak crita dengan dia.
sebelum kawin lagi aku suke share dari a to z.
dengan harapan dia taklah terkejut bila kawin nanti.
sebab aku taknak lah dia expect aku ni isteri yang rajin lah sangattt.
padahal, pemalasss. tau cakap je lebih. buat malas.
hehehe

sifat dia yang tak suka bercerita tu buat aku terkejut tau.
bila da kawin baru tau, bla..bla...bla..
aku memang tak suka terkejut terkejut ni..
tapi tula kah, kita kena terima pasangan seadanya.
dan proses mengenali, memahami ni masih diteruskan.
masih lagi mencari keserasian.

1 sifat yang aku perasan,
aku ni panas, cepat melenting, cepat je telinga ni panas
nasib laki ku bukan macam tu.
dia cool. dia boleh buat muka kosong je time aku tengah bebel.
dia boleh pekakkan telinga dan buat macam aku invisible.
ko mampu???




No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel