Friday, March 29, 2013

Happy birthday zara


Yuhuuuu....

Pada 18 Mac yang lalu, genap lah umur aku 27 tahun..
Tak lama lagi nak masuk 3 series da.

Ada terima wish thru whatsapp, sms, dan fb.
Gumbira la kan bila orang ingat kat kita.
lagi gembira bila ramai yang doakan yang baik2 utk kita.

Amin tahun ni lebih alert.
Dia orang yang pertama widh.
aku syak sebab ada reminder kat fb kan.
Wish depan2, wish sms, wish kat wall fb, wish kat pm fb.

yg mana private dan bertaip tu, panjang la sikit kata2 dia.
kemahin ayat... macam tak caya je laki aku gitu.
balik keje dia amik aku.
aku pun tak expect apa2 la sebab hari tu turn dia jaga orang kat kilang.
eh, aku expect dia belanja makan la.
sebab aku lapo gile pastuh malas nak masak.

Sekali dia cakap, dia tukar turn dengan kawan dia.
dengan alasan nak celebrate birthday aku.
TAPIIIII aku yang kena set semua.
cis di situ.
Dia tiru bulat2 bday treat yang aku buat utk dia last year.
iaitu belanja karok pakej skali dengan makan kat green box.

Tapi yang paling sadis, aku yang kena call sendiri.
buat reservation.
aiggggooooo
sebab dia kata dia cari number phone tu kat internet,
tapi tak jumpa pun.
hello, awak kan ada kad bday green box.
kat blakang kad tu ada je number phone.
kesian laki aku. *tepuk dahi*

BTW, kat green box time bday kita, kita tak yah bayar tau.
free. janji ada kad dia. kad dia tu buat rm5 je seumur hidup.
Kena pulak pegi hari isnin, lagi la murah sikit.
karaoke sampai takde suara termasuk buffet dinner sampai pukul 10.
Da lepas pukul 10 still boleh nyanyi sampai tutup.
air still boleh minum dengan segala mak nenek tidbit.
Kitorang pegi Green box, Jusco Cheras Selatan atau nama lain dia Balakong.
Total utk 2 orang termasuk tax tak sampai rm50.
jimat besar di situ.


dapat bilik nombor 9. yang penting dekat dengan makanan.


macam biasa, lampu suram-suram. 
Lampu ala-ala romantik ni time nak nyanyi je.
selebihnya kasi terang sebab aku nak makan.
tak tertelan kalo lampu romantik sangat.


Belum apa-apa da pegang mic.
yang sebenornye dia ni yang kemaruk nak menjerit.
bukan aku.

kambing, coslow, spegeti
Makanan dia biasa-biasa je.
tapi inshaAllah boleh kenyang.
Antara haiwan yang ada, ayam, kambing, sotong.
ada nasi goreng, mi goreng, spegeti, sayur2, salad, sup
ada dessert like kek, aiskrim, buah.
air ada macam2, air panas, air sejuk, air gas.
Time makan tu, kita on jela lagu.
sambil nengok mtv original.
baru best kan.'



lakiku kemahin nak nyanyi lagu awie

Duet uollsss, walaupun suara ke laut


sesi mengimbau kenangan silam

starting, lagu2 zaman sekarang. kpop pon aku tarah.
then terus macam rewind pulak.
dengan lagu saloma pun aku jalan.
amin kerut2 kening negnok bini kemahin veteran.

lagu zaman-zaman aku membesar bagai johan


Sronok sekali sekala dapat lepak macam ni kan.
nyanyi la kau terpekik sana tak mengganggu jiran pon.
aku pun pilih lagu kemahin. siti, fauziah latiff, ziana zain.
padahal suara kelaut, sumbang.
tapi ada aku kisah. hehe cuma amin jela kena tahan telinga..

terima kasihlah suami.. at least ada gak ingatan dihari lahir ku..






No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel