Thursday, March 28, 2013

Talam dan Apam Gebu


Assalamaualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Sabtu lepas mak pak aku buat kenduri tahlil kat uma.
Maka kami adik bradik korek tabung balik JB.
Car pool, minyak pun share. jimatttsss.
hujung bulan tuh..
Balik skejap je pun.
Sabtu, dalam 1 pagi sampai.
Ahad petang da balik.
Tak sempat aku nak melawat mak mertua.
Tapi yang benar nya takuit nak melawat mak mertua.
Gile ke hape jenguk mak mertua stakat 1-2 jam.
Kang ada dia sentap.
Hati orang tua kan fragile...

Ayah cakap tak yah balik.
Bukan buat kenduri besar pun.
Jemput jiran lorong tu je.
Tapi hulur2 la sikit buat beli barang.hihihi
ayah oh ayah.
ye la tuh tak yah balik.

mujur kitorang ni balik tau,
penat ya amat nak men set up.
dari pagi sampai ke tengah malam kot.
lagipun ibu masak sendiri, maka banyaklah benda nak kena ready.

Seperti biasa, aku memang tak sempat nak amik gambar.
tapi, seperti biasa jugak, kitorang akan order kuih yang sama.
sama sedap jugak. kualiti tip top.

Talam Cik Midah
Taman Dahlia, dekat dengan Pasar Dahlia.
Pakar dalam segala talam dan bingka

Dari atas, Talam carrot+oren, seri muka, dan talam keladi

Terbaik habaq hang.
Lembut dia, rasa dia, lemak dia.
yang talam keladi tu, keladi tu dia potong macam nata de coco.
tu yang time gigit je rasa.
sesuai jugak untuk orang-orang tua yang takde gigi. hehehe
Aku suka dia punya bingka pisang.
tapi time ni Cik Midah kata pisang muda lagi.
tu yang ganti dengan talam keladi.\
Talam jagung dia pun sedap. Talam kacamg merah also sedap.
Dia da potong siap2 petak cam ni.
Kitorang just susun dalam tray.
Nak letak ngan kotak dia sekali pun takpe =)

Another one is....


Apam Gebu, Cik Miah
Taman Sri Skudai
Mahir dalam pelbagai kuih dan masakan.
seperti karipap, kek buah dan macam-macam lagi
orang lama la katakan..

Fokus kat apam gebu atas sekali.

Apam gebu ni inti kelapa.
Rasa dia lemak-lemak manis.
Layan je makan ni sebab apam adalah lembut.
Tak sedar da termakan banyak.
Sebiji Cik Miah cas 20sen je.
Aku order 100 biji.
tapi bila kira-kira, ada 200 biji weh.
Well, aku kenal Cik Miah dari tadika.
Sebab aku kawan dengan anak dia dari tadika sampai sekarang.
Tu yang dia bermurah hati kan..

Aku tak berminat dengan apam polkadot sebab pada aku
apam polkadot biasa2 je.
stakat insert kan jem. huh.
lagipun dulu aku pernah buat apam gebu ni, bentat weii..
dan hasilnya apam ku jadi lah apam polkadot.
so pada pendapat aku, apam polkadot adalah apam yg tak jadi..
hehehe...

Aku amik kuih-kuih ni dalam pukul 2 petang gitu.
Panglima kenit harus diangkut sekali
sebab dia sentiasa bersilat.
kat rumah pulak da lapang, lagi sronok dia berlari.
mommy dia khuatir anak dia tercebur dalam kuali sambal.
maka budak ni diangkut sekali.

baru masuk highway pasir gudang, kitorang da terjerit.
humanggggaiaahhhhh. jemmm uolllssss.
si kenit ni pun terus tido.
time nak amik kuih, aku pas kat amin,
dia nyenyak je. penat kot bersilat.

elok da collect semua, dia pun bangun.
sumbat susu, sumbat air, pun rupa lapar.
time tu da pukul 3 kot. haruslah laparkan.
nasib ada apam gebu.

Lapar betol kan

Gumbira layan apam..




No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel