Friday, March 29, 2013

Oh my Rayyan Anaqi!


Hoolaaaa...
Aku kan jenis tak pandai nak main2 or layan budak-budak.
Amin pulak lain. Budak memang suka ngan dia.
Dia pon rajin layan.
Yela, anak buah belah dia da 30 lebih kot.
Haruslah pandai layan kan.
Belah aku, ni ha baru sorang, panglima kenit.
Da 1 tahun 7 bulan.
Memang tengah ligat main.
Mak Pak dia sabor jela. tu pn kekadang tak sabo gak.

Rayyan memang daddy's boy part main.
pantang nampak daddy, terus lah menyeru daddy, daddy..
tapi dia jarang sebut mommy.. pelat sikit, sebut memmy.
memmy takde baru sebut.
ni jam dia panggil semua orang Bang!!
Dia tau sapa mak su, paksu, tok ayah, tok ibu,
tapi bila panggil tetaplah Bang!!.

Ritu aku laki bini lepak uma kak lin.
sambil kak lin masak, aku tolong lah lipat baju. 3 bakol beso ok!!!.
baru anak 1 da macam ni.
2 orang lelaki tengah layan panglima bersilat.
sambil tu diorang layan match hoki.

tengah aku dok sort dulu baju2 dia da tolong sepah2kan.
gerammmmsss je tau.
pastu agak asik kena marah je dia carik idea lain.


angkut dulu bakul
 



Pastu Paksu dia bagi idea pulak kan

Comel 2 orang ni

Try keluarkan

Berjaya!
Paksu ajar pulak


Bangga nau la tuh




Idea lain da mari


Iyyaaahhhh

Patu merengek sebab butang baju tersangkut


Dapat galakkan

Cuba lagi Rayyan!! jangan putus asa







Yiihaaaaaaa

Pastu siap joget-joget..acah2 kita nak terjun

Budak ni bukan leh caya. kang dia terjah je



Da macam gengster kampung dusun aku nengok.
nengok la butang baju semua da tertanggal.
ni dia dalam usaha nak terjah kat daddy dia yang jauh jugaklah.
Rayyan skarang main kasar.
suka terjah2.
ada sekali tu dia duduk atas meja makan.
tak geti dok diam, kena marah dengah mommy daddy.
selamba dia terjah atas badan aku.
aku tak ready lagi tau.
tanjat ioolllsss.

belum lagi dia terjah tok ibu.
semput orang tua tuh.







Gambar penutup, harus kutelangkupkan sekali dua2 ni.
bukan nyer nak tolong lipat baju.
tolong sepah lagi ada.










Happy birthday zara


Yuhuuuu....

Pada 18 Mac yang lalu, genap lah umur aku 27 tahun..
Tak lama lagi nak masuk 3 series da.

Ada terima wish thru whatsapp, sms, dan fb.
Gumbira la kan bila orang ingat kat kita.
lagi gembira bila ramai yang doakan yang baik2 utk kita.

Amin tahun ni lebih alert.
Dia orang yang pertama widh.
aku syak sebab ada reminder kat fb kan.
Wish depan2, wish sms, wish kat wall fb, wish kat pm fb.

yg mana private dan bertaip tu, panjang la sikit kata2 dia.
kemahin ayat... macam tak caya je laki aku gitu.
balik keje dia amik aku.
aku pun tak expect apa2 la sebab hari tu turn dia jaga orang kat kilang.
eh, aku expect dia belanja makan la.
sebab aku lapo gile pastuh malas nak masak.

Sekali dia cakap, dia tukar turn dengan kawan dia.
dengan alasan nak celebrate birthday aku.
TAPIIIII aku yang kena set semua.
cis di situ.
Dia tiru bulat2 bday treat yang aku buat utk dia last year.
iaitu belanja karok pakej skali dengan makan kat green box.

Tapi yang paling sadis, aku yang kena call sendiri.
buat reservation.
aiggggooooo
sebab dia kata dia cari number phone tu kat internet,
tapi tak jumpa pun.
hello, awak kan ada kad bday green box.
kat blakang kad tu ada je number phone.
kesian laki aku. *tepuk dahi*

BTW, kat green box time bday kita, kita tak yah bayar tau.
free. janji ada kad dia. kad dia tu buat rm5 je seumur hidup.
Kena pulak pegi hari isnin, lagi la murah sikit.
karaoke sampai takde suara termasuk buffet dinner sampai pukul 10.
Da lepas pukul 10 still boleh nyanyi sampai tutup.
air still boleh minum dengan segala mak nenek tidbit.
Kitorang pegi Green box, Jusco Cheras Selatan atau nama lain dia Balakong.
Total utk 2 orang termasuk tax tak sampai rm50.
jimat besar di situ.


dapat bilik nombor 9. yang penting dekat dengan makanan.


macam biasa, lampu suram-suram. 
Lampu ala-ala romantik ni time nak nyanyi je.
selebihnya kasi terang sebab aku nak makan.
tak tertelan kalo lampu romantik sangat.


Belum apa-apa da pegang mic.
yang sebenornye dia ni yang kemaruk nak menjerit.
bukan aku.

kambing, coslow, spegeti
Makanan dia biasa-biasa je.
tapi inshaAllah boleh kenyang.
Antara haiwan yang ada, ayam, kambing, sotong.
ada nasi goreng, mi goreng, spegeti, sayur2, salad, sup
ada dessert like kek, aiskrim, buah.
air ada macam2, air panas, air sejuk, air gas.
Time makan tu, kita on jela lagu.
sambil nengok mtv original.
baru best kan.'



lakiku kemahin nak nyanyi lagu awie

Duet uollsss, walaupun suara ke laut


sesi mengimbau kenangan silam

starting, lagu2 zaman sekarang. kpop pon aku tarah.
then terus macam rewind pulak.
dengan lagu saloma pun aku jalan.
amin kerut2 kening negnok bini kemahin veteran.

lagu zaman-zaman aku membesar bagai johan


Sronok sekali sekala dapat lepak macam ni kan.
nyanyi la kau terpekik sana tak mengganggu jiran pon.
aku pun pilih lagu kemahin. siti, fauziah latiff, ziana zain.
padahal suara kelaut, sumbang.
tapi ada aku kisah. hehe cuma amin jela kena tahan telinga..

terima kasihlah suami.. at least ada gak ingatan dihari lahir ku..



Thursday, March 28, 2013

Lakiku kretip

Macam ajaib pulak aku menaip lagi ni...

Minggu ni aku rajin bawak bekal.
Untuk laki ku pun ku bekalkan sekali.
Aku memang rajin pagi2.
Nak menggoreng segala nugget, sosej..
Kekadang terlebih rajin siap la nasi goreng ke 1 jenis lauk ke.
Tapi,,, balik keje aku adalah malas.
Nak tergolek je.
Macam keje menoreh kat tengah panas.
Hoi! keje part time pun ku tak sentuh lagi tu.

Selalu bila da siap letak dalam bekas,
aku akan biarkan terdedah dulu sebab panaskan.
aku gi mandi and siap2 semua.
Macam pagi tadi tengah2 aku dok melilit kepala,
Amin tanya mana penutup bekas.
Sebelum masuk makanan, aku bilas2 dulu.
jadi penutup dia adalah dalam bakul atas sink tu.
Aku jerit jela ada dalam bakul.





Aku tak tau dia carik pakai apa..
Benda depan mata pun tak nampak.
Bolehkan dia pegi carik yang susah2 pulak.
Siap gi kat longgokan bekas semata nak cari penutup ni.
Maka terhasillah bekas tupperware version color block.
Mintak carik penutup je pun salah.
Adoi la suamiku.
Agak kalau minta dia yang bungkuskan bekalan, ada dia sumbat semua dalam
bekas eskim.

dalam bekas kuning ni aku masak petola air.
tapi pesal petola aku pahit ek...




Talam dan Apam Gebu


Assalamaualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Sabtu lepas mak pak aku buat kenduri tahlil kat uma.
Maka kami adik bradik korek tabung balik JB.
Car pool, minyak pun share. jimatttsss.
hujung bulan tuh..
Balik skejap je pun.
Sabtu, dalam 1 pagi sampai.
Ahad petang da balik.
Tak sempat aku nak melawat mak mertua.
Tapi yang benar nya takuit nak melawat mak mertua.
Gile ke hape jenguk mak mertua stakat 1-2 jam.
Kang ada dia sentap.
Hati orang tua kan fragile...

Ayah cakap tak yah balik.
Bukan buat kenduri besar pun.
Jemput jiran lorong tu je.
Tapi hulur2 la sikit buat beli barang.hihihi
ayah oh ayah.
ye la tuh tak yah balik.

mujur kitorang ni balik tau,
penat ya amat nak men set up.
dari pagi sampai ke tengah malam kot.
lagipun ibu masak sendiri, maka banyaklah benda nak kena ready.

Seperti biasa, aku memang tak sempat nak amik gambar.
tapi, seperti biasa jugak, kitorang akan order kuih yang sama.
sama sedap jugak. kualiti tip top.

Talam Cik Midah
Taman Dahlia, dekat dengan Pasar Dahlia.
Pakar dalam segala talam dan bingka

Dari atas, Talam carrot+oren, seri muka, dan talam keladi

Terbaik habaq hang.
Lembut dia, rasa dia, lemak dia.
yang talam keladi tu, keladi tu dia potong macam nata de coco.
tu yang time gigit je rasa.
sesuai jugak untuk orang-orang tua yang takde gigi. hehehe
Aku suka dia punya bingka pisang.
tapi time ni Cik Midah kata pisang muda lagi.
tu yang ganti dengan talam keladi.\
Talam jagung dia pun sedap. Talam kacamg merah also sedap.
Dia da potong siap2 petak cam ni.
Kitorang just susun dalam tray.
Nak letak ngan kotak dia sekali pun takpe =)

Another one is....


Apam Gebu, Cik Miah
Taman Sri Skudai
Mahir dalam pelbagai kuih dan masakan.
seperti karipap, kek buah dan macam-macam lagi
orang lama la katakan..

Fokus kat apam gebu atas sekali.

Apam gebu ni inti kelapa.
Rasa dia lemak-lemak manis.
Layan je makan ni sebab apam adalah lembut.
Tak sedar da termakan banyak.
Sebiji Cik Miah cas 20sen je.
Aku order 100 biji.
tapi bila kira-kira, ada 200 biji weh.
Well, aku kenal Cik Miah dari tadika.
Sebab aku kawan dengan anak dia dari tadika sampai sekarang.
Tu yang dia bermurah hati kan..

Aku tak berminat dengan apam polkadot sebab pada aku
apam polkadot biasa2 je.
stakat insert kan jem. huh.
lagipun dulu aku pernah buat apam gebu ni, bentat weii..
dan hasilnya apam ku jadi lah apam polkadot.
so pada pendapat aku, apam polkadot adalah apam yg tak jadi..
hehehe...

Aku amik kuih-kuih ni dalam pukul 2 petang gitu.
Panglima kenit harus diangkut sekali
sebab dia sentiasa bersilat.
kat rumah pulak da lapang, lagi sronok dia berlari.
mommy dia khuatir anak dia tercebur dalam kuali sambal.
maka budak ni diangkut sekali.

baru masuk highway pasir gudang, kitorang da terjerit.
humanggggaiaahhhhh. jemmm uolllssss.
si kenit ni pun terus tido.
time nak amik kuih, aku pas kat amin,
dia nyenyak je. penat kot bersilat.

elok da collect semua, dia pun bangun.
sumbat susu, sumbat air, pun rupa lapar.
time tu da pukul 3 kot. haruslah laparkan.
nasib ada apam gebu.

Lapar betol kan

Gumbira layan apam..




Wednesday, March 27, 2013

Awas orang ketiga !!!


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...


pagi tadi sambil-sambil buat kerja
terpandang pulak muka depan harian metro hari ni.






Jangan main2,, karang tak memasal duduk dalam penjara.. hehehe