Wednesday, May 18, 2011

Lu Langsi, Lu Mati!!!

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Malam tadi aku bersama insan tersayang layan film KONGSI..
Tayangan 9.25pm hall 12, GSC Midvalley.

Sedeh!!!
Word paling sesuai aku describe.
Sampai ke rumah kitorang dok discuss.
Pekejadah yg diorang cuba nak tonjolkan.
Aku rasa penonton lain pn same gak ngan aku.
Sebab time kitorang kua wayang muke masing2 blur je.

Biasakan if cite tu best, mesti on the way kua tu ade je yg repeat2 dialog etc.
Barisan pelakon mmg best.
Sam, Fizo, hero penang tu n mostly sume ok.
Tapi jalan cite macam longgar je.
Ape yg diorang cube cite ea?

Aksi gado sana sini.
Fizo gado ngan Sam dr dlm bgnan sampai ntah ke mana2 semak.
Pastu bawak ke esoknya pulak.
Bleh plak gado dush dush gile babs tp time fizo tangkap sam, elok je muke diorang.
Tak lebam langsung ko.
Pe ntah lg muke minyak2 pn takde.
Sound effect mmg terlebih.
Da mcm nengok cite tamil.
Owh tapi kan ada gak bagus dia.
Film yg mengamalkan 1Malaysia ma...
jahat ke baik ke, semua bangsa sama saja.

Lagi 1.stakat ni la kan.
Aku kesian tengok pelakon polis wanita.
Dari movie bawak ke film macam failed je diorang ni.
Muka cantik, badan pon cantik tapi bile lari, alahai..
Bukit bukau je melambai2.(Erk.aku takde niat pn nak ngk kat situ)
Cara diorg lari kan.mcm berat je..

Aku kritik ni bukan nak jatuhkn diorang ea.
Cuma aku harap diorang improve la ea.
Jangan nak pikr untung je.
dan aku langsung tak comparekan diorang ngan cite2 omputeh sebb aku tak expect jauh la dgn bajet diorg yg ciput.
Cuma, aku harapkan cite tu bia semenggah siket supaya berbaloi ngan duit tiket aku.
Macam nengok kongsi ni kami kuakan RM25 utk 2 org.
Aku mmg rasa tak berbaloi langsung.
Beli dvd pirate dapat 5 keping tau. Kualiti pon bagos.

Sekian ulasan ikhlas daripada saya pencinta film tempatan..
Sedih tak hilang lagi ni..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 17, 2011

Opah Pergi Untuk Selamanya

Assalamualaikum WBT...
Salam !Malaysia...

Tarikh 5 Februari pasti menjadi ingatan kami semua..
Cousin kami kawin dan Opah pergi buat selamanya..

nih cerita last few month... ayuh kita flashback...
aku tunang pada 29 Januari 2011..
Selang seminggu tuh, iaitu 5 Februari 2011 pulak
cousin aku kawen kat kampung, Bukit Piatu Melaka.

Cousin aku yg bernama Zima merangkap ank sulung kpd mak ndak.
Berusia 20 tahun lebih kurang dan berjantina perempuan.
Family Mak Ndak duduk kat kampung bersama Arwah Atok dn Arwah Opah..
Mereka yg menjaga atok dn opah..
So boleh imagine la kan betapa rapatnya mereka..
Terutama anak2 mak ndak yg dijaga dr baby oleh Opah..

Aku pon dijaga oleh opah..
Masa 1986, family aku dok Muar ngan Arwah Tok Ayah ngan Arwah Tok Mak.
Tapi disebabkan ibu ade negative history kat spital Muar,
maka aku dilahirkan di Hospital Melaka.
So, Opah la yg menjaga kami dn time tuh area kampung ramai drug addict..
Atok yg baru pencen polis, gigih jaga kawasan rumah walaupun tengah malam..
Terima Kasih untuk arwah Atok dan Opah...
Semoga kalian tenang di sana..

Opah kata mungkin tak dapat datang time aku tunang..
Banyak lagi urusan perkahwinan Zima tak setel lagi..
Opah terlalu excited tolong mak ndak utk wedding Zima..
Dan ibu sendiri pon tak kesah if opah tak dapat turun
sebab ibu pon faham urusan perkahwinan memang complicated..

Masa ibu berbual through hp dengan opah..
opah sangat galak bercerita pasal wedding ni..
kami dapat rasakan betapa opah sangat teruja.
mau nyer dia tak teruja..
ni kan wedding cucu yg dia jaga dari kecik..
pastu buat kat rumah dia pulak tuh..

tapi dalam masa yg sama, opah takot ibu terasa..
yelah kan..aku pon cucu dia gak..
kalo ikut ranking, aku cucu 2nd selepas kak lin..
tapi ibu da pujuk opah..takpe tak datang..
lagipun tunang je pon.. tapi, time kahwin nanti wajib turun tau..

tapi ujung2, jumaat malam sabtu, mak oteh datang bawak opah..
kitorang sangat terkejut..
mak oteh kata memang tak planning pon..
tiba2 tergerak nak turun bawak opah..

malam tuh opah tido uma kami dan family mak oteh tido uma mertua dia..
malam tuh pon bukan ade benda nak buat..
aku, she, jijah buat bunga rampai n letak2 buah dalam bakul..
pastu opah pon join.. aku suruh opah naik atas..
sebab aku nengok mata opah pn kuyu je..
lagipon dia da tua kan..mesti penat dok dalam kete dari Melaka JB..
Biarlah dia rest sepuas2nya..

Pagi sabtu pon dia turun lambat..
Memang kami saja biarkan dia rehat..
Lagipon cuacakan sejuk..
Selalu kalau kitorang balik kampung,
awal2 pagi opah da kat dapo buatkan breakfast..
da la ramai ngan ank2, ank2 menantu, cucu berderet..
tapi opah gigih buatkan breakfast..
kadang2 siap ada nasi lemak kukus lagi..sangat special..

so bila opah datang uma kami, its time to treat opah..
taknak bagi opah buat keje.. biar kami yg buat..
Sepanjang majlis pertunangan, opah pon duduk relax je..
tak perlu ke hulur ke hilir..

petang tuh, opah tido uma mak long pulak..
tapi, pagi2 ahad mak long call..
Opah mengadu sakit.. opah sesak nafas.. opah ada athma..
ubat pulak rupanya tertinggal kat uma aku..
mujur kak lin perasan kat mana opah selitkan ubat..

Mak Oteh bawak opah pegi hospital sultan ismail..
ibu dn ayh pegi spital..jumpa diorang kat sana.
kitorang sambung kemas uma sebab uma sgt2 kecah..
lagipun sedara mara dari melaka dn Kl nak trun..
Opah kena tahan masuk wad..

Tu pon, opah masih cakap pasal wedding..
opah nak balik awal sebab nak beli kapet..
pastu ada lagi yg dia tak jemput..
asik itu je dia sebut.. kitorang tak nak dia susah ati.
nanti makin teruk pulak..aku perhatikan je mak uda, mak oteh dn pakcik pujuk opah..
time tu aku sebak sebab tiba2 aku nengok opah spt anak2 kecil yg sedang dipujuk..
Alhamdulillah..opah ada 8 orang anak yang boleh diharapkan..

Uncles n aunties mintak opah ditukarkan ke Hospital Melaka..
Hari Isnin opah dibawa ke Melaka.Mujur pak uda ada estima.
selesa sikit opah bergerak ke Melaka..
kami semua risau..kami tatau opah sakit apa.sebab opah tak pena masuk spital..
masa kat Melaka, opah masih lagi ditahan..
opah takde sakit yg spesifik..cuma biasala keadaan org tua..tak brapa kuat..

Sepanjang admit wad, opah asik tanya hari ni hari apa?
Banyak lagi tak buat.. kami yg melawat terus pujuk opah..
kadang2 tipu gak..nak sedapkan ati.. cakap la lambat lagi wedding tuh..
Sampaila hari Sabtu 5 Februari 2011..

Keadaan opah masih tak stabil..tapi opah dapat pelepasan utk keluar kejap..
tapi doktor pesan jangan bagi opah banyak cakap..
pagi tu, Zira adik kpd zima yg jaga opah..
dia tanya opah, nak mandi tak? time tuh awal lagi..
opah kata takpela..karang aku mandila..sebab amik opah dalam kol 9/10 pagi..

opah seolah2 tau masanya suda tiba..
kami semua gerak ke hospital pagi tuh.. aku naik kete ngan tunang..
follow je dr belakang..tatau apa citer..
sampai ospital semua jalan laju2..
aku pon terkejar2 la dari belakang.. mengah gak.. sampau atas aku tengok ramai
sedara mara n cousin.. aku sempat senyum and sapa diorang dalam mengah2..

alih2 aku nampak makin ramai sedara mara yg nangis and aku ternampak
atas katil opah, ada sebujur tubuh kaku.. Ya ALLAH... berderau darah aku...
rupa2nya dalam perjalanan kami ke hospital, opah telah pergi buat selamanya..
mula2 tuh aku tak nangis pon.. sebab otak aku macam tak leh nak terima.. aku blur..

kami nak bawa balik jenazah, tapi kat uma ada wedding..
zima pulak akan nikah pagi tu jugak..kesian zima..
last2 urusan mandikan jenazah buat kat hospital je..
tapi hospital takde staff sebab yg selalu mandikan jenazah, pon cuti.
tapi, ALLAH permudahkan urusan kami, ada saja yg datang hulurkan bantuan.
urusan memandikan jenazah pon dapat dilaksanakan.

kami yang lain balik uma sebab zima da nak nikah. uruskan hal2 kat uma..
mak andam pon serba salah nak mekapkan zima..
elok zima dinikahkan, jenazah opah pon sampai.. ramai tetamu muka blur je.
yelah kan..diorang dijemput untuk majlis perkahwinan, ramai jugak kawan2 opah
yg terkejut. jenuh jugakla nak bercerita.
saat aku cium opah buat kali terakhir, tenang je aku tengok opah. sejuk muka opah..
dalam pukul 3 macam tuh opah da slamat dikebumikan..
family belah mak ndak langsung da tak amik port pasal wedding ni..
mujur family belah pak ndak ada.diorang yg runkan majlis ni..
kami semua da terduduk..muka masing2 pura2 nak ceria..

Setiap kali kami bukak cerita pasal arwah, ada je citer pasal kebaikan opah..
sememangnya opah adalah insan yg sangat baik..
opah pon tade nak susahkan sape2..kubur opah pon dekat je dengan kubur arwah atok..
padahal arwah atok meninggal tahun 2007. sebelah2 je.
sudah ditentukan ALLAH, opah hanya sempat nengok aku tunang je..
same gak ngan arwah atok dulu, atok hanya sempat nengok kak lin tunang je..
opah meninggal bulan 2 dan atok meninggal bulan 3.
atok meninggal hari jumaat dn opah meninggal hari sabtu..


Last Memory with Opah










Opah yang sentiasa tersenyum






Raya 2008
Zima,Opah,Saya
Zira



Ya Allah, Tempatkan Opah dan Atok
dalam kalangan mereka yang Engkau kasihi
Semoga mereka tenang di sana