Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

Awak Kat Mana? Saya Masih Di Sini


Assalamualaikum WBT...

Apa azam tahun baru korang??
Kahkahkah!!
Tak kelakar okeh..
Da bulan April baru nak menaip.

Actually aku tersangatlah busy dengan duniawi.
Ntah apa2 yang aku sibukkan 
aku pun taktau..

Officially
11/8/2014 aku start keje baru kat JB.
Which means aku dan amin da duduk sebumbung kembali.
Suke ke idok???hahaha

Mulakan hidup baru di Johor bukanlah sesuatu keputusan yang mudah.
Sebab musabab yang terpaling utama pindah Johor sebab mak mertua ku.
Mak mertua duduk sorang kat rumah.
Laki ku sebagai anak lelaki memang jadi tanggungjawab dia lah.

Nak cerita hal keluarga dulu ke hal kerja dulu ek.

Kerja saya.
Aku kerja makan gaji.
1 bumbung dengan laki aku.
Cuma nyer kitorang lain2 department.
Aku department akaun.
memang totally jauh dari degree aku la kan.
Tapi ini namanya desakan hidup dan tekanan hidup.

Aku kena berani dan rajin untuk teruskan hidup.
Kalau nak carik keje dengan menggunakan degree aku.
Memang tak ke manalah.
Silap2 aku akan terus bergelar penganggur terhormat.
So, framekan saja degree itu dan mari kita teruskan kehidupan.

Hari pertama masuk kerja.
Blur, zero.
Memanglah dulu ada belajar kredit debit.
Tapi sampai situ jelah pun.
Tapi kuatkan semangat untuk belajar something new untuk masa depan jugak.
Minggu pertama ok lagi.
Masuk minggu kedua aku da stress tahap nak pengsan.

Aku sambung keje yang pending nak mampos.
Supplier kejar aku nakkan payment.
Document tak berupdate.
Aku nengok supplier pn rasa macam nak telan,
Handover keje time2 tuh jugak.
Memang awal giler aku kena deal dengan orang luar.
Padahal aku tak tau ujung pangkal pun.
Tau2 aku kena marah dengan supplier sebab lambat bayar.
Aaarrrgggghhhhh... Dalam ati memang maki berbakul2..
Hari2 balik lambat tapi tak boleh claim ot.
Middle finger to you my dear boss.
Ahaksss..
Dalam blog jela pun.
Bile face to face, yes bos, yes bos..

Nasib baiklah rakan sekerja banyak membantu.
Masih boleh bergurau gelak2 padahal tensen dengan supplier.
Tensen dengan bos jangan cakaplah kan..
Now da start impliment GST..
Lagi keje bertambah banyak..
Tapi gaji still ciput. tak boleh claim ot.
Stress tahap langit ke tujuh.
Kat sini kan ade wujud term compulsary leave.
Macam chinese nuyer tutup 1 minggu.
kitorang wajib cuti dan ditolak annual leave ataupun macam aku belum ada annual leave, maka tolak gaji...
sob..sob..sob...
sedih nyer lahai..

Keluarga saya.

Ramai yang terkejut bila aku cakap aku da duduk serumah dengan mertua.
Like seriously???
Macam mana ko addopt dengan keadaan itu?
Tak addopt mana pon..
kahkahakah..

Macam ni cerita dia.
Mak mertua aku umur da 72 tahun. Memang kesihatan kejap ok kejap tak ok.
Tapi dia duduk rumah tu sorang2.
Ada anak2 yang duduk 1 taman dengan dia. boleh tengok2 kan.
Tapi yelah semua tak boleh commit 24 hours.

So, kami laki bini yang keje tak berapa 'bagus' ni telah di'pujuk' untuk tinggal je dengan mak.
Kenapa bukan mak yang pindah ikut anak2?
Ntahlah.. aku baru masuk keluarga ni berapa tahun je.
Aku pun macam tak paham.
And aku takde hak nak bersuara.
Eh, aku bersuara tapi dengan laki aku jela.
Tak ke mana pun.
Balik2 aku pujuk jela diri sendiri.
Aku tak boleh jadi penghalang suami aku nak buat pahala.
Jaga mak kan lebih kepada tanggungjawab anak lelaki.

Memang betul cakap ramai orang.
Bila kita duduk serumah dengan mertua akan ada banyak masalah.
Untuk aku, yes aku admit sangat2.
Tahap kekerapan aku bergaduh dengan laki aku memang semakin meningkatlah.
Living cost pun mencanak naik..

Tapi apa jela aku boleh buat. 
Abaikan jelah perasaan aku tuh.
Jaga mertua banyak pahala dia. (itupun kalau ikhlas la)..
Elak aku kumpul dosa jek..
Da la pahala pun tak berapa nak banyak.. sobs..sobs..sobs..

Masa aku baru2 duduk rumah ni, aku nak la buat perkara yang aku da biasa buat.
Macam masa duduk berdua dulu.
Kemas uma tidak lah hari2. Tapi nama pun duduk dua orang je.
Takde lah sepah mana pun. Setakat habuk2 je.
Basuh baju pun dua kali je seminggu.
Memang tak payah bayar bil air lah.

Tapi sekarang nih aku da duduk sini da hampir 9 sebulan.
Sebelum nih kalau dari segi pengurusan rumah aku nak ikut cara aku.
Tapi sekarang aku ikut jela rentak dia.
Malas da aku nak pening2. Rumah sepah ke tak cantik ke
Lantaklah.. Habis2 pun aku bising kat laki aku jek.
Asalkan mak mertua aku rasa bahagia dengan cara dia.
Seriouly, kepuasan  dalam rumah tangga tuh memang takdelah.
Sebab aku pun duduk menumpangkan.

Aku tau, laki aku pun serba salah.
Mana nak jaga hati mak, hati aku.
Tapi sampai bilakan..
Aku beralah jelah.. Demi orang tua.
Esok, aku pun taktau orang tua aku macam mana.
Aku tua pun aku tak tau macam mana.
Mintak jauhlah benda2 yang tak elok.

Nasib baik rumah ibu ayah pon kat sini.
Boleh balik bila2 masa.
kekadang aku mengadu jugak kat mak aku.
Yelah, dengan siapa lagi kita nak meluahkan perasaan.
Hanya ibu je faham sepenuhnya keadaan aku.
Bila da rasa macam sebal sangat, aku ngadu lah dengan ibu.
Ibu yang bagusnya dia takkan jadi batu api.
Dia takde tambah2 kan lagi sebal aku.
Ibu pesan, sabar jelah...

Untuk 9 bulan ini, aku boleh katakan keputusan untuk balik ke sini adalah tepat.
Tapi untuk menumpang adalah tidak tepat.

Kalau panjang umur, perjalanan hidup aku masih panjang.
Aku cuba teruskan sebaik mungkin. 
Liku2 ini akan buat aku matang. 
InshaAllah...




Wednesday, July 9, 2014

Ai is missing someone


Assalamualaikum WBT...

Salam 7-1 Hahaha..
Main bola ke ape.. aku on tv time sahur pagi tadi.
nengok2 da 6-0.
Apakah? ingatkan dia punya statistik ke.
Moral down sgt tuh. Takkan Neymar takde terus takleh main.
Kot2 bakal kalah  pun, janganlah sampai kena titik.
Hahahaha

pic: google


So far team pilihan Amin semua terpilih.
Masa nak start world cup ritu, dia dengan confident kata Sepanyol awal2 da klua.
Dia target German, Belgium, Netherland.
Pelik gak aku dengan laki sendiri.
Padahal dia bukan nyer berjaga malam nengok bola.
Ntah celah mana dia buat siasatan.

Ok, tu takpe standard dunia semua nak tau
Ni liga Malaysia pon dia follow kow kow punya.
BTW kitorang org Johor so sokong lah JDT.
Dari zaman kegemilangan Johor zaman Abbas Saad sampailah zaman kejatuhan,
semua dia amik port. cuma tak gi stadium la.

Almost semua player dia amik tau. padahal tak glemer pn.
Standard la kan orang pompuan nengok bola.
cuci mata je lebih.
Lagi aku peliks team lain pon dia amik tau.
time nengok bola dia boleh jadi pengulas la.
"player ni dulu main team A, pastu dia bagus dia dipinjamkan main team B."
kecintaan sangat pada bola sepak tidak boleh dilunturkan.

eh tadi nak cite pasal ape ek.
ni gara2 rindu kat laki sendiri la kan.
da nak 2 minggu saya tak jumpa suami saya.
kesian kan saya. 2 tahun lebih duduk serumah, tetiba duduk jauh.
rasa lain pula.
masa baru kawin memang duduk asing pon.
tapi tu tak rasa sangat sebab dia kat semenyih aku kat PJ.

Plus baru kawen kan. belum rasa keserasian lagi.
masing2 da biasa duduk bujang, bila kawen, duduk asing tak rasa sangat.
pastu bila duduk serumah, baru keserasian tu datang.
banyak aktivit buat sama2.
yang paling penting balik keje suami amik.
masuk kete, terus ngadu bla..bla..bla..
pastu planning nak makan luar ke nak masak.
kalau awal bulan tu makan luar la.
masuk tengah bulan, masaklah.

Masak pun kena sama2 buat2.
barulah adil dan saksama. sebab sama2 keje kan.
sama2 penat. unless kalau amin kena OT.
barulah aku terhegeh2 masak sorang2 yang boleh drag sampai 2 jam.
padahal masak sambal sardin je pon. ye, aku memang seloowww...

now, im counting the days. jumaat malam saya mau pulang ke Joho..
memandangkan selasa depan cuti nuzul al-quran maka senin saya amik cuti.
sambil2 tu boleh la jeling2 kot ada keje kosong kat sana.
sambil2 tu gak boleh la aku kemas bilik kami sebab ritu tak sempat kemas.
baju2 aku semua dalam plastik itam lagi.

eh, beria nak balik bagai, keje part time da pending lama tuh.
tiket bas pon tak beli lagi.
tiket bas raya pon tak beli lagi. konpiden sangat nih.

Uollsss,, doakan aku dapat keje cepat eh kat Joho..




Saturday, July 5, 2014

Salam Ramadhan Semua


Assalamualaikum WBT..
Salam Ramadhan semua...

Ok.. tadi rasa nak menaip, skali da dok depan ni ku termenung tengok keyboard.
Taktau nak mula dari mana.

Da separuh tahun, kehidupan semakin mencabar.
$$$$ please jatuh dari langit. Hahaha..
Kerjaya masih lagi belum stabil. Stil berstatus PSH di sini.
Betul kata orang.. 5 tahun pertama perkahwinan adalah sangat mencabar.
Masih dalam usaha untuk menstabilkan segalanya.

Now, kami da tak menyewa kat Semenyih.
Amin di JB, aku masih di sini, dok menumpang rumah akak ku.
Pegi keje guna kete akak. Hantar dia dulu.
Punyalah selama ni da lama tak drive, tetiba kena drive balik.
Terus ku hidupkan lesen.
Ai da buat tau lesen yang baru tuh, yang color pink tu.
Gambar tu aku pakai baju putih tudung pink n biru.
Baru la cantik. matching ngan color kad.
Gilo kan.. kad pn nak matching bagai.


Bulan April.

Ayah sakit. bontot dia tumbuh bisul.
tapi sebab bisul dia tu dekat ngan lubang, (based on ibu cerita, aku tak nengok),
agak tragis la jugak.
Ayah tak boleh gerak sangat sebab dia kata sakit gila.
Dia baring je. Pastu confirmla dapat MC.
Ibu kata besar luka dia. Pas ayah operate lagi susah nak jaga.
Ibu nurse paling berdedikasi. Ayah kata ibu cuci luka, dia selesa.

Ayah diuji lagi.. Dalam luka tu baru seminggu, tumbuh lagi bisul.
Jarak tak jauh and lagi besar.
Ayah tu memang beremosi terlebih.
Bila dia sakit, lagi menjadi-jadi dia punya emosi tuh.
Memang rumah kitorang time tu sunyi je.
Rayyan nak berkuntau pun kitorang tarik naik atas. Kang ada yang kena sembur ngan ayah.
Sesiapa yang pernah jaga orang tua sakit, pahamla kan keadaan dia.

Ayah mula la mengarut cakap2 dia.
Kitorang dengar je, tapi kadang2 dengan kitorang sekali stress.. Hahaha
Ntah brapa kali aku n amin naik turun JB-KL.
Sebab ibu kan tak pandai drive, kesian pulak diorang nak gerak.


Ni time 2nd operation


Ayah da ditolak ke dalam

Ni 1st time kitorang mengadap ayah sendiri sakit.
serius, memang kaku gile sebab takde pengalaman.
tapi amin rileks je, sebab dia ada pengalaman. dia tau apa nak buat.
Time ni kan sedih je tau nak tolak ayah. sebelum dia masuk tu doktor bagi salam dulu.
Aku mampu salam je, tak mampu nak cakap.
memang sedih gila kot.

now, alhamdulillah.. ayah da sihat. badan pun da naik.
makan pn da tak pantang langsung.
ibu kata luka ayah pun da pulih sepenuhnya.

________________________________________________________

Cerita pasal amin pulak.
Ini pun dugaan jugak. Dalam kami naik turun KL-JB.
Dok perati keadaan ayah, kami decide nak duduk JB terus.
Memandangkan mak mertua aku pun dok rumah sensorang.
Itu pun tanggungjawab kami untuk jaga dia. Amin sendiri memang kuat hati dia nak jaga mak.
Aku pulak as a wife, memang menggalakkan niat dia.

Yela kan..kalau direnungkan pun siapa je yang ada.
Kena pulak aku dengan Amin bukan keje bagus sangat pun kat sini.
Kat JB pun ada gak keje macam ni.
So, decide untuk benti keje and stay JB.

Amin anta tender. Dia planning nak berniaga.
Tapi apa yang kami plan, tidak lah berjalan lancar.
Thing getting worst..
Hampir 3 bulan amin takda income. perit weh.

Alhamdulillah, Amin da dapat keje kat Johor.
Tinggal aku je yang belum dapat keje kat sana.
Thats why lah aku masih di sini. Sedih nih PJJ.
Harap ada rezeki kami di sana.
Nak set up life. Ini baru permulaan.
Hari2 aku dok motivasi diri sendiri. Tapi kadang2 aku down jugak.
Harap kali ni all is well....


Tuesday, June 4, 2013

Seorang lagi pergi tak kembali


Assalamualaikum WBT...
Salam sejahtera.


Hari Ahad, 2 Jun 2013, bersamaan 23 Rejab 1434H,
Uncle Alim/ Pak Uda telah kembali kepada Penciptanya pada jam 2.00 pagi.

Sedih.
Tahun lepas, bulan 5 Pak Ngah pergi selamanya.
Tahun ni, Uncle Alim pulak.
Teringat tahun lepas, waktu jenazah Pak Ngah diangkat ke dalam van jenazah.
Uncle Alim cakap, daripada 9 da tinggal 8.
Pergi tetap pergi, yang mana dulu yang mana kendian, itu keje Allah.
Lepas ni taktau lah siapa
Ikut pada sijil kematian ni, arwah meninggal sebab sakit jantung.

Hari sabtu hari tuh, game JDT VS Pahang.
Aku ngan Amin pergi stadium.
menjerit bagai nak rak. tapi sakit juga la jantung nengok game tu kan.
Malam tuh, abis trus tido rumah kak lin.

Dalam pukul 630, Ayah call, tapi aku tak sempat jawab.
Situ da mula rasa tak sedap. sebab call masuk pagi2 buta.
Skali nengok notification kat group family kat fb,
diorang cakap arwah da pergi.
Innalillahi wainnalillahi rojiun.

Pagi tu masing-masing mamai2.
Pusing punya pusing, pukul 10 baru nak gerak.
kena singgah uma aku dulu. amik baju.
sekali da sampai kajang, baru ingat kunci rumah tertinggal dalam kete kitorang.
kitorang carpool naik kete kak lin.
da tak memasal kena patah balik.

dapat tau dari ibu, jenazah dikebumikan lepas asar.
sampai je dalam pukul 3 terus g makan.
satu family lapau sebab dari pagi kan tak makan.

Uncle Alim tinggal kat kampung dato' onn.
dia sanggup jalan kaki pegi stadium nengok bola.
malam tu, dia dudk depan tv layan game.
tapi johor da ketinggalan, game pn mendebarkan, dia da tak larat nak nengok.
katanya sakit jantung nengok game ni.

arwah terus masuk bilik, tidur.
kebetulan malam tu anak dia nombor 2 nak dtg dr KL, tapi sampai lambat sikit la.
da tengah malam diorang sampai. arwah bangun,
main2 dengan cucu, pastu baru masuk tidur balik.

time ni lah dia tetiba sakit, tapi sempatlah dia buang air besar dan muntah.
tunggu ambulan yg tak sampai2,
anak dia terus bawak ke hospital sultanah aminah..
tapi, da tiba ajal arwah, uncle alim tak dapat diselamatkan.


Jenazah arwah da selamat dikebumikan di perkuburan kebun teh.
Semoga arwah tenang di sana...













Tuesday, April 2, 2013

Sambal sardin dengan sayur fucuk

Assalamualaikum WBT...
Salam sejahtera...

Huarggghhh...
Da awal bulan ni ramai yg kayooo...
Tapi ktorang laki bini semekin lagi ni.
Dua2 tak gaji lagi.
aku memang la gaji lambat.
lakiku pn gaji lambat jugak.
pekehal ntah bos dia drag gaji staf.

maka semalam makan sardin la we ollss.
Laki ku yang masak.
tetiba dia merajinkan diri nak berkuntau kat dapo.
Siap gugel resepi uollsss.
sebab da semekin, masak jela guna bahan yang ada.



tengah sedap dia bersilat sorang2.
sekali dengarlah suamiku merintih di dapur.
ingatkan cedera ke apa.
rupanya gas abis la uolls.
nasib baik sambal sardin da siap.
makanya termasuk la masak sayur fucuk dalam rice cooker.



nampak tempting kan lakiku masak.
now dia da pandai masak sayur fucuk.
lauk peberet aku. hehehe.
pinggan aku ni. nasi sikit, sayur fucuk yang banyak.

cara-cara lakiku masak sardin:

bawang besar, bawang putih, cili merah-tumis
letak sos tiram, sos cili, sos tomato, sos cili.
letak air sikit, biar dia mendidih.
pastu leburkan sardin.
perasakan garam.
siap!

cara-cara lakiku masak sup fucuk.

bawang besar, bawang putih-tumis
letak air, 1 kiub serbuk ikan bilis-biarkan mendidih
letak semua sayur2 yang da rendam tadi.
tapi kasi tos dulu lah.- biar dia mendidih
letak garam
pecahkan telur - biarkan sampai telur masak
siap!

sonang baitu..

lately aku kan makin malas. amin lak rajin je.
macam malam tadi, aku just lipat baju dengan masukkan baju dalam mesin basuh.
masak, kemas dapo, susun baju, basuh baju, sidai baju, semua dia buat.
aku? terdampar macam ikan paus depan tv.
belum pukul 10 da krohh...krooohhh
kesian lakiku dapat bini macam ni =)
Tapikan dalam mamai2 sempat lagi ucap terima kasih.
hargailah suami anda ketika dia rajin.

sekarang kan panas tak ingat.
hari ahad kitorang mencemar duli melawat tapak Hot air balloon.
da pukul 10 baru jejak kaki.
hamik dia punya panas.
yang penting malam tu aku balik, aku da memang rasa nak demam.
hingus meleleh je.
sebagai solution, suamiku yang baik hati serve kan eskrim calong.

aku suka makan dalam kon, amin makan dalam mangkuk

Dia kata aiskrim dia kena mahal sikit. sebab tu dalam mangkuk.
aku punya kasta rendah. eh dulu balik skola slalu beli aiskrin calong kan.
baru 20 sen kot. skarang da brapa eh.
pastu skarang baru terfikir, orang yang jual naik moto ni jaga kebersihan ke tak eh.


Semua gambar adalah copy paste dari ig namasayazara


Monday, April 1, 2013

Membebel: Keserasian dengan pasangan

Assalamualaikum WBT...
Salam Sejahtera...

Pagi2 Isnin.. Sangatlah sibuk. Sangat!
Takde istilah Monday blues..
Call menderu masuk. Walk in pun sama.
Kerenah manusia lagi.
Aku layankan jela. Da memang aku dibayar untuk buat kerja kan.

Tadi sempat jugak baca blog Nurul Wahab
Dia ada share pengalaman kawin muda.
Dia ada kata, kita ni amik masa nak cari keserasian dengan pasangan.
sebab time bercinta dengan kawin totally different.
ya, aku admit sangat.

Dalam kes aku, aku baru kawin 1 tahun.
aku kawin masa umur 26 tahun.
takdelah muda mana pun kan.
baru setahun. manisss lagi. ye ke?

memang lah manis pun. tapi takdelah sangat.,
amin dia kuat berahsia. banyak benda yang aku tak tau pasal dia.
lepas kawin baru tau. dan sangat amik masa.
kekadang sampai bergaduh kot nak tau certain thing.
susah dia tu nak terus terang.
lain pulak dengan aku.

aku segala mak nenek nak crita dengan dia.
sebelum kawin lagi aku suke share dari a to z.
dengan harapan dia taklah terkejut bila kawin nanti.
sebab aku taknak lah dia expect aku ni isteri yang rajin lah sangattt.
padahal, pemalasss. tau cakap je lebih. buat malas.
hehehe

sifat dia yang tak suka bercerita tu buat aku terkejut tau.
bila da kawin baru tau, bla..bla...bla..
aku memang tak suka terkejut terkejut ni..
tapi tula kah, kita kena terima pasangan seadanya.
dan proses mengenali, memahami ni masih diteruskan.
masih lagi mencari keserasian.

1 sifat yang aku perasan,
aku ni panas, cepat melenting, cepat je telinga ni panas
nasib laki ku bukan macam tu.
dia cool. dia boleh buat muka kosong je time aku tengah bebel.
dia boleh pekakkan telinga dan buat macam aku invisible.
ko mampu???




Friday, March 29, 2013

Oh my Rayyan Anaqi!


Hoolaaaa...
Aku kan jenis tak pandai nak main2 or layan budak-budak.
Amin pulak lain. Budak memang suka ngan dia.
Dia pon rajin layan.
Yela, anak buah belah dia da 30 lebih kot.
Haruslah pandai layan kan.
Belah aku, ni ha baru sorang, panglima kenit.
Da 1 tahun 7 bulan.
Memang tengah ligat main.
Mak Pak dia sabor jela. tu pn kekadang tak sabo gak.

Rayyan memang daddy's boy part main.
pantang nampak daddy, terus lah menyeru daddy, daddy..
tapi dia jarang sebut mommy.. pelat sikit, sebut memmy.
memmy takde baru sebut.
ni jam dia panggil semua orang Bang!!
Dia tau sapa mak su, paksu, tok ayah, tok ibu,
tapi bila panggil tetaplah Bang!!.

Ritu aku laki bini lepak uma kak lin.
sambil kak lin masak, aku tolong lah lipat baju. 3 bakol beso ok!!!.
baru anak 1 da macam ni.
2 orang lelaki tengah layan panglima bersilat.
sambil tu diorang layan match hoki.

tengah aku dok sort dulu baju2 dia da tolong sepah2kan.
gerammmmsss je tau.
pastu agak asik kena marah je dia carik idea lain.


angkut dulu bakul
 



Pastu Paksu dia bagi idea pulak kan

Comel 2 orang ni

Try keluarkan

Berjaya!
Paksu ajar pulak


Bangga nau la tuh




Idea lain da mari


Iyyaaahhhh

Patu merengek sebab butang baju tersangkut


Dapat galakkan

Cuba lagi Rayyan!! jangan putus asa







Yiihaaaaaaa

Pastu siap joget-joget..acah2 kita nak terjun

Budak ni bukan leh caya. kang dia terjah je



Da macam gengster kampung dusun aku nengok.
nengok la butang baju semua da tertanggal.
ni dia dalam usaha nak terjah kat daddy dia yang jauh jugaklah.
Rayyan skarang main kasar.
suka terjah2.
ada sekali tu dia duduk atas meja makan.
tak geti dok diam, kena marah dengah mommy daddy.
selamba dia terjah atas badan aku.
aku tak ready lagi tau.
tanjat ioolllsss.

belum lagi dia terjah tok ibu.
semput orang tua tuh.







Gambar penutup, harus kutelangkupkan sekali dua2 ni.
bukan nyer nak tolong lipat baju.
tolong sepah lagi ada.










Happy birthday zara


Yuhuuuu....

Pada 18 Mac yang lalu, genap lah umur aku 27 tahun..
Tak lama lagi nak masuk 3 series da.

Ada terima wish thru whatsapp, sms, dan fb.
Gumbira la kan bila orang ingat kat kita.
lagi gembira bila ramai yang doakan yang baik2 utk kita.

Amin tahun ni lebih alert.
Dia orang yang pertama widh.
aku syak sebab ada reminder kat fb kan.
Wish depan2, wish sms, wish kat wall fb, wish kat pm fb.

yg mana private dan bertaip tu, panjang la sikit kata2 dia.
kemahin ayat... macam tak caya je laki aku gitu.
balik keje dia amik aku.
aku pun tak expect apa2 la sebab hari tu turn dia jaga orang kat kilang.
eh, aku expect dia belanja makan la.
sebab aku lapo gile pastuh malas nak masak.

Sekali dia cakap, dia tukar turn dengan kawan dia.
dengan alasan nak celebrate birthday aku.
TAPIIIII aku yang kena set semua.
cis di situ.
Dia tiru bulat2 bday treat yang aku buat utk dia last year.
iaitu belanja karok pakej skali dengan makan kat green box.

Tapi yang paling sadis, aku yang kena call sendiri.
buat reservation.
aiggggooooo
sebab dia kata dia cari number phone tu kat internet,
tapi tak jumpa pun.
hello, awak kan ada kad bday green box.
kat blakang kad tu ada je number phone.
kesian laki aku. *tepuk dahi*

BTW, kat green box time bday kita, kita tak yah bayar tau.
free. janji ada kad dia. kad dia tu buat rm5 je seumur hidup.
Kena pulak pegi hari isnin, lagi la murah sikit.
karaoke sampai takde suara termasuk buffet dinner sampai pukul 10.
Da lepas pukul 10 still boleh nyanyi sampai tutup.
air still boleh minum dengan segala mak nenek tidbit.
Kitorang pegi Green box, Jusco Cheras Selatan atau nama lain dia Balakong.
Total utk 2 orang termasuk tax tak sampai rm50.
jimat besar di situ.


dapat bilik nombor 9. yang penting dekat dengan makanan.


macam biasa, lampu suram-suram. 
Lampu ala-ala romantik ni time nak nyanyi je.
selebihnya kasi terang sebab aku nak makan.
tak tertelan kalo lampu romantik sangat.


Belum apa-apa da pegang mic.
yang sebenornye dia ni yang kemaruk nak menjerit.
bukan aku.

kambing, coslow, spegeti
Makanan dia biasa-biasa je.
tapi inshaAllah boleh kenyang.
Antara haiwan yang ada, ayam, kambing, sotong.
ada nasi goreng, mi goreng, spegeti, sayur2, salad, sup
ada dessert like kek, aiskrim, buah.
air ada macam2, air panas, air sejuk, air gas.
Time makan tu, kita on jela lagu.
sambil nengok mtv original.
baru best kan.'



lakiku kemahin nak nyanyi lagu awie

Duet uollsss, walaupun suara ke laut


sesi mengimbau kenangan silam

starting, lagu2 zaman sekarang. kpop pon aku tarah.
then terus macam rewind pulak.
dengan lagu saloma pun aku jalan.
amin kerut2 kening negnok bini kemahin veteran.

lagu zaman-zaman aku membesar bagai johan


Sronok sekali sekala dapat lepak macam ni kan.
nyanyi la kau terpekik sana tak mengganggu jiran pon.
aku pun pilih lagu kemahin. siti, fauziah latiff, ziana zain.
padahal suara kelaut, sumbang.
tapi ada aku kisah. hehe cuma amin jela kena tahan telinga..

terima kasihlah suami.. at least ada gak ingatan dihari lahir ku..



Thursday, March 28, 2013

Lakiku kretip

Macam ajaib pulak aku menaip lagi ni...

Minggu ni aku rajin bawak bekal.
Untuk laki ku pun ku bekalkan sekali.
Aku memang rajin pagi2.
Nak menggoreng segala nugget, sosej..
Kekadang terlebih rajin siap la nasi goreng ke 1 jenis lauk ke.
Tapi,,, balik keje aku adalah malas.
Nak tergolek je.
Macam keje menoreh kat tengah panas.
Hoi! keje part time pun ku tak sentuh lagi tu.

Selalu bila da siap letak dalam bekas,
aku akan biarkan terdedah dulu sebab panaskan.
aku gi mandi and siap2 semua.
Macam pagi tadi tengah2 aku dok melilit kepala,
Amin tanya mana penutup bekas.
Sebelum masuk makanan, aku bilas2 dulu.
jadi penutup dia adalah dalam bakul atas sink tu.
Aku jerit jela ada dalam bakul.





Aku tak tau dia carik pakai apa..
Benda depan mata pun tak nampak.
Bolehkan dia pegi carik yang susah2 pulak.
Siap gi kat longgokan bekas semata nak cari penutup ni.
Maka terhasillah bekas tupperware version color block.
Mintak carik penutup je pun salah.
Adoi la suamiku.
Agak kalau minta dia yang bungkuskan bekalan, ada dia sumbat semua dalam
bekas eskim.

dalam bekas kuning ni aku masak petola air.
tapi pesal petola aku pahit ek...




Talam dan Apam Gebu


Assalamaualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Sabtu lepas mak pak aku buat kenduri tahlil kat uma.
Maka kami adik bradik korek tabung balik JB.
Car pool, minyak pun share. jimatttsss.
hujung bulan tuh..
Balik skejap je pun.
Sabtu, dalam 1 pagi sampai.
Ahad petang da balik.
Tak sempat aku nak melawat mak mertua.
Tapi yang benar nya takuit nak melawat mak mertua.
Gile ke hape jenguk mak mertua stakat 1-2 jam.
Kang ada dia sentap.
Hati orang tua kan fragile...

Ayah cakap tak yah balik.
Bukan buat kenduri besar pun.
Jemput jiran lorong tu je.
Tapi hulur2 la sikit buat beli barang.hihihi
ayah oh ayah.
ye la tuh tak yah balik.

mujur kitorang ni balik tau,
penat ya amat nak men set up.
dari pagi sampai ke tengah malam kot.
lagipun ibu masak sendiri, maka banyaklah benda nak kena ready.

Seperti biasa, aku memang tak sempat nak amik gambar.
tapi, seperti biasa jugak, kitorang akan order kuih yang sama.
sama sedap jugak. kualiti tip top.

Talam Cik Midah
Taman Dahlia, dekat dengan Pasar Dahlia.
Pakar dalam segala talam dan bingka

Dari atas, Talam carrot+oren, seri muka, dan talam keladi

Terbaik habaq hang.
Lembut dia, rasa dia, lemak dia.
yang talam keladi tu, keladi tu dia potong macam nata de coco.
tu yang time gigit je rasa.
sesuai jugak untuk orang-orang tua yang takde gigi. hehehe
Aku suka dia punya bingka pisang.
tapi time ni Cik Midah kata pisang muda lagi.
tu yang ganti dengan talam keladi.\
Talam jagung dia pun sedap. Talam kacamg merah also sedap.
Dia da potong siap2 petak cam ni.
Kitorang just susun dalam tray.
Nak letak ngan kotak dia sekali pun takpe =)

Another one is....


Apam Gebu, Cik Miah
Taman Sri Skudai
Mahir dalam pelbagai kuih dan masakan.
seperti karipap, kek buah dan macam-macam lagi
orang lama la katakan..

Fokus kat apam gebu atas sekali.

Apam gebu ni inti kelapa.
Rasa dia lemak-lemak manis.
Layan je makan ni sebab apam adalah lembut.
Tak sedar da termakan banyak.
Sebiji Cik Miah cas 20sen je.
Aku order 100 biji.
tapi bila kira-kira, ada 200 biji weh.
Well, aku kenal Cik Miah dari tadika.
Sebab aku kawan dengan anak dia dari tadika sampai sekarang.
Tu yang dia bermurah hati kan..

Aku tak berminat dengan apam polkadot sebab pada aku
apam polkadot biasa2 je.
stakat insert kan jem. huh.
lagipun dulu aku pernah buat apam gebu ni, bentat weii..
dan hasilnya apam ku jadi lah apam polkadot.
so pada pendapat aku, apam polkadot adalah apam yg tak jadi..
hehehe...

Aku amik kuih-kuih ni dalam pukul 2 petang gitu.
Panglima kenit harus diangkut sekali
sebab dia sentiasa bersilat.
kat rumah pulak da lapang, lagi sronok dia berlari.
mommy dia khuatir anak dia tercebur dalam kuali sambal.
maka budak ni diangkut sekali.

baru masuk highway pasir gudang, kitorang da terjerit.
humanggggaiaahhhhh. jemmm uolllssss.
si kenit ni pun terus tido.
time nak amik kuih, aku pas kat amin,
dia nyenyak je. penat kot bersilat.

elok da collect semua, dia pun bangun.
sumbat susu, sumbat air, pun rupa lapar.
time tu da pukul 3 kot. haruslah laparkan.
nasib ada apam gebu.

Lapar betol kan

Gumbira layan apam..




Tuesday, March 5, 2013

Kedai second hand, Semenyih


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Satu Malaysia tengah risaukan pasal pencerobohan di Sabah kan.
Sekarang, aku pun tak miss nak tengok berita.
Padahal selalunya aku da bosan nengok berita.
Balik2 itu jugak yang dia cerita.
Tapi now, semangat nak tengok berita.
Harap takde lagi nyawa yang terkorban.
#prayforlahaddatu.
__________________________________________________

Da lama tak menceceh cerita pasal hal peribadi.
macam takde life je kan.
yang sebenarnya malas kuasa lima.
aku ni serba-serbi malas.

Finally bilik kami sudah berkatil.
Aku adalah demand.
Nak katil size king sajork.
Demand aku bertempat eh.
Kalau da dua2 saiz kemahin la besau
haruslah nak tempat beradu yang besau jugak kan.
barulah selesa.

Tapiku sedar kemampuan kami suami isteri.
Takkan kami mampu nak kumpul duit beli katil riban2.
Kumpul2, esok2 tarik balik.
Maka kami telah menterjah kedai perabot 2nd hand area sini.
Mostly perabot dari hotel, cuma outdated la kan.

Kedai dia jalan nak ke Tesco Semenyih.
Jalan dari Pekan Semenyih, dia belah kanan.
Sebelum sampai ke Tmn Pelangi Semenyih/ Tesco.


Tu dia,, Sapa nak gantung kuda ni.



Kemahin besau sofa ni.

Another sofa set besau.

Amin tengah merenung katil yang bakal di beli.
Tu hah kat blakang dia.

Ini kat cashier. Sukati dia je gantung macam ni ek.
 Kedai dia ni da brapa kali kitorang masuk.
Dia takde rupa kedai lah.
Lebih kepada rupa gudang.
Tak pernah lagi jumpa diorang punya bos.
balik2 bangla 2 orang ni.


Amik side table ni jugak. 


Ini kat level atas. Banyak lagi stok katil, sofa besau dia tak display lagi.

View dari atas. yg sebenarmya aku gayat nak turun balik sebab tangga dia macam ye tak ye je.


Diorang bukak harga takdelah tinggi sangat.
Maka aktiviti tawar menawar pun takdelah banyak melampau2 turun dia.

Macam katil king kitorang tuh.
Dia bukak harga RM550.
Complete bersama tilam dan cadar, selimut, skirting tepi tu,
Kalau taknak mak nenek tu dia just tolak RM50.
Pastu Amin tawar lagi. Dapatlah harga RM400.
Ching! Ching! ok la tu kan.

Pastu side table tu dia bukak Rm 180.
yg ni tak banyak boleh tawar.
Adalah dalam Rm100.
Pastu naik level atas carik kerusi opis.
Nasib ada yang elok lagi.
Last harga dia kasi RM50.
Tapi yang ni dia tak masuk bil.
Kelepet la tuh. Lantak ko lah abangla.
Janji kerusi aku takde cacat cela.
Ni semua tak termasuk lori.
Lori dia charge RM30/40 kalau tak silap.

Aku pergi time tu da dekat kol 7.
Dia da nak tutup.
So, barang2 ni semua dia hantar esoknya.
Dalam pukul 3 ptg macam tuh.
Mujur hari sabtu.

Berbekalkan duit BRIM, maka berjayalah kami memiliki katil idaman.
Tahun depan kena undi nih =) hehehe...


Encik suami sila bayar.

Time dia hantar katil tu, diorang bagi skali cadar dan segala
mak nenek yang aku tak nak smalam.
Free gift! kualiti cadar not bad. memang hotel punya
yang color putih tuh. tebal.
Tapi yang selimut tuh jenis hotel lama.
dia bulu2. Aku tengok kat situ ada label hotel kat US.
Jauh katil aku merantau.
yg ni aku tak guna lagi.
nak hantar dobi dulu.

Tilam pun aku tak terus guna.
Siap spray febreeze anti bacteria semua baru aku sarung cadar.
Katil belum ada, tapi cadar da ada.
nampak tak permainan aku.
awal2 lagi da planning. tu yang time kawan2 ku tanya nak hadiah kawin apa
aku mintak cadar size king terus.
Tenkiu dayah, dilah, delly, and timah....

Cadar hadiah kawin, merah uollsss


Baru beli quilt cover kat ikea.

Semangat laki aku nak berquilt bagai.
padahal bilik bukan ada ekon pun.
tapi sebab nak kan aura hotel tu, dia beli gak.
Beli kat Ikea. ni set king paling murah, Rm 89 ada 4 pillow case dengan quilt cover.
yang comforter tu beli yang paling nipis, darjah 1.
Paling tebal tak silap darjah 6.
gila ke hapa nak beli tebal2.
padahal tido pakai kipas jek.

Bantal je kesian kan.
nipis melampau2 da tuh.
tinggal nak beli bantal kekabu je pon.
tu pon berkira.
lampu meja tu pun beli kat ikea time dia murah.
ni jam da mahal. masa aku beli tak sampai 10 hengget.

Oleh kerana rumah kitorang corner lot, (taknak kalah,padahal uma flet)
maka bilik ni ada dua area yg ade tingkap.
jadi area yg 1 ni terpaksla tutup terus dengan langsir
untuk digantungkan headboard.
katil dia ada roda.senang nak tolak2.
tapi masalah dia sekarang, cane nak stopkan roda tu eh.
ada jual ke stopper utk roda?


UPDATED!!!
22/4/2015

Sekarang nih kitorang da tak duduk Semenyih.
So da taktau la ape rupa keadaan di sana.

GPS:
2.940711, 101.849794