Tuesday, April 24, 2012

Mood adalah SEDIH

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Now otw ke Kajang. Mau dapatkan antibiotik.
Sebab sedih dengan environment keje.

Salah kita nampak je.
Tapi, betul kita tak pulak nampak.
Yang salah tu diungkit, disampaikan ke bos.
Bukan nak cakap direct ke kita.
Boleh kita diskas, baiki yang salah.

Busuk punya orang memang wujud kat mana2 kampeni.
Tapi tempat aku cari makan ni comel je.
Itupun masih nak amalkan cakap2 belakang.
Bila jadi macam ni kan, mulalah perasaan tuh da tak sedap.

Hurm.. Geram nyer la hai..
Dugaan.

*Bertabahlah*



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rayyan Anaqi


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...


Anak buah yang sorang nih makin comel.
Geram jer.
Bila budak tuh tido, asik nak kejut.
Bila budak tuh bangun, tak larat nak jaga.

Dalam simpanan aku, banyak pulak gambar dia.
Neh bubuh kat sini.

Pic masa awal bulan lepas.

Dia da nampak nak kejar apa

Buat muka comel pulak kan

konsentrasi lari jap, nengok tv pulak

Merangkak lagi

Gigih nak redah bantal
Try upload video dia pulak




Baby memang comelkan.
macam nak picit-picit je.


Sudah tiga bulan kawen !


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Last wiken, kira da 2 bulan kami kawin.
Dan sempena itu, Amin take over dapur.
Masak kemain la bunyi.
Kelentang, kelentung...

Tapi bekpes, aku yang buat.
Sebelum pergi main badminton, nak bekpes dulu.
Main badminton kali ni, indoor.
So, pergi kol 10 pun takpe.

Selepas 3 bulan kawin,
Aku perasan, Amin suka sangat makan telur.
Sikit2 nak telur.
Kalu pagi, haruslah telur separuh masak.
Aku pulak macam kembang je nak makan telur selalu.
Muak kot...

Tapi da suami suka kan, isteri buat jela.
Bukan susah mana pun. setakat telur separuh masak.
Tapi tu la kan.. Aku sendiri jarang makan.
Maka nak buat pun aku tak geti.
Asik fail je, terlebih masaklah, terkurang masaklah.
Susah nyer nak dapatkan separuh masak tuh.

Arituh kebetulan jengah blog Kak Jee
Ada pulak ajar buat telur rebus konpem jadi.
maka aku pun trylah buat.

1. Masak air dulu guna jug kettle hadiah kawin. Tekan. Pastu biarkan pegi berus gigi, cuci muka semua.
2. Jengah dapur, eh. air da masaklah. Amik 4 biji telur ayam dari peti ais, boh dalam periuk comel.
3. Tuang air panas tadi, tutup periuk, pastu tindih pulak dengan anak batu lesung.
4. Suruh Amin set timer, 10 minit.
5. Lepas 10 minit, keluarkan telur masuk dalam mangkuk.

Sambil tuh, aku buat toast pulak.
terlebih rajin, aku sapu marjerin kat roti gardenia.
pastu g bakar kat oven hadiah kawen jugak.
toaster ada, tapi saja gatal nak guna oven.

sambil tuh jugak aku buat bege.
dok kat dapur kene multitasking kan.
sambil tuh jugak buat air..
sambil tu jugak masak nasik. ada orang tu cakap nak buat nasi goreng lunch nanti.
macam over pulak bekpes pagi ni.
telur sorang 2 biji ngan bege lagi. hish.

lepas 10 minit semua sudah terhidang atas meja.
mari suamiku, kita bersantap.

berdebar ni nak ketuk telur.
takut kang tak jadi lagi, ade ke tong sampah lagi.
dan akhirnya, jadi uolls.
tahap kepekatan yang disukai suami.
makan pulak dengan toast.
letak kicap sikit, lada sulah sikit.
boleh jilat pinggan.

Kenyang pun just nice jer.
terus siap g main badminton.
balik tuh singgah the store beli isi ayam ngan cincau.
Sampai uma, rileks kejap, orang tuh terus masuk dapur.

Lunch kami, nasi goreng kampung, telur dadar, ayam masak kunyit dan air cincau.
ahad tuh kan panas. asik je dapat air cincau.
menu lunch adalah sepenuhnya prepared by Amin.
not bad. jadi ayam masak kunyit dia.
resepi ayam masak kunyit pun amik kat Kak Jee.
Terbaik..

* semua makanan takde gambar sebab terlalu excited nak makan. excited ke gelojoh? *






Monday, April 23, 2012

Photoshoot post wedding di Tanjung Karang


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Main point kitorang ke Kuala Selangor untuk photoshoot la.
Aku melahirkan keinginan nak berphotoshoot kat bendang.
Team NadiArt ok je. Yang penting takde extra charge.

Aku berangan nak tema ala2 Nurkasih gitu kan.
Ahaks..
Tema, purple and white.
Susah gak nak cari baju bila da setup tema ni.
Bukan susah apalah. Susah nak cari size sebenarnya.
End up, seluar Amin kale krim.
Tu pun guna apa yang ada sebab da tak larat nak mencari.

Malam kitorang dinner kat Satay hut, Adi NadiArt bbm Amin.
Dia tanya ada survey2 ke bendang tuh.
Sebab ada member dia cakap sawah baru tuai.
Halamak! Risau dah ni.
Sebab sepanjang aku dok gugel, tak jumpa waktu sawah dituai.
Tapi ada blgger yang ke sana awal bulan March memang nampak
lah gambar dia, padi masih comel2 je. baru tanam.

Lepas kitorang abis lunch, kitorang terus pegi sawah yang area Sungai Sireh.
Memang la Cantik la view kat sini.
Tapi that time, padi baru tanam.
Aku tatau apa istilah pertanian untuk ini.
Yang penting padi tu comel2 lagi. if nak amik gambar pun,
konpem la nampak tanah, tak nampak hijau.

Then, tanya orang kampung tempat shooting filem Nurkasih.
Diorang kata banyak shoot area lagi 1.
yang masuk dari lorong sebelah hospital.
maka, gigih kitorang patah balik.
Dalam hati, risau gak sebab nak photoshoot cane if bendang lapang lagi.
abis2 tinggi pun paras betis je.
Tapi serius cantik. Lapang je mata.
Sampaikan aku lupa lak nak amik gambar.

Kampung apa nama dia eh. lupa pulak.
Kampung air kunci ke apa ntah.
yang penting nama dia agak panjang dan unik.
aku gugel takde plak jumpa.

ok, kat sini padi belum menguning. tapi tinggi jugak.
pun la aku kekaguman sampaikan lupa nak berposing 2 orang.
sementara tunggu team nadiart sampai, kitorang cuci mata.
time nih panas terik ok.
Tau jelah aku, peluh macam kan membanting tulang.
merembes peluh kat muka macam kan apa je.

Tatau napa dengan aku petang tuh.
badan da rasa penat sangat. aku pun tak banyak cakap.
Just follow jela apa je yang diorang suruh  buat.
Muka plain aja sebab tak mekap.
Aku mekap, tapi nipis, pastu kena ngan peluh aku.
Semua pun da cair...
Tapi apa2 hal pun, aku cuba beri yang terbaik untuk gambar kami.
Kenangan kami.

Area pintu masuk

Luas sangat kan

Boolat nyer muka
Inilah hasilnya. Teaser aku amik kat page NadiArt










Suka la pic ni.


Paling suka. Tapikan da macam photoshoot time pregnant pulak.
Booolat perutku.





Saturday, April 21, 2012

Kesayangan cranky

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aku tolong jaga Rayyan.
Mommy dia da 5s kat opis.
Berangkut la kami ke opis mommy.
Nak harapkan aku jaga sensoran kat uma,
Aku tak confident.

Rayyan bukan hari2 dengan aku.
At least macam ni, bila Ryan nangis hover sikit
Mommy boleh jengah kejap.
Tadi tidur dalam bilik mommy, sejuk sangat.
Da la selsema, makinlah tersumbat.

Now aku bawak dia keluar.
Lepak kat pintu masuk ni.
Ada la sipi2 ekon tapi tak sejuk sangat.
Tapi cenggini la gaya dia tidur.
Lenguh da badan aku.
Nak gerak tak sampai hati.
Agaknya cane lah esok aku jaga baby sendri.
Serius penat. Ni baru jaga kejap aku da macam nak hangin je.
Nak2 bila dia rengek2.
Being mother, haruslah punya tahap kesabaran yg tinggi kan.
Patutlah ibu aku penyabar.



Pinggang aku da lenguh nih.
Alahai sayannggg...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 20, 2012

Makan Free : Nasi Briyani Bukhara


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Last few week, bos Amin belanja makan.
Aku ikutlah Amin pegi amik nasi tapau tuh.
Kat Restoren Syed, PJ - belakang Hilton.
Nama pun PJ, susah betul nak parking.
Nasib depan kedai ada kosong.

Aku tak pernah rasa nasi nih.
Bos Amin beria cakap sini sedap.


Ini website dia
Bila aku belek2 outlet dia,
La.. outlet yang kat Bangsar tuh tempat aku dating ngan Amin dulu.
Time aku dok Vista. Tapi napa tak pernah try ek.


Masa kami masuk kedai ni, humangaih...
sedapnya bau nasi dia. Terus lapar aku.
Sementara nak tunggu diorang siap packing,
kami minum teh ais. tapi kureng kick lah rasa dia.
nasib dia tak cas.

Diorang siap susunkan dalam kereta.
Seksa batin aku nak sampai ke kilang Amin.
Bau dia, asyikkkkkk...



Kotak dia je da menarik perhatian.

Satu kotak macam kat atas ni harga dia
Ayam- rm 11
Kambing - rm 13


~~Terliur~~

Mengah aku nak abiskan.
Mula2 nengok, hekeleh.. sikit nyer nasi dia.
da makan baru tau.
Aku amik kambing.
Kambing dia adalah lembut, tak hamis.
nasi pun berempah dan lembut.
dalam bekas kecil tuh kuah dhal.
sebelah dia adalah telur bukhara. sedap !
pastu acar buah, masam. so boleh hilangkan muak.

Nak repeatlah.

*aku tengah puasa nih, update petang2 hujan pulak tuh. nengok nasi ni memang rasa macam nak pergi sekarang jugak*


Kuala Selangor : Lunch + Hi Tea


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kitorang minta delay check out. alah, delay 1 jam je kot.
Yang penting tak cas pape.

Sementara nak pukul 3 petang, ayuh kita lunch pulak.
Ramai blogger cite pasal warung ni,
ayuh kita terjah. tak jauh mana pun dari hotel.
Jalan menghala ke Tanjung Karang, dia belah kanan.
Kalau da nampak singboard Tanjung Karang,
maknanya da sampai.
kedai dia adalah belah kanan.

Pernah masuk JJCM tahun tatau.

Ramai gak orang time nih.

Nasi ambeng + asam pedas
Harga, ok lah. takda la murah mana pun.
Air limau asam boi adalah sedap.
Portion adalah kecil. Means nasi dia la sikit.
Yang lain2 ok. Serunding dia terlalu manis bagi kami.
Yang tak best,  tukang jual, ada 2 orang.
sorang mak cik sorang akak. yang akak tuh masam je muka.
pastu suara ada tinggi sikit tone dia.
nape ntah nak marah2.

Sudah kenyang, terus kitorang pergi tengok2 sawah padi.
Ada 2 kawasan yang besar yang kitorang pergi.
Tu cerita nanti.
Petang, lepas abis photoshoot, terus gerak balik.
Tapi singgah mentar pekena mee udang banjir.
minum pulak pink guaca ice blended.
haus yang amat.


Bebetul tepi jalan besar Kuala Selangor
Menu macam best kan
Ada  7/8 ekor udang

Mee udang spesial - sebab udang lebih

Tak tau nak cite macam mana rasa dia.
Macam lebih kurang mee bandung je.
Tapi, udang dia over cooked la.
Sebab kulit dia da melekat kat isi.
pastu macam kering je udang dia.
Sedap lagi kot udang dalam mee bandung kat satay hut.
Tapi yang penting kenyang.

Kesimpulannya, percutian kami lebih kepada
jalan-jalan cari makan yang best.

Lepas tuh, kami pun pulang ke rumah.
Letih badan ni pegi photoshoot di tengah bendang.




Thursday, April 19, 2012

Kuala Selangor : Aktiviti pagi


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Pagi yang cerah...
Tenang. Takde bunyi bising.
Kami decide nak mendaki Bukit Melawati.
Jalan kaki pun boleh.
Tapi larat ke nak mendaki?
Pepagi ni, kereta boleh naik sampai atas sebab orang tak ramai lagi.
Dalam pukul 7 lebih la macam tuh.
Sebelum pegi bekpes, baiklah pegi yang dekat dulu.

Tanpa lengahkan masa, aku terus siap.
Nak siap cepat, basuh muka, berus gigi, tukar baju.
Amin rileks je mandi. Tak sejuk ke apa.
Sampai atas, orang lain dok joging, kami naik kete
dengan muka yang tak bersalah. hehehe

Pemandangan dari puncak Bukit Melawati

Perlu ke suamiku diri di situ

Ada beberapa meriam kat atas ni.

Bawah bukit adalah sekolah. Best ek sekolah kat lereng bukit. Nyaman je.


Kat atas ni ada juga beberapa kawasan bersejarah.
Kami tak terjah semua sebab orang pun tak ramai lagi.
Aku rasa macam sedikit takuit pulak.
Dengan pokok besar2, sunyi, bangunan2 lama. Da macam cite hantu.



Haiwan ni memang banyak la kat atas ni. Sila jaga keselamatan makanan anda.




Kami tak masuk. Awal lagi kan, Tak buka lagi.


Muzium Sejarah



Jom nengok anak bulan
Da puas cuci mata nengok pemandangan hijau,
kami gerak ke batu hampar.
naik kete uolls. punyalah pemalas kan.

Amin bersama batu hamparnya.
Ada sejarah batu hampar ni.

Tangga ke batu hampar.

Nak turun, singgah sini jap


Natural beauty. Weeee~~~

Then, turun terus cari bekpes.
Taktau la apa yang special bekpes kat sini.
So, terus jela ke tesco sana.
Banyak kedai. Makan2. Terus balik hotel. Rehat2.
Photoshoot petang kang.
So, sementara nak tunggu check out, kami rehat2 je kat bilik.
sambil menikmati satay malam tadi.
sedap lagi...





Wednesday, April 18, 2012

Kuala Selangor : Dinner


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Da setel tengok firefly,
perut mintak diisi.
Sebelum pergi kan da google.
So, ke SATAY HUT la kita...

Sebelum ni aku da pernah pergi dengan akak n abang ipar.
masa tuh, dalam pala otak da fikir jauh.
jauh jugak tempat ni.
if da kenyang nak balik rumah, memang ngantuk nak drive.
nanti da kawin, check in jela memana hotel.
yeah, akhirnya apa yang aku brangankan dulu,
kini jadi kenyataan.

tak susah nak cari kedai dia.
betul2 tepi jalan, sebelah Hospital Tanjung Karang.
Tapi, waktu kami sampai, ramainya umat.
Susah nak parking.

Bagi memuaskan nafsu serakah masing2
kami order

ABC ngan air tembikai.

Mee bandung dengan nasi goreng USA (tiada dalam gambar)

Satay hayam yang beso

Gambaran saiz satay

Minuman
Ok la.. ABC dia masih tak boleh lawan ABC kampung melayu, JB.
Air tembikai pun ok.

Makanan:
Mee bandung, sedap. takde daging. ada udang je. udang segar dan masih terasa manis.
Nasi goreng USA, ok.
Satay, ok. lembut, juicy.
Kuah pun ok.

Kami order 15 cucuk.
Tak mampu nak abiskan. Catat sejarah ni.
Selalu makan macamkan berlumba2.
Tapi yang ni, aku tolak ke dia, dia tolak ke aku.
Last2 Tapau makan bekpes esoknya.
Untuk tapau, kena amik sendiri kat kaunter dia.

Kesimpulan, harga berbaloi dengan makanan.

pung, pang, pung, pang,
sampai bilik dalam kol 11 pm.
layan husin bunga sampai habis.
lalu tidur kekenyangan dan selesa yang amat.

*update semasa puasa amatlah menyakitkan, asik terkenang je ni*


Kuala Selangor : Hotel



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kami check in kat hotel bajet.

*google*

Kami pilih family room.
1 queen and 1 single.
bilik kami tu hah. tingkat 1 belah maybank.
tak ingat harga 1 malam berapa. dalam rm 70-80.

Dalam bilik, sangat simple..
Apa jela yang diharapkan daripada hotel bajetkan.
janji bersih, selamat, dan selesa.

Bila nengok gambar tuh.
Teringat kat Amin.
Masa baru masuk bilik, kitorang dok merencana aktiviti.
Sebab masa tuh baru pukul 8 lebih.
Then aku cakap nak keluarkan duit kat meybeng.
Amin cakap, dia ada perasan meybeng, tapi lupa kat mana.
nampak sangat suamiku banyak makan semut.
padahal kitorang parking betul2 depan meybeng.

Hotel ni paling dekat dengan Bukit Melawati.
Nak naik bukit tuh, mesti lalu depan hotel ni.

Katil tuh kami tolak kasi rapat.

Langsir tu asal2 kemas je tergantung. Tapi....

Abaikan model tidak berbayar tuh
Da selamat letak barang dalam bilik.
Kitorang pegi tengok Firefly !