Thursday, April 5, 2012

Busy Sepanjang Masa

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Tiada entry sempena 2 bulan kawin...
Poyo hanya bertahan sebulan saja.
Bulan 3 adalah bulan yang sangat padat dan busy.
Cousin tunang, cousin kahwin kat Branang dan Melaka.
Postwed cum short hornymun di Kuala Selangor.
Wah... Penatnya. Duit jugak laju je mengalir.

Punyalah sibuk sampaikan aku tak ingat pun da masuk 2 bulan kahwin.
Plus, 18 Mac pun aku abaikan je.
Its my birthday. Amin? Time tuh dia da tertidur depan tv.
Dalam pukul 12 tengah malam aku kejut suruh tidur atas katil.
Dalam mamai² tuh sempatlah dia wish, kiss² manja, then dia terus sambung tidur.
Ntah² dia ingat, dia mimpi kot.

Other than that, nothing happen..
Kerja macam biasa. But sometimes mood adalah ke laut.
Boleh dikategorikan sebagai mood unstable.
Sunyi kehidupan weekdays ku.
Balik kerja, terus masuk bilik.
Duduk sorang². Housemate semua ntah ke mana.
If diorang ada pun, masing² buat hal masing².

Bila weekend pulak, adalah superbusy.
Rumah kena kemas, basuh baju, lipat baju yang menggunung.
Setakat 2 bulan kawin, aku asik masak sambal je.
Sampaikan now, aku rasa aku da expert masak sambal.
Maka aku perlu cari resepi lain. Asam pedas maybe.

Bila masa nak buat anak? Ntahlah.
Jumpa suami cuma Sabtu dan Ahad.
Bila balik rumah seminggu sekali, rasa macam banyak benda nak kena kemas.
Bila seharian kemas rumah, badan da letih.
Maka takda mood nak berasmaradana.

Sedang merencana honeymoon.
Dekat pun takpelah. Kami perlukan quality time.
Dia tengok aku, aku tengok dia. Tanpa fikir masalah duniawi.
Then, barulah tenang nak proses anak.

Macam manalah couple weekend husband n wife yang
boleh survive bertahun² macam ni ye.
Diorang mesti punya mental dan fizikal yang kuat.
Aku tak rasa aku strong macam tuh.














No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel