Thursday, December 29, 2011

Suka tak ending Tentang Dhia ?

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Betul tak ramalan aku...
Sad ending..

Timeline FB ngan Tweet memang penuh cite pasal TD.
And betul jugak ramalan aku mak Zikir tak kena pape pun.
Owh.. Kat dunia dia selamat.
Kat akhirat nanti.. Awas !

Kesimpulan:
1) Kesian kat Rose. Tak merasa malam pertama.
2) Kesian kat Rafi. Apa pun tak dapat.
3) Tema ala2 Laila dan Majnun gitu. Sehidup semati.
4) Senang nak matikan watak ek. Bagi je diorang meninggal. Bak kata cousin aku. Drama paling ramai orang mati.
5) Jangan nak layan sangat drama time Magrib. Mesti tak puas hati terlebih. Padahal hati tak tenang sebab Magrib tak buat lagi ni.
6) Nora Danish adalah super comel ok.
Now aku percaya bila orang kata marah pun comel.
Belum lagi time dia manja2. Ohmaiiii...
7) Adi pun la hai. Sejuk je hati bila dia kiss time nak mati tu.
Tapi tak leh blah scene dia nak g kawen.
Ntah apa2 nak buat tangan camtuh.
Da macam iklan fair n luvly yg versi few years back.
8) Suka time Melly jadi jahat.
Senang cakap yg jadi jahat memang kow2 la.
Jahat sungguh !


Ok. Tahun depan nak layan cite ape kan..
Kena berazam ni.
Dahulukan yang utama !
Sekian terima kasih !!!!






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tentang Dhia episod last hari ni

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Ada sok..sek... ending dia ari ni sedih..
senang cakap sad ending la..
konpem para penonton emosi terlebih..
termasuk la aku..

Apa pun ending dia..
Aku tak kisah. Nama pun drama je kan..
Cuma aku harap, Ku Salmi aka mummy Zikir dapat balasan
yang setimpal.
bukan macam sinetron ea..

Sebab dari awal cite ku salmi guna sihir.
mana boleh kasi menang.
standard mana2 citer.
mesti ada pengajaran.


eh..aku pun teremosi pulak.






Friday, December 23, 2011

Progress majlis kawin

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Progress wedding seterusnya.
Mencari vendor untuk photographer, videographer,
canopy, bridal.
Bajet?
Hehehehe. Gelak lagi kan.
Bajet memang ciputs sangat.

Kebetulan bff pun kawin jugak.
So, jadikan mereka sebagai panduan.
Dan juga blogger bride to be from Johor.
Tapi, bajet adalah ciputs kan.
So, tak bolehlah tiru bff.

Jijah n She hired bridal yang sama.
Both bayar bridal more than 7k
without OP and OV.
Tak memasal aku kena cari vendor lain
untuk tidak exceed bajet.

Usaha mintak quotation daripada para vendor
takde la susah mana.
yang susah adalah nak cari vendor yang
aktif dalam dunia IT ni.
Especially vendor untuk JB la.
Agak sukar and ada yang sekadar ada tapi
tak update.

Survey jarak jauh memang susah.
Medium cuma email, FB, blog and website.
Untuk canopy, tak susah mana. sebab mostly yang
aku email tanya quotation, reply dengan pantasnya.
Ada pulak just sms, lagi cepat.
Tapi tak banyak pun yang aku tanya,

Memandangkan kewangan tidaklah begitu meriah,
maka tiada baju yg ditempah ye.
semua sewa bridal.

OP dan OV adalah dari JB.
So tak perlu nak bayar duit transport dan penginapan.
begitu juga bridal, canopy, dan catering.
in fact catering amik jiran je.
Dua lorong sebelum sampai ke rumah aku.

So far semua macam nampak ok.
Cuma 1 vendor yg sukar dihubungi.
Will reveal after majlis dan time dpt gambar kawen.






Wednesday, December 21, 2011

Mari menDIY tissue paper flower (bunga pahar)

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Bila berblog walking kat blog bride to be
sangat kagum ngan usaha mereka yang rajin ber DIY.
kagum juga dengan cara mereka yang sangat particular.

Aku? Hehehehe...
Asal orang tanya, "da banyak beli ke?"
Jawapan aku, "hehehehe"
Padahal nak kawin bulan depan ni.

Bila nengok orang ber DIY,
aku pun gatal gak la tangan nak berDIY.
Maka dengan ini, masa awal bulan 11 ritu
aku telah menggatal tangan membeli barang.

Misson aku adalah DIY Bunga Pahar !
Thanks to emasha yang rajin pulak nak bagi tutorial kan.
Tambah plak aku refer kat Youtube
Macam senang je kan.
Marilah kita membuat bunga pahar daripada crepe paper.

Aku beli bahan mentah kat JB.
Sat lagi tak cukup sume bahan tuh.
Then aku sambung beli bahan kat jalan TAR.

Jauh beza ok harga bahan mentah kat JB ngan Jalan TAR.
Sangaat berbeza. let say crepe paper pal;ing murah kat JB adalah 60sen.
kat jalan TAR aku dapat 35sen.
reben rm1.10, tapi amoi kasi rm1, kat jb adalah rm1.60.
Reben thank you baru rm7.00, kat JB da rm12.50.
Melaumpau sangat-sangat...
Kedai kesayanganku itu adalah Syarikat Bunga Reben.

Sangat senang nak cari kedai ni sebab dia betul2 kat jalan utama.
sebelah kedai kasut Prince.
Kakak aku yang nak buat majlis aqiqah rayyan pun da terjebak.

 yang ni aku punya.
last2 ibu jugak yang buat.
tapi bunga aku buat tau.
1st attemp.
ibu kata idea tak mari.

yang ni untuk si bujang.
alih2 kan, untuk rayyan punya lagi outstanding.
sebab ibu kata idea da mari.
sob...sob...sob...
"ini tidak adil..tidak adil..bagiku.."




Thursday, December 15, 2011

Tekanan

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Refer pada countdown lebih kurang sebulan je lagi majlis kami.
Now, aku sangat risau.
Kad tak siap lagi....

Kad suppose siap sebelum Jumaat depan.
Itu adalah pasti dan mesti.
Sebab aku da tanya sebelum tempah ari tu.

Kad dibuat di JB.
Order pun thru internet.
So, sebelum parent aku naik KL,
Kad mesti sampai kat tangan diorang dengan selamat.

yang aku sangat2 risau sekarang ni.
sampai sekarang tak dapat lagi draft kad tu.
Stress ok.
Janji nak email ari sabtu.
pastu tak emel pun sampai la semalam.
aku bertanya. then baru cakap nak email
malam tadi or pagi ni.
Pastu senyap balik.

Tolong la jangan buat aku macam ni.
If da janji, tunaikanlah.
Sakit jiwa tau. tak memasal Athma aku datang menyerang da ni
memikirkan hal kad undangan.






Friday, December 9, 2011

Cenderamata / Goodies?


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4,
cenderamata maksudnya sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan.
Goodies pula maksudnya beg yg penuh berisi kudap-kudapan.

Sempena hari perkahwinan aku yang da tak lama lagi,
haruslah aku dan family fikirkan perkara ni.
Walaupun tuan rumah da sediakan jamuan,
da menjadi adat, kita bekalkan tetamu dengan 'something'.

Berbual dengan rakan seperkahwninan,
seperkahwinan di sini bermaksud mereka yang sudah berkahwin ataupun
akan berkahwin dalam masa terdekat berkenaan topik ni.
Bagi mereka yang kahwin fully sponsored, memang takde hal.
Just named it. Maka tergolek la benda tu depan mata.

Bagi wedding yang under certain bajet macam aku,
tambah2 lak fully duit sendiri, haruslah aku capai
kertas dan kalkulator untuk timbang tara segala mak nenek.

Kawan aku de citer dia beli sesuatu yang tengah trend sekarang ni.



Ntah..tak tau lak aku benda ni trend.
harga?macam biasa la kan.beli banyak dapat murah.
murah la sangat.

Mengambil purata harga dia adalah rm1.30

1.30 x 800 pcs = 1040 hengget.

itu baru cawan cetoet cenggini.
takkan nak hulurkan kat tetamu kosong je.
haruslah ada beg dan lain-lain.

Tapi ! harus diingat. adakah barang ini akan menjadi ingatan tetamu
terhadap pengantin forever and ever...
Bayangkan lelaki yang gojes seperti ini


membawa pulang gelas yang cetoet ittew?
adakah mereka akan simpan sebagai tanda kenangan yang tidak berbelah bagi..
Actually jangankan beliau, aku pun sama gak.
Ingat rumah aku tu air hitam ke nak simpan benda kecil2 ni.

Tapi aku takdela zalim mana, if tuan rumah da bagi
takkan la nak buang merata. Abis2 aku sedekahkan kat
orang2 yang memang suke kumpul benda2 macam ni.

Ok. punya la panjang lebar aku menaip.
sebenarnya dengan niat nak cari kerelevanan
cenderamata itu dengan hari perkahwinan ku.

Kesimpulannya, setelah dihujahkan di persidangan meja bulat,
kami iaitu ahli keluargaku mencapai kata sepakat,
akan berikan goodies instead of cenderamata kepada tetamu yang hadir.
Barang wajib mesti ada adalah


telur pindang yang boleh tahan gak la harga dia.
sebiji koman2 pun dalam 70 sen zaman akak aku kawin dulu.
korang yang tak pernah jumpa telur ni,
jangan nak buang pulak eh. rasa dulu baru tau.
kawan aku time kat uni dulu siap buang
sebab dia pikirkan telur busuk. Cis !

Hahaha... sape planning nak kawen tuh.
Sila masukkan goodies dalam bajet.
aku ari tuh lupa nak masukkan.
aku pikir bajet dia bawah 500 hengget.
Hamek kau ! telur je da exceed bajet.

Tak kira berapa pun bajet aku untuk goodies.
Yang penting aku ikhlas nak bagi tetamu aku makanan.
Jangan buang tau !




semua gambar bukan hak milik peribadi, semua ambil kat google.













Rest In Peace, Lilo and Hannah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Ok.. Baru je ari tuh update live dari BB.
Baby Hannah da kluar.

Lepas baby Hannah da kluar.
Aku agak buzy dengan life sendiri.
Cuti Awal Muharam balik JB.
Minggu berikutnya pun balik JB.

Disebabkan da tau kesibukan melayan diri sendiri.
Tugasan menjaga 4 ekor sugar glider da past ke Amin.
Plus, kat uma Ibu yakanak budu iaitu anak2 Lulu
tengah aktif main dalam rumah.
So demi keselamatan bersama, diorang kenalah
beralah iaitu tidur di rumah lain.

Kesimpulannya, untuk 2 minggu ni memang Amin yg jaga.
Memang aku tak mengadap diorang langsung.

Last week, balik JB.
Busy ke hulur ke hilir.
Jijah, BFF kawin. Haruslah kepohkan.
Aku pun busy ngan wedding sendiri.

Hari Ahad, 4 December 2012, petang.
Kitorang gerak balik KL.
Masa attend wedding Jijah, Amin ada kata
ada benda dia nak citer.

Aku memang pantang orang bagi hint hint cenggini.
Memang aku akan ingat punya.
Baru masuk highway pasir gudang, aku da tanya bertubi-tubi.
Amin just cakap Hannah, Lilo... ~~~~~nangis~~~~~~~

Dan, dan aku suruh benti tepi jalan.
Aku tak bukak langsung beg budak2.
Aku sedih sangat2.
Maka, kami menangis berjemaah di tepi highway.

Sebab kematian? Amin tak dapat pastikan.
Bekalan HPW da abes.
Kat JB memang aku tatau nak cari kat mana.
So, kitorang just bagi makan buah jambu air dan tembikai
yang aku beli kat Pasar Borong Pandan.

Pagi Ahad, Amin ikut family aku pergi nengok kambing.
Then tengah hari, dia tengok Hannah and Lilo da keras.
Diorang dikebumikan di rumah Amin.

Yang da mati, memang la da mati.
Yang hidup ni macam mana?
baby 2 ekor yang tatau apa2.
Kesian anak yatim piatu ni.

Amin ada beli susu untuk anak SG.
sekarang memang diorang minum susu je.
Tapi tula kan. kita bukan ada masa nak
feed dia every 2 hour. lain la if susu tuh
boleh bancuh banyak2 then pandai2 la ko.

Serius, bila jadi macam ni, aku taknak bela apa2.
Mesti hazab gila waktu diorang mati.
Sekarang pun, Amin yang jaga 2 ekor tuh.
Aku tak berani. Sedih pun ya gak.