Friday, December 9, 2011

Cenderamata / Goodies?


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4,
cenderamata maksudnya sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan.
Goodies pula maksudnya beg yg penuh berisi kudap-kudapan.

Sempena hari perkahwinan aku yang da tak lama lagi,
haruslah aku dan family fikirkan perkara ni.
Walaupun tuan rumah da sediakan jamuan,
da menjadi adat, kita bekalkan tetamu dengan 'something'.

Berbual dengan rakan seperkahwninan,
seperkahwinan di sini bermaksud mereka yang sudah berkahwin ataupun
akan berkahwin dalam masa terdekat berkenaan topik ni.
Bagi mereka yang kahwin fully sponsored, memang takde hal.
Just named it. Maka tergolek la benda tu depan mata.

Bagi wedding yang under certain bajet macam aku,
tambah2 lak fully duit sendiri, haruslah aku capai
kertas dan kalkulator untuk timbang tara segala mak nenek.

Kawan aku de citer dia beli sesuatu yang tengah trend sekarang ni.



Ntah..tak tau lak aku benda ni trend.
harga?macam biasa la kan.beli banyak dapat murah.
murah la sangat.

Mengambil purata harga dia adalah rm1.30

1.30 x 800 pcs = 1040 hengget.

itu baru cawan cetoet cenggini.
takkan nak hulurkan kat tetamu kosong je.
haruslah ada beg dan lain-lain.

Tapi ! harus diingat. adakah barang ini akan menjadi ingatan tetamu
terhadap pengantin forever and ever...
Bayangkan lelaki yang gojes seperti ini


membawa pulang gelas yang cetoet ittew?
adakah mereka akan simpan sebagai tanda kenangan yang tidak berbelah bagi..
Actually jangankan beliau, aku pun sama gak.
Ingat rumah aku tu air hitam ke nak simpan benda kecil2 ni.

Tapi aku takdela zalim mana, if tuan rumah da bagi
takkan la nak buang merata. Abis2 aku sedekahkan kat
orang2 yang memang suke kumpul benda2 macam ni.

Ok. punya la panjang lebar aku menaip.
sebenarnya dengan niat nak cari kerelevanan
cenderamata itu dengan hari perkahwinan ku.

Kesimpulannya, setelah dihujahkan di persidangan meja bulat,
kami iaitu ahli keluargaku mencapai kata sepakat,
akan berikan goodies instead of cenderamata kepada tetamu yang hadir.
Barang wajib mesti ada adalah


telur pindang yang boleh tahan gak la harga dia.
sebiji koman2 pun dalam 70 sen zaman akak aku kawin dulu.
korang yang tak pernah jumpa telur ni,
jangan nak buang pulak eh. rasa dulu baru tau.
kawan aku time kat uni dulu siap buang
sebab dia pikirkan telur busuk. Cis !

Hahaha... sape planning nak kawen tuh.
Sila masukkan goodies dalam bajet.
aku ari tuh lupa nak masukkan.
aku pikir bajet dia bawah 500 hengget.
Hamek kau ! telur je da exceed bajet.

Tak kira berapa pun bajet aku untuk goodies.
Yang penting aku ikhlas nak bagi tetamu aku makanan.
Jangan buang tau !




semua gambar bukan hak milik peribadi, semua ambil kat google.













No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel