Wednesday, December 21, 2011

Mari menDIY tissue paper flower (bunga pahar)

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Bila berblog walking kat blog bride to be
sangat kagum ngan usaha mereka yang rajin ber DIY.
kagum juga dengan cara mereka yang sangat particular.

Aku? Hehehehe...
Asal orang tanya, "da banyak beli ke?"
Jawapan aku, "hehehehe"
Padahal nak kawin bulan depan ni.

Bila nengok orang ber DIY,
aku pun gatal gak la tangan nak berDIY.
Maka dengan ini, masa awal bulan 11 ritu
aku telah menggatal tangan membeli barang.

Misson aku adalah DIY Bunga Pahar !
Thanks to emasha yang rajin pulak nak bagi tutorial kan.
Tambah plak aku refer kat Youtube
Macam senang je kan.
Marilah kita membuat bunga pahar daripada crepe paper.

Aku beli bahan mentah kat JB.
Sat lagi tak cukup sume bahan tuh.
Then aku sambung beli bahan kat jalan TAR.

Jauh beza ok harga bahan mentah kat JB ngan Jalan TAR.
Sangaat berbeza. let say crepe paper pal;ing murah kat JB adalah 60sen.
kat jalan TAR aku dapat 35sen.
reben rm1.10, tapi amoi kasi rm1, kat jb adalah rm1.60.
Reben thank you baru rm7.00, kat JB da rm12.50.
Melaumpau sangat-sangat...
Kedai kesayanganku itu adalah Syarikat Bunga Reben.

Sangat senang nak cari kedai ni sebab dia betul2 kat jalan utama.
sebelah kedai kasut Prince.
Kakak aku yang nak buat majlis aqiqah rayyan pun da terjebak.

 yang ni aku punya.
last2 ibu jugak yang buat.
tapi bunga aku buat tau.
1st attemp.
ibu kata idea tak mari.

yang ni untuk si bujang.
alih2 kan, untuk rayyan punya lagi outstanding.
sebab ibu kata idea da mari.
sob...sob...sob...
"ini tidak adil..tidak adil..bagiku.."




No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel