Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Salam Ramadhan Semua


Assalamualaikum WBT..
Salam Ramadhan semua...

Ok.. tadi rasa nak menaip, skali da dok depan ni ku termenung tengok keyboard.
Taktau nak mula dari mana.

Da separuh tahun, kehidupan semakin mencabar.
$$$$ please jatuh dari langit. Hahaha..
Kerjaya masih lagi belum stabil. Stil berstatus PSH di sini.
Betul kata orang.. 5 tahun pertama perkahwinan adalah sangat mencabar.
Masih dalam usaha untuk menstabilkan segalanya.

Now, kami da tak menyewa kat Semenyih.
Amin di JB, aku masih di sini, dok menumpang rumah akak ku.
Pegi keje guna kete akak. Hantar dia dulu.
Punyalah selama ni da lama tak drive, tetiba kena drive balik.
Terus ku hidupkan lesen.
Ai da buat tau lesen yang baru tuh, yang color pink tu.
Gambar tu aku pakai baju putih tudung pink n biru.
Baru la cantik. matching ngan color kad.
Gilo kan.. kad pn nak matching bagai.


Bulan April.

Ayah sakit. bontot dia tumbuh bisul.
tapi sebab bisul dia tu dekat ngan lubang, (based on ibu cerita, aku tak nengok),
agak tragis la jugak.
Ayah tak boleh gerak sangat sebab dia kata sakit gila.
Dia baring je. Pastu confirmla dapat MC.
Ibu kata besar luka dia. Pas ayah operate lagi susah nak jaga.
Ibu nurse paling berdedikasi. Ayah kata ibu cuci luka, dia selesa.

Ayah diuji lagi.. Dalam luka tu baru seminggu, tumbuh lagi bisul.
Jarak tak jauh and lagi besar.
Ayah tu memang beremosi terlebih.
Bila dia sakit, lagi menjadi-jadi dia punya emosi tuh.
Memang rumah kitorang time tu sunyi je.
Rayyan nak berkuntau pun kitorang tarik naik atas. Kang ada yang kena sembur ngan ayah.
Sesiapa yang pernah jaga orang tua sakit, pahamla kan keadaan dia.

Ayah mula la mengarut cakap2 dia.
Kitorang dengar je, tapi kadang2 dengan kitorang sekali stress.. Hahaha
Ntah brapa kali aku n amin naik turun JB-KL.
Sebab ibu kan tak pandai drive, kesian pulak diorang nak gerak.


Ni time 2nd operation


Ayah da ditolak ke dalam

Ni 1st time kitorang mengadap ayah sendiri sakit.
serius, memang kaku gile sebab takde pengalaman.
tapi amin rileks je, sebab dia ada pengalaman. dia tau apa nak buat.
Time ni kan sedih je tau nak tolak ayah. sebelum dia masuk tu doktor bagi salam dulu.
Aku mampu salam je, tak mampu nak cakap.
memang sedih gila kot.

now, alhamdulillah.. ayah da sihat. badan pun da naik.
makan pn da tak pantang langsung.
ibu kata luka ayah pun da pulih sepenuhnya.

________________________________________________________

Cerita pasal amin pulak.
Ini pun dugaan jugak. Dalam kami naik turun KL-JB.
Dok perati keadaan ayah, kami decide nak duduk JB terus.
Memandangkan mak mertua aku pun dok rumah sensorang.
Itu pun tanggungjawab kami untuk jaga dia. Amin sendiri memang kuat hati dia nak jaga mak.
Aku pulak as a wife, memang menggalakkan niat dia.

Yela kan..kalau direnungkan pun siapa je yang ada.
Kena pulak aku dengan Amin bukan keje bagus sangat pun kat sini.
Kat JB pun ada gak keje macam ni.
So, decide untuk benti keje and stay JB.

Amin anta tender. Dia planning nak berniaga.
Tapi apa yang kami plan, tidak lah berjalan lancar.
Thing getting worst..
Hampir 3 bulan amin takda income. perit weh.

Alhamdulillah, Amin da dapat keje kat Johor.
Tinggal aku je yang belum dapat keje kat sana.
Thats why lah aku masih di sini. Sedih nih PJJ.
Harap ada rezeki kami di sana.
Nak set up life. Ini baru permulaan.
Hari2 aku dok motivasi diri sendiri. Tapi kadang2 aku down jugak.
Harap kali ni all is well....


Thursday, August 2, 2012

6th Ramadhan



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Momentum aku update belog da menurun balik.
Hambatan keje buat aku tak larat nak menaip kat sini.
Kusut, keje tak siap2.
Nak kejar payment, haruslah keje siap.
yang penting kualiti jangan dilupakan.
Tu pon da bertindih-tindih.
Ada yang orang raya uma aku makan biskut kering je.
Eh, ada ke orang nak datang uma aku.
Bukan aku amalkan dasar pintu tertutup ke??

Sahur:
macam biasa makan lauk buka smalam.

Buka:

aku da takde idea nak masak apa.
dengan keje menimbun.
maka aku plan nak masak lauk paling senang.



sambal kering kentang + ikan bilis


sup petola

ikan goreng

simple giler kan lauk buka kitorang.
tapi nilah yang laju makan.
perut pun tak meragam.
kenyang pun sedang-sedang je.

aku tak boleh kenyang sangat.
nanti aku ngantuk.
da macam ular sawa. sebab da pena jadi nih.
pukul 9 je aku da sampai london.
kesian amin.
sensorang layan tv.
sambil ditemani dengkuran manjew kitew..

sekejap je eh da nak masuk 2 minggu puasa.
makin nak raya, makin risau lak aku.
hahaha
cane la ek aku membawa diri kat uma mertua nanti.
aku ni dah lah boleh tahan stok2 pemalash.
harap takde sape perasan.

mahu sambung keje....
keje.. keje... keje...





Thursday, July 26, 2012

#5th Ramadhan


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Sekejap je kan dah nak seminggu puasa.
serius aku rasa macam tak cukup masa.
mana dengan kerja yg keja dateline lagi.
dengan keje rumah lagi.

plus, keje edit ni kekadang ngantuk gak.
slalu kalau ngantuk aku kunyah2.
la ni, memang sangaplah..

Aku masih gigih masak eh.
Sebab mikirkan da beli barang basah.
eh, korang panggil ayam, ikan, sotong, sayur yang belum
masak tu ape eh. aku panggil barang dapo. barang basah.
Amin panggil lauk. aku kan macam hah???
lauk tu bukannya da masak ke...

ok, untuk day 5.

sahur:
aku bangun tajam-tajam orang azan subuh.
hahaha...
merasa la sepanjang hari dengar amin dok berzikir.
saya tak sahur, saya lapar..
eeewww.. nak ngadew-ngadew pulak.
ingat manjew letew..

buka:

So, nak cover yang taksahur tadi,
aku menggigihkan diri bukak buku rujukan
aku masak
ayam percik - ikut buku rujukan
sayur chap cye - ikut internet
murtabak - amin beli
keledek goreng - bancuhan tepung pun aku ikut buku rujukan. memang dasar!!!
air guava asam boi - amin beli
air teh markisa + limau kurang manis

review:

ayam percik ni rasa dia tak sama dengan ayam percik kat pasar.
so, macam kecewa la kan.
aku ingatkan rasa macam kat pasar.
pastuh, aku macam terlebih santan.
tuh yang lemak melampau rasa dia.
gigih aku bakar dalam oven tau.

tapi tadi masa sahur, aku reheat.
bau dia sama macam ayam percik ayamas la.
hehehe..

sayur plak, aku gugel je.
semua pun lebih kurang.
nama je chap chye, tapi bahan dia just garlic ngan sos tiram.

murtabak ni macam yang aku cite kat entry lepas.
amin gigh pegi param, pastuh bratur.
dia kata adalah dalam 7-8 orang dok bratur.
bau dia kan... ayyyoooo. sedap nyer.
tapi inti dia, so-so jelah.
memang harapan lah aku nak rasa macam kat kampung melayu.

kuah terlebih, ikutkan untuk sekor ayam


nak balancekan nutrisi, kenalah makan sayur ye adik2..


sekali 2 amin beli. sekeping 2.50


ini paling sedap, cicah pulak dengan sambal kicap
buatan sendiri. hoih la.. repeat.. peat.. peat...

Pastu tadikan lepas sahur, kemas2 semua.
kasi simpan dalam peti ais.
still lah ada leftover.
aku sampai da takde bekas nak simpan.
Gravy ayam percik tu banyak lak lebih.
ingat nak try buat ikan percik pulak.
sayanglah nak buang.

Aku punya style pulak kalau simpan makanan
dalam peti ais tak suka dedah2.
nanti busuk peti ais.
pusing punya pusing last2 cenggini aku simpan.


plastik beli kat ikea.
aku buat simpan ayam, ikan semua.
simpan siap da bagi2. bila nak masak, kita defrost plastik berkaitan je.
jangan amin tertarik dia sudah, kang ada tumpah lak dalam peti.
dah lah plastik ni pun da koyak.
sesaja je kan aku kena cuci peti ais.

hari ni nak masak apa lak ek..
takmo ada leftover lagi.
suami, tolonglah clearkan makanan dalam peti tuh....



Wednesday, July 25, 2012

Day #1st till day #4th Ramadhan


Assalamualaikum Wbt,,,
Salam 1Malaysia...

Da 4 ramadhan eh.
Kejap je.
1st puasa, aku kena gigih bangun pagi2.
panaskan lauk bagai untuk suamiku sayang.

tadi aku belek2 twitter.
nengok tweet aku dulu2.
ari2 merintih, sebab buka sensorang.
last year aku duduk sewa bilik kat PJ.
merasa buka sorang, sahur sorang.
even aku duduk bujang, aku still gigih bangun sahur.
cuma taklah gigih nak masak bagai.
makan apa ada.

now, da de hubs kan.
tak boleh lah aku nak ikut tekak aku je.
kena la ikut tekak yang berhormat.
so far, memang aku masak hari2.
will see, sampai bila aku rajin.

#1st Ramadhan

Aku masak:

Sotong goreng tomyam - ikut buku rujukan
Kangkung belacan - ikut buku rujukan
Sagu gula melaka - ikut resepi Kak Jee dengan Ceeramoon
kurma yusoof taiyoob

Review:
Amin kata boleh tahan. tekak aku pun rasa ok gak.
Sotong tuh tak banyak sangat kuah dia.
next time if buat lagi, kena tambah air cikit.
sebab ni 1st time try, so taknak derhaka dengan resepi.


#2nd Ramadhan

sahur:
nasi putih
telur masak kicap

buka aku masak:
Nasi ayam goreng berempah - ikut buku rujukan
bubur jagung - agak2 tekak
kurma yusoof taiyoob


beli:
popia basah 4 ketul
murtabak sekeping
roti john
air limau asam boi

memandangkan jagung cameron yang kak lin bagi tu
masih banyak, so aku kukus la.
kak lin ajar,kukus jagung tuh nanti senang nak leraikan dari batang.
and the jagung pun tak lah kering.

memang senang la nak leraikan.
untuk 3 batang jagung, aku dapat banyak isi.
aku baru masak separuh.
ada lagi separuh. amin suruh buat puding.

nanti2 la aku buat. selagi tak clear peti ais tuh,
kosser aku nak buat.

Pastu da setel masak semua, aku mencemar duli
pegi Param Semenyih. macam2 ada.
aku memang da set dalam otak nak popiah basah je.
tu pun sebab tengah hari tuh ternengok kat tv.

tapi amin yang macam mualaf baru belajar puasa
kemahin lagi dia. awal2 kata tak tau nak beli apa.
end up, beli murtabak dengan roti john.
makan 2 org je kot.
memang bawak sampai ke sahur.

murtabak adalah failed.
roti john so-so
air adalah terbaik.
kat kl/slangor memang susah nak carik murtabak macam kampung melayu.
kat param sini ada otak2 kempas. air kathira majidee.
tapi aku tak terbuka selera nak beli.


day 1 and day 2 tak ingat nak amik gambar.
da makan baru ingat.
memang taklah aku nak bangun amik kamera.
kosser...


#3rd Ramadhan

Sahur:
lauk buka smalam.

buka aku masak:

Asam pedas - ikut buku rujukan
sayur sawi goreng - ikut buku rujukan
murtabak semalam pun aku letak skali
jemput-jemput
Milo ais
kurma yusoof taiyoob

this time aku memang tak bagi amin beli apa2.
aku nak semua makanan habis licin.
takmo ada leftover lagi.
desert yang aku buat ari tuh pun tak abis lagi.
tak baik tau membazir.
lagipun peti ais kecik laa.
mana muat nak sumbat semua leftover tuh.

Review:

Amin puji kata asam pedas aku terbaik.
Ini attempt aku yang ketiga utk dptkan rasa macam ni.
sbelum ni rasa asam pedas aku tak menepati piawaian amin.
this time baru kena kot.
tapi aku rasa, memang sedap pun.
hahaha.


sedap pulak cicah ngan jemput-jemput yang lembut nih.
hoih la. rasa macam nak repeat pulak.

tapi so far, aku just berani masak utk 2 orang.
aku tak reti lagi nak masak banyak2.
this time, semua food abis. licin periuk sampai ke sahur.



My asam pedas ikan


jemput-jemput

fish ball je lebih





#4th Ramadhan

Sahur:
lauk buka smalam.

Buka aku masak:

Char kue teow - ikut buku rujukan
cili jeruk
pizza hawaiin chicken frozen beli kat tesco
air teh O markisa

simple dan kenyang sedang elok.
dapat teh o, lega rasa.
pizza tuh beli frozen punya.
jenama tesco. ada promotion, tu yang aku beli.
selalu harga dia RM 9.90/pcs.
tapi ritu harga dia RM14/2 pcs.
boleh dapat 6 potong macam pizza hut tuh.
puas la makan 2 orang.
kenyang.

char kue pun quiet ok.
cuma rini tertawar ckit.


char kue tiow sihat

pizza tesco
bila dianalisis corak pemakanan kami untuk 4 hari ni,
kitorang rasa, macam tak nak buka buffet kat luar.
sebab portion kita makan time buka takdelah banyak mana pun.
yang aku masak sikit pun tak habis.
kekadang geram gak nengok sale2 kat Groupon tuh,
tapi tahan ajalah, tak baik membazir.

time sahur pulak, so far masih gigih.
bangun pun just nice pukul 5.
paling awal 4.30am.
bangun pukul 5 kira ok lah.
just nak reheat apa yang ada.
by 5.30 suma da setel.

jadi nak tunggu subuh tuh takdelah lama benor.
kalau tertido kang, konpem terlajak subuh.
da kasi setel semua, barulah tenang nak tidur balik.
ok, aku tau itu tak elok.
tapi later kasi adjust macam mana.

hope tahun ni, gigih la aku menjalankan tanggungjawab di bulan puasa...
Selamat berpuasa uolls !!!