Saturday, December 8, 2012

Sabtu, korang buat apa?

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

I is melangok kat kilang suamiku.
Eh, bunyi macam kaya lak, laki aku ada kilang.
Padahal laki ku hanyalah kuli saje.

Hari ni turn dia jaga orang OT sampai pukul 10.
Sementara nak tunggu pukul 10 aku pun dok godeh2 lah pc amin nih.
Lembs yang amat.
Baru bukak yuuutube da hang.

Petang tadi dalam pukul 6 Amin amik.
Singgah kedai kek beli bahan nak buat durian crepe.
(Oh kakakku da start amik order durian crepe ye.
Beliau siap gi kelas menuntut ilmu lagi.)
Lantas dia usung aku terus ke kilang.
Aku pun turut jelah arahan dia.

Tadi time semua rehat kejap, aku terlintas nak tanya.
Napa dia nak usung aku sampai ke kilang.
padahal selama ni, if dia balik lambat, aku stay je kat rumah.
Menanti penuh setia kepulangan suami tercinta.
(tipu sangat. padahal tido tak hingat, krohhh, krohhhh, sampai Amin ketuk pintu macam nak roboh baru sedar)
Plus if aku tunggu kat rumah pun lagi best.
boleh baring2 golek2 depan tv. pegang remote tv.
takyah nak rebut2. boleh potong kuku ke, cabut bulu ketiak ke.
ni aku ikut dia. apa je yang aku boleh buat.

Lantas suamiku dengan muka comel lah sangat menjawab,
"Takpelah, at least awak ada depan mata saya, nanti saya lalu depan opis, nampak muka awak"

Suamiku ke ini???
Mak speechless noks...







Monday, December 3, 2012

Movie: Istanbul Aku Datang


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aku baru lepas layan ISTANBUL AKU DATANG.
Seriyes.. best gilerrrr..
Lisa Surihani yang super comel ok.
Da macam nengok cerita korea pulak.




Sinopsis cerita, semua pun da tau kan.
Pandangan aku, cerita ni memang sesuai sangat bagi orang2 yang tak nak serabutkan otak.
Layan pulak Lisa yang comel itu.
Oh my.. Macam mana la Yusry dok mengadap bini yang comel sejuta kali tuh.
Aku yang pompuan ni pun da jatuh cinta ok.
Lisa ni pada aku pandai buat ekspresi muka.
Semua pun comel je.

Aku peratikan, dressing dia semua pun da macam crite korea.
fancy but still cute.
Time dia marah pun comel ok.
Nanti bila aku pregnant nanti if girl, aku nak tatap muka Lisa hari2 lah.

Lain2 pelakon macam Tomok and Beto aku takmo komen.
Aizat, budak Cina tuh semua pun tak perlu komen.
Yang penting kakak Lisa is comel macam Wonder Girls.

Buat muka macam ni pon comel. Cuba aku yang buat. Ada yang ingat aku tak cukup sifat.

Pakai seluar katok ke apa tuh. Tapi mata aku nengok comel je.


Again seluat katok kat luar. Memang macam korea kan.


Comel lahai. Aku pon nak comel macam ni... Pelishhh...



 Semua gambar dari Google.





Friday, November 30, 2012

Tazkirah hari Jumaat

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Now bidang keje ku telah beralih arah.
Hari2 dok jumpa dengan macam2 orang.
Hari2 dok jawab call macam2 perangai.

yang aku paling notice, ada sesetengah orang berpangkat ni, dia pandang rendah dengan orang bawah dia.
BTW, takdelah pangkat poonnn.
Cume nak bagitau semua orang kot yang dia tuh ade pangkat.
yang paling tak boleh belah, rakan-rakan seangkatan
kaki ampu boleh tahan.
siap sound lagi, eh, awak tak kenal ke siapa ni?
hello, aku kenal siapa perdana menteri tau.
sah-sah la aku baru duduk kat sini tak sampai sebulan.
ciskek betol.

ada gak segelintir staf kat sini yang memang kerek.
dia nengok orang2 yang duduk kat department ni macam beso kecik beso kecik je.
nak2 yang spesies baru nak start keje.
macam good2 jek.
manusia kan. cepat betol nak rasa dia tuh hebat.

tapi, itu cuma 1% je.
yang lain2 nice jer. tau nak hormat orang.

Like hari ni kan, ade sorang ni ada palm aku rasa besar jugak kot.
Dia datang nak discuss pasal tanah tuh semua.
Aku rasa umur lebih kurang 50 macam tuh.
Dia angkut skali mak dia yang aku rasa dalam 70 tahun.
Then dia story lah kat mak dia, kenapa dia datang sini.
untuk orang2 yang maknam macam aku kan.
why eh this somebody bawak skali mak dia.
Now nenek ni pun da terlena kat sofa lobby.
yang anak dia tengah discuss. looks like dia da biasa ikut2 ni semua.
siap bawak air bagai.


eh, apa aku membebel nih.
sudah-sudah.. go back to your work.. sign out cepat...






Friday, November 23, 2012

Char Kuey Teow sedap kat Semenyih


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Da lama tak crita pasal makan2 kan.
Now pun da jarang pegi makan2 kat tempat baru.
Balik2 kat situ jugak.

Sejak duduk Semenyih nih, selalu jugak la makan sana sini.
AMin kan untung dapat binik yang pandai sangat.
MUAHAHAHA...
Kesian laki aku..

Ok. back to JJCM area Semenyih ni.
Sini memang banyak kedai makan.
Tapi, susah nak carik yang sedap.
Sedap to the max tau.

Aku adalah penggemar Char Kuey Teow.
Pada tekak aku yang sedap cuma kat Pantai Dalam sana.
Yang kat tepi Vista Angkasa.

Tapi kan jauh benor dari semenyih nak ke sana.
semata-mata CKT ku ssayang.
ingat amin nak layan ke.

Mujurlah kat Taman Pelangi Semenyih ada kedai CKT ohsem.
percayalah. memang sedap.


Kedai dia sebelah snogurt.
mengadap jalan utama masuk TPS.
mengadap juga KFC, pizza hut tuh semua.
Signboard kedai ni tak berapa nak clear.
kalau dari jauh nampak SELERA TOMYAM.

Dia ada gak menu lain like masakan panas, satay tu semua.
Tapi kitorang tak penah try.
so, tak dapat nak bagi review.


Gambar memang tak melambangkan tahap kesedapan.
Aku ngan Amin slalu amik special terus.
Special ni dia lebihkanlah kerang, udang, mee.
Harga sepinggan special adalah RM6.
Confirm kenyang untuk kapasiti besar macam kitorang ni.

Aku taktau siang ada ke tak.
sebab selalu kitorang pergi lepas balik keje.
Da pekena CKT dengan cili jerukm mohler kita makan snogurt pulak.
snogurt baru bukak tuh.
ritu aku pergi dalam bulan ni dia bagi 30% off.
Aku suka perisa original. tak kira snogurt ke tutti frutti ke.
Aku tetap suka yang original jugak sebab rasa dia masam2 manis.









Wednesday, November 21, 2012

Me love AM**


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aku tengah maraton cite Adam Hawa ni.
Tertinggal beberapa episod.
Ritu macam a bit boring lah sebab balik2 si Ain jual mahal.
Tapi start episod 46 da nampak best sebab Ain da mula cair.

Kalau aku kat tempat Ain.
Hoih.. Hari pertama aku da sujud syukur ok.
Miahaha...







Renungan Am kat Ain tuh.
dengan muka ala2 notty kan.
Ayyoohhh.. Menggeletis aku.
istighfar banyak2 ZARA.. ingat suami tuh.
Nasib aku da kawin. Ada gak tempat nak menggeletis dengan cara yang HALAL Toyyiban.

Yes,, thats why ramai women memang suka gila kat Abam Aaron Ajis nih.
Da memang sifat semulajadi perempuan nak kan lelaki yang hensem, keje best, romantik, caring, patuh pada agama. boleh jadi ketua keluarga yang perfect.
Memang dari dulu lagi perempuan da selalu berangan lelaki cenggini.
Kisah fairytale yang da dipupuk dari kecik.
Bukan aku sorang je kot. rammmaaiiii lagi sepesen dengan aku ni ha..
Bila da remaja, da start baca novel, ciri2 hero mesti cenggini kan. Novel adam hawa pun cenggini. kalo da keje pilot tuh, memang best lah, memang konfem hensem.

dulu aku suka baca novel Ahadiat Akashah.
Antara novel paling aku suka, Pilot Cafe.
Hero dia keje pilot, hensem, kaya, macam perfect je kan.

image google




ok lah. nak sambung layan Adam Mukhriz
Eh, AMin baru call.
Dia balik awal la pulak.
Harap2 kang AMin izinkan aku layan AM dulu..












Monday, November 19, 2012

Mat Kental

Da lama tak citer pasal si tecit nih.
amik pic dia pon da jarang sebab sronok layan keletah dia.
sampai lupa plak nak capai kamera.

now, da makin banyak akal.
menguji kesabaran pon ye gak.
asal kita tak bagi dia buat something,
mulalah mengaruk.
sabtu lepas kitorang pegi kenanga wholesale.
mak dia ngah sibuk milih barang.
rayyan pulak dok la merengek mintak lepas.
bila da dapat lepas, dia punya sronok kemahen.
tapi sibuk nak pegi main ascelator.
daddy dia marah, tu dia..
dia terus golek kat lantai.

smalam kat jalan TAR pun sama.
dia boleh golek2 kat dalam kedai.
sabor jelah kan.
pon da pandai cakap ckit2..
budak laki kan lasak lain macam.
sgala mainan suma nak campak2.
sepak2. now suka gigit segala babat kitorang.
sakit hoih.

semalam dia punya pencapaian adalah memanjat kerusi
budak2 yang color2 jual kat ikea tuh.
tong simpan mainan dia pun dia da berjaya panjat.
geram je nengok muka dia bila da dapat panjat tuh.
memang kena gomol dengan semua orang.


pic dia time raya haji ari tuh kat bukit piatu.
sibuk dia kutip songkok.
lalu Amin pakaikan. terus senyum buat muka comel.
pegi dapo tunjuk kat mommy dia.
tapi bila kuarkan hp nak amik pic.
terus diri tegak buat muka serius.
mata da la boolat.
hish... geraammmmssss ok.


Coklat homemade by ZARA


Assalamualikum WBT...
Salam 1Malaysia...


Awal tahun rituh, time aku nikah,
aku bagi coklat homemade time nikah.
tak sangka pulak ada yang cakap sedap.
salah sorangnya, makcik aku lah.
katanya, kurang manis.

Maka, makcik aku orderlah time anak dia kawin ritu.
anak dia merangkap cousin aku lah.

Diorang rajin ckit nak hias kotak tuh.
Aku isi dalam kotak ni 3 biji.
maka dia padat, takdelah tunggang langgang.
aku cas satu biji 50 sen. so, 1 kotak, rm 1.50.
coklat nih filling biskut.
tu yang dia jadi kurang manis.
Me loike..










Monday, November 12, 2012

its monday yaww...


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Hari ni ramai orang cuti eh.
Tadi pegi keje both jalan tak jem.
selalu kete dari kajang nak ke putrajaya punyalah banyak.
plus da cuti sekolah kan.
bestnyer hadek2 duduk rumah.
layan tv.
lagi heaven kalau rumah complete dengan wifi bagai.

jumaat ritu mintak amin emel gambar yang amik kat hp dia.
alih2 gambar ini yang terpancul.
hampeh tol


____



____




____





____




_____



_____












tu dia...
jari budak nepal ni da pulih.
dia nyer jari tersepit celah mesih.
dapat pampasan terus nak balik nepal.
huish. takuit gegurl...












Wednesday, November 7, 2012

Histeria di opis


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

ok.
Tajuk da clear kan.
Smalam kat opis ada kejadian ini.
Aku duduk ground floor.
kejadian kat level 1.
opis tak besar mana pun.
2 shop lot yang da diubah suai.

dalam pukul 3 petang kot.
unit aku yang tak berapa ramai ni semua sibuk buat keje.
driver semua keluar.
officer semua takde.
staff 1 dalam stor update stok.
Staff 2 replace receptionist
Staff 3 dalam area dia yang tersembunyi.
Staff 4 keje dia memang tak kat tempat dia.
dan aku memang melekat kat tempat aku.
aku tengah busy amik update buku library.
sorang2 dalam library. angkut semua buku sikit2 then bawak ke station aku. memang da 3 ari aku buat macam ni. tak best buat keje sorang2 dalam library. ngantuk.

Time aku dok menaip, 2 orang akak cleaner turun ke unit aku.
Kebetulan staff 1,2,3 ada kat station masing2.
akak cleaner tu sorang india sorang indon (islam).
yang india ngandu kena kacau time tido kat library level 1.
siap amik gambar kau. tapi tak clear.
tapi aku tak amik port lah. aku kang penakuit.

then 2 cleaner ni ajak naik atas lagi. diorang nak repeat.
nak amik gambar lagi clear..
3 orang staff ni semua nak ikut.
hoih, takkan aku nak tinggal sorang. gile ke apa.
aku yang penakut ni pun ikut jelah.
follow belakang. diorang jengah la library tu.
memang akak cleaner  indon tu tengah standby pon.

aku ikut blakang je.
pastu kitorang trus trun. sebab taknak amik port lah.
plus kitorang semua adalah gegadis penakut.
elok sampai bawah, semua buat keje masing2.
tiba2 dengar orang menjerit bagai.
budak atas call kitorang kat bawah kata akk indon tuh pengsan.
then bangun trus meracau semua.

yang kat bawah ni da kecoh bagai.
3 gegadis penakut termasuk aku terus duduk kat reception.
orang2 yang datang nak beli tender pun macam pelik.
siap tanya bunyi apakah itu.

mujur ada staff yang bolehlah. berilmu sikit.
cooldown kan dia. trus bawak akk tuh trun kat library bawah.
tempat aku dok keluar masuk yer.
panggil ustaz. ok. part ni aku da tak boleh elak.
memang kena tadah telinga dengar semua raungan.
stress berganda hokey.

time balik, semua right on time. balik berjemaah.
elok beratur panjang. termasuk aku.
nampak ustaz tu macam da berjaya pulihkan akak tuh.
tapi katanya, benda tuh takmo keluar.
huargghhhh. me so scary...

terukkan. suppose kita lebih takutkan Allah SWT.
ntahlah. ilmu belum cukup didada kan..
amalan pon banyak lopong sana sini.

dalam kecoh sana sini, sebab BBM Amin.
dia ingatkan aku jangan nak sibuk2.
padahal bini dia ni awal2 da menyibuk. hehehe.

tadi pagi sempat lagi ingatkan aku
buat keje hati2. ok.
stop.
takuit.


Monday, November 5, 2012

Layan movie


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Been away from writing.
Why? Busy? Workload? Housewife?
None of that.

Saja. Mood tuh kan ada pasang surutnya.
Plus, me write bukan ada followers bagai.
ni namanya syok sendiri.
yang penting memang untuk personal purpose.

lepas kawin awal tahun ari tuh,
macam da lama tak gi dating dengan amin nengok wayang.
berbulan jugaklah kitorang tak jejak kaki nengok wayang.
kalau tak, setiap weekend wayanglah tempat kami.
mana lagi kan nak pegi.
haruslah pegi tempat ramai orangkan.

Tahun ni tak ingatlah cerita apa yang kitorang tengok.
yang aku ingat last month adalah layan cite
Hantu Bonceng dengan Taken 2

pastu smalam pepagi lagi amin da ajak keluar.
nak berenang kat pullman.
aku ye berenang, dia berendam.
pastu haruslah melawat anak buah yang sorang tuh.
Then ke Alamanda lah kita layan Skyfall
Amin beria nak nengok James Bond.
Ramai betul umat smalam kat Alamanda.
yang nengok Skyfall pun penuh.
Seat penuh sampai row depan sekali.
yang kitorang dok row 4 dari depan.
nasib dapat dok tengah. clear sikit view.

Masa dok jalan2 nak ke GSC, aku nampak couple jalan pimpin tangan.
Then aku cakap kat Amin, before kawin awak pegang tangan saya tak lepas.
skarang ujung jari pun takmo pegang.
Time beli tiket wayang, aku cakap kat budak tuh nak dok tengah.
Amin cakap, time belom kawin nak dok tepi2, da kawin nak dok tengah pulak.
Ciskek.. kenakan aku balik pulak.

Hantu Bonceng adalah super klakar.
aku nengok tu pun masa kepala otak tengah serabut.
so, bila layan cite2 klaka ni, happy sikit.




Taken 2, adalah best. suspen je.




Skyfall pon best lah.




Ada persamaan dua movie nih.

Dua2 shoot kat Istanbul.
Eh, Malaysia pun tak kalah tau.
Kita ada movie Istanbul Aku Datang.



Saturday, September 29, 2012

Majlis bertandang saya !


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

23 Januari 2012
Isnin

Buat majlis hari Isnin eh.
On that day memang public holiday pon.
kan Chinese New year.

Kitorang kan duduk dekat je.
lebih kurang 15-20 minit da sampai.
Tu yang buat majlis sekali gus.
Tiga hari berturut-turut.
Sekali penat. Family members pon senang nak amik cuti.

Macam biasa.
Bangun early morning. Asyiklah nak kelam kabut.
Ntah apa yang disibukkan ek.

Amin sibuk part dia.
Aku pulak sibuk part nak clearkan payment.
Orang khemah, bridal.

eh, malam tadi nothing happen ok.
Takda makna malam pertama.
Aku ngan Amin tido kat hall.
Amin nak nengok bola.
Ntah hape, hape.
Bola lagi sexy dari aku kot.
Eh, aku pon macam mati nafsu. penat yang amatkan.
*selingan*

Lepas da sibuk sana sini,
owner bridal datang, mekapkan aku.
siapkan semua. kali ni baju adalah besar.
apalah sedih sangat ek.
pastu turun sume, nak gerak.
payung bridal provide 1 je!!!!
jadah apakah nak berarak 1 payung je.
takkan kitorang nak share payung.
pastu lipstick adalah bergentel.
ni pun aku tak paham.
ntah lipstik zaman bila dia letak kat bibir aku ni.
ok. stop. kang tak abis cite kalau nak merempan
pasal bridal yang aku hired ni.

Lepas zohor macam tuh, kami konvoi berjemaah.
Sampai sana, berarak diiringi alunan marhaban secara live.
ko hado? hehehe.
Sebab tulah time bertandang, aku pakai tudung semua.
Mak mertua da request awal2 ye.

Pastu trus menuju ke meja santap.
Beta mahu santap. Lapo nih.

Bismillah~

Aku sumbat kat mulut Amin banyak. sebab sebelum tuh dia buat aku dulu.

Happening~~

Time nak balik
Time ni rasa macam sedih je.
sebab tadi pegi ramai2. tetiba balik aku kena tinggal.
makcik2 aku ni pesan macam2.
yang ayah pulak boleh tanya bila aku nak balik sana.
touching lebih. padahal dekat je kot.

Sebahagian kecil family Amin
 Family amin ni besar sangat.
Anak buah je ada 30 lebih.
bukan senang aku nak ingat.
sampai sekarang pun tak ingat2.
da la muka lebih kurang.
Diorang lah yang run kan majlis.
tu yang tak dapat nak amik full gambar family.

Leoas hantar diorang balik,
kitorang pun mingle la dengan guest, sedara mara, kawan.
pastu naik masuk bilik.
amik gambar indoor pulak.
plus hari tuh adalah hujan.

Nak ikutkan takde hiasan bilik pengantin.
ni mak mertua yang sponsor..
mak mintak jiran dia hiaskan.
if ikut kitorang, tak payah ni semua.
membazir, hehe. padahal memang takde bajet pun.



Posing zaman dolu-dolu

NadiArt drop comment wish. Itulah rupa bahagian
dalam guestbook kitorang.

Abis amik gambar dalam bilik.
Nengok hujan macam da reda.
maka kami proceed outdoor photoshoot pulak.
kat area IPD pasir gudang ada tasik.
maka posing lah kami di sini.
smalam posing kat tasik pelangi indah.





da alang-alang ni, aku upload skali gambar outdoor kat sawah.
Kat sawah takdelah banyak sangat.
Kebetulan situ ada tali air, sungai.
Posing kat situ jugak.


rambut serabai sebab kena tiup angin

1st time buat cenggini. 
Kaki aku spoil lah. Sebab peha adalah gabak kan,
so kaki tak boleh nak rapat.

Ok, done.
Penat gi photoshoot ni.
Tapi berbaloi lah bila tengok gambar kita adalah cantik kan.
Ni pun seumur hidup sekali je. InshaAllah...
Pasni harap dapatlah berphotoshoot time pregnant. Amin~~~







Friday, September 28, 2012

Hari Persandingan saya !


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

22 Januari 2012
Ahad



Bangun pepagi hari.
Sambung siapkan centrepiece.
Tinggal nak tampal semua.
Rasa macam lagi sikit nak kena buat.
eh, tak jugak. Banyak rupanya.

khemah kecil baru nak pasang.
Siap pasang semua, aku terus hias sikit2.

Tu pun finishing cousin ku sambung.
Sebab pomander ball tu aku lupa nak gantung.
Benda tuh dok tergantung blakang pintu bilik tengah.
Nasib Mak ndak nampak

sini nak letak guestbook.
goodies pon kat sini.
hadiah tetamu pun kat sini.
ibu n ayah pun diri sini.
semua kasi longgok 1 tempat.
so senang nak urus.

centerpiece aku kasi sedara mara tolong sambung.
aku da macam tak cukup masa lak.
nak sarapan pun macam da tak sempat.
masa dok ke hulur ke hilir,
sempat la bertegur sapa dengan orang catering.
aku kasi tau la kat mana nak setup meja pengantin sume.
time tu diorang tengah setup meja buffet.
kemas. suka. tapi dalam cd OP bagi takdelah gambar tu semua.

Pomander ball gantung semua kat sini.

Family photoshoot pun kasi tepek as a backdrop

Lollypop for kids

Goodies for guest

Lovely centerpiece


MUA sampai on time. Tepat pukul !0 pagi.
Tapi aku apa pun tak siap.
Terus deras aku mandi semua.
Dan terus lah mekap. Aku da tak boleh nak amik
tau semua benda.

Aku siap agak lambat lah.
Then MUA gi uma jiran siapkan Amin pulak.
Aku siap lambat sebab macam biasalah.
Baju haku ntah apa2 kan.
Sedih.

Kat part Amin pun lambat.
MUA terpaksa usaha sendiri.
Barang2 yg bridal provide tak complete.


Her


His


Time nak tunggu tu, aku adalah excited.
hahaha.
Teruja nak dok atas pelamin.
sebab tak pernah weh dok atas pelamin.
apalah rasa agaknya.
and tak sabar nak nengok muka laki sendrik.
Getik iolls..




Amin and rombongan diminta start jalan dari awal lorong.
Padahal uma aku hujung lorong.
Diorang kata biar berbaloi bayar kompang.
Then, rombongan sampai je kat khemah,
haruslah kena tol dulu kan.

On your mark, get set, Go !

Pengapit Amin adalah anak buah nombor 2.
muda sikit je dari aku.
adalah beza dalam 2-3 tahun.


Meriah uolls
Family India tuh sangat excited nak tau budaya kita.
Siap jengah aku dalam bilik pengantin.
Semua budaya pun, kalau da nama wedding kan.
Haruslah meriah.

Suka nengok pic nih.
Sedara mara and jiran2 pun semua
sangatlah sporting.
Rilek je berbaris mintak tol.
benda ni pun memang kitorang buat untuk suka2.
Aku bukan kawin ngan kerabat mana pun nak
formal bagaikan.
Amin memang da ready sesiap ngan duit tol.
Takdelah banyak mana pun. Duit kale biru jek.

Then, siap tol semua,
kompang benti, pasang cd gamelan pulak.
Aku kat atas pelamin ni da jengah2 laki sendri.
sebab kan MUA tutup muka ngan kipas.
MUA ni merangkap Mak Andam lah.

Dia stay sebelah aku sebab nak amik duit tol dia.
lepas kena tol kat plamin,
barulah kami sanding sama2.
budak kompang sambung main.
ada jugak silat bagai.
yg penting kami nengok silat bawah khemah.
iolls tak kena panas pun.



tapi kalau da nama jenis merembes tak kira masa.
berlendir jugak lah ketiks.
ngan rambut lepas macam tuh.
nasib spray banyak. so, dia maintain.

pastu, da tepung tawar semua, turn kami nak bersantap.
tragedi di situ bermula.
takdelah tragedi sangat pun.
rupanya tempat utk pengantin makan, takde.
ada miscommunication antara diorang.
tapi kami makan jugaklah.
pastu potong kek.
pastu sambung amik gambar.
pastu mingle dengan guest, friends, jirans, sedaras.
pastu barulah kami pegi outdoor photoshoot.
tu pun sebab da mendung kan.
haruslah kena cepat.

Balik dari photoshoot, nengok suma pun tengah kemas.
kitorang tinggal sambung sikit je.
by the time magrib, semua kat luar da setel.
da bersih macam takde apa2 yang jadi tadi.
rajin betullah diorang tolong kami sekeluarga.

kat dalam rumah masih meriah.
sedara belah ibu tidur kat otel dekat je.
tu yang diorang datang lagi.
best!

Kesimpulan:
Majlis kami best sebab ramai yang datang. Diorang ni sebenarnya yang akan buat majlis meriahhhh sangat. Walaupun ada kekurangan sana sini, itu semua standardlah. yang penting niat kami untuk bagi tau semorang yang kami da kawin, da pun tercapai. Yeah !

Gambar penutup, ayah buatkan. Ada tergantung kat porch.

Semua gambar amik dr CD yang OP bagi.
Pastu edit. Saja nak test skill mengedit.
Padahal da macam apa kan.
Gambar adalah super banyak.
Bila aku da pilih2, last2 banyak ni je yang aku upload. hehe






Teman Pengganti


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia..

Now,
Suka lah layan lagu ni.
Lirik dia pun best.

Penyanyi: Black ft Malique
Penulis lirik: Malique





Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti







Wednesday, September 26, 2012

Tora datang lagi !

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Da lama tak menulis kan.
Dedulu ada diari, pun tidaklah hari2 menulis.
Bila ada blog pun macam tu jugaklah.

Sepanjang Ramadhan.
Kekonon nak rekodkan menu sahur dan iftar.
Hahaha...
Gelak sesiap dulu. Nan ado.
Pemalas kuasa doploh kot.
Awal2 je rajin.
Malas bukan apa. Nak kena watermark bagai.
Leceh ek.

Aku kagum dengan blogger yang gigih upload pic banyak2.
Dengan nak mengarang citer lagi. Hish.
Rajin betul.
Berapa jam diorang spend untuk siapkan 1 entry ek.

Past few month, memang busy dengan kerja.
Tapi tidak sekarang. Aku benti keje.
Sudah. Cukup sudah.
Tak kuasa nak menghadap tugasan tu lagi.
Cukup sudah ditindas.

Now, aku kembali kepada sebelum ini.
Gigih mencari kerja demi masa depan.
Walaupun flow hidupku tak berapa nak cantik.
Aku redha. Tapi aku tak pasrah.
Aku kena semangat dan positif.

Berdoa agar lepas ni, ada rezeki kami sekeluarga.
Ada laluan untuk aku perbaiki hidup kami sekeluarga.


_______________________________________________________


Eh, now tengah musim Adam Hawa kan.
aku pon terjebak. Ada 80 episod.
Giler ke hapa. Now baru 18.
Kitorang tak langgan pun Mustika HD.
TV pon tak suppport HD bagai.

Citer dia setengah jam je kot.
Ade ke orang yg sanggup langgan sebab citer ni.

Episod 1- 9 memang best.
Senyum sorang2 kot nengok si Am tuh.
Dengan Ain pun comel je.

Then, episod 10, nangis sorang2.
Ape kejadahkah ini semua?
Macamkan aku pulak yang kena kawin paksa.
Eh, kalau aku yg kena, haruslah geletik gelenyor kan.

Masa dok citer kat amin,
dia macamkan malas dah nak layan bini dia.
asik lah dok seru2 cite ni kan.
Sampaikan dan2 nama amin pun skarang da tukar.
boleh panggil dia AM ok! Hahahaha.

________________________________________________

now, bersyukur sangat dikurniakan suami seperti AMin.
Even, certain part dia ada kekurangan,
but, certain part dia ada banyak kelebihan.
Salah 1 nya. Dia kekadang buat lawak mengong
time2 aku tengah emo. Dari aku nak meroyan
terus gelak dan gelak dan gelak.

Kami baru je kawin 8 bulan.
Eh, napa aku rasa macam da lama je ek.
Masih banyak perkara belum settle down.
Masih dalam usaha menerima segala kekurangan dan kelebihan.
Masih dalam proses mengenal hati budi.
Kami perlu lakukan sesuatu untuk keluarga kami.
Moga Allah SWT memudahkan usaha kami.






Thursday, August 2, 2012

6th Ramadhan



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Momentum aku update belog da menurun balik.
Hambatan keje buat aku tak larat nak menaip kat sini.
Kusut, keje tak siap2.
Nak kejar payment, haruslah keje siap.
yang penting kualiti jangan dilupakan.
Tu pon da bertindih-tindih.
Ada yang orang raya uma aku makan biskut kering je.
Eh, ada ke orang nak datang uma aku.
Bukan aku amalkan dasar pintu tertutup ke??

Sahur:
macam biasa makan lauk buka smalam.

Buka:

aku da takde idea nak masak apa.
dengan keje menimbun.
maka aku plan nak masak lauk paling senang.



sambal kering kentang + ikan bilis


sup petola

ikan goreng

simple giler kan lauk buka kitorang.
tapi nilah yang laju makan.
perut pun tak meragam.
kenyang pun sedang-sedang je.

aku tak boleh kenyang sangat.
nanti aku ngantuk.
da macam ular sawa. sebab da pena jadi nih.
pukul 9 je aku da sampai london.
kesian amin.
sensorang layan tv.
sambil ditemani dengkuran manjew kitew..

sekejap je eh da nak masuk 2 minggu puasa.
makin nak raya, makin risau lak aku.
hahaha
cane la ek aku membawa diri kat uma mertua nanti.
aku ni dah lah boleh tahan stok2 pemalash.
harap takde sape perasan.

mahu sambung keje....
keje.. keje... keje...





Thursday, July 26, 2012

#5th Ramadhan


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Sekejap je kan dah nak seminggu puasa.
serius aku rasa macam tak cukup masa.
mana dengan kerja yg keja dateline lagi.
dengan keje rumah lagi.

plus, keje edit ni kekadang ngantuk gak.
slalu kalau ngantuk aku kunyah2.
la ni, memang sangaplah..

Aku masih gigih masak eh.
Sebab mikirkan da beli barang basah.
eh, korang panggil ayam, ikan, sotong, sayur yang belum
masak tu ape eh. aku panggil barang dapo. barang basah.
Amin panggil lauk. aku kan macam hah???
lauk tu bukannya da masak ke...

ok, untuk day 5.

sahur:
aku bangun tajam-tajam orang azan subuh.
hahaha...
merasa la sepanjang hari dengar amin dok berzikir.
saya tak sahur, saya lapar..
eeewww.. nak ngadew-ngadew pulak.
ingat manjew letew..

buka:

So, nak cover yang taksahur tadi,
aku menggigihkan diri bukak buku rujukan
aku masak
ayam percik - ikut buku rujukan
sayur chap cye - ikut internet
murtabak - amin beli
keledek goreng - bancuhan tepung pun aku ikut buku rujukan. memang dasar!!!
air guava asam boi - amin beli
air teh markisa + limau kurang manis

review:

ayam percik ni rasa dia tak sama dengan ayam percik kat pasar.
so, macam kecewa la kan.
aku ingatkan rasa macam kat pasar.
pastuh, aku macam terlebih santan.
tuh yang lemak melampau rasa dia.
gigih aku bakar dalam oven tau.

tapi tadi masa sahur, aku reheat.
bau dia sama macam ayam percik ayamas la.
hehehe..

sayur plak, aku gugel je.
semua pun lebih kurang.
nama je chap chye, tapi bahan dia just garlic ngan sos tiram.

murtabak ni macam yang aku cite kat entry lepas.
amin gigh pegi param, pastuh bratur.
dia kata adalah dalam 7-8 orang dok bratur.
bau dia kan... ayyyoooo. sedap nyer.
tapi inti dia, so-so jelah.
memang harapan lah aku nak rasa macam kat kampung melayu.

kuah terlebih, ikutkan untuk sekor ayam


nak balancekan nutrisi, kenalah makan sayur ye adik2..


sekali 2 amin beli. sekeping 2.50


ini paling sedap, cicah pulak dengan sambal kicap
buatan sendiri. hoih la.. repeat.. peat.. peat...

Pastu tadikan lepas sahur, kemas2 semua.
kasi simpan dalam peti ais.
still lah ada leftover.
aku sampai da takde bekas nak simpan.
Gravy ayam percik tu banyak lak lebih.
ingat nak try buat ikan percik pulak.
sayanglah nak buang.

Aku punya style pulak kalau simpan makanan
dalam peti ais tak suka dedah2.
nanti busuk peti ais.
pusing punya pusing last2 cenggini aku simpan.


plastik beli kat ikea.
aku buat simpan ayam, ikan semua.
simpan siap da bagi2. bila nak masak, kita defrost plastik berkaitan je.
jangan amin tertarik dia sudah, kang ada tumpah lak dalam peti.
dah lah plastik ni pun da koyak.
sesaja je kan aku kena cuci peti ais.

hari ni nak masak apa lak ek..
takmo ada leftover lagi.
suami, tolonglah clearkan makanan dalam peti tuh....