Tuesday, January 15, 2013

Kejadian hari sabtu

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Hari Sabtu lepaskan ada something happen kat tempat aku tinggal ni.
Rumah aku, blok 2nd last hujung taman.
Biasalah kan, rumah low cost kan duduk dia nunnnn kat hujung-hujung.

Sewa sini agak murahlah.
Nak-nak tingkat atas skali.
Ramai je orang kita memang penduduk tetap sini.
Tapi ramai jugak yang menyewa.
Bila menyewa tuh, ada lah pelbagai bangsa.
Salah satunya, orang s@b@h,

yang ada kat tempat aku ni,
maaf cakap, kurang menghormati jiran sikit.
suka bukak radio kuat2, pastu terjerit-jerit.
lagilah sekarang aku nengok dia da macam satu keturunan menyewa kat blok aku.
sesuka hati je terjerit dari tingkat atas panggil sedara mara dia.
memang diorang buat blok ni macam diorang punya.

Pernah sekali tuh, ada yang mabuk kot.
Siang2 hari. dalam kol 10 pagi macam tuh.
dok lah terjerit-jerit kat bawah.
pastu naik pulak tingkat atas.
nasib hari Ahad. Amin ada kat rumah.
kurang lah sikit ketakutan aku.

yang baru ni. hari sabtu petang.
dalam pukul 7 camtuh.
aku kat dapo tengah goreng sayur.
amin nak balik makan nasik. ari sabtu tuh dia kena keje sampai kol 10 mlm.

tetiba aku terdengar pompuan jerit mintak tolong.
rumah aku kan tepi sekali.
maka clearlah bunyi dia.
mula-mula ingat budak2 ni main2.
tapi rasa macam lain macam je.
terus matikan api dapur lantas berlarilah mak jemah ke jendela.
selak langsir sikit sebab nak mengintai kan.

nampak ada kete.pintu depan dua2 terbukak.
nampak yang lelaki tengah marah2.
sekali nampak jiran sebelah rumah berlari pergi sebelah penumpang.
hero datang dengan seluar katok je.
aku nampak la ada perempuan dok mengcangkung tepi pintu.
terjerit-jerit mintak tolong. menangis-nangis.
aku dengar lah jugak lelaki tuh marah2.

jiran sebelah rumahku yang redakan.
lelaki tuh berlalu pergi bersama keretanya.
yang pompuan ni terus lari kat celah kete yang parking2 tepi tuh.
nampak spender dia. eh. mulalah spekulasi kan.

then, nampak kete amin.
oh. lega laki ku sudah pulang.
eh, kete laki tadi benti kat tepilah.
agak dia nampak hero da naik atas.
dia pon keluar kete nak kejar pompuan tuh.
pompuan tuh pon cecepat lari naik atas.
sambil jerit; akakkkk... tolong...
Tapi laki tu baru setapak lari da jatuh tergolek.
bukan sikit tau.
jatuh tergolek-golek macam yang main bola tu.
pastu dia terus jalan laju2 ikut pompuan tadi naik atas.
begitulah drama di waktu senja.

ku pelik di sini. mana suku kaum dia yang ramai itu.
takkan sorang pon tak boleh tolong.
rupanya, lelaki tu pun duduk sini jugak.
dan kaum-kaum dia gak lah.
ish. takutkan.

pagi isnin, nak pergi keje.
macam biasa makcik-makcik ni berkumpul kat bawah blok.
teman anak nak naik van skola tadika.
kaum keluarga dia jugak.
hamboi kemain bercerita.
siap ngan gaya2 dia sekali.
hari sabtu korang pegi mana?
time kat simpang rumah, selisih dengan kereta lelaki bermasalah tuh.

aku da boleh bayang muka-muka makcik yang bersidang tuh...

Disebabkan peristiwa ini, dan dicampur dengan peristiwa yang lain-lain,
gerakan mencari rumah sewa dengan kejiranan yang elok,
semakin digiatkan.

Aku bukan racist eh,
kawan aku orang s@b@h, bos aku pun orang s@b@h.
diorang baik2 saja...






Tuesday, January 8, 2013

Azam tahun 2013


Assalamaualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Selamat Tahun Baru !!!

Ok, aku adalah lambat. da lapan hari pon.

Kalau nak post mortem sepanjang tahun 2012,
ada yang sedih, ada yang happy.
nama pun hidupkan.

1. The best part is, aku da kawin~~
Bulan ni genaplah da setahun aku kawin..
Serius cakap, kitorang tak stabil lagi.

2. Kerjaya aku masih tak stabil.

3. And of course lah kewangan juga tak stabil.

4. Bila kewangan tak stabil maka, kete dan rumah sendiri memang takdelah kan.

Doa dan Azam aku tahun 2013

1. Benda yang selama ni aku abaikan. Berat Badan berlebihan! now aku dalam kategori obesiti tahap 3! Gila ke apa. Selepas kawin ni, berat aku naik 10kg. Melampau sangat. Ini adalah berat paling tinggi aku penah capai. 1 pencapaian yang amat memberangsangkan lah sangat.

Maka dengan ini, saya berazam untuk menurunkan sedikit berat badan saya. (letak sikit2 dlu. ni pon ntah ye ntah tidak). Aku nak turunkan berat sebab aku nak sihat plus aku nak nampak a bit HOT (geli mak jemah nak taip) depan ,mata suamiku.


2. Kerja keras demi mendapatkan lebihan pendapatan.

3. Bila da ade lebihan pendapatan, mau setelkan hutang piutang (kata ganda sudah jelas menerangkan subjek).

4. Sambung cite no. 2. pastu nak plan family vacation. At least setahun skali nak gak bawak parent g jalan2. tapi tulah, last year memang sedih. takde bajet. tahun sebelum tuh pun la hai takde bajet.

5. Maka dengan ini saya perlu bekerja keras dan berusaha lebih dan seterusnya jangan pernah give up untuk memohon pada Allah SWT dimurahkan rezeki dan dipelihra segalanya.