Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

Awak Kat Mana? Saya Masih Di Sini


Assalamualaikum WBT...

Apa azam tahun baru korang??
Kahkahkah!!
Tak kelakar okeh..
Da bulan April baru nak menaip.

Actually aku tersangatlah busy dengan duniawi.
Ntah apa2 yang aku sibukkan 
aku pun taktau..

Officially
11/8/2014 aku start keje baru kat JB.
Which means aku dan amin da duduk sebumbung kembali.
Suke ke idok???hahaha

Mulakan hidup baru di Johor bukanlah sesuatu keputusan yang mudah.
Sebab musabab yang terpaling utama pindah Johor sebab mak mertua ku.
Mak mertua duduk sorang kat rumah.
Laki ku sebagai anak lelaki memang jadi tanggungjawab dia lah.

Nak cerita hal keluarga dulu ke hal kerja dulu ek.

Kerja saya.
Aku kerja makan gaji.
1 bumbung dengan laki aku.
Cuma nyer kitorang lain2 department.
Aku department akaun.
memang totally jauh dari degree aku la kan.
Tapi ini namanya desakan hidup dan tekanan hidup.

Aku kena berani dan rajin untuk teruskan hidup.
Kalau nak carik keje dengan menggunakan degree aku.
Memang tak ke manalah.
Silap2 aku akan terus bergelar penganggur terhormat.
So, framekan saja degree itu dan mari kita teruskan kehidupan.

Hari pertama masuk kerja.
Blur, zero.
Memanglah dulu ada belajar kredit debit.
Tapi sampai situ jelah pun.
Tapi kuatkan semangat untuk belajar something new untuk masa depan jugak.
Minggu pertama ok lagi.
Masuk minggu kedua aku da stress tahap nak pengsan.

Aku sambung keje yang pending nak mampos.
Supplier kejar aku nakkan payment.
Document tak berupdate.
Aku nengok supplier pn rasa macam nak telan,
Handover keje time2 tuh jugak.
Memang awal giler aku kena deal dengan orang luar.
Padahal aku tak tau ujung pangkal pun.
Tau2 aku kena marah dengan supplier sebab lambat bayar.
Aaarrrgggghhhhh... Dalam ati memang maki berbakul2..
Hari2 balik lambat tapi tak boleh claim ot.
Middle finger to you my dear boss.
Ahaksss..
Dalam blog jela pun.
Bile face to face, yes bos, yes bos..

Nasib baiklah rakan sekerja banyak membantu.
Masih boleh bergurau gelak2 padahal tensen dengan supplier.
Tensen dengan bos jangan cakaplah kan..
Now da start impliment GST..
Lagi keje bertambah banyak..
Tapi gaji still ciput. tak boleh claim ot.
Stress tahap langit ke tujuh.
Kat sini kan ade wujud term compulsary leave.
Macam chinese nuyer tutup 1 minggu.
kitorang wajib cuti dan ditolak annual leave ataupun macam aku belum ada annual leave, maka tolak gaji...
sob..sob..sob...
sedih nyer lahai..

Keluarga saya.

Ramai yang terkejut bila aku cakap aku da duduk serumah dengan mertua.
Like seriously???
Macam mana ko addopt dengan keadaan itu?
Tak addopt mana pon..
kahkahakah..

Macam ni cerita dia.
Mak mertua aku umur da 72 tahun. Memang kesihatan kejap ok kejap tak ok.
Tapi dia duduk rumah tu sorang2.
Ada anak2 yang duduk 1 taman dengan dia. boleh tengok2 kan.
Tapi yelah semua tak boleh commit 24 hours.

So, kami laki bini yang keje tak berapa 'bagus' ni telah di'pujuk' untuk tinggal je dengan mak.
Kenapa bukan mak yang pindah ikut anak2?
Ntahlah.. aku baru masuk keluarga ni berapa tahun je.
Aku pun macam tak paham.
And aku takde hak nak bersuara.
Eh, aku bersuara tapi dengan laki aku jela.
Tak ke mana pun.
Balik2 aku pujuk jela diri sendiri.
Aku tak boleh jadi penghalang suami aku nak buat pahala.
Jaga mak kan lebih kepada tanggungjawab anak lelaki.

Memang betul cakap ramai orang.
Bila kita duduk serumah dengan mertua akan ada banyak masalah.
Untuk aku, yes aku admit sangat2.
Tahap kekerapan aku bergaduh dengan laki aku memang semakin meningkatlah.
Living cost pun mencanak naik..

Tapi apa jela aku boleh buat. 
Abaikan jelah perasaan aku tuh.
Jaga mertua banyak pahala dia. (itupun kalau ikhlas la)..
Elak aku kumpul dosa jek..
Da la pahala pun tak berapa nak banyak.. sobs..sobs..sobs..

Masa aku baru2 duduk rumah ni, aku nak la buat perkara yang aku da biasa buat.
Macam masa duduk berdua dulu.
Kemas uma tidak lah hari2. Tapi nama pun duduk dua orang je.
Takde lah sepah mana pun. Setakat habuk2 je.
Basuh baju pun dua kali je seminggu.
Memang tak payah bayar bil air lah.

Tapi sekarang nih aku da duduk sini da hampir 9 sebulan.
Sebelum nih kalau dari segi pengurusan rumah aku nak ikut cara aku.
Tapi sekarang aku ikut jela rentak dia.
Malas da aku nak pening2. Rumah sepah ke tak cantik ke
Lantaklah.. Habis2 pun aku bising kat laki aku jek.
Asalkan mak mertua aku rasa bahagia dengan cara dia.
Seriouly, kepuasan  dalam rumah tangga tuh memang takdelah.
Sebab aku pun duduk menumpangkan.

Aku tau, laki aku pun serba salah.
Mana nak jaga hati mak, hati aku.
Tapi sampai bilakan..
Aku beralah jelah.. Demi orang tua.
Esok, aku pun taktau orang tua aku macam mana.
Aku tua pun aku tak tau macam mana.
Mintak jauhlah benda2 yang tak elok.

Nasib baik rumah ibu ayah pon kat sini.
Boleh balik bila2 masa.
kekadang aku mengadu jugak kat mak aku.
Yelah, dengan siapa lagi kita nak meluahkan perasaan.
Hanya ibu je faham sepenuhnya keadaan aku.
Bila da rasa macam sebal sangat, aku ngadu lah dengan ibu.
Ibu yang bagusnya dia takkan jadi batu api.
Dia takde tambah2 kan lagi sebal aku.
Ibu pesan, sabar jelah...

Untuk 9 bulan ini, aku boleh katakan keputusan untuk balik ke sini adalah tepat.
Tapi untuk menumpang adalah tidak tepat.

Kalau panjang umur, perjalanan hidup aku masih panjang.
Aku cuba teruskan sebaik mungkin. 
Liku2 ini akan buat aku matang. 
InshaAllah...




Friday, November 30, 2012

Tazkirah hari Jumaat

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Now bidang keje ku telah beralih arah.
Hari2 dok jumpa dengan macam2 orang.
Hari2 dok jawab call macam2 perangai.

yang aku paling notice, ada sesetengah orang berpangkat ni, dia pandang rendah dengan orang bawah dia.
BTW, takdelah pangkat poonnn.
Cume nak bagitau semua orang kot yang dia tuh ade pangkat.
yang paling tak boleh belah, rakan-rakan seangkatan
kaki ampu boleh tahan.
siap sound lagi, eh, awak tak kenal ke siapa ni?
hello, aku kenal siapa perdana menteri tau.
sah-sah la aku baru duduk kat sini tak sampai sebulan.
ciskek betol.

ada gak segelintir staf kat sini yang memang kerek.
dia nengok orang2 yang duduk kat department ni macam beso kecik beso kecik je.
nak2 yang spesies baru nak start keje.
macam good2 jek.
manusia kan. cepat betol nak rasa dia tuh hebat.

tapi, itu cuma 1% je.
yang lain2 nice jer. tau nak hormat orang.

Like hari ni kan, ade sorang ni ada palm aku rasa besar jugak kot.
Dia datang nak discuss pasal tanah tuh semua.
Aku rasa umur lebih kurang 50 macam tuh.
Dia angkut skali mak dia yang aku rasa dalam 70 tahun.
Then dia story lah kat mak dia, kenapa dia datang sini.
untuk orang2 yang maknam macam aku kan.
why eh this somebody bawak skali mak dia.
Now nenek ni pun da terlena kat sofa lobby.
yang anak dia tengah discuss. looks like dia da biasa ikut2 ni semua.
siap bawak air bagai.


eh, apa aku membebel nih.
sudah-sudah.. go back to your work.. sign out cepat...






Wednesday, November 7, 2012

Histeria di opis


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

ok.
Tajuk da clear kan.
Smalam kat opis ada kejadian ini.
Aku duduk ground floor.
kejadian kat level 1.
opis tak besar mana pun.
2 shop lot yang da diubah suai.

dalam pukul 3 petang kot.
unit aku yang tak berapa ramai ni semua sibuk buat keje.
driver semua keluar.
officer semua takde.
staff 1 dalam stor update stok.
Staff 2 replace receptionist
Staff 3 dalam area dia yang tersembunyi.
Staff 4 keje dia memang tak kat tempat dia.
dan aku memang melekat kat tempat aku.
aku tengah busy amik update buku library.
sorang2 dalam library. angkut semua buku sikit2 then bawak ke station aku. memang da 3 ari aku buat macam ni. tak best buat keje sorang2 dalam library. ngantuk.

Time aku dok menaip, 2 orang akak cleaner turun ke unit aku.
Kebetulan staff 1,2,3 ada kat station masing2.
akak cleaner tu sorang india sorang indon (islam).
yang india ngandu kena kacau time tido kat library level 1.
siap amik gambar kau. tapi tak clear.
tapi aku tak amik port lah. aku kang penakuit.

then 2 cleaner ni ajak naik atas lagi. diorang nak repeat.
nak amik gambar lagi clear..
3 orang staff ni semua nak ikut.
hoih, takkan aku nak tinggal sorang. gile ke apa.
aku yang penakut ni pun ikut jelah.
follow belakang. diorang jengah la library tu.
memang akak cleaner  indon tu tengah standby pon.

aku ikut blakang je.
pastu kitorang trus trun. sebab taknak amik port lah.
plus kitorang semua adalah gegadis penakut.
elok sampai bawah, semua buat keje masing2.
tiba2 dengar orang menjerit bagai.
budak atas call kitorang kat bawah kata akk indon tuh pengsan.
then bangun trus meracau semua.

yang kat bawah ni da kecoh bagai.
3 gegadis penakut termasuk aku terus duduk kat reception.
orang2 yang datang nak beli tender pun macam pelik.
siap tanya bunyi apakah itu.

mujur ada staff yang bolehlah. berilmu sikit.
cooldown kan dia. trus bawak akk tuh trun kat library bawah.
tempat aku dok keluar masuk yer.
panggil ustaz. ok. part ni aku da tak boleh elak.
memang kena tadah telinga dengar semua raungan.
stress berganda hokey.

time balik, semua right on time. balik berjemaah.
elok beratur panjang. termasuk aku.
nampak ustaz tu macam da berjaya pulihkan akak tuh.
tapi katanya, benda tuh takmo keluar.
huargghhhh. me so scary...

terukkan. suppose kita lebih takutkan Allah SWT.
ntahlah. ilmu belum cukup didada kan..
amalan pon banyak lopong sana sini.

dalam kecoh sana sini, sebab BBM Amin.
dia ingatkan aku jangan nak sibuk2.
padahal bini dia ni awal2 da menyibuk. hehehe.

tadi pagi sempat lagi ingatkan aku
buat keje hati2. ok.
stop.
takuit.


Friday, July 1, 2011

Gejala SoooooooSIAL

Assalamualaikum WBT..
Salam 1Malaysia..

Aku tengah buat kerja² yg dibayar gaji..
Tengah cari gambar kat google..
Gambar yang sesuai untuk gejala sosial..
Banyak je gambar ntah ape²..
Alih² aku jumpa gambar ni..
Terus aku sentap..
Terus rasa macam nak nangis..

::



::




::




::





Hoiihhhh!!!
kalau betul la ni gambar buang baby,
Memang bodo piang la sape yang buat ni..
Baby ni da sempurna sifat tu..
Aku dok belek je gambar ni..
Ce belek setiap inci kulit baby tu..
Rasa nak usap² tangan gebu dia..
Kaki gebu dia..

Tension lak aku di pagi jumaat ni..
sapa la yang tergamak buat keje gila macam ni..
Tergamak ko buang baby yang comel ni..
Haih la manusia..
Semakin kejam kan.. Semakin takde belas kasihan..
Kalau dapat tangkap yang buang baby ni..
Harus kita pijak beramai² kot..
Emosi aku.. HUh..







Wednesday, April 27, 2011

MIC terbako

Assalamualaikum WBT..
Salam 1Malaysia..

Kita bako je..kita bako..
Agaknya ini yg diorang dok ckp time meeting kan..
Pada hari slasa iaitu smalam telah berlakunya kebakaran.
Lokasi adalah di level 2.

Pagi2 dalam jam 5.00 pagi en.zam call.
Pekejadah call anak dara orang subuh2 hari.
Suara en.zam mengah2.
Mintak aku anta kunci opis sebab dia tak jumpa dia punya.
Uma aku ngan opis 10 min je jalan kaki lenggang mak limah.
En.zam ckp level bawh trbakar dan dia terperangkap kat atas.
Asap sudah masuk level 3 iaitu level kitorang la.
En.zam memang suke tido opis tatau la sebab ape.
Pastu tetiba dia cakap sorang staf lelaki da otw g uma aku amek kunci.

Aku ingat nak g jengah lokasi kejadian.
Sat lagi nengok sunyi je, takot lak.

Pagi2 sampai, polis, forensik, org2 MIC da ramai.
Kitorg memang tak leh naik sebab yg terbako kat level 2.
Edisi siasat sedang dijalankan.

Tatau la orang jahat ni nak attack ape.
Yg pasti diorg bako tayar kat depan pintu MIC.
Wpun api da dipadam.
Tapi dia punya abu sampai ke opis ktorang.
Gile itam sume meja, kapet,siling.
Dinding jgn cakap la.da macam cat itam.
Memang sangat menyusahkan itu org jahat.
Opis sbelah pn berjangkit.
CCTV diorg ne pecah.pastu karen short.
Patut org jahat ni kita bako je idop2.

Bos aku kata.nak buat cemana.
Da kita dok sebangunan ngan politik.memang tinggi la risiko.
Sederet ngan aku ni ade PKR tau.
Tapi PKR tak kena bako la..
Haih la politik.
Sangat menakotkan..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 23, 2010

satu hari di hari kerja

tragedi minggu terakhir kerja sebelom raya...

tiba-tiba, "siapa pasang lagu raya ? bising.. saya dalam bilik pon boleh dengar.. saya tak boleh buat kerja. tutup skarang!!!!

Apakah??

mostly yang duduk near dengan bilik dia adalah Malay..tapi semua guna earphone utk dengar lagu.. MUSTAHIL dia boleh dengar jugak bijik butir lagu tuh.. aku??? memang tak dengar apa² lagu pon time tuh.. n meja aku paling dekat dengan bilik dia...

Kalau betol la dia ada dengar lagu² yang buat dia panas hati n sakit hati, perluke dia jerit macam tuh.. siap sebut LAGU RAYA.... bukan kah itu da menyentuh isu sensitip.. memang mostly Malay sentap giler.. da la cuti kitorang tanak approve.. raya dia ade kita kacau??? ada???

and ari nih.. kitorang terdengar ada orang pasang lagu agak kuat.. tak jelas bijik butir sebab guna earphone.. tapi bagi kitorang takde pape pon.. wat jela keje.. tapi pompuan tuh tak pulak menyalak suruh tutup... tatau ade unsur racisme ke tak... sebab hasil kajian opismate, yg pasang lagu tuh adalh kaum dia gaks..

Haish... benda² macam nila yang wat nafsu keje aku terbantut... tak ghairah langsung mengadap keje.. kalo kitorang ada je silap nyer.. u tak boleh cakap macam tuh.. u tak boleh cakap macam nih.. da kalo semua tak boleh cakap.. nak watpe lak.. tampor nak???

kitakan 1Malaysia... hormatilah sesama kita.. kalo ko saket ati ngan prestasi keje kiorang pon, tak yah la nak jaki ngan lagu raya kitorang... name pon raye.. adatla... lagi ko jaki, lagi aku rasa macam nak pasang pulaks.. hohoho.. takpe.. nanti raya ko.. aku tolong pasangkan lagu tuh kuat².. aku nak nengok respon ko.. tapi raye ko lambat lagi la... aku lak macam da panas vontot je dok kat sini... Hurm... nak balek kampung la.. jadi pengembala kambing kat tanah blakang uma tuh.. agak² orang kampung jaki tak dengan aku nanti...

Tuesday, May 18, 2010

minggu keje keras sepatutnya

sukati haku jek...padahal minggu nih aku banyak giler keje...tapi tak tau la gi mana nih... sebelum nih deme kata aku keje cepat...terlebih cepat dari dateline...tapi kali nih aku amat² lembabs dari dateline...dateline da dekat (Senin depan)...tapi banyak lak benda aku nak cover...Actually buku nih pun banyak sangat benda nak tokok tambah...hujung² cuba bagi sikit royalti buku tuh kat aku... Baru la aku semangat nak buat...Bukan senang nak mengarang...kalau setakat sebuah karangan je takpe...ini kalau 13 bab...haish...kering pale otak aku nih...
cite adamaya da bes...smalam nengok sekali imbas jer cite baru tuh...cara abang ipar gelak macam best jek...tapi time 6.30-7.30 adalah waktu busy la...balik keje je banyak benda nak wat...tapi kalo da minatkan...macam cite adamaya tula...rushing aku...gigih nak nengok adamaya...mujur ending dia best...

Maya tepekkan cita² dia dalam diari...haku nak tepekkan cita² haku kat mana yer...dulu masa dalam gems...memang ada trainer tuh kata...kita mesti zahirkan cita² kita tuh...nyatakan kat mana²...then bila kita nampak...kita mesti usaha untuk fulfill our dream...tapi kalo kita simpan jerk dalam pale otak...nampak sangat la kita berangan...Dulu aku ada diari...da 2 bijik lagi tau...tapi sejak setahun dua ni je da tak mau tulis diari...takut orang baca...hehehe....kan da mengarut...tadi dia gak kata keje banyakkan...tapi boleh lagi membebel...saya suka membebel yer...sebab keje saya asik duduk senyap² sampai saya ngantuk sangat²...

da macam hakak saya =)

Wednesday, May 12, 2010

Nasibku sebagai orang bawahan

Bekerja atas arahan ketua adalah perkara biasa bagi orang bawahan seperti saya...setelah berhempas dan berpulas...ketua panggil lagi...kali ni keje bertukar lagi...dan bertambah lagi...hari dateline bertambah lagi...sronok...tapi rasa macam tak cukup jer...tempoh yang diberikan agak pendek...tapi keje yang perlu dibuat amatlah banyak... dlu masa kat GEMS memang da dididik macam nih...setiap kelas mesti ada tugasan...arahan diberi petang sebelum habis kelas...hasil kerja perlu dibentangkan keesokannya...maka malam itu semua ahli kumpulan berkumpul...meeting...buat keje sampai siap...tapi ahli kalau de 4 orang boleh bagi2...ringan sikit tugasan...



tapi kini...masing2 punya tugasan sendiri...saya da tak boleh harapkan siapa2...ini tugasan saya...tanggungjawab saya...saya perlu tunaikan...tapi...mampukah saya...perlu keje keras nih...

Thursday, May 6, 2010

:: sunyi nyer kat sini ::


tempat apala yang dia lepak...sunyi yang teramat sangat..erk..pembetulan okeyh....bukan tempat lepak...tapi tempat cari makan...hanya bunyi ketik-ketik keyboard jerk....da macam kat library...cite pasal library...teringat pulak dia...dulu time blaja kat univ dia paling tak suka melepak @ merendet @ mencapap @ menstudi dan sewaktu dengannya kat library...sebab...library nih sunyi la...kadang2 tengah dok kat celah2 rak...tiba2 baru sedar..."saya sorang je ke kat sini...nape lampu area sini terkebil2...kelam je...betul2 macam suasana cite antu yang slalu saya tonton..."so dia pun menjauhkan la diri dari library...but it doesnt mean that she never been there...cenggini...mula² sila layari website library...kemudian cari buku yang anda ingini...da jumpa...sila amik keterangan dia terutama nombor panggilan la...wat senarai banyak²...biarla sekali pergi tuh pinjam banyak²...but still got limit la kan...zaman sekarangkan segalanya dihujung jari anda...

berbalik pada tajuk hari ini...sunyi sepi kan...memang kena senyap pun...keje macam mereka tak guna mulut pun....hanya guna otak semaksimum yang boleh...kalo mereka duduk bersembang itu tandanya mereka tak buat kerja...tapi hari ni betul² sunyi sebab bunyi telefon xda...bunyi mesin fotostet pon xde...kesimpulannya...dia sangat ngantuk..


.

Monday, April 12, 2010

graduan menganggur


menganggur ke aku???tidak sama skali...aku tak memilih keje...so aq sapu je ape yg ada depan mata...tapi kadang tuh memang memilih pon...bukan ape...takut ghairah sgt cari keje alih2 kena tipu...

start pertengahan bulan 5 rase nyer aku balik JB...konon2 nak carik keje kat sane...tapi byak gak surat aku anta sana sini...tapi ade yg bg jwapan -ve n ade gak yang tak bagi jawapan langsung...nak ke bulan 7 aku g uma akak aku kat putrajya...konon2 berhijrah untuk cari keje lagi...kali ni Alhamdulillah...dapt gak keje walaupun hanya sebagai pekerja khidmat singkat di jabatan penerbangan awam...dapat gak wit kocek...tak yah mintak ayah wit blanje...

dalam keje PKS nih...aku sibuk gak cari keje tetap...yela kan...keje PKS nih rileks sgt lar...tak mencabar minda pun ye gak..jadi tepu aku...keje 5jam sehari..pastuh stakat rekod surat2 masuk jer..pastuh mek surat khabar ataupun surat2 kat tray...maka job hunting diteruskan....

alih2 membe2 ajak join GEMS lak...maka aku pun cube2 jela...alih2 diterima...setelah berfikir panjang, aku tinggalkan la keje ni n berhijrah ke ganu slame 2 bulan untuk mempolish balik otak ku...after abes program tuh nelak praktikal kat Klang...2bln aku kat situ...pastuh syukur pada tuhan aku dapat keje tetap kat shah alam lak...

keje memang kena sangat dengan bidang aku....jadi editor kat kompeni wat buku skola...so...aku incharge dalam buku BM...aku suke dgn tugas aku ni...tapi satu je masalh kat sini...gaji dia...alahai...ciput nyer...macam lebih kurang dengan kerani jek...yang penting skarang...saya bukanlah graduan menganggur...

Saturday, March 27, 2010

kesengalan telah berlaku di pagi jumaat


bace tajuk jek da paham cite kan...aku keje baru 4 mggu...tapi da macm2 benda yang aku lupa setiap kali g keje...da mandi pon still mamai...

pagi tadi as usual...siap2 bagai...kejut kan akak..tp 2nd time baru nak bangun...lambat la tuh...mujur laki ko anta...aku pon siap2 la kan...amek serum ngan sikat..dalam bilik takde cermin..so kat depan la aku menyisir rambutku...mase amik sikat..da nampak butang baju...memandangkan ari nih jumaat maka aku memakai baju kurung yer...da nampak butang tuh...tapi nanti la amik..akak pn ngan gosok baju kat situ...malas nak langkah2..tunggu dia setel kang leh amik...sebab sume 1 tempat atas meja tuh..cincin ngan jam yg memang jd rutin ari2 pakai..

da siap sgale bagai..aku pun tutup la pintu bilik...tapi mase tutup tuh mcm da terasa..ade benda aku lupe nih..tapi ape ek...prasaan je kot...maka perjalanan pn diteruskan...sampai la aku ke opisku...letak helmet bagai...bukak la jeket...alamak...baru prasan la beb...aku tak pakai butang baju nih..abaikan jela...bukn de effect pape pn...tapi bile da duduk rase macm tak slese lak...leher nih mengelebeh jek...aku pun wat2 la selongkar henbeg..ne tau de butang terselit ker kan..walaupun aku sure memang takde pon...akhirnya...dapt gak idea yg sangat bernas...



ta...da....klasik kan butang baju kurung aku...aku tak tau la opismate prasan ke tak...sama ada diorg mmg x prasan ataupun takmo tegur sebab takut aku sentap..

bagi aku...ok la nih...daripada aku dedah2 kan...kan tak elok pada ari jumaat yang mulia nih...


Tuesday, March 16, 2010

tibe-tibe rase sangat sayu.......

rite now da dpt keje....alhamdulillah...dlm bidang aq..da nak masuk 3 mggu...ok lar...mmg ini yg aq nak...keje yg x payah byk ckp...tp xtaw la nape...rase mcm de yg x kena...maybe sbb gaji dia yg coet kot...lebih kurang gaji kerani....aq rase mcm nak lek JB...nak dok sane...nak keje sane...separuh jiwaku pergi ke sana...tp separuh jiwaku ade kat cni...stp ari aq wat benda yg same jek...no friends here...weekend pn same je xtvt...klu weekday langsung la kan...rindu ngan kawan2 dlu....kawn2 kat JB...ngk kat fesbuk diorg...best jerk..jln2 sane sini...tp klu aq kat sane pn aq still x leh nak jln sane sini...kewangan aq x kukuh lg nih...sush kan...duit oh duit...mane la nak carik wit nih...

skarg nih aq travel ag jauh gak la...dlm 30-40 mint br sampai...ari2 berdoa agar x ditimpa ujan...tp still got la...cume lebih bernasib baik sbb ujan ptg jek...so sng la nak sampai pat keje...balek tuh...redah jela kan...sbb slalunyer area s.alm nih x ujan @pun ujan rintik2 jer...nanti lagi 10km nak sampai tula ujan lebat..lebih mendukacitakan aq da kat tengah2 hway...yg mmg konpem xde tempat nak berteduh...tula dia 1 of risk ble naik moto...

suasana opis lak..agak sunyi coz sume wat keje ngadap komputer...jarang sgt la nak dgr org bercakap...klu da bercakap cane lak nak wat keje kan...aq lak rase len mcm...mengantuk la sgt2...br 2jam wat keje aq da x geti dok diam...asyik mengeliat jer...pelik lak aq ngk diorg terlalu focus...x geti pnt kot...

aq tau...aq xkan dapt sume benda yg aq nak...sebb banyak halangan...aq harap pe yg aq ade skarg adelah yg terbaik utk diri aq..

Thursday, January 28, 2010

Oh my God...

jage bdk 4thn lg sgt mencabar...sampai nak demam aq layan krenah diorg..aq paling elegik ble bdk2 nih ckp ---> teacher...i want shishi...so da menjadi t/jawab aq ne bwk bdk2 nih g toilet...make sure pas shishi must wash hand...n the most important is safety diorg la....1st time aq bwk budk laki g toilet...kencing berdiri...huh...x sanggup aq nak ngadap...mcm nak ckp jek....awk nih slese ke kencing berdiri...then slumber jek trus pakai suar...ler... x basuh dlu ker..x geli ker....x kotr ker...then aq pn tnye la cikgu2 tuh...ghupe2 nyer mmg tradisi diorg gitu....

slese ker klu x basuh...aq nih paling nyampah klu g public toilet tp air kecik...aq rase mcm x cukp air nak cuci...tp budk2 nih relax jek...tp kelas nih ramai sgt bdk kiut...mcm2 kletah...dlm kls nih de sorg budk sindrom down...tp x teruk sgt...still boleh dgr arahan...cume most of the time mcm x leh jek...klu nak shishi tuh...mane2 jek trus kua kan bebird dia...berlari la aq...sruh dia stop...then bwk g toilet...ble kat toilet pas settle buang...then aq sruh dia basuh tgn ape sume pahm gak dia...kre ok la kan...tp a few weeks nih dia x dpt attend skola sbb ne chicken pox...mule2 suspect hand n mouth disease....takut gak aq...takut jangkit ngan budk2 lain...

ade lak bdk yg asik tnye ble leh balik...-->teacher, time go back<-- dgn mimik muke yg ala2 nak nangis tuh...mcm2 care aq nak auta...phsyco tuh penting...principal tanye aq...da masuk mggu ke3 skola..supposed bdk2 da leh absorb dgn environment...da xde bdk nanges2 nih...so menjadi tanggungjwb aq la kan...bdk nih quiet closed dgn aq....mane aq pegi nak kepit jek...day by day da nmpk ok jek...da makin kurg tanye ble leh balik...n finally...mggu terakhir aq kat situ da xde pn tnye ble leh balik....aq berjaya gak...bangge nih...1 kejayaan peribadi....


children yg asik tnye ble leh balik

ble aq compare kelas aq dgn kelas lain...br aq prasan...nape cikgu kat kelas sbelah rileks je...ghupe nyer bdk2 kls sbelah lebih matured compare ngan bdk kls aq...most of ank2 aq sgt aktif...maka itupun 1 dugaan...kesabaran kena sgt2 tggi...sbb tuh sume ank org lain...klu ank sendri bleh la kte piat tp nih bukn darh daging kte...tp ini pn 1 kelemahan aq...aq mmg x geti nak marh budk...makin galak la diorg ble aq jek teacher dlm kls...aq jadi mangsa buli bdk2...

mggu last aq kat sane...de wat party utk chinese nuyer...mknan mmg sgt byk...tp sorry to say....aq x ske ngan care teacher2 kat sane....x sume la kan...suppose bg la bdk2 mkn dlu...then ble diorg da bes br la kte laks..nih bdk2 ngah sibuk nak mkn diorg pn same naik...tapau sgale bagai...siap de cikgu tuh dia punye taksub nak kutip mknan smpaikan budk mintak tolg bukk kan mknan pn dia wat bodo...dia sruh bdk tuh carik cikgu lain...patut ker???siap sound aq sruh tapau cepat...haish...kalo nak ikut kn mult nih mmg aq da sound setepek...


makanan yg sgt byk....



sgt cute kan...sweet mcm koala..tp aq x mkn pn..was2...

begitulah kisah aq kat tadika...modern montessori international la konon nyer...sgale pengalamn yg aq kutip akn aq jadikan pengajaran yg berharge dlm idop...at least stakat nak cebok bdk, aq da x geli lg...


ank2 dalam jagaan aq...

Sunday, January 17, 2010

GooD MowNiNg TeacHer ZaRa

every mowning bnd tu la yg aq dgr...masuk je kls bdk2 nih tegur aq...then klu aq ngah wat keje....teacher...what u do...what work u do..adoyai sush nyer nak lyn kank2 cerdik nih...yg pasti mak bapak diorg org yg ado2....

after aq join program tuh 2bln...aq ne praktikal lak kat montenssori...lebih tepat lagi tadika...mcm kesian je kan....tp kte hendaklh berfikiran +ve...as long as aq x mntk wit mak bapak...kre da alhamdulillah...dlm offer letter aq kene kat subang...aq da sronok sbb kene subang yg area sunway...kre dkt jela kan...tp ble aq call diorg...PIC ckp aq ne transfer kat klang...adoyai...ne cr uma sewa la...hurm...dgn pertolongan sumbody...mase cuti thn br tuh...teman la aq cr uma sewa...merata aq pusing...sampai ptg...stil x jmpe yg berkenan di hati...pas2 aq call membe aq yg dok klang...tnye2 ckit.then dia kate cube la ngk kat 7e area situ...at last dpt gak aq uma sewa....dkt la ngan tadika...jln kaki jek...save budget aq....

skarg nih da 2mggu aq keje kat tadika...1st nih aq ne jd assistant dlu...blaja dlu guane nak handle budak...aq ne kat umur 6thn...tadika nih 100% english...sush gak la...sbb budk2 nih byk ckp...budk cerdik kan mcm tuh....for next week aq ne umr 4 thn lak...diorg de yg x geti g toilet sendri...pasni aq nela blaja handle bdk yg lg sush...xpe..blja kan..t esk dpt ank buah...idok ler aq kekok...

Friday, September 18, 2009

SUME BENDE PENDING

huargh...ngantok nyer...smalam very da bz one...balik jek keje trus mulakn tugas di dapo...dpt gak la aq wat kuh suji...nak bakar tuh sampai mlm gaks...pastuh sumbdy ajak g downtown laks...niat tuh mmg la mls sbb byk mende nak wat...tp cian lak kat dia...klu bukn aq...sape lg nak temankn dia..pastuh dgr lak nak blikan brg aq laks...trus aq stuju jek...maka kol 11 br g...sampai jek lokasi yg dituju...humangaih...ramainyer umat...sementara driver dok meredah jem...aq bleh laks terlelap...alih2 ngk parking punyelah jauh...aq pn gagah kan diri jln kaki n meredah manusia...hege brg yg aq carik tuh agk mhl compare to kat jalan TAR...beza dlm rm20...rase mcm nak ke KL lak...tp nak mredah jem tuh rase mcm x larat laks...

lepas bli2 brg trus kua dr kwsn tersebut.....sesak nafas...sumbdy ajak sahur..nak mkn mekdi...tp mate aq kelat gler nih...aq trus lelap...celik bijik mate da smpi mekdi bangi...around kol 3...tp aq x larat lak nak bukk mate...trus tdo...sumbdy pn tdo gak...alih2 sedar da kol 4 lbih..alahai...trus gerak lek uma...ilang rase nak mkn mekdi...

skarg...da srabut pale hotak...baju x siap jahit lg..baju x kemas lagi...brg2 pn x kemas...rase mcm nak cabut jek...bleh ker...

Wednesday, September 16, 2009

SyuKuR...LuLus


dalam aq asik terima naseb x brape nak elok...Allah turunkn juga rezeki utk aq...Allahamdulillah.....



test yg aq amek pd 08.08.09.....pasni test lg hebat...yg test assesment tuh..mcm x konpiden jek...if aq btl2 nak kan keje tuh aq nela prepare awl2...contohnyer lek keje aq nele joging...bg menmbahkn stamina aq yg sememang nyer cpt mengah nih....

Friday, August 21, 2009

LaYan LiVe BanD

korg musti jelez nyer...ne de opis lyn live band sambil wat keje...pegawai bhgn aq nih siap bwk kua gitar n then nyanyi scr live...aq rase da 4 lagu gak dia nyanyi...kadang2 dia nyanyi dlm blik dia...tp ktorg yg kat lua nih dgr jek...mujur yg nyanyi tuh pegawi...klu pencacai mcm aq nih mau pegawai2 len jeling jek...silap2 sound-->ko nih x geti wat keje ker.....tp yg nyanyi nih kan pegawai yg sentiasa bz...ble dia dok lepak opis skali skale kire x jadi hal...
teringat lak aq kat bapak aq tuh...dlu kan ble time xde karen, mesti dia bawak kua gitar dia...tp men dlm uma la...bapak aq kan segan nak men kat lua...time mude2 dlu bapak aq tuh ade band dia sendri...band dia yg paling gah name nyer HEAVY DUTY (betul ker aq eja ni) under kilang EVEREADY (kilang bateri nih).....ayah (gelaran utk bapak) bleh men gitar n piano n also nyanyi...tp aq ngan akk aq x mewarisi pn darh seni tuh...stakat nyanyi kat karok jamban tuh bleh la...klu ayah dok karok kat uma ktorg senyap jek...malu nak nyanyi dpn otai...
time aq taip nih lagu yg sedang berkumandang lagu lame...ape ek tajuk dia...dipopularkan oleh scorpian(lg skali btl ke aq eja)...hehehe

Wednesday, July 29, 2009

Di KeHeNiNgaN PaGi

pe yg perlu aq wat nih...as ussual..time2 mcm nih keje aq sume da setel...hohoho...so bleh la aq ngadap pc nih...wpun lmbt kan...plus while owner pc nih x dtg lg..de gaks benda aq nak ngadap...esk ble owner dia da naek keje...hurm...mlangok la aq...



de story klaka seram nih...pg td...as ussual aq melaksanakan t/jwb aq menjaga kebersihan perut....pg2 lg aq da mlawat toilet....clashing laks dgn autie cleaner...dia pn da nak memulakan tugas...elok aq nak melangkah ke bilik pelepasan...dia tegur aq...ngandung ke adik?? sungguh sadis bunyi dia...dgn spontan aq reply-->pe dia??.....2x lg aq tnye mintak kepastian....selepas kami berbual ringkas...berkali2 dia mintak maaf dgn aq di ats keceluparan mulut dia....hohoho...jgn kerana mulut bdn binasa yer...mesti dia wat spekulasi sbb rituh dia nmpk aq muntah2 kan....tu lah aq nih...moncet sgt la...adoyai...stress aq...ni yg aq nak mkn eskim...leh ilangkan stress....