Wednesday, April 22, 2015

Awak Kat Mana? Saya Masih Di Sini


Assalamualaikum WBT...

Apa azam tahun baru korang??
Kahkahkah!!
Tak kelakar okeh..
Da bulan April baru nak menaip.

Actually aku tersangatlah busy dengan duniawi.
Ntah apa2 yang aku sibukkan 
aku pun taktau..

Officially
11/8/2014 aku start keje baru kat JB.
Which means aku dan amin da duduk sebumbung kembali.
Suke ke idok???hahaha

Mulakan hidup baru di Johor bukanlah sesuatu keputusan yang mudah.
Sebab musabab yang terpaling utama pindah Johor sebab mak mertua ku.
Mak mertua duduk sorang kat rumah.
Laki ku sebagai anak lelaki memang jadi tanggungjawab dia lah.

Nak cerita hal keluarga dulu ke hal kerja dulu ek.

Kerja saya.
Aku kerja makan gaji.
1 bumbung dengan laki aku.
Cuma nyer kitorang lain2 department.
Aku department akaun.
memang totally jauh dari degree aku la kan.
Tapi ini namanya desakan hidup dan tekanan hidup.

Aku kena berani dan rajin untuk teruskan hidup.
Kalau nak carik keje dengan menggunakan degree aku.
Memang tak ke manalah.
Silap2 aku akan terus bergelar penganggur terhormat.
So, framekan saja degree itu dan mari kita teruskan kehidupan.

Hari pertama masuk kerja.
Blur, zero.
Memanglah dulu ada belajar kredit debit.
Tapi sampai situ jelah pun.
Tapi kuatkan semangat untuk belajar something new untuk masa depan jugak.
Minggu pertama ok lagi.
Masuk minggu kedua aku da stress tahap nak pengsan.

Aku sambung keje yang pending nak mampos.
Supplier kejar aku nakkan payment.
Document tak berupdate.
Aku nengok supplier pn rasa macam nak telan,
Handover keje time2 tuh jugak.
Memang awal giler aku kena deal dengan orang luar.
Padahal aku tak tau ujung pangkal pun.
Tau2 aku kena marah dengan supplier sebab lambat bayar.
Aaarrrgggghhhhh... Dalam ati memang maki berbakul2..
Hari2 balik lambat tapi tak boleh claim ot.
Middle finger to you my dear boss.
Ahaksss..
Dalam blog jela pun.
Bile face to face, yes bos, yes bos..

Nasib baiklah rakan sekerja banyak membantu.
Masih boleh bergurau gelak2 padahal tensen dengan supplier.
Tensen dengan bos jangan cakaplah kan..
Now da start impliment GST..
Lagi keje bertambah banyak..
Tapi gaji still ciput. tak boleh claim ot.
Stress tahap langit ke tujuh.
Kat sini kan ade wujud term compulsary leave.
Macam chinese nuyer tutup 1 minggu.
kitorang wajib cuti dan ditolak annual leave ataupun macam aku belum ada annual leave, maka tolak gaji...
sob..sob..sob...
sedih nyer lahai..

Keluarga saya.

Ramai yang terkejut bila aku cakap aku da duduk serumah dengan mertua.
Like seriously???
Macam mana ko addopt dengan keadaan itu?
Tak addopt mana pon..
kahkahakah..

Macam ni cerita dia.
Mak mertua aku umur da 72 tahun. Memang kesihatan kejap ok kejap tak ok.
Tapi dia duduk rumah tu sorang2.
Ada anak2 yang duduk 1 taman dengan dia. boleh tengok2 kan.
Tapi yelah semua tak boleh commit 24 hours.

So, kami laki bini yang keje tak berapa 'bagus' ni telah di'pujuk' untuk tinggal je dengan mak.
Kenapa bukan mak yang pindah ikut anak2?
Ntahlah.. aku baru masuk keluarga ni berapa tahun je.
Aku pun macam tak paham.
And aku takde hak nak bersuara.
Eh, aku bersuara tapi dengan laki aku jela.
Tak ke mana pun.
Balik2 aku pujuk jela diri sendiri.
Aku tak boleh jadi penghalang suami aku nak buat pahala.
Jaga mak kan lebih kepada tanggungjawab anak lelaki.

Memang betul cakap ramai orang.
Bila kita duduk serumah dengan mertua akan ada banyak masalah.
Untuk aku, yes aku admit sangat2.
Tahap kekerapan aku bergaduh dengan laki aku memang semakin meningkatlah.
Living cost pun mencanak naik..

Tapi apa jela aku boleh buat. 
Abaikan jelah perasaan aku tuh.
Jaga mertua banyak pahala dia. (itupun kalau ikhlas la)..
Elak aku kumpul dosa jek..
Da la pahala pun tak berapa nak banyak.. sobs..sobs..sobs..

Masa aku baru2 duduk rumah ni, aku nak la buat perkara yang aku da biasa buat.
Macam masa duduk berdua dulu.
Kemas uma tidak lah hari2. Tapi nama pun duduk dua orang je.
Takde lah sepah mana pun. Setakat habuk2 je.
Basuh baju pun dua kali je seminggu.
Memang tak payah bayar bil air lah.

Tapi sekarang nih aku da duduk sini da hampir 9 sebulan.
Sebelum nih kalau dari segi pengurusan rumah aku nak ikut cara aku.
Tapi sekarang aku ikut jela rentak dia.
Malas da aku nak pening2. Rumah sepah ke tak cantik ke
Lantaklah.. Habis2 pun aku bising kat laki aku jek.
Asalkan mak mertua aku rasa bahagia dengan cara dia.
Seriouly, kepuasan  dalam rumah tangga tuh memang takdelah.
Sebab aku pun duduk menumpangkan.

Aku tau, laki aku pun serba salah.
Mana nak jaga hati mak, hati aku.
Tapi sampai bilakan..
Aku beralah jelah.. Demi orang tua.
Esok, aku pun taktau orang tua aku macam mana.
Aku tua pun aku tak tau macam mana.
Mintak jauhlah benda2 yang tak elok.

Nasib baik rumah ibu ayah pon kat sini.
Boleh balik bila2 masa.
kekadang aku mengadu jugak kat mak aku.
Yelah, dengan siapa lagi kita nak meluahkan perasaan.
Hanya ibu je faham sepenuhnya keadaan aku.
Bila da rasa macam sebal sangat, aku ngadu lah dengan ibu.
Ibu yang bagusnya dia takkan jadi batu api.
Dia takde tambah2 kan lagi sebal aku.
Ibu pesan, sabar jelah...

Untuk 9 bulan ini, aku boleh katakan keputusan untuk balik ke sini adalah tepat.
Tapi untuk menumpang adalah tidak tepat.

Kalau panjang umur, perjalanan hidup aku masih panjang.
Aku cuba teruskan sebaik mungkin. 
Liku2 ini akan buat aku matang. 
InshaAllah...




No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel