Showing posts with label friendsss. Show all posts
Showing posts with label friendsss. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Hari Persandingan saya !


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

22 Januari 2012
Ahad



Bangun pepagi hari.
Sambung siapkan centrepiece.
Tinggal nak tampal semua.
Rasa macam lagi sikit nak kena buat.
eh, tak jugak. Banyak rupanya.

khemah kecil baru nak pasang.
Siap pasang semua, aku terus hias sikit2.

Tu pun finishing cousin ku sambung.
Sebab pomander ball tu aku lupa nak gantung.
Benda tuh dok tergantung blakang pintu bilik tengah.
Nasib Mak ndak nampak

sini nak letak guestbook.
goodies pon kat sini.
hadiah tetamu pun kat sini.
ibu n ayah pun diri sini.
semua kasi longgok 1 tempat.
so senang nak urus.

centerpiece aku kasi sedara mara tolong sambung.
aku da macam tak cukup masa lak.
nak sarapan pun macam da tak sempat.
masa dok ke hulur ke hilir,
sempat la bertegur sapa dengan orang catering.
aku kasi tau la kat mana nak setup meja pengantin sume.
time tu diorang tengah setup meja buffet.
kemas. suka. tapi dalam cd OP bagi takdelah gambar tu semua.

Pomander ball gantung semua kat sini.

Family photoshoot pun kasi tepek as a backdrop

Lollypop for kids

Goodies for guest

Lovely centerpiece


MUA sampai on time. Tepat pukul !0 pagi.
Tapi aku apa pun tak siap.
Terus deras aku mandi semua.
Dan terus lah mekap. Aku da tak boleh nak amik
tau semua benda.

Aku siap agak lambat lah.
Then MUA gi uma jiran siapkan Amin pulak.
Aku siap lambat sebab macam biasalah.
Baju haku ntah apa2 kan.
Sedih.

Kat part Amin pun lambat.
MUA terpaksa usaha sendiri.
Barang2 yg bridal provide tak complete.


Her


His


Time nak tunggu tu, aku adalah excited.
hahaha.
Teruja nak dok atas pelamin.
sebab tak pernah weh dok atas pelamin.
apalah rasa agaknya.
and tak sabar nak nengok muka laki sendrik.
Getik iolls..




Amin and rombongan diminta start jalan dari awal lorong.
Padahal uma aku hujung lorong.
Diorang kata biar berbaloi bayar kompang.
Then, rombongan sampai je kat khemah,
haruslah kena tol dulu kan.

On your mark, get set, Go !

Pengapit Amin adalah anak buah nombor 2.
muda sikit je dari aku.
adalah beza dalam 2-3 tahun.


Meriah uolls
Family India tuh sangat excited nak tau budaya kita.
Siap jengah aku dalam bilik pengantin.
Semua budaya pun, kalau da nama wedding kan.
Haruslah meriah.

Suka nengok pic nih.
Sedara mara and jiran2 pun semua
sangatlah sporting.
Rilek je berbaris mintak tol.
benda ni pun memang kitorang buat untuk suka2.
Aku bukan kawin ngan kerabat mana pun nak
formal bagaikan.
Amin memang da ready sesiap ngan duit tol.
Takdelah banyak mana pun. Duit kale biru jek.

Then, siap tol semua,
kompang benti, pasang cd gamelan pulak.
Aku kat atas pelamin ni da jengah2 laki sendri.
sebab kan MUA tutup muka ngan kipas.
MUA ni merangkap Mak Andam lah.

Dia stay sebelah aku sebab nak amik duit tol dia.
lepas kena tol kat plamin,
barulah kami sanding sama2.
budak kompang sambung main.
ada jugak silat bagai.
yg penting kami nengok silat bawah khemah.
iolls tak kena panas pun.



tapi kalau da nama jenis merembes tak kira masa.
berlendir jugak lah ketiks.
ngan rambut lepas macam tuh.
nasib spray banyak. so, dia maintain.

pastu, da tepung tawar semua, turn kami nak bersantap.
tragedi di situ bermula.
takdelah tragedi sangat pun.
rupanya tempat utk pengantin makan, takde.
ada miscommunication antara diorang.
tapi kami makan jugaklah.
pastu potong kek.
pastu sambung amik gambar.
pastu mingle dengan guest, friends, jirans, sedaras.
pastu barulah kami pegi outdoor photoshoot.
tu pun sebab da mendung kan.
haruslah kena cepat.

Balik dari photoshoot, nengok suma pun tengah kemas.
kitorang tinggal sambung sikit je.
by the time magrib, semua kat luar da setel.
da bersih macam takde apa2 yang jadi tadi.
rajin betullah diorang tolong kami sekeluarga.

kat dalam rumah masih meriah.
sedara belah ibu tidur kat otel dekat je.
tu yang diorang datang lagi.
best!

Kesimpulan:
Majlis kami best sebab ramai yang datang. Diorang ni sebenarnya yang akan buat majlis meriahhhh sangat. Walaupun ada kekurangan sana sini, itu semua standardlah. yang penting niat kami untuk bagi tau semorang yang kami da kawin, da pun tercapai. Yeah !

Gambar penutup, ayah buatkan. Ada tergantung kat porch.

Semua gambar amik dr CD yang OP bagi.
Pastu edit. Saja nak test skill mengedit.
Padahal da macam apa kan.
Gambar adalah super banyak.
Bila aku da pilih2, last2 banyak ni je yang aku upload. hehe






Friday, June 22, 2012

Hari bergelar Mrs



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...



21 Januari 2012
21-01-2012


Aku bangun sebelum subuh ok.
Arini aku nikahhhhh.
Tak pakai inai lagi.
Dengan mata terpisat-pisat, aku salotep jari sendiri.
nih tips nak pakai inai supaya tak comot.
then aku tepek inai daun.

pastu baring. lepas 2 jam. bukak.
ok. tak cantik.
maka pakai yang tiub oulak.
mintak tolong ibu.
yang ukir2 tuh pun ibu buat balik.
dan hasilnya.....



sila nangis dalam hati.


Scrub takde pulak kat uma.


Yang Mohd Radzif tuh cikgu aku time form 6.
Sempat kan dia wat lawak. Hish.
Cikgu ni manis orangnya.
kekadang dia senyum macam ada iras Fahrin Ahmad.
Tapi mulot dia laser gak..
Sentap hati kalau dia sound.
Pernah gak berangan nak laki manis macam nih.
now, aku dapat laki tua lebih kurang cikguku ini.
Dia pernah komen kat wall aku. suruh aku diet.
Hehehe. La nih mesti beliau paham nape
aku semakin membesar bagai johan kan.
ok. tersasul pulak.

Kat jari, ok. kemas. tak hitam.
Kale pun just nice.
yang kat tangan tuh pehal.
besar pulak tuh.
ini namanya menambah tahap stress yang ada.
Lagi pulak bila ada yang tegur.
Yang ibu pulak boleh cakap,
ok la tuh. baru nampak.
yang semalam tuh halus sangat...
sobs..sobs..sobs...

Tapi segalanya perlu diteruskan.
lepas zuhur majlis rayyan anaqi.
orang catering da anta lauk pauk.
yang orang khemah rupanya anta meja utk meja damai je.
Huargh... Why me? Why?
Padahal da bgtau kot semua2 tuh.
boleh dia sound aku pulak.
dia cakap aku tak bagitau.
padahal aku da bgtau atucara majlis.


Suke ke tak suke ke.
Diorang tetap lah kena anta kerusi meja.
Then, majlis untuk Rayyan Anaqi pun start.

Sangat peliks masyarakat di sini.
Masih tak boleh terima kehadiran mini pelamin untuk si kecil.
Maka, angkat segala khazanah tuh. baby dan mommy duduk jela depan pelamin.
Lucky, anak kecil tengah tidur.
Dia bangun time nak cukur jambul je.
Tapi takde lah sampai cukur jambul pun.
just cium2 je.
behave anak aunty time nih. Luv u masham..





Dia masih mamai. calik2 mata da ramai orang

rajin mommy hiaskan menatam apa ntah ni. 

Ikut tema uolls. chinese new year kan. apek tomel ni pun nak gak melaram

puas dapat makan kambing arituh.
kambing 2 ekor.
bawak sampai ke malam time majlis aku.
catering kami, adalah pakej. termasuk kenduri aku.


Lauk arituh,
1. nasi putih.
2. ayam black pepper
3.ikan asam pedas.
4. kambing masak merah
5. nangka lemak.
6. ulam2.
7. air mata kucing super sedap
8. jajan atau nama glamor junkfood adalah banyak.
9. Ntah ape lagi aku tak ingat.


Antara jajan yang ada... da macam kedai jajan pun ye gak.

Semua yang makan, memang puas.
kambing memang sedap giler.
mak cik ni tolong masakkan je kambing tu.
baik betul. murah rezeki dia.

then, setel semua. mommy daddy pun da lega.
aunty punya majlis tak setel lagi.
continue hias bilik.
mintak tolong siapa yang ada.
sana sini, mintak tolong.

sebab by 6pm mak andam da sampai.
aku pun tak mandi lagi.
maka gegas aku mandi. wuduk semua jangan dilupakan.
sebab tuh aku memang nakkan make up by women 100%.

Time pakai baju. lagi sekali stress.
tak muat ok.
memang memaksa kow-kow.
time ni memang aku da memekak2 bebel kan akak bridal tuh.
aku rasa burok, malu semua. sebab da macam sarung nangka.
tapi muka maintain senyum sebab photographer ngan videographer amik shot.
so bebel dalam senyuman la.

tangan aku memang tak lekang dari hp.
ngan amin lagi tanya pasal hantaran.
hantaran belah amin, she yang buat.
da siap pun hantaran tuh.
asyik tanya aku macam mana nak amik semua tuh.
padahal aku da bagi kot nombor shera.
deal la sendiri dengan dia. bukan tak kenal. hish.
saje tau nak tambah gemuruh aku.

da siap semua. close frens pn da sampai.
cakap sikit2. padahal dalam hati ni tatau nak kata apa.
gemuruh semua menjadi 1.
then tetiba semua frens turun.
tinggal aku sensorang dalam bilik.
tatau boleh turun ke tak.
sempat lagi update status.




See, my pomander ball.
really luv it.
make up dia pun aku suka.

Qilah sempat buatkan aku bunga tangan.
lebihan bunga buat hantaran.
nak cover perut aku yang ntah hape2 tuh.
kemain hover lak bunga tuh.
beso hoi.

time aku bersila nak sign borang nikah tuh.
tok kadi sempat sound tau.
hah, cane nak sign tuh. dengan bunga lagi.
truk tau tok kadi ni. saje nak gurau time2 camnih.
 tau tak dalam pale otak time tuh kosong.
aku macam blur je.
eh, tok kadi adalah muda.
kalau tak pakai jubah pasti kelihatan persis ustaz don daniyal.




chocolate mint. sedap je lalu kat tekak aku,. sebelum potong kasi snap dulu.


Suka hantaran she buat. simple n nice




upload jela sume pic.
sume amik dr FB jijah.
 Hantaran side aku
alQuran, moga beliau akan bimbingku ke jalan yang benar


jersey syaiton yang menjadi dambaan beliau.

Coklat kecil2 from Langkawi

Jam Fossil beli kat JPO saje.

Kek lapis, baijun sponsor


Sejadah, dalam maksud aku

Sirih junjung, kekawan ku jugak buatkan.

Side Amin pulak

JPO mari...

duit hantaran dengan gelang kasi 1 dulang, jimatsss dulang

Jam Fossil juga beli kat JPO.


Coklat mini jugak dari Langkawi.


fresh flower untuk bilik n hand flower
berat menanggung beban di kepala


girlfrens since muda belia, semua da selamat. tunggu cikgu qila tu je

That night memang sebak. tapi kan Amin memang takde perasan betul.
Dia baca taklik mendatar je. Suara pon tersepit.
Cuba kalau berbual dengan aku, kemain la suarakan.
Kat Jb kan ada lafaz keluarga sakinah.
tapi time aku, ibu takde baca pulak.
itu kalau ibu baca, konpem laju je air mata.

time skrip aku, aku memang baca sepenuh perasaa.
dalam skrip tu ada cakap, "terima kasih ayah, ibu sebab menjaga saya"
"saya mohon maaf ...."
serius memang aku baca dengan penuh keikhlasan.
aku baca pun sekat2 kot.

then, da peluk2 semua, naik bilik kasi setel bergambar.
by the time aku turun, macam lupa nak amik gambar dengan
keluarga and sedara mara.
takde sape pun remindkan kitorang.
ralat jugak.
Tadi petang masa aqiqah rayyan pun same.

lauk untuk malam ni, kambing aqiqah tadi.
pastu, eh, da lupa lah.
nanti balik JB, cekidaut balik.
aku ada tulis dalam buku catatanku.

setel kemas semua dalam pukul 1 am.
Serius penat. sebelum tidur, aku setelkan sikit
kerja2 centerpiece yg terbengkalai tuh.
tapi mata sudah tak larat dah.
pusing sana pusing sini, panggil ibu masuk bilik.
ibu tak boleh dibiarkan, nanti dia kemas non stop.

kami pun tidur dalam pukul 3 am.
tidur berjemaah dalam bilik pengantin.
tidur dalam senyuman sebab lega dah dinikahkan.
rasa lapang jugak sebab tadi da mintak maaf dengan ibu n ayah.





Tuesday, February 21, 2012

Finally, selesai sudah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aktiviti last weekend agak pack.
Tapi kami adalah puas hati sebab da setel.
Aktiviti menziarah sedara-mara area KL/Selangor la kan.
Sebelum inai di jari abes, baik setelkan sume tuh.

Seingat aku, rumah yang kami ziarah untuk side aku adalah
  • Mak Long Kempas-Ibu
  • Mak Long Cheah.- Ayah
  • Mak Busu Ina - Ibu
  • Cik Nani - Ayah
  • Pak Busu Naim - Ayah
  • Mak Uda. - Ibu
Rasanya ini je kot yang ada area sini.

Side Amin pulak (ini je yang masih hidup)
  • Pak Busu kat tiram - Mak
  • Mak Long kat pontian. - arwah Bak
Adik bradik plak side aku just family Kak Lin kat Putrajaya.
Done already. Sebelum kawin pun setiap weekend kat situ la port kami.
Lepas kawin, baru last week pegi.
Anak buah pun baru sorang. If Amin takleh ingat, tak taula nak kata apa.

Adik bradik Amin:
  • Kak Uwin
  • Nora/ Rashid
  • Abang Sham
  • Abang Khai / Badariah
  • Abang Jai / Zana
  • Kak Eda ngan Kak Ina pun kira da.
  • Kak Ngah / abg din kat Kuantan je belum.
Aku saja revise balik. Sebab aku dalam proses nak ingat nama side Amin.
Anak buah saja da 30++. Rupa pun lebih kurang.
Memang aku sampai la ni tak ingat.

Kira family belah Amin da kategori setel.
Family belah aku memang tak dapat nak complete sebab
adik bradik ayah ngan ibu ada kat JB ngan Melaka.
Tapi aku dalam kategori lega la sebab yang paling tua kami da visit.

Nak ikutkan aku ngan Amin takdelah peramah mana kan.
Tapi sampai bila nak jadi macam tuh.
Even aku sendiri bila jumpa diorang, agak kaku nak berbual.
Lagi best bila tetiba semua senyap, lantas bunyi cengkerik.
Kekadang tuh, ntah apa² jela yang kuar dari mulut.
Sengal nyer bila ingat² balik.. Harap mereka memahami.

Diorang pesan, bawak² pakat. apa² masalah kena bincang.
Jauh beza life lepas kawin ni. Banyak la pesanan diorang.
Aku angguk², senyum², dalam pala otak da imagine macam manala rupa aku nanti
lima tahun akan datang bersama keluarga tercinta.









Wednesday, February 1, 2012

Kawan Saya Kawin ! (2)

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Like this pic

Hasil yg cantik padahal sbelah uma je pun.
Jijah kawin awal bulan 12 tahun lepas.
Baru la ni terhegeh2 nak up story.
Very the pemalash.
Eh. bukan pemalas la. Busy ya amat. kononnnn...

Jijah, seorang yg suke plan awal2.
sume dia nak setel awal2.
sampaikan aku tak dapat nak tolong pape.
Kebetulan Myra tengah cuti.
So dia  la yg banyak tolong Jijah.

Aku datang ari sabtu.
Ari Jijah ngan Nazri nikah.
Datang awal sikit utk cekidaut Jijah.
Memang takde apa yg boleh ditolong.
Tolong makan je.

Jijah guna bridal yg sama time She.
Memang bridal ni ada masalah attitude la.
Datang gila lambat.
Pastu tak say sorry pun.
Kesian Jijah.
Da la nervos nak nikah.

Jijah nikah lepas zohor kat masjid.
pastu makan2 kat uma.
pastu kitorang da kenyang,
kitorang pun balik.

Ahad, memang aku datang as a tetamu betul.
datang ngan parent.
jijah buat kat dewan taman rinting.
lagi la takde pape nak tolong kan.
tolong makan lagi sekali.

Makanan adalah sedap.
Guna catering family She
Tukang masak bapak She, tukang servis bapak Wak Leh uruskan.
baru start bisnes tu. Jijah customer pertama.

Kek juga adalah sedap.
Cheese cake santek.
tempah kat aunty Sarimah

OP same ngan aku.
Nadi Arts Photography.
Aku amik nadi arts pon sebab jijah yg promote gile2.

Yang lain2 aku tatau dia amek katne.
Sepanjang majlis, aku terlalu menikmati makanan.
Tapi aku tak dapat stay lama.
Habis potong kek semua,
aku gerak balik KL.
Sorang lagi besti yg telah gugur daranya.
 Alhamdulillah...

Candid !

Kacau perantin makan







Thursday, November 17, 2011

Kawan Saya Kahwin !

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Hari ni Malaysia Vs Indonesia kan.
Takuit nyer..
Mesti aku tak nengok sangat.
Sebab aku emo terlebih nanti.
Darah gemuruh yang lebih.
pastu siap sejuk kaki dan tangan.
Hover gituh..


Ok.
Nak rekodkan hari bersejarah Shaera Illiana binti Norizan dan Muhammad Salleh Abu Bakar.
Before this penah rekodkan hari pertunangan mereka.
Aku kenal Wak Leh dlu.
Asal2 kenal time tadika lagi.
Continue sekolah rendah, sekolah menengah.
She pulak aku kenal since sekolah menengah.
Diorang ni pun start bercinta since form 5.

She penah kantoi ngan bapak dia tau.
Naik motor ngan Wak Leh nak balik uma.
Alih2 pakcik norizan muncul dari belakang.
hamek kau!
sampai uma terus kena sedas..

Tapi tu dulu la kan.
Now, da kawin. Berbaloi kena lempang sedas.
She keje bagus, Wak Leh pun keje bagus.


Aku da janji dengan she nak stay uma dia on friday.
so, aku jadik buruh epal malam tuh.

 Ini lah dia hasilnya.
She bagi ni untuk semua tetamu.

 Bukti aku buat keje.
Bukan mengular.

 Jijah da penat la tuh.
Kitorang pun bukannya buat 1000 biji.
Kitorang kira buruh shift malam.
Nak tak nak mesti habiskan malam tuh gak.

 Da penat buat keje.
Haruslah prektis pula.

  
Suke la mini pelamin ni.
Simple da cantek kan.

29 OKTOBER 2011

Kami yang sangat komited.
Pepagi lagi da siap.
Time ni She buat majlis khatam al-Quran.

 Bridemaids tengah bersiap.

Capturde from tangga

 
 
 Pantang jumpa kamera.
Cer baca dengan khusyuk!

 Baru habis majlis khatam.
Amik kesempatan.

  Jijah-Perasan Nora Danish

Qilah-Still single and available.
Teacher-to-be

 3 Suara..hahaha
Ada 3 saiz berlainan.
 
Sebahagian bridemaids

 Pre-wed she sangat cantek okey.
Tapi mahal nak mamps.
RM3k. Cuma dapat beberapa item. NO soft copy!
Tapi hasil dia memang tak bley dipertikaikan.
Sesapa yang berminat, sila la ke Esa Wedding.

 Lepas Zohor majlis nikah pulak.
Wak Leh steady. Siap tersasul plak.
"Aku terima nikah Shaera binti Illiana...."
2 kali lafaz, maka sah la mereka sebagai suami isteri.
Tok Kadi pun best. Cool.




 
 Part paling sedih and sebak.
Lafaz sakinah daripada ibu bapa.
Dengar pun boleh nangis tau

30 OKTOBER 2011

Resepsi kat Dewan Jubli Intan.
Sewa dia RM1k. Duit keselamatan RM1k.
If tanya aku. Aku tak berapa minat dewan ni.
Sebab dewan ni agak gelap.
Kurang lampu.Nak2 kat area tepi2.
Nasik pun tak nampak.
Tapi ape2 hal buat kat dewan memang selesa.
Hujan ke panas, tak terganggu.
Dekorasi cantik.
Makanan pun sedap.
Kami gembira.
Pengantin lega...

 Baijun N Airish. Ni pun aku kenal since tadika
Aku dokongkan Rayyan while mak pak dia makan.
Budak ni punya la bising.
Dia rilek je tido.


~~Girls~~


 Mekap bridal lain.
Baju bridal lain.
Deko2 bridal lain.
Hasil sume superb.

 Boy? kenot go.
~~Mens~~

Finally, selamat mereka disatukan.
A week before sampai la malam nak dinikahkan tu
She menjadi bridezilla yg mengganas.
Hehehe.
Happy for them...