Tuesday, February 21, 2012

Finally, selesai sudah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Aktiviti last weekend agak pack.
Tapi kami adalah puas hati sebab da setel.
Aktiviti menziarah sedara-mara area KL/Selangor la kan.
Sebelum inai di jari abes, baik setelkan sume tuh.

Seingat aku, rumah yang kami ziarah untuk side aku adalah
  • Mak Long Kempas-Ibu
  • Mak Long Cheah.- Ayah
  • Mak Busu Ina - Ibu
  • Cik Nani - Ayah
  • Pak Busu Naim - Ayah
  • Mak Uda. - Ibu
Rasanya ini je kot yang ada area sini.

Side Amin pulak (ini je yang masih hidup)
  • Pak Busu kat tiram - Mak
  • Mak Long kat pontian. - arwah Bak
Adik bradik plak side aku just family Kak Lin kat Putrajaya.
Done already. Sebelum kawin pun setiap weekend kat situ la port kami.
Lepas kawin, baru last week pegi.
Anak buah pun baru sorang. If Amin takleh ingat, tak taula nak kata apa.

Adik bradik Amin:
  • Kak Uwin
  • Nora/ Rashid
  • Abang Sham
  • Abang Khai / Badariah
  • Abang Jai / Zana
  • Kak Eda ngan Kak Ina pun kira da.
  • Kak Ngah / abg din kat Kuantan je belum.
Aku saja revise balik. Sebab aku dalam proses nak ingat nama side Amin.
Anak buah saja da 30++. Rupa pun lebih kurang.
Memang aku sampai la ni tak ingat.

Kira family belah Amin da kategori setel.
Family belah aku memang tak dapat nak complete sebab
adik bradik ayah ngan ibu ada kat JB ngan Melaka.
Tapi aku dalam kategori lega la sebab yang paling tua kami da visit.

Nak ikutkan aku ngan Amin takdelah peramah mana kan.
Tapi sampai bila nak jadi macam tuh.
Even aku sendiri bila jumpa diorang, agak kaku nak berbual.
Lagi best bila tetiba semua senyap, lantas bunyi cengkerik.
Kekadang tuh, ntah apa² jela yang kuar dari mulut.
Sengal nyer bila ingat² balik.. Harap mereka memahami.

Diorang pesan, bawak² pakat. apa² masalah kena bincang.
Jauh beza life lepas kawin ni. Banyak la pesanan diorang.
Aku angguk², senyum², dalam pala otak da imagine macam manala rupa aku nanti
lima tahun akan datang bersama keluarga tercinta.









No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel