Salam 1Malaysia...
Kami adalah pasangan weekend..
Maka, masih banyak yang belum berubah terutama dari segi rutin harian.
Isnin sampai Jumaat, dia di sana, aku di sini.
Kerja seperti biasa. Balik kerja juga seperti biasa.
Aku tak perlu nak rushing buat kerja rumah.
Tak perlu nak fikir lauk apa nak masak untuk makan malam.
Sebab tulah bila orang tanya, apa perubahan selepas kawin?
Aku jawab takde apa² yang berubah.
CUMA... hati adalah tenang...
dan yang pasti hujung minggu aku adalah sibuk.
Tanggungjawab juga bertambah.
Pagi² bangun beria nak buatkan breakfast.
Lepas tuh fikir nak buat lunch pulak.
Pastu terlebih rajin buat minum petang.
Pastu malam, makan jela lauk lunch tadi.
Tapi itu cuma untuk 1 hari saja.
Sempena ulang tahun sebulan perkahwinan.
Aku pun tak pasti sampai bila aku boleh bertahan dengan kerajinan itu.
Sebab aku jenis malas, duduk dapur lagi la aku malas.
Cuma bila terkenangkan sudahlah jumpa weekend je,
takkanlah nak malas jugak. Sangat melampau ok.
Lauk pertama sempena sebulan kahwin : Kacang buncis goreng, Sambal sardin, dan telur dadar. *Amin kata sedap*weeeeee lompat bintang... |
Tapi, malam tuh kami laki bini sakit perut sebab banyak sangat makan sambal kot.
Perut terkejut. Cili pun kemain la pedas. Takpe, ini adalah cubaan pertama.
Sebelum masak, siap call ibu tanya resepi sambal sardin.
Yang penting aku berusaha. Pandai jugak aku masak ek.
Pandai la sangat. Orang lain pejam mata je buat sambal sardin.
05/02/2012 : Ini masa attend wedding cousin kat Kota Tinggi. Harap Amin takkan bela misai sampai macam tuh skali. Takuit. |
Gambar di bawah semuanya bertarikh 31/01/2012.
Baru lebih kurang seminggu kawin. Da naik keje.
Tapi rindu katanya. Maka Amin datang untuk dinner bersama.
Macam ni rupanya orang baru kawin ek.
Dinner pertama kami setelah bergelar suami isteri.
Lokasi : Williams Corner, Kelana Jaya.
Avocado+strawberry blend (sedap) dan Soda herb (sedap). |
Nasi Gorang Ketam Soft shell untuk Amin (sedap) |
Desert, coklat apa ntah untuk aku. rasa dia sedap, tapi sangatlah pekat coklat dia. |
Gambar penutup : Kesayangan time attend wedding kat Kota Tinggi. Biar bising macam mana pun, dia kata dia nak tido, dia tido jugak. |
Antaranya,
Ko janganlah gegar kuat sangat, nanti lampu ni jatuh pulakPesanan orang yang pasang lampu dinding.
Hakikatnya, kami tidur bersama di depan tv. Itu adalah tradisi keluarga aku kot.
Time akak aku pun diorang tak tido kat katil empuk tuh.
Bagi ibu dengan ayah yang tidur. Sebab diorang lagi perlukan tilam empuk.
Tapi malam esoknya, kat umah Amin, kami dapat tidur dalam bilik.
Tapi,,,, tak terjadi apa² pun sebab kami adalah letih yang melampau.
Dan di bilik ini jugak, aku ngigau apa ntah, lantas tertumbuk manja dagu
suamiku. Terkejut Amin. Maap.. maap..
Nasib kat dagu kan.. Kalau kat tempat sensitif???
Saja je nak letak gambar bilik pengantin kami. Oren jugak. |
No comments:
Post a Comment
Silalah mengomel-ngomel