Tuesday, February 14, 2012

Kehidupan selepas kawin

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Kami adalah perkahwinan jarak jauh.
tapi takdelah jauh sangat.
Aku kat kat PJ, Amin kat Semenyih.
Tapi kalau nak berulang alik setiap hari, minyak dan tol lebih kurang rm700 sebulan.
Itu tak termasuklah servis kete bagai.
End up, amik keputusan untuk sementara waktu PJJ dulu.
Wiken boleh la bertonyeh.

Aktiviti transform rumah sewa kami masih lagi on the way.
Dari rumah bujang Amin ke rumah orang da kawin.
Susah jugak kan nak menghias rumah.
Aku sangatla tak pandai.

Kami masih mengenal hati budi masing2.
Stetmen ala retis gitu.
Bila da kawin baru lagi ketara sifat masing2.
Sebab da duduk 1 rumah kan.
Baru tau perangai dia yang lain2 tuh.

Walaupun jarang jumpa, still ada selisih faham here n there.
Sejak bercinta dulu till now, kami tak pernah bergado bagai nak rak.
bagai nak rak bermaksud meninggi suara apatah lagi nak memaki hamun.
Belum pernah sama sekali.
Harap ini berkekalan.

Aku kan stok2 Siput Srawak yang menangis di tepi jendela.
Itu jela yang aku tau.
Baru je nak meluahkan perasaan, baru berapa baris, da air mata yg laju.
Da tuh bila masa lak nak melahirkan perasaan yg tak puas ati ni.

Aktiviti melawat sedara mara masih belum abis.
Memandangkan kami berada di sini, maka sedara mara kat sini jela yg mampu kami visit.
yang kat JB and Melaka and Kuantan, tak dapek den nak nolong.
Mak mertua aku yg banyak kali remind kan kitorang.
Sruh mlawat orang2 tua especiallly adik bradik ngan pak cik mak cik.
Tapikan, kami ni bukan peramah pun. ntah canelah nak bawak diri.

Nak bawak diri as a wife pun masih lagi kekok.
Nak call mak mertua tanya khabar pun segan.
Untungkan kalau jadi seorang yang peramah.
pandai je nak mengatur ayat.


# Post wedding kitorang buat bulan 3. dan album akan dapat bulan 4. Lama jugak kan.



Teaser lagi





No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel