Salam 1Malaysia...
Ha.. Tu dia..
Ada gak cacat cela time wedding ari tuh.
Padahal da sediakan checklist.
Tapi disebabkan malas nak cekidaut, ni makan dia...
Bridal ni memang aku takkan rekemen kat kekawan.
Cukuplah aku je jadi mangsa.
Aku copy paste review yg aku PM kat dia.
Salam...
Saya nak jumpa akak. Tapi akak adalah super busy kan. Saya nak review semua sekali demi kebaikan akak jugak. Saya tak dapat pape pun.
Attitude
1. Sejak saya start contact akak, sangat sukar nak dapatkan respon daripada akak. Macam2 alasan akak bagi untuk tutup kelemahan akak. Sebagai orang meniaga, setiap customer membawa rezeki kan.
2. Banyak kali saya call/ SMS/ FB, yg jawabnya sekali je.
3. Saya faham akak sibuk, tapi akak jugak kena faham customer pun sibuk jugak.
4. Tapikan agak pelik bila akak mampu untuk SMS sy ari2 mintak payment.
Majlis saya
PAKEJ JASMINE – RM2200
-Pelamin vvip (3 panel bwh khemah)
Pelamin saya puas hati. Simple, tak sarat.
-Sepasang baju lace/songket (L/P)
Baju saya ok. Tapi still terdedah kat blakng. Dan sy cuma diberi 2 pilihan. sama ada pakai inner yg sememangnya nmpk burok atau biarkan dia terdedah.
kain adalah longgar. Sampaikan asik melorot je. Akak tak provide pin. Mujur Caca tolong pinkan dengan brooch Mak saya. Tapi benda2 mcm tu mana kukuh.Duduk bangun da terbukak. Saya memang sangatla tak selesa. Kat tengah2 pelamin sibuk betulkan kain. Again, saya sangat2 malu.
Baju amin ok. Tali yg ala2 tali pinggang tu tak muat. Nasib Caca gigih tolong jahitkan.
-baju nikah l/p
Baju amin ok.
Baju saya adalah super ketat. Da macam sarung nangka. Malu saya kak. Sangat2 malu. Rupa blakang baju da mcm nak terkoyak.
Sebab tula saya request full fitting. Tapi akak tak abes2 dengan alasan sibuk. Benda2 kecil mcm jarum peniti, pin etc pun akak tak provide kan.
-Arch
Ramai orang komplen benda tu terlalu simple. Tiang yg dililit dengan bunga menjalar.
Saya boleh abaikan saja.
-2x Makeup
Saya sangat2 puas hati dengan Caca. Dia berusaha untuk cantikkan saya. Tepat pada masa. Dia berusaha pegi beli jarum peniti sendiri.
-Alatan merenjis -ok
-Aksesori –ok. Suppose diuruskan lebih kemas. Bukan campak terus dalam paper beg. Banyak batu da tertanggal.
-Bantal nikah –da tiba masanya akak ganti bantal nikah yg lain. Bantal tu kusam, kemek, lembik.
-Hiasan meja beradab serta backdrop + meja kek
Apakah maksud hiasan di sini? Setahu saya meja beradab saya just ada backdrop yang digantung macam tu je. Tak kemas. Melambai2 bila ditiup angin. Bila da melambai2 tuh. da xde maknanya backdrop tu.
-Payung – just dapat 1 payung. Nak berarak cane? Saya dan amin berarak tanpa payung
-Kipas - kipas dan alas tangan adalah kotor, keruh, kepam. Cameramen fokus, jelas dan nyata benda tu kotor. Mencacatkan gambar.
-Bunga Tangan -baju saya color kuning, sangat tak sesuai bunga tangan color kuning gak. Bunga pun tercabut. Nasib kawan saya sempat buatkan bunga tangan.
-Kasut (p shj) –saya tak pakai.
-mini pelamin standart – mula2 datang, pasang 2 spotlight. 1 tak nyala, terus pasang 1 je. Apala salahnya pegi cari lg 1 lampu. Saya mengharapkan spotlight untuk naik kan warna merah yg da kusam. Tapi xde usaha drp pihak anda.
Majlis Amin
PAKEJ LILY– RM1000.00
-Pelamin standard
Pelamin digantikan dengan meja damai. Akak JANJI, meja damai adalah meriah. Akak nak letak 1 panel kat meja damai. Itu akak yg janji.
Tapi hasilnya adalah mengecewakan. Again, tirai hanya digantung mcm tu je. Ada la flower sikit2. Bila ditiup angin, kain melambai entah ke mana. Stand dengan flower jatuh. Sikit lagi nak kena ayah saya yang tengah makan. Kenapa takde usaha drp pihak akak untuk sendalkan sesuatu kat stand tu agar dia lebih kukuh. Plus, keluarga mertua saya siap keluarkan kain sendiri untuk tambah SERI kat tirai tu. Yg paling penting, takde pun panel yg akak janjikan tuh.
-Sepasang baju lace/songket (L/P)
Again tali pinggang Amin tak kukuh. Baru duduk, da tercabut. Memang keje betulkan pin jela.
-Arch –Ini pun tak nampak bayang.
-1x Makeup –ok.puas hati.
-Aksesori –ok.
-Payung –ini pun takde.
-Kipas – takde
-Bunga Tangan -tak guna
-Kasut (p shj) -tak guna
To be honest, based on review dr kekawan, kualiti akak memang menurun. apa yg sy dpt sgt jauh bezanya dgn kwn2 yg kawin tahun 2010.
saya tak mengharapkan sesuatu yg luar biasa drp akak. tapi sy mengharapkan kekemasan dan segala yg akak janjikan, akak tunaikan.
Then dia balas...
salam zara, ok thanks.. Akk terima dgn hati terbuka.. Akk mintak maaf byk2 k.. ok x pe.. Zara dh byr ke balance tu.. Akk x kira harga utk panel rmh amin n arch dia.. K..
Pastukan, esoknya aku nengok kat wall dia. Dia update status lebih kurang bunyi macam ni
Jgn lah suke sangat mengkritik org.. Tiada dlm dunia ni yang perfect.. Kalau bercakap tu fikirlah perasaan org, hari ini org mengkritik org, esk lusa org yg akan mengkritik awk.. Bru tahu perasaan awk mcm mana.. Bukan mcm tu kalau menegur seseorang kalau ada ayat menyindir.. Ok.
Aku tak tau la dia cite pasal sapa kan.
Tapi luahan dia tu bebetul sehari selepas aku dok review hasil keje dia.
aku bayar ape...
aku bayar full ok walaupun aku tak puas ati mana.
And dia bagi refund tapi just rm100.
Rm50 untuk panel dan rm50 untuk arch.
Gile sikit. Cuba kalau kita mintak add on. Memang la dia letak hege 2x ganda.
Belum cita pasal mekap dia pulak.
Masa aku bertandang, dia yang mekap.
Ntah lipstik tahun bila dia sapu.
Jadi bergentel2. Nasib kekawan ade lip gloss.
Nasibla time aku nikah n sanding dia bagi job tu kat orang lain.
yang ini memang aku well rekemen.
datang awal, then kita diskas a bit nak mekap mcm mane.
pastu dia sungguh2 nak siapkan kita.
nama dia Aishah
Tapi nampaknya FB dia macam tak ber update je.
Kedai dia lagila kan. Aku fitting diruang yang terbuka.
Sangat la tak selesa ok. Cermin pun takde.
Lepas majlis aku, aku nak setelkan payment. Nak jumpa dia skali.
Dia mengelak tuh. Dia kata kedai dia renovate.
Kebetulan membe aku pun amik ngan dia. majlis pulak sminggu selepas aku.
Aku ikut la dia g kedai tuh. Memang cenggitu gak rupa.
Celah mana ntah yg dikatakan renovate.
dia pun takde. anta wakil je.
Ada vendor yg bukan dalam kelompok bridal bagitau aku.
Bridal aku ni keje bagus. kreatip.
Tapi tu la kan. Bila dia tengah naik, tengah masyuk,
dia sudah tamak.
Semua job dia nak amik. Padahal dia da tak cukup kakitangan.
Tuh yg hasil agak mendukacitakan.
Lagi 1 perangai vendor2 ni kan. tak semua tau.
Time kita discuss, kita cakap nak macam mana.
dia dok angguk2 , boleh..boleh...
Tapi bila tiba masa kan nanti dia sound kita balik.
Awak tak cakap pun awak nak mcam ni ..bla.. bla..
Haih la nasib.
Bridal ni penah masuk majalah eh.
yg dia upload kat FB hanyalah hasil yg terbaik sahaja.
yg biasa2 ni dia tak uplod pon.
Maka jangan tertipu.
To those bride to be from Johor yg nak tau bridal mana, leh la tinggalkan emel anda.
Aku takmo la bagitau secara terang2.
Kesian pulok..
Dan ini adalah pelamin saya. seperti yg direquest...
Aku suka pelamin aku. Simple dan tak crowded dengan bunga |
Picture canvas buat kat TPC
1 just rm 90 selepas diskaun 50% dapat kat MAD.
JImat di situ. Rasa sangat berbaloi sebab sekarang ni
da gantung kat uma. buat hiasan dinding.
Tapi kekadang segan lak nengok muka sendiri kemain besar.
3 model tak berbayar. |
Mini pelamin adalah super simple.
Kekadang fikir macam tak berbaloi lak.
Dia just letak 4 pasu tuh. hurm.
Ok. Cukup sampai di sini saya merempan.
salam.
ReplyDeletebaru first time terbaca ur blog... :)
congrats majlis dah selamat berlangsung...
and pelamin cantikk :))
and pasal komen2 lain tu, aduhai menakutkan..
saya tade la plan nak kawin dalam masa terdekat ni,tp serious benda2 mcm ni menakutkan:( dah la saya berbadan tak berapa nak kecik :(
mana lagi gamba... nak tgk boleee?
Liys
Hye Liys.. thanks for visit..
Delete