Wednesday, February 22, 2012

Mari Mengemas Rumah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Permulaan mengemas rumah.
Perlu transform daripada rumah bujang Amin ke Rumah Kami.
Tidak la fully furnish tapi ade la sikit2.
so guna jela apa yang ada. belum ada modal mau beli barang.

Tapi keperluan asas perlu dibeli juga.
Mujurlah rumah kami area pekan Semenyih.
So, tak susahlah nak cari kedai keperluan harian
macam kedai hardware, tikar getah tuh semua.

Tikar getah adalah mahal eh. Aku beli yang murah punya je.
Nipissss sekali. Sekaki  ke seapa ntah da 2 ringgit lebih.
kami beli untuk hall je pun da RM115..
Pastu beli la tali spring untuk gantung langsir.
Ye. orang sekarang da tak pakai lagi benda ni.



Tapi apa boleh buat, kami perlu berjimat.
Dawai tu baru rm14 untuk 1 rumah. tu pun ada balance lagi.
Langsir pun fesyen zaman dolu2 hasil sumbangan mak mertua.
Tapi dapat gak 1 rumah siap ngan bilik sekali.
Janji tingkap kami tak melopong.

Kondisi rumah adalah menggerunkan pada mata aku.
Bilik yg sebelum ni rakan serumah amin duduk ditinggalkan macam tu je.
Budak tu rasanya angkut baju je kot sebab kan dalam bilik tu
dasat giler.

Tambah lak penyewa sebelum diorang da duduk rumah tuh almost 10 tahun kot.
Kemain la berkerak dinding. bawah tikar getah da jadi komuniti semut.
Area balkoni sekangkang kera penuh dengan segala ntah apa benda.
Dinding jangan cakap la. stok suka menebuk dinding kot.
Kami mengemas 2 orang. sampai aku demam sebab penuh habuk.
nasib amin adalah rajin sikit je dari aku. maka dialah yang keje lebih.

Now, rumah kami tidaklah complete.
tapi sudah selesa untuk diduduki.
tunggu rak buatan amin siap pulak.
Total duit abis untuk benda2 macam ni dalam 300 gak.
padahal benda2 kecik je pun. duit kan..

Aku rasa para pengantin baru macam aku memang excited nak menghias rumah.
Tak kira ada kos ke takde. Tetapla nak menghias sikit2.
Aku stok tak geti menghias. Aku geti kemas je.
bila Amin tanya aku nak hias apa kat dinding,
aku just sruh dia gantung gambar kami time kawin rituh. cukup.
No flower in our house. patutlah tak berseri.

Last week lepas visit mak busu kat subang, kami singgah la Ikea.
Sebelum ni beli barang sikit2 je. Tak pernah beria.
Tapi bila da ada rumah sendiri, kemain la hover.
Barang dalam list cuma 3. Tapi end up habis gak rm100 lebih.
Padahal beli barang murah je. Tapi aktiviti ini adalah seronok.
Kami pilih dan belek bersama. Tanya pendapat. nengok harga.
dia tengok aku, aku tengok dia. letak balik kat rak.
Asah pisau pun da 16.90. Aku beli sebab ibu kate guna ni best.

4.90. roller lekat2 habuk. pengaruh daripada kakak aku.

9.90 tak suka plastik da bukak pastu terdedah.

2.90 Gantung kat tingkap sinki. Tos sebelum simpan.

7.90. Memang wajib ada la kan.

6.90. nak simpan gula. Ini yang paling kedap rasanya.

11.90 kot. Hahaha. Ini Amin yang minat. Aku rasa aku guna sudip je.

3.90. Ini da memang keperluan la kan. 

Barang paling mahal aku beli 19.90. Sebab nak replace meja kopi dalam bilik sewa.
So, ini lah meja makan aku kat bilik sewa. Kale pink tuh....
2.90. Rumah Amin ada 1 gerobok letak dapur gas. Ini mau letak dalam laci gerobok.
4.90. Ini pun mau letak dalam laci gerobok.
non stick pan 8.90. Ibu kata best. Aku pun terjebak. Masalahnya, rajin ke aku nak masak?

menatang kecik ni 1.90/ pcs. Nak suasana nyaman katanya.


9.90. Bau cherry. Da try bakar sekali 2. Bau sodap. Kuat jugak.
Lena aku tidur

4.90 dapat 3. Harus la belikan. 
Ini je masalahnya. Carik bagai nak rak. Tapi tak jumpa.
Da 2x pegi pun tak jumpa.


Minggu ni balik Rumah Kami nak buat ape eh.
Rasa macam nak masak la. Gas da ada.
Tapi takuit nak tunjuk skill. Kalau beliau makan sikit je cane.
Cepatlah wikennnnnn.....

Ikea tengah buat promo ayan sekor kat cafe dia kan.
Nampak macam sedap je. Tapi kami time tu da full. just sapedeq meatball je.
almond dark coklat juga sedap sebab tak berapa manis.










No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel