Salam 1Malaysia...
Entri pada hari jumaat berunsur keagamaan sikit.
Sebelum walimah aku ari tuh...
Aku ni sibuk la cari pendapat orang2 yg boleh diyakini pasal adat ni.
Aku plan nak adakan adat ni just untuk suka2.
Bagi meriahkan majlis katanya.
Guna air mawar dan juga bunga rampai sahaja.
Takde niat lain.
Tapi mostly yang explain dalam internet semuanya gunakan item2 lain.
Seperti beras dan telur.
So, aku pun ambil la inisiatif untuk mengemail seseorang yang aku yakin.
Aku try la tanya soklan kat Ustaz ni.
Tak sangka lak dia reply. Terima kasih bebanyak ye Ustaz.
Sila la terjah blog Tuan Kadi Kluang
Soalan daripada pihak aku:
Boleh tak Ustaz kupaskan isu adat merenjis/ tepung tawar. Keluarga saya inginkan adat ini dikekalkan sewaktu walimatulurus saya nanti. Hanya menggunakan bunga rampai dan air mawar. Mereka kata dengan niat suka2 saja. bagi meriah lagi majlis.
Jawapan daripada beliau:
Kalau biasa-biasa saja adalah harus. Tapi kalau ada niat untuk menolak bala atau jampi serapah, adalah haram. Jadi, yang dibuat dalam majlis kawin atau khatan adalah harus, kecuali melampaui batasan syarak.
Kekeliruan ini turut dihuraikan oleh jiran aku.
waktu meeting sempena majlis aku.
Jiran yg juga ustazah.
benda ni semua tak jadi salah pun. yang salah kalau dibaling beras atau segala makanan. kan membazir namanya tu.
Hoyeh ! Hoyeh !
Lantas kami pun merenjis tanpa ragu lagi.
Item dalam merenjis adalah air mawar dan bunga rampai saja.
Merenjislah tanpa was-was.
No comments:
Post a Comment
Silalah mengomel-ngomel