Tuesday, June 25, 2013

Bulan enam bulan harijadi bulan berkarok

Hye uollsss...

Sekejap je kan da masuk mid year.
Banyak lagi perkara yang diplan tak terlaksana.
Pending sana sini.

Bila da masuk bulan enam ni, means bday Amin around the corner.
Takkan nak celebrate macam tahun lepas pulak kan.
Tapi memang yer pun.
This time, dia yang nak macam tuh.
Utilize the bday card to the max.

kan last year aku ada crite pasal buat kat bday kat green box.
RM5 je untuk whole life.
boleh guna seminggu sepanjang bday. semua session.
let say bday on 26th like Amin,
so, boleh guna start on 23rd sampai la 29th.
Dia jela free, aku ni haruslah bayar.


23rd jatuh pada hari Ahad.
Memang da cantik sangatkan.
Kena pulak bangun pagi tu, kemahin kering cuaca.
Panas berdenting disulami jerebu agak tebal.

Maka, pagi2 lagi kitorang da beratur nak masuk jusco balakong.
ingatkan pegi pukul 10 tak ramai.
rupanya ramai gak yang macam kitorang ni.
sesak weh duduk rumah.
rumah da la keliling ada lubang angin.
takdak ekon lak tuh. sesak nafas.
haruslah cari tempat yang dingin.

Pagi tuh, amik session yang dari pukul 10 sampai 1.
RM16++ include 1 set lunch and drink free flow.
sup pn free flow. tapi rasa dia sedih la.
air yang ada, air gas dlm 5/6 jenis, panas 3 jenis, dgn 2 jenis air seperti di bawah ini.
Amin amik set lunch yg RM22++.
Diorang kira yg mahal je. yg RM16 tu free.
Total semua RM25 termasuk tax.
Dapat nyanyi dan dapat makan.
Amacam? jimat kan.
Sangat sesuai pegi 2 orang je. sebab dalam masa 3 jam
mana nak makan, mana nak nyanyi.


Buah juga percuma. Tapi sepiring ni jela.


Set apa ntah nama dia. ayam dia dicurahkan sambal sweet sour.





Orang kemaruk nak nyanyi.
belum apa2 da pegang mic.
aku punya set sampai dulu.
maka haruslah aku makan dulu.
sebab tau dah. walaupun aku makan dulu.
tetaplah dia yang abis dulu.




Now, diorang da pakai touch screen eh.
macam leceh jugak lah.
sebab ko kena duduk kat screen tuh nak pilih lagu.
kejap2 kena tukar tempat.
screen tu yg kale merah sebelah Amin.
haruslah dia yg conquer tempat tuh.

ok. ni cite hari ahad.
abis mengaruk. kami berhirah pulak ke Alamanda.
memang takde uma ke apa.
kali ni nak nengok wayang pulak.
nengok ada fast furios 6 yang da basi itu.
timing pulak cantek.
haruslah layan kan aje.

Hari isnin, balik keje.
naik je kete, macam biasa soalan amin,
Him: Ke mana kita?
Me: balik lah, apa lagi.
Bini berhati kering.
pastu dia berkira-kira. pastu dia hint-hint.
end up, aku kena call buat reservation.
apa kemaruk sangat laki ku ini.

this time, bill adalah RM40 termasuk tax.
Dinner session adalah RM34++.
Makan lah kau sampai pukul 10.
pastu tidbit boleh telah sampai kol 2 pagi.
sapa jela larat nak mengaruk selama itu.
da la pegi 2 orang je kan.
mau tertanggal anak tekak.


round pertama. Amin di posisi tetap dia.


aku masih berbaju kurung.

Kitorang balik pukul 11.
dapat nyanyi puas2 pakej dengan perut kenyang.
Inilah caranya menyambut hari jadi dengan penjimatan hebat.
Selasa turn amin kena duduk kilang sampai pukul 12 tengah malam.
adakah rabu nanti beliau men sugest aktiviti yang sama?
Tunggu....




Tuesday, June 4, 2013

Seorang lagi pergi tak kembali


Assalamualaikum WBT...
Salam sejahtera.


Hari Ahad, 2 Jun 2013, bersamaan 23 Rejab 1434H,
Uncle Alim/ Pak Uda telah kembali kepada Penciptanya pada jam 2.00 pagi.

Sedih.
Tahun lepas, bulan 5 Pak Ngah pergi selamanya.
Tahun ni, Uncle Alim pulak.
Teringat tahun lepas, waktu jenazah Pak Ngah diangkat ke dalam van jenazah.
Uncle Alim cakap, daripada 9 da tinggal 8.
Pergi tetap pergi, yang mana dulu yang mana kendian, itu keje Allah.
Lepas ni taktau lah siapa
Ikut pada sijil kematian ni, arwah meninggal sebab sakit jantung.

Hari sabtu hari tuh, game JDT VS Pahang.
Aku ngan Amin pergi stadium.
menjerit bagai nak rak. tapi sakit juga la jantung nengok game tu kan.
Malam tuh, abis trus tido rumah kak lin.

Dalam pukul 630, Ayah call, tapi aku tak sempat jawab.
Situ da mula rasa tak sedap. sebab call masuk pagi2 buta.
Skali nengok notification kat group family kat fb,
diorang cakap arwah da pergi.
Innalillahi wainnalillahi rojiun.

Pagi tu masing-masing mamai2.
Pusing punya pusing, pukul 10 baru nak gerak.
kena singgah uma aku dulu. amik baju.
sekali da sampai kajang, baru ingat kunci rumah tertinggal dalam kete kitorang.
kitorang carpool naik kete kak lin.
da tak memasal kena patah balik.

dapat tau dari ibu, jenazah dikebumikan lepas asar.
sampai je dalam pukul 3 terus g makan.
satu family lapau sebab dari pagi kan tak makan.

Uncle Alim tinggal kat kampung dato' onn.
dia sanggup jalan kaki pegi stadium nengok bola.
malam tu, dia dudk depan tv layan game.
tapi johor da ketinggalan, game pn mendebarkan, dia da tak larat nak nengok.
katanya sakit jantung nengok game ni.

arwah terus masuk bilik, tidur.
kebetulan malam tu anak dia nombor 2 nak dtg dr KL, tapi sampai lambat sikit la.
da tengah malam diorang sampai. arwah bangun,
main2 dengan cucu, pastu baru masuk tidur balik.

time ni lah dia tetiba sakit, tapi sempatlah dia buang air besar dan muntah.
tunggu ambulan yg tak sampai2,
anak dia terus bawak ke hospital sultanah aminah..
tapi, da tiba ajal arwah, uncle alim tak dapat diselamatkan.


Jenazah arwah da selamat dikebumikan di perkuburan kebun teh.
Semoga arwah tenang di sana...