Saturday, September 29, 2012

Majlis bertandang saya !


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

23 Januari 2012
Isnin

Buat majlis hari Isnin eh.
On that day memang public holiday pon.
kan Chinese New year.

Kitorang kan duduk dekat je.
lebih kurang 15-20 minit da sampai.
Tu yang buat majlis sekali gus.
Tiga hari berturut-turut.
Sekali penat. Family members pon senang nak amik cuti.

Macam biasa.
Bangun early morning. Asyiklah nak kelam kabut.
Ntah apa yang disibukkan ek.

Amin sibuk part dia.
Aku pulak sibuk part nak clearkan payment.
Orang khemah, bridal.

eh, malam tadi nothing happen ok.
Takda makna malam pertama.
Aku ngan Amin tido kat hall.
Amin nak nengok bola.
Ntah hape, hape.
Bola lagi sexy dari aku kot.
Eh, aku pon macam mati nafsu. penat yang amatkan.
*selingan*

Lepas da sibuk sana sini,
owner bridal datang, mekapkan aku.
siapkan semua. kali ni baju adalah besar.
apalah sedih sangat ek.
pastu turun sume, nak gerak.
payung bridal provide 1 je!!!!
jadah apakah nak berarak 1 payung je.
takkan kitorang nak share payung.
pastu lipstick adalah bergentel.
ni pun aku tak paham.
ntah lipstik zaman bila dia letak kat bibir aku ni.
ok. stop. kang tak abis cite kalau nak merempan
pasal bridal yang aku hired ni.

Lepas zohor macam tuh, kami konvoi berjemaah.
Sampai sana, berarak diiringi alunan marhaban secara live.
ko hado? hehehe.
Sebab tulah time bertandang, aku pakai tudung semua.
Mak mertua da request awal2 ye.

Pastu trus menuju ke meja santap.
Beta mahu santap. Lapo nih.

Bismillah~

Aku sumbat kat mulut Amin banyak. sebab sebelum tuh dia buat aku dulu.

Happening~~

Time nak balik
Time ni rasa macam sedih je.
sebab tadi pegi ramai2. tetiba balik aku kena tinggal.
makcik2 aku ni pesan macam2.
yang ayah pulak boleh tanya bila aku nak balik sana.
touching lebih. padahal dekat je kot.

Sebahagian kecil family Amin
 Family amin ni besar sangat.
Anak buah je ada 30 lebih.
bukan senang aku nak ingat.
sampai sekarang pun tak ingat2.
da la muka lebih kurang.
Diorang lah yang run kan majlis.
tu yang tak dapat nak amik full gambar family.

Leoas hantar diorang balik,
kitorang pun mingle la dengan guest, sedara mara, kawan.
pastu naik masuk bilik.
amik gambar indoor pulak.
plus hari tuh adalah hujan.

Nak ikutkan takde hiasan bilik pengantin.
ni mak mertua yang sponsor..
mak mintak jiran dia hiaskan.
if ikut kitorang, tak payah ni semua.
membazir, hehe. padahal memang takde bajet pun.



Posing zaman dolu-dolu

NadiArt drop comment wish. Itulah rupa bahagian
dalam guestbook kitorang.

Abis amik gambar dalam bilik.
Nengok hujan macam da reda.
maka kami proceed outdoor photoshoot pulak.
kat area IPD pasir gudang ada tasik.
maka posing lah kami di sini.
smalam posing kat tasik pelangi indah.





da alang-alang ni, aku upload skali gambar outdoor kat sawah.
Kat sawah takdelah banyak sangat.
Kebetulan situ ada tali air, sungai.
Posing kat situ jugak.


rambut serabai sebab kena tiup angin

1st time buat cenggini. 
Kaki aku spoil lah. Sebab peha adalah gabak kan,
so kaki tak boleh nak rapat.

Ok, done.
Penat gi photoshoot ni.
Tapi berbaloi lah bila tengok gambar kita adalah cantik kan.
Ni pun seumur hidup sekali je. InshaAllah...
Pasni harap dapatlah berphotoshoot time pregnant. Amin~~~







Friday, September 28, 2012

Hari Persandingan saya !


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

22 Januari 2012
Ahad



Bangun pepagi hari.
Sambung siapkan centrepiece.
Tinggal nak tampal semua.
Rasa macam lagi sikit nak kena buat.
eh, tak jugak. Banyak rupanya.

khemah kecil baru nak pasang.
Siap pasang semua, aku terus hias sikit2.

Tu pun finishing cousin ku sambung.
Sebab pomander ball tu aku lupa nak gantung.
Benda tuh dok tergantung blakang pintu bilik tengah.
Nasib Mak ndak nampak

sini nak letak guestbook.
goodies pon kat sini.
hadiah tetamu pun kat sini.
ibu n ayah pun diri sini.
semua kasi longgok 1 tempat.
so senang nak urus.

centerpiece aku kasi sedara mara tolong sambung.
aku da macam tak cukup masa lak.
nak sarapan pun macam da tak sempat.
masa dok ke hulur ke hilir,
sempat la bertegur sapa dengan orang catering.
aku kasi tau la kat mana nak setup meja pengantin sume.
time tu diorang tengah setup meja buffet.
kemas. suka. tapi dalam cd OP bagi takdelah gambar tu semua.

Pomander ball gantung semua kat sini.

Family photoshoot pun kasi tepek as a backdrop

Lollypop for kids

Goodies for guest

Lovely centerpiece


MUA sampai on time. Tepat pukul !0 pagi.
Tapi aku apa pun tak siap.
Terus deras aku mandi semua.
Dan terus lah mekap. Aku da tak boleh nak amik
tau semua benda.

Aku siap agak lambat lah.
Then MUA gi uma jiran siapkan Amin pulak.
Aku siap lambat sebab macam biasalah.
Baju haku ntah apa2 kan.
Sedih.

Kat part Amin pun lambat.
MUA terpaksa usaha sendiri.
Barang2 yg bridal provide tak complete.


Her


His


Time nak tunggu tu, aku adalah excited.
hahaha.
Teruja nak dok atas pelamin.
sebab tak pernah weh dok atas pelamin.
apalah rasa agaknya.
and tak sabar nak nengok muka laki sendrik.
Getik iolls..




Amin and rombongan diminta start jalan dari awal lorong.
Padahal uma aku hujung lorong.
Diorang kata biar berbaloi bayar kompang.
Then, rombongan sampai je kat khemah,
haruslah kena tol dulu kan.

On your mark, get set, Go !

Pengapit Amin adalah anak buah nombor 2.
muda sikit je dari aku.
adalah beza dalam 2-3 tahun.


Meriah uolls
Family India tuh sangat excited nak tau budaya kita.
Siap jengah aku dalam bilik pengantin.
Semua budaya pun, kalau da nama wedding kan.
Haruslah meriah.

Suka nengok pic nih.
Sedara mara and jiran2 pun semua
sangatlah sporting.
Rilek je berbaris mintak tol.
benda ni pun memang kitorang buat untuk suka2.
Aku bukan kawin ngan kerabat mana pun nak
formal bagaikan.
Amin memang da ready sesiap ngan duit tol.
Takdelah banyak mana pun. Duit kale biru jek.

Then, siap tol semua,
kompang benti, pasang cd gamelan pulak.
Aku kat atas pelamin ni da jengah2 laki sendri.
sebab kan MUA tutup muka ngan kipas.
MUA ni merangkap Mak Andam lah.

Dia stay sebelah aku sebab nak amik duit tol dia.
lepas kena tol kat plamin,
barulah kami sanding sama2.
budak kompang sambung main.
ada jugak silat bagai.
yg penting kami nengok silat bawah khemah.
iolls tak kena panas pun.



tapi kalau da nama jenis merembes tak kira masa.
berlendir jugak lah ketiks.
ngan rambut lepas macam tuh.
nasib spray banyak. so, dia maintain.

pastu, da tepung tawar semua, turn kami nak bersantap.
tragedi di situ bermula.
takdelah tragedi sangat pun.
rupanya tempat utk pengantin makan, takde.
ada miscommunication antara diorang.
tapi kami makan jugaklah.
pastu potong kek.
pastu sambung amik gambar.
pastu mingle dengan guest, friends, jirans, sedaras.
pastu barulah kami pegi outdoor photoshoot.
tu pun sebab da mendung kan.
haruslah kena cepat.

Balik dari photoshoot, nengok suma pun tengah kemas.
kitorang tinggal sambung sikit je.
by the time magrib, semua kat luar da setel.
da bersih macam takde apa2 yang jadi tadi.
rajin betullah diorang tolong kami sekeluarga.

kat dalam rumah masih meriah.
sedara belah ibu tidur kat otel dekat je.
tu yang diorang datang lagi.
best!

Kesimpulan:
Majlis kami best sebab ramai yang datang. Diorang ni sebenarnya yang akan buat majlis meriahhhh sangat. Walaupun ada kekurangan sana sini, itu semua standardlah. yang penting niat kami untuk bagi tau semorang yang kami da kawin, da pun tercapai. Yeah !

Gambar penutup, ayah buatkan. Ada tergantung kat porch.

Semua gambar amik dr CD yang OP bagi.
Pastu edit. Saja nak test skill mengedit.
Padahal da macam apa kan.
Gambar adalah super banyak.
Bila aku da pilih2, last2 banyak ni je yang aku upload. hehe






Teman Pengganti


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia..

Now,
Suka lah layan lagu ni.
Lirik dia pun best.

Penyanyi: Black ft Malique
Penulis lirik: Malique





Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti







Wednesday, September 26, 2012

Tora datang lagi !

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Da lama tak menulis kan.
Dedulu ada diari, pun tidaklah hari2 menulis.
Bila ada blog pun macam tu jugaklah.

Sepanjang Ramadhan.
Kekonon nak rekodkan menu sahur dan iftar.
Hahaha...
Gelak sesiap dulu. Nan ado.
Pemalas kuasa doploh kot.
Awal2 je rajin.
Malas bukan apa. Nak kena watermark bagai.
Leceh ek.

Aku kagum dengan blogger yang gigih upload pic banyak2.
Dengan nak mengarang citer lagi. Hish.
Rajin betul.
Berapa jam diorang spend untuk siapkan 1 entry ek.

Past few month, memang busy dengan kerja.
Tapi tidak sekarang. Aku benti keje.
Sudah. Cukup sudah.
Tak kuasa nak menghadap tugasan tu lagi.
Cukup sudah ditindas.

Now, aku kembali kepada sebelum ini.
Gigih mencari kerja demi masa depan.
Walaupun flow hidupku tak berapa nak cantik.
Aku redha. Tapi aku tak pasrah.
Aku kena semangat dan positif.

Berdoa agar lepas ni, ada rezeki kami sekeluarga.
Ada laluan untuk aku perbaiki hidup kami sekeluarga.


_______________________________________________________


Eh, now tengah musim Adam Hawa kan.
aku pon terjebak. Ada 80 episod.
Giler ke hapa. Now baru 18.
Kitorang tak langgan pun Mustika HD.
TV pon tak suppport HD bagai.

Citer dia setengah jam je kot.
Ade ke orang yg sanggup langgan sebab citer ni.

Episod 1- 9 memang best.
Senyum sorang2 kot nengok si Am tuh.
Dengan Ain pun comel je.

Then, episod 10, nangis sorang2.
Ape kejadahkah ini semua?
Macamkan aku pulak yang kena kawin paksa.
Eh, kalau aku yg kena, haruslah geletik gelenyor kan.

Masa dok citer kat amin,
dia macamkan malas dah nak layan bini dia.
asik lah dok seru2 cite ni kan.
Sampaikan dan2 nama amin pun skarang da tukar.
boleh panggil dia AM ok! Hahahaha.

________________________________________________

now, bersyukur sangat dikurniakan suami seperti AMin.
Even, certain part dia ada kekurangan,
but, certain part dia ada banyak kelebihan.
Salah 1 nya. Dia kekadang buat lawak mengong
time2 aku tengah emo. Dari aku nak meroyan
terus gelak dan gelak dan gelak.

Kami baru je kawin 8 bulan.
Eh, napa aku rasa macam da lama je ek.
Masih banyak perkara belum settle down.
Masih dalam usaha menerima segala kekurangan dan kelebihan.
Masih dalam proses mengenal hati budi.
Kami perlu lakukan sesuatu untuk keluarga kami.
Moga Allah SWT memudahkan usaha kami.