Showing posts with label sugar glider. Show all posts
Showing posts with label sugar glider. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Rest In Peace, Lilo and Hannah

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Ok.. Baru je ari tuh update live dari BB.
Baby Hannah da kluar.

Lepas baby Hannah da kluar.
Aku agak buzy dengan life sendiri.
Cuti Awal Muharam balik JB.
Minggu berikutnya pun balik JB.

Disebabkan da tau kesibukan melayan diri sendiri.
Tugasan menjaga 4 ekor sugar glider da past ke Amin.
Plus, kat uma Ibu yakanak budu iaitu anak2 Lulu
tengah aktif main dalam rumah.
So demi keselamatan bersama, diorang kenalah
beralah iaitu tidur di rumah lain.

Kesimpulannya, untuk 2 minggu ni memang Amin yg jaga.
Memang aku tak mengadap diorang langsung.

Last week, balik JB.
Busy ke hulur ke hilir.
Jijah, BFF kawin. Haruslah kepohkan.
Aku pun busy ngan wedding sendiri.

Hari Ahad, 4 December 2012, petang.
Kitorang gerak balik KL.
Masa attend wedding Jijah, Amin ada kata
ada benda dia nak citer.

Aku memang pantang orang bagi hint hint cenggini.
Memang aku akan ingat punya.
Baru masuk highway pasir gudang, aku da tanya bertubi-tubi.
Amin just cakap Hannah, Lilo... ~~~~~nangis~~~~~~~

Dan, dan aku suruh benti tepi jalan.
Aku tak bukak langsung beg budak2.
Aku sedih sangat2.
Maka, kami menangis berjemaah di tepi highway.

Sebab kematian? Amin tak dapat pastikan.
Bekalan HPW da abes.
Kat JB memang aku tatau nak cari kat mana.
So, kitorang just bagi makan buah jambu air dan tembikai
yang aku beli kat Pasar Borong Pandan.

Pagi Ahad, Amin ikut family aku pergi nengok kambing.
Then tengah hari, dia tengok Hannah and Lilo da keras.
Diorang dikebumikan di rumah Amin.

Yang da mati, memang la da mati.
Yang hidup ni macam mana?
baby 2 ekor yang tatau apa2.
Kesian anak yatim piatu ni.

Amin ada beli susu untuk anak SG.
sekarang memang diorang minum susu je.
Tapi tula kan. kita bukan ada masa nak
feed dia every 2 hour. lain la if susu tuh
boleh bancuh banyak2 then pandai2 la ko.

Serius, bila jadi macam ni, aku taknak bela apa2.
Mesti hazab gila waktu diorang mati.
Sekarang pun, Amin yang jaga 2 ekor tuh.
Aku tak berani. Sedih pun ya gak.



Friday, November 25, 2011

Baby Hannah da kluar

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...
Kembar ni. Tapi belum tau jantina.
Lepas ni kena g check up tau.

Friday, November 18, 2011

Hannah and Lilo

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Masa 30 September 2011, aku ngan Amin gigih nak bawak Hannah and Lilo pegi check up.
Sejak aku take over diorang, tak pernah sekali pun aku bawak diorang g check up.
Plus, aku risau nengok Lilo makin kurus, while Hannah nampak sihat.

Aku bagi diorang makan benda-benda ni je. Aku takut nak explore makanan lain.
  1. tomato cherry
  2. putih telur
  3. carrot
  4. tembikai
  5. honey dew
  6. apple fuji
  7. air masak
  8. HPW complete
  9. Bugsy yogurt drop
  10. Bugsy Happy Glider Chicken Protein
Aku perasan yang Hannah memang sihat. Bulu dia kembang, makan pun selera. tapi dia tak berapa nak aktif la kalau nak compare ngan Lilo.

Lilo plak terlampau aktif. If aku lepaskan dalam bilik, kemain dia punya lari. Sekejapan da losap.

Para penternak Sugar glider area KL/Selangor memang sedia maklum la kan.
PET SHACK memang markas diorang.
Aku dapatkan bekalan makanan pun kat sini. Masa tu kitorang tanya la vet utk SG katne.
then dia bagi biz card ni:

hand N paws
C-17G, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria Damansara 47301 PJ.
03-78046539

Klinik ni ade vet yg expert pasal SG. tapi dia ada hari tertentu je.
And of course, setelah kami sesat sarat barat tu sume,
Vet xde pada hari tersebut. kesilapan kami, tak call dlu.
then staff kat klinik ni bagi pulak biz card ni.

Healing Rooms
Lot 29, Grd Flr, Wisma Dicor,
Jalan SS17/1A, 47500 Subang Jaya.
03-56376166

Kali ni kami bertindak bijak. call dlu.
staff cakap datang around 3.00 pm.

Again kami perlu sesat dan sebagainya.
Aku geram je ngan Amin, tak abis2 nak on GPS.
GPS tu bukan boleh detect pun jalan sehala jalan takde hala.

Lagi best, vet ni dekat la sangat ngan uma aku.
Area Empire nun.
Doc dia nice.
macam2 tips dia bagi.
bila da banyak sangat tips, aku pun lupa.

Doc yg sahkan Hannah preggy.
She can rasa tau, Hannah got a baby in her pouch.
Suke riang ria aku dengar. Macamkan aku pulak yg preggy.
Taoi sentap gak aku bila doc kata jgn bagi cherry tomato and grape.
Buah2 yg ade biji kecil2 ni tak elok.
Padahal aku baru je bagi diorang grape.hehehe....

Bayaran pun tak la mahal mana.
If check up biasa n consultation tak silal dalm Rm20 ke Rm30.
Aku ingatkan untuk sekor.
Rupanya diorang kira pakej trus. Weeeeee..

Doc cakap
  1. Hannah sihat. berat badan stabil
  2. Lilo sihat tapi kurus. memang ketara sangat. pasti berdasarkan botak kat kepala dia tu da menunjukkan yg dia ni senang adalah jantan senang kena buli sebab botak kat kepala dia tuh kecik je.
  3. Pas 2 bulan kena datang lagi. Iaitu selepas baby keluar dari pouch mak dia.

 Scramble egg with carrot.
Curlast ko noks.

yang berdiri di pintu masuk adalah Lilo.
Nengok kat kepala dia. Botak tapi bulatan dia kecil je.
 
Time ni aku nak transfer kan diorang dalam cage.
Tetiba nengok Hannah tengah jilat2 kat perut dia.

Ni semua pic smalam aku captured.
Suppose da cukup bulan la kan.

Time Malaysia VS Indonesia aku emosi terlebih.
Tu yang ngadap bebudak ni.
Alih ternampak pulak benda kaler itam tu.
Ape ek. Tali pusat kot.
Amazing tau sebab lubang kat perut dia tu kekadang boleh kembang cenggitu.
Kekadang rapat je.


 Dia da perasan la kita amik gambar dia.

Pastu kan tetiba je baby keluar.
Ya Allah. Terperanjat aku.

Tu dia.
Geli pon ada gak.


Anak tak nak masuk balik.
Aku terus zip kan balik beg ni.
Mungkin tak selesa sebab terang.
Then aku layan bola balik.
Pastu bila aku nengok balik, baby da masuk perut mummy.
Takmo la selalu kuar baby. Takuit plak aku nengok.
Da macam ank ape ntah.





2011, Triple Baby

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Baru aku perasan, aku tak rekodkan pun detik2 indah keluargaku.
Tahun 2011 adalah sejarah kami sekeluarga.

  1. 21 Ogos 2011 - Lulu, kucing yang dok temankan ayah dan ibu di JB selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. It is kembar 3. Malangnya, kami tak dapat mengesan jantan yg sepatutnya bertanggungjawab ke atas kejadian ini. Ayah orang yang sangat frust sebab dia jaga betul budak Lulu tuh.Ayah memang memilih menantu untuk Lulu. Kekonon nak yang berdarjat je.Alih2 ntah bila masa si Lulu dikerjakan tup tup bersalin.
  2. 23 Ogos 2011 - Rayyan Anaqi dilahirkan. Kesayangan semua orang. Menjadi perbualan utama keluarga. Semua pun teruja sampaikan anak2 Lulu pun kitorang lupa nak tanya, apatah lagi nak jengah balik JB. Kesian Lulu.
  3. 30 September 2011 - Hannah disahkan mengandung. Almost a week. Doc kata baby da klua tapi still duduk dalam kantung Hannah. Umur Joey akan dikira sebaik dia keluar dari kantung mak dia. Aku amat berhati2 bila nak pegang Hannah. Takuit terpicit baby tomey.
Meriahkan tahun ni. Ari tuh balik JB lupa lak nak amik gambar tecit2 tuh. Kucing cepat membesarkan. Da riang ria budak2 tuh main2 kejar. Pantang lepas dari reban, terus berlari. Lulu pun sekarang aku syak da abis pantang. Kemain gatal dia nak carik jantan. Jangan la terlepas lagi. Takut tak sempat nak buat family plannning kang tetiba je bunting lagi.







Saturday, September 24, 2011

Kesayanganku

Assalamualaikum WBT
Salam 1Malaysia

Sejak kak lin preggy
Aku kena take over jaga Lilo and Hannah.
Aku kena paksa sebenarnya.
Mana ada org lain nak take over selain aku.

Bela sugar glider bukannya senang.
Kena plak aku ni terlalu menjiwai hati diorang.
Yang paling aku risau pasal diet diorang.

Haiwan esotik ni bukan boleh makan sembarangan.
Banyak pantang larang dia.
Kendian diorang ni memilih.
Tak semestinya apa yg Hannah suka, Lilo pon suka.

Tapi so far apa yg Lilo makan, Hannah pon makn.
Cuma Lilo je yg choosy.
Skarg pon nengok jela badan Hannah.
Kemain gebu.
Padahal umur Hannah blom cecah setahun.

Ada yang tanya.
Diorang ni gigit tak.
Yup. Diorang gigt orang.
Tapi tak yah la nak takut kemain.
Takdanya putus jari apatah lagi putus nyawa.

Tapi diorang memang rajin kenc ngan berk merata.
If atas badan aku je, pasti nak tinggalkan kesan.
Nasib najis seperti cicak.

Tu jela nak cite.
Ok bye.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 2, 2010

LILO n his new residence

LILO nih pet akak saye..beliau adalah sugar glider...
jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu
beliau adalah tupai terbang...
tapi!!!jangan salah yer...
beliau bukan spesies tupai..
beliau adalah dalam golongan kangaroo...
LILO adalah jantan...
umo da setahun..
da baligh...
memandangkan LILO da beso...
maka perlu belikan LILO uma baru...
yang besar sikit...
so aku yang chantek lagi baik hati
telah membeli ini rumah untuk beliau...
semoga LILO membesar dengan sihat
dan cergas di kediaman yang baru...


cage beli kat sunway pyramid
kedai dia facing giant
hege lebih kurang
::RM50::


kale pink tuh da memang ade
dalam simpanan akak saye
tempat tido yang slese


LILO memang pandai amek gambar
padahal dia ngah tido nih
aku panggil nak mek gambar
dia tunjuk muke jep
pastu sambung tido yer
yang terjulur keluar
adalah ekor beliau yang sangat panjang