Thursday, July 14, 2011

Mo0d adalah Down

Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Lately aku down sangat tau..
Nih semua gara² pelbagai dugaan yg datang menimpa..
Main point is DUIT..

Da 2 bulan ni pengurusan kewangan aku
amat mendukacitakan..
Aku keje, tapi takde saving langsung..
Padahal aku takde pon shopping gile babs..

Kalau nak ikutkan, journey utk wedding aku
sepatutnya da start.
Tapi tula kan, everything needs money.
Nak letak deposit pon aku sangkak.

Semalam, aku terpikir nak postpone wedding.
Bukan apa, kerja aku pon tak tetap lagi ni.
Ada orang kata, duit hantaran kan ada.
Ye. Memang ada. Tapi duit tu aku serah
bulat² kat bapak aku.
Untuk kenduri nanti. Tu pon tak cukop.
Kena tambah lagi.

Aku nak buat personal loan pon tak lepas
sebab aku keje kat kampeni takde black n white
yang kukuh.
Bila² masa aku boleh kena benti.
Termenung aku mikir pasal ni.

Aku terpikir, nak nikah je boleh tak?
No hantaras, no pelamin.
owh, pelamin anganku musnah.

And klimaks nyer, stelah aku da lama tak menangis,
semalam aku menangis di tikar sejadah.
Itu lebih baik kan.
Mengadu pada yang Satu.
Aku pon tak sangka ntah macam mana air mata tu
turun dengan sendirinya.
Tanpa perlu dipaksa.

Aku percaya, ini adalah dugaan untuk kami.
Mungkin dengan keperitan yang kami lalui,
kami akan lebih menghargai each other.

Dan selepas aku menangis di tikar sejadah,
aku tatau dari mana datangnya semangat.
Untuk aku lebih berfikir positif.
Takkan buat tindakan yang bukan².

2 comments:

Silalah mengomel-ngomel