Tuesday, February 5, 2013

Ko ade?~muka kerek~



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...


Sekarang ni memang trend semua pun nak hadap twitter dengan fb kan. Sebab aku peratikan manusia and termasuklah aku, kalau melepek kat mamak tuh, sementara nak tunggu food sampai, memasing dok ngadap gadget kan.

(1) Aku rasa aku ni masih dalam kawalan lagi sebab bila melepek dengan family atau friends aku lebih suka bercakap daripada menaip. Macam aku baca kat blog pija lah. rasa macam mengjengkelkan kalau kita lepak berjemaah, tapi semua pun sibuk ngan phone masing2. Laki aku spesies macam ni lah. Kekadang macam nak rampas je BB dia tuh.

(2) Bila manusia terlalu suka mengadap laman sosial, segala mak nenek nak di update. Aku ada baca kat tweet Hazrey. Dia komen pasal doa tuh semua. Aku pun baru je berbual dengan Amin masa on the way nak gi keje. Manusia sekarang suka berdoa memohon sesuatu dari tuhan kat laman sosial eh.

"Ya Allah, berikanlah ku rezeki Mu pada hari yang indah ini".

Aku macam terpikir, tuhan baca twitter eh. Ok. bunyi agak kasar. Melampau di situ. Memanglah kita diajar perlu sentiasa mengingati tuhan di mana saja kita berada. Tapi agak2 lah kan. If kau ikhlas, pergi menadah tangan memohon pada yang satu dan lafazkan ia sejelas-jelasnya. Bukan menaip di dinding muka buku.

(3) Ini part paling mengjengkelkan. Mensyukuri nikmat tuhan pula. Aku rasa lagi berfaedah kot kalau berzikir banyak2 kali. Tapi yang tahap lagi mintak pelempang bila update macam ni

"Terima kasih tuhan atas rezekiMu" 

Lalu upload gambar ipong pai.

Aku tidaklah jeles. Inikan rezeki masing2. Alhamdulillah. Tapi apa motif kau nak bagitau 1 donia ko da de ipong pai. Ini riak darjah keberapa eh? Isu ni si kahuna ada citer.

(4) Lagi 1 kan, bila kita nak2 yang tengah bercinta tu lah. ucapkan kasih sayang whatsoever kat laman sosial.

"Terima kasih sayang sebab hadiahkan saya percutian 8 hari di afrika selatan. Saya sayang awakkkk"


Ini, apa niat dia eh? Kalau cakap direct kan lagi best. Nak2 yang da kawen. Sambil cakap boleh terus peluk2, cium2, silap2 lagi boleh terussssss gherhawbhnapwhnwrighnw....

Amin penah lah tulis pe ntah kat dinding fb aku. pasal mencurahkan perasaan jugaklah. Aku rasa macam... apakah? aku tak geti nak respon.


Laman sosial ni bagus sebenarnya. Banyak je ilmu yang kita dapatkan. Ramai je yang tolong share macam2 berita, bisnes etc. Terpulang pada kita nak utilize semua tu. Fikir banyak kali sebelum menaip. demi keselamatan kita juga. Tak payah nak menunjuk sangatlah. Like aku ade, ko ade?









4 comments:

  1. Sangat betul. Meluat giler bila ada pasangan meluahkan kasih sayang mereka di pesbuk. Bluerkkk!

    ReplyDelete
  2. salam..
    lame aku xmengomel ek..tp bila da ada org offer ni aku rasa mcm naaakk je mecatat rekod dekat sini...tahniah za utk taun 2013 ni ko ada byk matlamat..
    aku berminat ttg satu matlamat ko...iaitu
    MENURUNKAN BERAT ..yg menjadi kegerunan pada ko ek..heeee...
    ok za..aku bg sokongan kat ko..blh bermula dgn wwwhw..mesti ada target..why nk kurus,what yg blh ko buat, where boleh dilaksanakan.how nk turunkan berat n who yg boleh sokong ko...ini strategi yg aku share dimanan utk mencapai matlamat mesti kena ada caranya..dan ini salah satunya...selain drpada ko mkn produk2 yg merbhaya yg berlambak kat pasaran sekarang..lebih elok ko memeilih utk lakukan senaman berskala dan mesti komited..
    hehehehe...seperti apa yg tengah aku praktikkan sekarang.untuk januaray 2013 aku da berjaya menurunkan 2kg berat badan aku..bermula dgn kurang nisbah mkanan karbohidrat yg diambil sedikit demi sedikit..mkn sebelum 8 mlm blh menjadikn usaha mnurunkan berat bdn lebih bjaya...air putih jgn lupa...pastikan 8 gelas sehari...ko blh cek bdn ko cukup air sekiranya air kencing ko berwarna putih,,,dan ianya juga baik untuk buah pinggang ko....next aku akan berkongsi lg...

    ReplyDelete

Silalah mengomel-ngomel