Friday, July 11, 2014

Pray For Gaza


Assalamualaikum WBT...

Yeahhh da Jumaat.. Malam karang ai nak balik JB uollsss..
Nak jumpa buah hati ketipak ketipung..
Gilo.. Baru 2 minggu tak jumpa da macam apa kan..
Kesian.. macam tak cukup kasih sayang je.

Pjj ni banyak guna duit kan..
nak ulang alik ni satu hal
yg malam2 brgayut 2 hal gak.
now bill aku da rm102 eh.. belom masuk tenet.
haih.. teruklah..

Semangat nih nak balik Jb macamkan nak balik raya pula.
tapi tiket raya tak beli lagi. boleh eh..
nengok online tadi tiket utk hari Jumaat da tinggal hujung2.

Keadaan diri kurang memuaskan.
tetiba selsema and tekak rasa tak sedap.
petanda awal nak sakit tuh.
pastu separuh lidah ni da banyak mata ikan.
memang kurang nikmat makan. tapi teruskan jela perjuangan puasa.
Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kat Palestin.

Hari rabu ritu ada rezeki lebih.
Dapat join geng opis buka puasa kat Marriot.
orang bank sponsor, kita pegi jela, makan free kan.
tapi aku nengok marriot punya buffet rm130 per head.
perghhh.. memang tak tercapai akal aku nak bayar semahal itu.
Kita bulan puasa ni makan banyak mana je.

da la tempat makan dengan buffet station jauh.
penat ok nak ke hulu ke hilir.
pada aku susunan dia agak menyusahkan customer la.
Nasib dia punya surau selesa. bersih and nyaman.
Gambar memang aku tak amik. tempat kitorang agak kelam sikit.

Aku makan kambing, satay, udang, nachos, rojak buah
yang paling win aku rasa cempedak goreng.
banyak pulak aku amik. dasar tekak kampung kan..
food selection memang banyak tapi tak mencapai tekak la sangat.
dessert la paling ke laut. kek cantik kemahin tapi rasa out.
Pada aku, if aku nak keluarkan duit sendiri utk food seperti ini amat tidak berbaloi.
Nasib free tau. modal cuma rm6 bayar parking.
but anyway tetaplah bersyukur sebab still ada rezeki utk berbuka dengan mewah.
terima kasih kepada pihak bank itu.

Sedih kan baca pasal rakyat Palestin.
Kejam sangat Israel tu.
Selain menderma, cara lain kita nak bantu Palestin dengan boikot barang diorang.
Dan antara yg terbesar adalah Mekdi.
Hoih, bukan senang tuh.. nak2 aiskrim dia.
Tapi, IsyaAllah.. aku cuba sedaya upaya.
Maybe sebagai permulaan, kita kurangkan sikit2.
Moga terus istiqomah..
selain tu bila nengok senarai brangan yg perlu diboikot,
banyak gak eh yg aku beli. now tengah cari produk2 yg sesuai utk replace.

Moga saudara kita di Palestin terus dilindungi Allah SWT...

pic:google








No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel