Thursday, July 24, 2014

Sedikit story buka puasa tanpa gambar makanan


Assalamualaikum WBT...

Uollsss.. Hari ni da 26 Ramadhan uollsss...
Tak perasan pon kan masa berlalu sangatlah pantas.

Ok.. sebelum pegi lebih jauh,
Salam takziah kuucapkan pada ahli keluarga mangsa nahas MH17.
Tersangatlah tragik..
Aku slalu imagine, lepas diorang kena peluru tuh,
macam mana lah kan saat yg masih hidup tuh jatuh ke bawah.
Allahuakbar!!!








Rezeki bulan puasa tahun nih, dapatlah buka puasa kat hotel 3x.
And sekali dating buka puasa kat JB dengan suami ketipak ketipung.
Meh ku review sikit dari pandangan rakyat marhaen yang sayangkan duit nih.

1) Marriot Putrajaya ritu da komen.

2) Presscot Kajang

Opisku tahun ni buat majlis buka puasa kat hotel plak.. tahun lepas buat kat opis je.
Hotel prescot ni kecik je. Ruang makan untuk buffet pon tidaklah luas.
Macam hari tuh, kitorang je da hampir peno meja.
tak silap aku, bayaran dia bawah RM50 and ada kambing.

Pilihan makan tidaklah banyak macam yang ratusan ringgit itu.
Tapi yang sikit tu dia masak dalam kuantiti yang banyak n berasa.
Mee kari dia superb.
Kambiang pn ok.
Nak bergerak amik makanan pon tidaklah jauh sangat.
Dia ada sediakan surau, tapi amik wuduk kat toilet yer.
Pada aku agak berbaloi makan kat sini.

3) Crystal Crown, PJ

Kat sini harga dia RM78.
Ruang makan sangat selesa sebab dia tak susun padat sangat.
Lagu pon tak bukak kuat, so boleh makan dan berbual dengan tenang.
Budak2 pn sronok lari yer.
Surau n toilet pn trsangatlah dekat. area situ2 gak.
memang suasana dia sangat menyenangkan.

Kambiang ada, tapi cepat giler abes.
ntah ank kambing kot dia letak.
ada goreng2 gak. macam biasa ku serbu cempedak goreng.
lagi skali nak amik da takde. keciwa sangat.

Nak datang lagi boleh, taknak datang lagi pon boleh.
tapi untuk yg malas bergerak macam aku, tempat ni memang terbaik.

And masa balik Jb tuh, haruslah spend time dengan kekasih hati kan.
Tak planning pn sebenarnya. tengah dok scroll fb ternampak plak tempat buffet.
cer call, da peno plak.
last2 cer call yang paling murah, RM25 nett per head. ada kosong plak.

Maka kami ke R & R Bistro kat uda nun.
Sampai awal, just berbual. tapi kemahin kuat bukak lagu.
Pastu nampak orang dok bratur panjang nak amik makanan.
Kami nih malas la nak bratur panjanggggggg gilerrrrr tuh.
Macam biasa, lepas solat magrib baru amik makanan.
plus time tuh da tak ramai orang kan.

lepas solat, capai pinggan, tapi sedih ok..
makanan mostly da habis. bila ku tanya, lauk tak topup ker..
ada2 kami ada topup.
tapi yg ku nampak tinggal  kepala ikan kembong jer.
masa tu belum pukul 8 malam pon tau.
lagi best kol 8 tuh diorang da start kemas.
even air da abes pn tak topup.

Memanglah murah, tapi agak2 lah kan.
Takkan nak berebut makan plak.
ko dau tau buat buffet, memang orang akan repeat makan.
Tapi kalau tengok makanan dia, like jemputan 1000 masak utk 600 org jer.
Memang tersangatlah tak puas hati.

Hujung2 aku hanya makan sepinggan nasik dengan kuah asam pedas.
rojak buah yang aku amik terpaksa tolak tepi sebab
ibarat makan buah yang rendam dalam air je.

Memang takkan datang lagi.
Blacklist terus sebab nengok muka bos dia yang tak bersalah tuh.. haissshhhh

Ok..
Sabut da balik johor.. yeehaaaa

Friday, July 11, 2014

Pray For Gaza


Assalamualaikum WBT...

Yeahhh da Jumaat.. Malam karang ai nak balik JB uollsss..
Nak jumpa buah hati ketipak ketipung..
Gilo.. Baru 2 minggu tak jumpa da macam apa kan..
Kesian.. macam tak cukup kasih sayang je.

Pjj ni banyak guna duit kan..
nak ulang alik ni satu hal
yg malam2 brgayut 2 hal gak.
now bill aku da rm102 eh.. belom masuk tenet.
haih.. teruklah..

Semangat nih nak balik Jb macamkan nak balik raya pula.
tapi tiket raya tak beli lagi. boleh eh..
nengok online tadi tiket utk hari Jumaat da tinggal hujung2.

Keadaan diri kurang memuaskan.
tetiba selsema and tekak rasa tak sedap.
petanda awal nak sakit tuh.
pastu separuh lidah ni da banyak mata ikan.
memang kurang nikmat makan. tapi teruskan jela perjuangan puasa.
Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kat Palestin.

Hari rabu ritu ada rezeki lebih.
Dapat join geng opis buka puasa kat Marriot.
orang bank sponsor, kita pegi jela, makan free kan.
tapi aku nengok marriot punya buffet rm130 per head.
perghhh.. memang tak tercapai akal aku nak bayar semahal itu.
Kita bulan puasa ni makan banyak mana je.

da la tempat makan dengan buffet station jauh.
penat ok nak ke hulu ke hilir.
pada aku susunan dia agak menyusahkan customer la.
Nasib dia punya surau selesa. bersih and nyaman.
Gambar memang aku tak amik. tempat kitorang agak kelam sikit.

Aku makan kambing, satay, udang, nachos, rojak buah
yang paling win aku rasa cempedak goreng.
banyak pulak aku amik. dasar tekak kampung kan..
food selection memang banyak tapi tak mencapai tekak la sangat.
dessert la paling ke laut. kek cantik kemahin tapi rasa out.
Pada aku, if aku nak keluarkan duit sendiri utk food seperti ini amat tidak berbaloi.
Nasib free tau. modal cuma rm6 bayar parking.
but anyway tetaplah bersyukur sebab still ada rezeki utk berbuka dengan mewah.
terima kasih kepada pihak bank itu.

Sedih kan baca pasal rakyat Palestin.
Kejam sangat Israel tu.
Selain menderma, cara lain kita nak bantu Palestin dengan boikot barang diorang.
Dan antara yg terbesar adalah Mekdi.
Hoih, bukan senang tuh.. nak2 aiskrim dia.
Tapi, IsyaAllah.. aku cuba sedaya upaya.
Maybe sebagai permulaan, kita kurangkan sikit2.
Moga terus istiqomah..
selain tu bila nengok senarai brangan yg perlu diboikot,
banyak gak eh yg aku beli. now tengah cari produk2 yg sesuai utk replace.

Moga saudara kita di Palestin terus dilindungi Allah SWT...

pic:google








Wednesday, July 9, 2014

Ai is missing someone


Assalamualaikum WBT...

Salam 7-1 Hahaha..
Main bola ke ape.. aku on tv time sahur pagi tadi.
nengok2 da 6-0.
Apakah? ingatkan dia punya statistik ke.
Moral down sgt tuh. Takkan Neymar takde terus takleh main.
Kot2 bakal kalah  pun, janganlah sampai kena titik.
Hahahaha

pic: google


So far team pilihan Amin semua terpilih.
Masa nak start world cup ritu, dia dengan confident kata Sepanyol awal2 da klua.
Dia target German, Belgium, Netherland.
Pelik gak aku dengan laki sendiri.
Padahal dia bukan nyer berjaga malam nengok bola.
Ntah celah mana dia buat siasatan.

Ok, tu takpe standard dunia semua nak tau
Ni liga Malaysia pon dia follow kow kow punya.
BTW kitorang org Johor so sokong lah JDT.
Dari zaman kegemilangan Johor zaman Abbas Saad sampailah zaman kejatuhan,
semua dia amik port. cuma tak gi stadium la.

Almost semua player dia amik tau. padahal tak glemer pn.
Standard la kan orang pompuan nengok bola.
cuci mata je lebih.
Lagi aku peliks team lain pon dia amik tau.
time nengok bola dia boleh jadi pengulas la.
"player ni dulu main team A, pastu dia bagus dia dipinjamkan main team B."
kecintaan sangat pada bola sepak tidak boleh dilunturkan.

eh tadi nak cite pasal ape ek.
ni gara2 rindu kat laki sendiri la kan.
da nak 2 minggu saya tak jumpa suami saya.
kesian kan saya. 2 tahun lebih duduk serumah, tetiba duduk jauh.
rasa lain pula.
masa baru kawin memang duduk asing pon.
tapi tu tak rasa sangat sebab dia kat semenyih aku kat PJ.

Plus baru kawen kan. belum rasa keserasian lagi.
masing2 da biasa duduk bujang, bila kawen, duduk asing tak rasa sangat.
pastu bila duduk serumah, baru keserasian tu datang.
banyak aktivit buat sama2.
yang paling penting balik keje suami amik.
masuk kete, terus ngadu bla..bla..bla..
pastu planning nak makan luar ke nak masak.
kalau awal bulan tu makan luar la.
masuk tengah bulan, masaklah.

Masak pun kena sama2 buat2.
barulah adil dan saksama. sebab sama2 keje kan.
sama2 penat. unless kalau amin kena OT.
barulah aku terhegeh2 masak sorang2 yang boleh drag sampai 2 jam.
padahal masak sambal sardin je pon. ye, aku memang seloowww...

now, im counting the days. jumaat malam saya mau pulang ke Joho..
memandangkan selasa depan cuti nuzul al-quran maka senin saya amik cuti.
sambil2 tu boleh la jeling2 kot ada keje kosong kat sana.
sambil2 tu gak boleh la aku kemas bilik kami sebab ritu tak sempat kemas.
baju2 aku semua dalam plastik itam lagi.

eh, beria nak balik bagai, keje part time da pending lama tuh.
tiket bas pon tak beli lagi.
tiket bas raya pon tak beli lagi. konpiden sangat nih.

Uollsss,, doakan aku dapat keje cepat eh kat Joho..




Saturday, July 5, 2014

Salam Ramadhan Semua


Assalamualaikum WBT..
Salam Ramadhan semua...

Ok.. tadi rasa nak menaip, skali da dok depan ni ku termenung tengok keyboard.
Taktau nak mula dari mana.

Da separuh tahun, kehidupan semakin mencabar.
$$$$ please jatuh dari langit. Hahaha..
Kerjaya masih lagi belum stabil. Stil berstatus PSH di sini.
Betul kata orang.. 5 tahun pertama perkahwinan adalah sangat mencabar.
Masih dalam usaha untuk menstabilkan segalanya.

Now, kami da tak menyewa kat Semenyih.
Amin di JB, aku masih di sini, dok menumpang rumah akak ku.
Pegi keje guna kete akak. Hantar dia dulu.
Punyalah selama ni da lama tak drive, tetiba kena drive balik.
Terus ku hidupkan lesen.
Ai da buat tau lesen yang baru tuh, yang color pink tu.
Gambar tu aku pakai baju putih tudung pink n biru.
Baru la cantik. matching ngan color kad.
Gilo kan.. kad pn nak matching bagai.


Bulan April.

Ayah sakit. bontot dia tumbuh bisul.
tapi sebab bisul dia tu dekat ngan lubang, (based on ibu cerita, aku tak nengok),
agak tragis la jugak.
Ayah tak boleh gerak sangat sebab dia kata sakit gila.
Dia baring je. Pastu confirmla dapat MC.
Ibu kata besar luka dia. Pas ayah operate lagi susah nak jaga.
Ibu nurse paling berdedikasi. Ayah kata ibu cuci luka, dia selesa.

Ayah diuji lagi.. Dalam luka tu baru seminggu, tumbuh lagi bisul.
Jarak tak jauh and lagi besar.
Ayah tu memang beremosi terlebih.
Bila dia sakit, lagi menjadi-jadi dia punya emosi tuh.
Memang rumah kitorang time tu sunyi je.
Rayyan nak berkuntau pun kitorang tarik naik atas. Kang ada yang kena sembur ngan ayah.
Sesiapa yang pernah jaga orang tua sakit, pahamla kan keadaan dia.

Ayah mula la mengarut cakap2 dia.
Kitorang dengar je, tapi kadang2 dengan kitorang sekali stress.. Hahaha
Ntah brapa kali aku n amin naik turun JB-KL.
Sebab ibu kan tak pandai drive, kesian pulak diorang nak gerak.


Ni time 2nd operation


Ayah da ditolak ke dalam

Ni 1st time kitorang mengadap ayah sendiri sakit.
serius, memang kaku gile sebab takde pengalaman.
tapi amin rileks je, sebab dia ada pengalaman. dia tau apa nak buat.
Time ni kan sedih je tau nak tolak ayah. sebelum dia masuk tu doktor bagi salam dulu.
Aku mampu salam je, tak mampu nak cakap.
memang sedih gila kot.

now, alhamdulillah.. ayah da sihat. badan pun da naik.
makan pn da tak pantang langsung.
ibu kata luka ayah pun da pulih sepenuhnya.

________________________________________________________

Cerita pasal amin pulak.
Ini pun dugaan jugak. Dalam kami naik turun KL-JB.
Dok perati keadaan ayah, kami decide nak duduk JB terus.
Memandangkan mak mertua aku pun dok rumah sensorang.
Itu pun tanggungjawab kami untuk jaga dia. Amin sendiri memang kuat hati dia nak jaga mak.
Aku pulak as a wife, memang menggalakkan niat dia.

Yela kan..kalau direnungkan pun siapa je yang ada.
Kena pulak aku dengan Amin bukan keje bagus sangat pun kat sini.
Kat JB pun ada gak keje macam ni.
So, decide untuk benti keje and stay JB.

Amin anta tender. Dia planning nak berniaga.
Tapi apa yang kami plan, tidak lah berjalan lancar.
Thing getting worst..
Hampir 3 bulan amin takda income. perit weh.

Alhamdulillah, Amin da dapat keje kat Johor.
Tinggal aku je yang belum dapat keje kat sana.
Thats why lah aku masih di sini. Sedih nih PJJ.
Harap ada rezeki kami di sana.
Nak set up life. Ini baru permulaan.
Hari2 aku dok motivasi diri sendiri. Tapi kadang2 aku down jugak.
Harap kali ni all is well....


Saya tenggelam lama pastu saya timbul jap



Assalamualaikum WBT,

Tenggelam timbul aku kat blog ni. Tapi selalu tenggelam la kan.
Sekejap je eh masa berlalu pegi (da kenapa ayat aku ni)
Rasanya macam baru ku taip azam tahun 2013.
Tiba2 da kena taip azam 2014 pulak.

Harapan nak turunkan berat badan tidaklah berjaya.
Muahahaha...
Hoi ! Aku amik masa 10 tahun tau nak jana lemak macam ni.
BTW, aku ada gak try ritu, berdiet bagai.
Ala2 diet atkins. sebulan aku tahan nengok nasik.
sebulan wei.. lama tu bagi aku.
turun gaklah.. tapi turun 2kg jer.. menangis aku nengok penimbang tu.
Supplement ade gak ku ambil.
Mula2 amik herbalife, tp mcm tak serasi dgn bdn.
Pehtu amik Shaklee. Tapi tak amik set dia lah.
Ku amik alfafa je. Ok lah dengan badan.
Cuma bila da amik apa2 supplement ni kita kena rajin minum air masak la.
Plus da rajin minum, kenalah rajin pegi toilet.

_______________________________________________________

Sabtu 8 Mac 2014 kita digemparkan dengan berita MH370.
Pepagi bangun nengok MAS da update press release kat FB.
Macam tak caya kan.

Yg lagi best, Ahad ktorang nak g Langkawi.
Tau tak apa perasaan naik flight time2 gini.
Dia macam ada 1 rasa takut yg luar biasa.
Padahal nak g Langkawi je pun.
Masa pegi tu tak sampai 1 jam da sampai.

Kebetulan cuaca kan tak berapa sihat.
Bila sampai Langkawi, ku sedut udara sedalam-dalamnya.
Rasa macam puas hati sangatlah.
Angin pulak kuat kemahin.
Sampai kan Gunung Mat Cincang tutup.
Kat bawah pun angin da kuat, ku tak tau la apa rupa kat atas tu.

Kali ni pegi ada rasa best la.
Pestime ni sejak kawin, bercuti jauh sikit dengan Amin.
Pastu ktorang free and easy. takde nak keja ape2 pun.
Nak naik Gunung Mat Cincang dengan Island hoping.
Pastu shopping2 skit. Thats all.

Tapi sebabkan Gunung tutup maka kami berjalan2 la kat Kuah.
Shopping la kan.
Malam pertama tu makan kat tepi pantai.
Ktorang carik restoran ikan bakar, tapi tak jumpa.
yang kat pantai cenang tu da taknak pegi.
nak tempat lain pulak. Akakku tanya sorang makcik ni.
Dia pun cakap la yg kat sebelah Pulapol tu best.

Tempat ni memang tak havoc. Sunyi je.
Sebab dia betul2 tepi pantai so dia nak kita bertenang dengan ombak je kot.
Dengan angin kuat lagi. Hoih lelemak tebalku tak boleh menampung sejuk dia.
Food not bad. harga pn not bad. Tapi ikan bakar dia memang sesuatu la.
Pelik sikit sos dia. tapi still boleh telan.

Hari last baru nak pegi Island hoping.
Jadual memang berterabur. tapi ktorang redah je.
Again sepanjang di lautan, hati tu macam tak best je.
Terfikir kat manalah MH370. Kat laut ke?
Angin pulak kuat, bot tu da macam apa je.
Tapikan ku macam pelik kenapa driver bot tu macam tak pentingkan keselamatan eh.
Maybe dia da biasa kot. Ktorang tak diberi life jacket.
Pepandai la korang amik.
Pastu tak pakai lagi dia da gerak dengan lajunya.
Ada 2 orang budak kecil dalam bot.
Sorang je dapat pakai. Anak buah aku tak dapat pakai pun.
Ntah apa yang dia kejar, aku pun tak tau.

Balik dari Island Hoping, merata la kami carik bilik yg boleh check in utk 3 jam je.
Kebetulan memang ada lagi yg membeli kat kuah, so terus ke sana.
Nasib jumpa motel warisan tok wan.
Check in sampai kol 530ptg dia cas rm30.
ok la kan, stakat nak mandi and golek2 kejap.

Flight balik lebih smooth.
Masa pegi lebih kurang 45min. tapi balik 60 min.
Keluar je dari flight, OMG !!!
Bau asap kuat gila. Pandangan kabur. Terus terbatuk2.
Maka bermula kehidupan seperti biasa.
Moga cuaca akan sihat seperti di Langkawi.