Tuesday, July 10, 2012

Kehidupan baharu


Asslamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Mini opis aku finally da habis setup.
Tinggal nak beli file holder je.
Nak bagi segala kertas nampak kemas.

Sebenarnya, aku now keje dari rumah.
Finally, dapat gak aku duduk sebumbung dengan suamiku yang sah ini.
Ramai orang respon,
untunglah keje dari rumah, boleh baring sesuka hati.
tidur sesuka hati, pakaian pun sesuka hati.

Ada gak pro's and con's bila keje dari rumah ni.

Yang best
-Aku boleh pakai baju, seluar sesuka hati.
- Waktu keje lebih fleksibel
- boleh hias opis ikut sukati.

tapi hakikatnya, aku still makan gaji.
Means, aku memang terikat dengan tanggungjawab.
Da besar rahmat bos aku bagi kelonggaran, datang opis seminggu sekali.
Syukur jugak sebab dia beri kepercayaan ni
Aku still kena kejar dateline.
Still work within office hour, sometimes bawak sampai ke malam.

Nak ikutkan dari segi penjimatan, tidaklah jugak.
Aku kena subscribe streamyx sebab area aku ni berukben 
tahap menyakitkan hati.
streamyx nih pun boleh tahan gak bengong dia
tapi bill still kena bayar full. tu je da rm120.
Plus, seminggu sekali pergi opis.
tol dan minyak bagai, da rm200.
Bil karen lagi. Sama je kot. silap2 lebih.

Takpelah kan. Janji dapat nengok muka laki sendiri ari2.
Walaupun kekadang asik nak gaduh je.
Tapi itulah yang buat aku lebih kenal laki ku.,
Masa tak duduk sebumbung memang kitorang tak pernah nak gaduh.
Kekadang rasa macam kosong pulak life tuh.
sebab macam plain jer.
now, barulah dapat menikmati status wife yang sebenar.

Rutin harian, bangun pagi macam biasa.
kalau amin nak bekpes, sediakan lah apa yang patut.
then, aku pun siap2 gak. nak masuk mini opis.
kira amin pegi keje, aku pun pegi keje gak.
Rehat kol 1-2. then sambung balik.
petang dalam pukul 6 aku stop.
nak masak. laki balik nak makan.
 if amin pegi keje balik,
aku pun masuk opis aku balik.

ohhh... now almost hari2 aku masak..
sebelum kawin, aku adalah zero pasal masak.
aku tak pernah masak dari a to z alone.
selalu aku just jadi asst chef kat dapo.
tapi now, boleh je kot aku masak utk tekak aku ngan amin.
ada je rasa. puas lagi kot makan masak sendiri daripada beli kat kedai.
lagi puas bila amin puji. sedappp.. pastu nengok dia makan sampai 2 pinggan.
ohhh.. itu tidak bagus ye suami. sudahlah laki bini obes.
kang makin obes pulak..

so far, sambal ngan terutup memang aku da tere..hehehe
pencapaian setakat ni, kari, nasi goreng, ikan sumbat, masak kicap, mi goreng, masak merah.
asam pedas dengan tomyam da masak jugak. tapi tekak aku rasa
belum mencapai KPI lagi.
tadi masak stew ayam. nama kemain. tapi senang je kot.
pastu aku ada buat bubur cacar, pengat pisang, kuah rojak buah, sambal kicap.
now peti ais pun da sendat dengan leftover food.
mana  taknya, ada 2 orang je tapi masak kemahin la.


Inilah buku rujukan aku. selain google.

resepi dalam buku ni banyak gak yg senang2.
bahan asas masak mesti kena ada lah.
bahan asas tu, bagi orang yang selalu masak tau.
bukan stakat bawang putih , bawang merah, je.

amin selalu sound, da berapa ari awak tak masak. da berapa resepi awak da missed.
hek eleh. dia bajet ari2 aku nak belek buku ni ke ape.
in fact, ade je masakan aku, yg aku belajar dr ibu/ akak
sebiji je dalam buku resepi.
patutlah aku masak sedap.. hehhehe..

tapi tak rugi lah beli buku ni.
ini salah 1 usaha aku nak menjadi isteri solehah..
sangattt.....



Ini blog chef hanieliza



No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel