Monday, June 11, 2012

2 hari lagi bergelar Mrs


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia


19 Januari 2012

Oh my...
Gelang untuk hantaran tak beli lagi.
barang2 coklat pun nak beli lagi.
kena kuar lagi la nampaknya.
plus rasa macam nak ukir2 inai kat tangan.
nak yang murah je.
paling simple.
yg selalu buat kat tepi jalan. 1 tangan rm10 hengget ke.

tengah hari, aku keluar drive sensorang.
pick up Amin. terus ke kipmart masai.
sebelum tuh singgah kedai kek belakang kipmart.
orang2 sini kate murah.
tapi coklat yang aku beli ni, kat bangi lagi murah.
beza dalam 2 hengget.

then masuk kip mart, carik biskut nak letak dalam coklat.
carik jugak gelang untuk hantaran.
pusing2. kenen2. cari yang within bajet amin.
susah nyer lahai nak carik gelang within bajet.
lagi pulak tangan gabak.
asik tak muat je.
last2 jumpa jugak.
tuh pun kena extend siket.

then carik tempat henna tuh.
aku macam da malas nak buat.
tapi amin macam taknak aku kecewa.
gigihlah dia tanya akak dia.
ke pekan masai pulak. sat lagi nengok kedai tuh da tutup.
rupanya dia da pindah depan kipmart.

patah balik.
aku da kate nak simple je.
eh.. dia seboleh2 sruh buat macam orang india punya.
aku takmo. aku nak yg rm15 je.hehehe
buat jugak lah.

pastu da buat baru sedar.
bukan ke nanti aku kena drive sendiri ke.
alahai.
sememeh la inai ni nanti.

sampai uma da tak boleh buat apa2.
tangan da berinai.
da lepas 3 jam menanggung derita,
maka aku bersihkanlah inai tuh.
ok. sangat tak cantik. tak pekat pun. muahahaha.
padan muka aku.

kebetulan kan nak buat majlis aqiqah Rayyan sekali.
mak dia pun sibuklah siapkan goodies berserta bunga pahar.
tapi mak dia ni kan, da panas punggoq slagi tak
melabur duit kat JPO.
last2 akak aku kua gak. aku tolonglah nengok anak dia.
sambil tuh gentel bunga.
rupanya ada lagi sikit bunga kecil2 aku tak kembangkan.

malam, orang khemah datang nak pasang khemah.
ini pun 1 hal. masing2 banyak sangat amik job.
baik bridal, dengan khemah.
bridal kate nak pasang pelamin pagi, yg khemah kate nak pasang petang.
adoi la hai. pening gak.
pastuh mintak tukar lak jadual.
demand pulak diorang nih.

Aku tak kisah, memanapun.
tapi aku da cakap family aku tak boleh nak bertanggungjawab.
if anything happen.
sebab uma aku kire jalan utama gak.
jumaat pulak budak skolah lagi.

malam tuh pasang khemah. tetiba supervisor ayah call.
sruh amik lori rosak ntah ke ape.
nak ikutkan diorang sruh ayah anta barang tuh.
tapi ayah taknak. sebab ayah da balik uma.
jumaat ayah mintak cuti. anak nak kawinkan.
takkan lah diorang tak paham.
dalam orang sibuk pasang khemah, aku drive kete
teman ayah amik lori.
pung..pang..pung.. pang...

pukul 9 gak baru setel.
kesian ibu duduk sorang2 kat uma dengan rayyam.
ibu siap kol aku. dia risau kot sebab kitorang tak balik lagi.
yang rayyan punya goodies, mommy dia buat sorang.
sebab dia ada KPI dia sendiri.
and KPI dia sangat tinggi. tak paham aku.

Family Mak Lang datang tolong apa yang patut.
Bila ada orang datang, tatau la napa.
Kitorang rasa macam takde benda je nak buat.
Padahal banyak je pun benda nak kena buat.
Bolehkan masing2 blur2 je.
Duduk depan tv, sembang2.

Sampai ke tengah malam.
Again, badan da penat.
tapi nasib bunga2 ku semua da setel.
barang2 da boleh tolak bawah katil bilik tengah.
bilik tengah da macam stor.

ok.. dah jom tido.
esok lagi macam2 benda nak buat.

Time nih idong da kembang kuncup senyum sorang2. macam tak caya aku dah nak kawin

sempat merempan kat FB



No comments:

Post a Comment

Silalah mengomel-ngomel