Saturday, June 23, 2012

Oh my goodies


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...


Cerita pasal goodies.
Aku decide nak bagi 200 untuk nikah.
800 untuk reception.
200 lollyop untuk naka-anak kecil time reception.

oleh kerana terlalu obses dengan kale putihi,
maka aku decide nak guna paper beg putih.
beli kat jalan raja taib ke apa ntah.
yang area pasar kampung baru eh.
ntah la. aku tak familiar jalan2 kat KL ni.
untuk paper beg ni, tak abis banyak la.
rasa macam rm7-rm8 untuk 100 pcs.

Aku ada sedikit rajin la. aku beli gunting yang ade curve tuh.
then, aku gunting atas paper beg bagi dia ade berombak sikit.
if tak, dia macam bergerigi tak cantek.
gigh aku gunting 1000pcs.
1 malam, aku target 100 pcs. Berjaya!
then untuk sricker pulak boleh refer balik post ni Mari mendesign sticker

Tema goodies adalah, comel, bermanfaat, jimat, dan TIADA PEMBAZIRAN.

Nikah

200 goodies ni untuk tetamu masa nikah nanti.
dalam white paper beg ni ada yassin, tasbih & coklat ni saja.
yassin dengan tasbih beli kat Mydin USJ.

Aku tak nak bagi goodies yasin ngan tasbih ari reception nanti
sebab ada gak tetamu bukan Islam.
So, kasi macam ni lagi senang.
Mari menerapkan nilai-nilai keagamaan.
Tasbih n yassin boleh digunakan.
Coklat 3 biji boleh terus ngap.
Tiada pembaziran.
Paper beg, boleh terus buang dalam tong sampah.

Paper beg untuk nikah ni, kasi fancy sikit.
nak letak reben kale kuning.
Sticker kan kale pink. So, mat aku nampak macam match la.
Letak 3 barang je pun da padat.


aku suke je paper beg ni.  simple and sweet.
puji diri sendiri kan.. hahaha

Kualiti gambar mmg macam haram.. Guna bb pulang ke laut..




RECEPTION

Telah direquest oleh ayah dan ibu.
Goodies tiada beza2 untuk tetamu. semua mesti sama.
so, ayah n ibu pun tak pening nak distribute.
bagi2 je.
orang catering ada sediakan berkat dalam 100 bungkus.
tuh terpulang pada ibu nak bagi siapa.
tapi ibu kata bagi sedara yang datang dari jauh.
lepas tu ibu kata first come first serve basis.

masukkan barang2, then lipat atas dia.
tampal dengan sticker. siap.
malas aku nak fancy2.
kang ada orang merewang buat sambil menyumpah dalam hati..
tau nak nyusahkan orang je.. heheh


Barang2 dalam beg kali ni,
telur pindang,- 80 sen.
muffin.- 70 sen
itu saja. kudapan time nengok tv nanti eh.
lepas makan, paper beg boleh kasi buang.
tak yah nak semak2 dalm rumah.

telur pindang tuh bubuh la dalam kotak.
muffin memang da dalam kotak.
muffin jiran kitorang yang buat. harga ada kasi diskaun ni.
if tak, mahu 1, rm1.
telur pindang pulak, makngah yang buat.
pun harga sedara-mara. mak ngah kata sekarang nak buat telur pindang susah
sebab daun2 susah nak carik.
lepas ni no more telur pindang kot, Pak Ngah da takde =(
takde sapa nak gi carik daun2 yg semakin pupus ni.

itu saja untuk goodies kami.
Pmore kepada kudapan kan.
tapi kan, siapa yang datang on reception aku, semua puas hati kot.
dapat makan sedap2, confirm balik tuh senang hati.
Hehehe.




nampak kan hujung kertas tuh ada ombak2. Cantik tak?
Da macam ericc pulaks.



Friday, June 22, 2012

Hari bergelar Mrs



Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...



21 Januari 2012
21-01-2012


Aku bangun sebelum subuh ok.
Arini aku nikahhhhh.
Tak pakai inai lagi.
Dengan mata terpisat-pisat, aku salotep jari sendiri.
nih tips nak pakai inai supaya tak comot.
then aku tepek inai daun.

pastu baring. lepas 2 jam. bukak.
ok. tak cantik.
maka pakai yang tiub oulak.
mintak tolong ibu.
yang ukir2 tuh pun ibu buat balik.
dan hasilnya.....



sila nangis dalam hati.


Scrub takde pulak kat uma.


Yang Mohd Radzif tuh cikgu aku time form 6.
Sempat kan dia wat lawak. Hish.
Cikgu ni manis orangnya.
kekadang dia senyum macam ada iras Fahrin Ahmad.
Tapi mulot dia laser gak..
Sentap hati kalau dia sound.
Pernah gak berangan nak laki manis macam nih.
now, aku dapat laki tua lebih kurang cikguku ini.
Dia pernah komen kat wall aku. suruh aku diet.
Hehehe. La nih mesti beliau paham nape
aku semakin membesar bagai johan kan.
ok. tersasul pulak.

Kat jari, ok. kemas. tak hitam.
Kale pun just nice.
yang kat tangan tuh pehal.
besar pulak tuh.
ini namanya menambah tahap stress yang ada.
Lagi pulak bila ada yang tegur.
Yang ibu pulak boleh cakap,
ok la tuh. baru nampak.
yang semalam tuh halus sangat...
sobs..sobs..sobs...

Tapi segalanya perlu diteruskan.
lepas zuhur majlis rayyan anaqi.
orang catering da anta lauk pauk.
yang orang khemah rupanya anta meja utk meja damai je.
Huargh... Why me? Why?
Padahal da bgtau kot semua2 tuh.
boleh dia sound aku pulak.
dia cakap aku tak bagitau.
padahal aku da bgtau atucara majlis.


Suke ke tak suke ke.
Diorang tetap lah kena anta kerusi meja.
Then, majlis untuk Rayyan Anaqi pun start.

Sangat peliks masyarakat di sini.
Masih tak boleh terima kehadiran mini pelamin untuk si kecil.
Maka, angkat segala khazanah tuh. baby dan mommy duduk jela depan pelamin.
Lucky, anak kecil tengah tidur.
Dia bangun time nak cukur jambul je.
Tapi takde lah sampai cukur jambul pun.
just cium2 je.
behave anak aunty time nih. Luv u masham..





Dia masih mamai. calik2 mata da ramai orang

rajin mommy hiaskan menatam apa ntah ni. 

Ikut tema uolls. chinese new year kan. apek tomel ni pun nak gak melaram

puas dapat makan kambing arituh.
kambing 2 ekor.
bawak sampai ke malam time majlis aku.
catering kami, adalah pakej. termasuk kenduri aku.


Lauk arituh,
1. nasi putih.
2. ayam black pepper
3.ikan asam pedas.
4. kambing masak merah
5. nangka lemak.
6. ulam2.
7. air mata kucing super sedap
8. jajan atau nama glamor junkfood adalah banyak.
9. Ntah ape lagi aku tak ingat.


Antara jajan yang ada... da macam kedai jajan pun ye gak.

Semua yang makan, memang puas.
kambing memang sedap giler.
mak cik ni tolong masakkan je kambing tu.
baik betul. murah rezeki dia.

then, setel semua. mommy daddy pun da lega.
aunty punya majlis tak setel lagi.
continue hias bilik.
mintak tolong siapa yang ada.
sana sini, mintak tolong.

sebab by 6pm mak andam da sampai.
aku pun tak mandi lagi.
maka gegas aku mandi. wuduk semua jangan dilupakan.
sebab tuh aku memang nakkan make up by women 100%.

Time pakai baju. lagi sekali stress.
tak muat ok.
memang memaksa kow-kow.
time ni memang aku da memekak2 bebel kan akak bridal tuh.
aku rasa burok, malu semua. sebab da macam sarung nangka.
tapi muka maintain senyum sebab photographer ngan videographer amik shot.
so bebel dalam senyuman la.

tangan aku memang tak lekang dari hp.
ngan amin lagi tanya pasal hantaran.
hantaran belah amin, she yang buat.
da siap pun hantaran tuh.
asyik tanya aku macam mana nak amik semua tuh.
padahal aku da bagi kot nombor shera.
deal la sendiri dengan dia. bukan tak kenal. hish.
saje tau nak tambah gemuruh aku.

da siap semua. close frens pn da sampai.
cakap sikit2. padahal dalam hati ni tatau nak kata apa.
gemuruh semua menjadi 1.
then tetiba semua frens turun.
tinggal aku sensorang dalam bilik.
tatau boleh turun ke tak.
sempat lagi update status.




See, my pomander ball.
really luv it.
make up dia pun aku suka.

Qilah sempat buatkan aku bunga tangan.
lebihan bunga buat hantaran.
nak cover perut aku yang ntah hape2 tuh.
kemain hover lak bunga tuh.
beso hoi.

time aku bersila nak sign borang nikah tuh.
tok kadi sempat sound tau.
hah, cane nak sign tuh. dengan bunga lagi.
truk tau tok kadi ni. saje nak gurau time2 camnih.
 tau tak dalam pale otak time tuh kosong.
aku macam blur je.
eh, tok kadi adalah muda.
kalau tak pakai jubah pasti kelihatan persis ustaz don daniyal.




chocolate mint. sedap je lalu kat tekak aku,. sebelum potong kasi snap dulu.


Suka hantaran she buat. simple n nice




upload jela sume pic.
sume amik dr FB jijah.
 Hantaran side aku
alQuran, moga beliau akan bimbingku ke jalan yang benar


jersey syaiton yang menjadi dambaan beliau.

Coklat kecil2 from Langkawi

Jam Fossil beli kat JPO saje.

Kek lapis, baijun sponsor


Sejadah, dalam maksud aku

Sirih junjung, kekawan ku jugak buatkan.

Side Amin pulak

JPO mari...

duit hantaran dengan gelang kasi 1 dulang, jimatsss dulang

Jam Fossil juga beli kat JPO.


Coklat mini jugak dari Langkawi.


fresh flower untuk bilik n hand flower
berat menanggung beban di kepala


girlfrens since muda belia, semua da selamat. tunggu cikgu qila tu je

That night memang sebak. tapi kan Amin memang takde perasan betul.
Dia baca taklik mendatar je. Suara pon tersepit.
Cuba kalau berbual dengan aku, kemain la suarakan.
Kat Jb kan ada lafaz keluarga sakinah.
tapi time aku, ibu takde baca pulak.
itu kalau ibu baca, konpem laju je air mata.

time skrip aku, aku memang baca sepenuh perasaa.
dalam skrip tu ada cakap, "terima kasih ayah, ibu sebab menjaga saya"
"saya mohon maaf ...."
serius memang aku baca dengan penuh keikhlasan.
aku baca pun sekat2 kot.

then, da peluk2 semua, naik bilik kasi setel bergambar.
by the time aku turun, macam lupa nak amik gambar dengan
keluarga and sedara mara.
takde sape pun remindkan kitorang.
ralat jugak.
Tadi petang masa aqiqah rayyan pun same.

lauk untuk malam ni, kambing aqiqah tadi.
pastu, eh, da lupa lah.
nanti balik JB, cekidaut balik.
aku ada tulis dalam buku catatanku.

setel kemas semua dalam pukul 1 am.
Serius penat. sebelum tidur, aku setelkan sikit
kerja2 centerpiece yg terbengkalai tuh.
tapi mata sudah tak larat dah.
pusing sana pusing sini, panggil ibu masuk bilik.
ibu tak boleh dibiarkan, nanti dia kemas non stop.

kami pun tidur dalam pukul 3 am.
tidur berjemaah dalam bilik pengantin.
tidur dalam senyuman sebab lega dah dinikahkan.
rasa lapang jugak sebab tadi da mintak maaf dengan ibu n ayah.





Tuesday, June 12, 2012

1 hari lagi bergelar Mrs


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...


20 Januari 2012

Selamat pagi cinta.
bangun dengan muka mesti senyum.
nak2 bakal suami yang kejutkan.
beliau kalau balik umah mak, memang bangun sebelum subuh.
kalau boleh dia orang pertama yang bukakkan pintu surau.

Breakfast apa yang patut.
keluar rumah, nengok lagi khemah. senyum sorang2.
idong kembang kuncup jugak.
dalam ati cakap~weee aku nak kawin.

masuk rumah, tolong ayah kemas hall.
kasi setel semua perabot.
da la semua jati.
time akak aku kawin, aku angkat dengan ayah.
time aku kawin, nasib ada abang ipar.
yang man kerusi aku boleh angkat, aku angkat lah
bawak masuk bilik ibu merangkap bilik pengantin.
boleh buat hiasan dalam bilik.
bentang karpet semua.
sampai ke porch.
dalam rumah nanti nak buat mini pelamin.
untuk aku nikah n rayyan punya aqiqah.2 in 1. Jimat.

Ayah tanya mana signboard nak ke rumah.
Sebab aku da kata benda tuh semua biar aku setelkan.
ayah cakap je kat mana ayah nak.
Then aku da design.
aku pass kat amin. mintak dia printkan.
pastuh boleh terus tampal kat kayu.
dia kata kat kilang dia banyak kayu.

aku kan balik JB ari ahad. aku balik dulu.
amin keje lagi. Rabu baru dia balik.
memang hampeh lah. non ado signboard tuh.
tak buat lagi hokay.
stress berganda aku nak menjawab dengan ayah.

tuh yang ikut mana pun dia kena setelkan hari ni jugak.
nak buat ni pun nak tanya2 aku.
sudahlah aku membusy kat uma.
dia mms aku hasilnya.
takkan aku nak cakap tak ok pulak.
ntah bila zaman boleh siap.
nasib hasil dia seperti yang dibincangkan.
Tu pun ayah kata kecik.
Father..2 keping A4 tuh sama la besar dengan A3.

Signboard aku design.
Seboleh-boleh nak guna gambar kartun tuh.
Kat kad, sticker semua pon kartun yang sama.
kengkonon macam trademark ler.
Getiks kan.. nak trademark bagai.
yang penting tak guna modal pon.
just beli plastik, salotep, dengan kudrat manusia.

yang print, tampal sampai end product adalah Amin.


orang bridal kata nak datang pagi.
beria suruh pasang khemah cepat.
tapi last2 bukan pasang pun.
just anta barang.
nengok. pasangnya tetaplah petang..
Ggrrrr. Geram aku tau.


Aku request takmo fancy dengan bunga


Aku da pass kan layout khemah awal2 time discuss.
Aku deal dengan anak dia kat KL.
yg kat JB bapa dia n staff yang buat keje.
Time diorang datang, mintak aku bagi layout.
sebab dia lupa nak explain kat bapak dia.
Oh my.. aku da membusy kat dalam.
ati da kecamuk.
aku main pass je kertas layout yang bersih.
lantas hasil dia memang la tak memuaskan.
sob..sob..
Karpet ni dia janji kuning, tapi dia pasang merah.

Kerusi pelamin yang aku request.

View dari pagar rumah


gambar ni aku tempah kat the perfect canvas time milkadeal. dapat 50%

If melabur kat tempat macam ni aku tak kisah.
sebab boleh guna balik lepas kawin.
now da tergantung dalam bilik kitorang.
sometime bila terpandang gambar ni.
Teringat balik that moment.

nape bila time macam ni maswa cepat sangat berlalu eh.
kejap da masuk zuhur.
aku terus sambung buat coklat ni

kali ni aku buat je banyak2

setelkan sorang-sorang

Ibu da membusy part lain.
Ibu sangat lah suka membusy part bukan2.
standar rumah nak kenduri, memanglah kecah.
Ibu mana boleh tengok uma kecah. asik lah nak menyapu.
pastu lap2 singki. kalau boleh taknak sebijik pun pinggan kotor.
Pastu kan time kenduri macam nih, ramai lah bagi makanan.
ibu pun sibuklah masuk dalam bekas nilah, bekas tulah.
bila benda tu da sikit, dia tukar pulak ke bekas kecil skit.
menambah bebanan kerja n rajin tak bertempat mak aku ni.
ayoo mother..

aku setelkan coklat ni sorang2.
Aku buat banyak2. later baru packing.
tapi tak boleh tinggal. sebab takuit semut.
tuh pun aku siap sedekahkan sikit coklat kat semut2.
makan la korang. janji jangan kacau coklat yang menimbun ni.
sakit segala bahu ngadapkan dia je.
Dengan 6 paket coklat, maka terhasillah 600 biji coklat.
Setel situ.

Nasib jiran sebelah offer khidmat anak dia.
so ibu pass kat anak jiran sebelah
tampalkan sticker kat yassin dengan
tampal sticker kat 200 white paper beg.
also guntingkan reben.
macam complicated je kan bunyi dia.
Tapi tuh kira da abis simple la aku buat.
maka, kurang sudah bebanan keje.

time packing tuh, kepala ni da macam ape je.
pikir segala macam hal. tapi separuh jalan.
otak da melayang ntah ke mana.
sebab pikir banyak benda tak setel lagi.

Nasib teringat. kakak keluar pergi smart.
then kirimlah inai tiub.
mana la tau inai daun nanti tak merahkan.

da petang dalam pukul 6. telur pindang sampai.
muffin pun sampai.
malam lepas maghrib jiran2 semua datang tolong packing.
meriah rumah.
bawak keluar semua kasi setel.

As tuan rumah, keluarkanlah segala makanan dan air.
ada kerepek, karipap, kuih muih.
aku pun teruslah mengundurkan diri.
kemas bilik pengantin pulak.
kasi tukar cadar je pun.
semua putih. pastu letak bantal kecil2.
bentang karpet.

then turun bawah, blender inai.
ntah macam mana, inai ni berlendir.
acu kat jari pun tak cantik.
tapi aku buat jelah jugak.

lepas tu siap packing semua da pukul 1.
cepatnya masa berlalu.
aku continue hiris daun pandan.
nak buat bunga rampai n pewangi bilik.
tadi masa tengah ramai2 tak sampai ati nak keluarkan.
pastu potong sorang2, elok duduk bersila.
pastu lenguh pinggang, terus meniarap.
last2 tertidur dengan daun pandan dengan pisau sekali kat situ.
nasib tak cedera.


Monday, June 11, 2012

2 hari lagi bergelar Mrs


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia


19 Januari 2012

Oh my...
Gelang untuk hantaran tak beli lagi.
barang2 coklat pun nak beli lagi.
kena kuar lagi la nampaknya.
plus rasa macam nak ukir2 inai kat tangan.
nak yang murah je.
paling simple.
yg selalu buat kat tepi jalan. 1 tangan rm10 hengget ke.

tengah hari, aku keluar drive sensorang.
pick up Amin. terus ke kipmart masai.
sebelum tuh singgah kedai kek belakang kipmart.
orang2 sini kate murah.
tapi coklat yang aku beli ni, kat bangi lagi murah.
beza dalam 2 hengget.

then masuk kip mart, carik biskut nak letak dalam coklat.
carik jugak gelang untuk hantaran.
pusing2. kenen2. cari yang within bajet amin.
susah nyer lahai nak carik gelang within bajet.
lagi pulak tangan gabak.
asik tak muat je.
last2 jumpa jugak.
tuh pun kena extend siket.

then carik tempat henna tuh.
aku macam da malas nak buat.
tapi amin macam taknak aku kecewa.
gigihlah dia tanya akak dia.
ke pekan masai pulak. sat lagi nengok kedai tuh da tutup.
rupanya dia da pindah depan kipmart.

patah balik.
aku da kate nak simple je.
eh.. dia seboleh2 sruh buat macam orang india punya.
aku takmo. aku nak yg rm15 je.hehehe
buat jugak lah.

pastu da buat baru sedar.
bukan ke nanti aku kena drive sendiri ke.
alahai.
sememeh la inai ni nanti.

sampai uma da tak boleh buat apa2.
tangan da berinai.
da lepas 3 jam menanggung derita,
maka aku bersihkanlah inai tuh.
ok. sangat tak cantik. tak pekat pun. muahahaha.
padan muka aku.

kebetulan kan nak buat majlis aqiqah Rayyan sekali.
mak dia pun sibuklah siapkan goodies berserta bunga pahar.
tapi mak dia ni kan, da panas punggoq slagi tak
melabur duit kat JPO.
last2 akak aku kua gak. aku tolonglah nengok anak dia.
sambil tuh gentel bunga.
rupanya ada lagi sikit bunga kecil2 aku tak kembangkan.

malam, orang khemah datang nak pasang khemah.
ini pun 1 hal. masing2 banyak sangat amik job.
baik bridal, dengan khemah.
bridal kate nak pasang pelamin pagi, yg khemah kate nak pasang petang.
adoi la hai. pening gak.
pastuh mintak tukar lak jadual.
demand pulak diorang nih.

Aku tak kisah, memanapun.
tapi aku da cakap family aku tak boleh nak bertanggungjawab.
if anything happen.
sebab uma aku kire jalan utama gak.
jumaat pulak budak skolah lagi.

malam tuh pasang khemah. tetiba supervisor ayah call.
sruh amik lori rosak ntah ke ape.
nak ikutkan diorang sruh ayah anta barang tuh.
tapi ayah taknak. sebab ayah da balik uma.
jumaat ayah mintak cuti. anak nak kawinkan.
takkan lah diorang tak paham.
dalam orang sibuk pasang khemah, aku drive kete
teman ayah amik lori.
pung..pang..pung.. pang...

pukul 9 gak baru setel.
kesian ibu duduk sorang2 kat uma dengan rayyam.
ibu siap kol aku. dia risau kot sebab kitorang tak balik lagi.
yang rayyan punya goodies, mommy dia buat sorang.
sebab dia ada KPI dia sendiri.
and KPI dia sangat tinggi. tak paham aku.

Family Mak Lang datang tolong apa yang patut.
Bila ada orang datang, tatau la napa.
Kitorang rasa macam takde benda je nak buat.
Padahal banyak je pun benda nak kena buat.
Bolehkan masing2 blur2 je.
Duduk depan tv, sembang2.

Sampai ke tengah malam.
Again, badan da penat.
tapi nasib bunga2 ku semua da setel.
barang2 da boleh tolak bawah katil bilik tengah.
bilik tengah da macam stor.

ok.. dah jom tido.
esok lagi macam2 benda nak buat.

Time nih idong da kembang kuncup senyum sorang2. macam tak caya aku dah nak kawin

sempat merempan kat FB



Sunday, June 10, 2012

3 hari lagi bergelar Mrs


Assalamualaikum WBT
Salam 1Malaysia

18 Januari 2012

Lots to do.
Amin da balik JB.
Tunggu Amin pick up, then banyak benda nak disetelkan.
Owh, tunggu dia sampaike tengah hari ok.
rupanya dia kena kerah tenaga kat uma.
ok...

1st, ke Felda Ulu Tebrau. pergi fitting.
ok. tidak happy plus penat.
takde bilik untuk fitting. main sarung je.
sedih.
semua pun tak muat.
tapi akak tuh janji akan adjust semua.
da remind kan akak tu macam2.
sebab aku tau, if last minit punya, aku memang tak amik port.

then terus ke Johor Premium Outlet.
ada beberapa barang hantaran tak setel lagi.
Memang nak beli kat sini pun.
Branded, original, murah.
Cuma outdated la. tapi ada aku kisah.
sebab da survey semua kat KL.
Mahal nak mamps.

Ke Fossil, beli jam laki bini.
Ke coach beli wrislet.
Itu saja.

Then terus ke Skudai.
Rumah member merangkap rakan dari tadika.
nak pinjap dulang hantaran. berserta alas.
sangat la melampau kan. Jimat noks.

pastu janji dengan tailor baju ibu.
jumpa kat bukit kempas.
tak koser nak pergi dahlia lagi.
penat hoih. plus ibu tak ikut.
bukan boleh fitting pun.
jumpa kat petronas je.
berkali2 akak tu mintak maap.
aku yg kepenatan sekadar tersenyum saja.

Singgah pulak Jusco tebrau.
mencari hantaran lagi 1.
kat KL da banyak kedai terjah.
semua pun takde saiz besar. eh. dia degil jugak.
nak jugak jersey kale merah. ade syaiton tuh.
ntah pape jek.
jumpa saiz, tapi pattern lama. beliau takmo.
nak pattern baru.. herrrrghhh. sterss hokay.
last2 beli jugak saiz sedikit kecil.
ntah ape dia minat sangat dengan kelab syaiton tuh..

terus ke mekdonel pandan.
meet up girlfrens. nak pass dulang hantaran.
sebab jijah and She yang tolong buatkan.
bajet bawh 300 untuk 2 side.
thanks girlfrensss...

time nih, badan da lekit lekat.
family dua2 da call.
tanya bila nak balik.
risau da masing2.

by time sampai rumah da pukul 11 lebih.
ade 1 mega projek tak start lagi.
nak buat homemade goodies.
barang2 da beli. nak buat coklat je pung.

Badan penat, tapi kena gigih gak.
trus naik atas mandi. ibu da ready nak tolong.
Beli tiga bungkus coklat.
mould dia beli yang besar sikit.

Buat dia tak susah mana pun kan.
cuma leceh nak masukkan dalam mould sikit2.
Dalam dia aku letak biskut ais krim.
yang kale2 dia aku buang.

urusan packing pun leceh gak

ibu buat acuan, aku bahagian packing
 Plan asal, 1 bekas letak dua biji.
sekali kotak ni macam terbesar pulak.
so, kena letak 3.
means, memang tak cukup la coklat nak buat 200 paket.
Makanya, memang kena beli lagi.

Aku siap salotep keliling sebab takut nanti masuk semut

Nengoklah da pukul berapa. serius penat


Last2, nengok ibu pun macam da tak larat.
So, kami pun kemas, terus masuk tido.
Takut nanti ibu sakit pulak.

Naik atas, baring atas katil.
Ya Allah, nikmatnya dapat baring.
Tidur aku sampai esok nya bangun da ujung2 subuh.
punya lena. ntah beli masa aku tutup alarm pun aku tak sedar.


Saturday, June 9, 2012

4 hari lagi bergelar Mrs


Assalamualaikum WBT...
Salam 1 Malaysia...

17 Januari 2012

Ari nih tak keluar rumah.
Setelkan bunga semua.
Banyak pulak bunga nih.
buat pomander ball untuk gantung kat siling bilik.
Aku tak amik pakej hiasan bilik.
so, kena la hias sikit2.

eh, aku keluar jugak lah.
pegi smart.
beli telur masin. nak letak kat bunga pahar.
suke ngan bunga pahar aku.
100% hasil aku dengan ibu.
puas bila ada hasil tangan sendiri.

da pergi smart, pergi bank pulak.
nak tukar duit. amin mintak tolong.
da tau nak raya cina, ingat senang ke.
sudahlah johor jaya tu ramai chinese.
pegi maybank, takde duit.
pusing2 pegi cimb bank.
sudahlah nak parking susah.

pergi hong leong yang depan cimb bank tuh.
queve depan blakang chinese.
tetibe aku plak menyibuk kan.
nasib dapat tukar.aku orang last. pas tuh abis.

then, teringat nak beli khemah kecik.
orang canopy tak boleh provide.
maka haruslah ke Giant pulak.
Berlegar2 nak beli khemah.
sebab pegi sorang je kan.
taktau nak buat keputusan.
plus budak Giant ni sorang pon takde.
Ngular ke ape.

kat situ je da makan sampai petang.
penat. padahal takde buat apa pun.
penat cari parking sebenarnya.

balik uma sambung ngadap bunga aku.
Finally semua bunga da dikembangkan.
alooo.. comelnyer.
tapi sayang. tak snap pun. sob..sobs...



Friday, June 8, 2012

5 hari lagi bergelar Mrs.


Lambat pulak gambar kawin aku ni siap.
Video pun sama. Lagi parah kot.
Ritu baru tanya lagu.
Macam kan baru nak edit je.
Duit bajet bayar diorang pon aku da terguna.

Nak cite pasal hari kawin pun susah.
Sebab tak de gambar langsung kot.
Family aku memang langsung tak pegang kamera.
Semua ade keje masing2..
Cenggini lah kalau family memebr sikit.

Just nak flashback saat2 indah itu.
Aaku memang amik cuti awal.
Seminggu awal.
Tapi macam hari2 sibuk je.
Kad pun tak abis distribute.
So hari Isnin tu gigih pegi ke hulur ke hilir.
Ditemani ibu.

16 Januari 2012

Pagi2 pegi distribute kad.
by tengah hari, pegi pasar dahlia.
nak amik baju ibu. baju beliau paling mahal.
Anta tempat je dalam rm1++.
beliau masuk beli kain lagi
kira ini hadiah untuk ibu la..


Qilah tolong sketch kan



masuk2 kedai, member aku terus berusaha panggil tokey dia.
member aku keje sini.
masa duduk tuh, aku ternampak kain ibu. elok lagi dalam plastik.
muka aku da berubah ni.
jauh kot datang. baju tak siap lagi.
pung..pang..pung...
dia janji by rabu konpem siap.

then trus lunch dulu.
makan nasi briyani gam.
hati tengah panas kan. haruslah makan yang sedap2.

pegi jakel, beli kain jersey nak buat tirai.
aku ada buat sudut sain guest book.
tatau la cameramen amik gambar ke tidak.
pastu ke mana lagi ntah. lupa sudah.
yang penting sampai rumah agak penat lah.

baca status FB bridal, bapa dia meninggal.
atas sifat kemanusiaan dan menghormati keadaan,
so aku postpone fitting.ari rabu.

malam, sambung buat paper flower.
aku buat untuk hiasan meja.
da siap lipat2. cuma nak kembangkan dia.
tapi, baru berapa je buat, aku da tertidur.






PESTA LAYANG-LAYANG 2011


Assalamualaikum WBT...
Salam !Malaysia...

Ok.. ni tak tipu punya.
Memang tahun 2011. Muahaha.
Dok kobek2 lappy nih.
Ada gambar tahun lepas.

Pesta layang-layang kat Johor Bahru tuh memang event tiap tahun.
Sejak aku dok kempas lagi.
Umur that time dalam 6 ke 7 tahun.
Ayah da bawak gi Bukit Layang-layang.
Nengok layang-layang la.
Pe lagi kan..

Pastu, da tak pegi lagi.
Koser nak berpanas semata-mata nak nengok layang2.
yang kekadang tak melayang pun kalau atas bukit tuh angin tak kuat.

Last year, awal tahun.
19/292011. Aku still menganggur. Dok uma kat JB.
Ayah ajak g bersiar2 ke bukit layang-layang.
hari perasmian kot.
Setelah sekian lama, kami pegi balik tempat tuh.

Panas hokay. Terik. angin pun manja2 je.
Aku da la lepas tunang tuh muka rosak.
tak penah mekap kot. so muka pedih2 je.
tapi aku mensportingkan diri gak.
Layankan je apa ayah nak.

Layang-layang yang biasa2 memang naik. Comel2 la

Ada banyak negara. Gigih diorang dok tengah padang tuh.

yang beso gabak ni takmo naik


kretip kan

Ibu pun sporting layan je..

Peserta je boleh masuk tengah padang.

Uncle ni tak silap dari Jepun. Veteran da nih

Posing like 30 years back..
 yang merasmikan haruslah sultan Johor.
Kebetulan kiotrang dok bersantai belakang stage utama.
so ayah nak tunggu sampai perasmian lah.

Father.. panassss.
cuaca that time panas dan kering/
Kalau kakak aku ni, mau bertangkup muka dia.
Ayah selalu repeat ayat tuh. Even time berjemur tu pun ayah repeat gak ayat tuh.
Dia da tau sangat anak dia yg putih gebu tu memang tak suka event camnih.
aku dalam ati, " me oso father".. muka da pedih nih..
Tapi aku tetap senyum je..



Dapat capture dari belakang je. Menteri besar Johor.

Diorang da standby.
yang 1st sampai adalah TMJ


Sedap betul bunyi kete ni

Drive kete sendiri




Pastu ade yang tolong alihkan


parking betul2 depan mata aku


aku pun petik ler

eh eh.. nak bagi punjam ke

dan lagi


then sultan pun sampai.
tapi time tuh da ujan so diorang trus benti depan stage.
tak dapek den petik muka sultan kami.
now baru ku tau.
datang seperate transport eh.
tapi ok la kan. drive sendiri.
baru tau kualiti highway pasir gudang tuh cane.


itu ape eh. hammer ke? jeep ke? tatau aku

Bila hujan da turun, kami pun balik.
Ayah belanja makan kehepsi.
That moment betul2 sama macam 20 years back.
Sobs...sobs.. really miss that time..
Eh, ini da macam post sempena hari bapa pulak eh.

Sekian laporan saya yang tertunggak selama setahun lebih.
Ntah bila kala pulak aku nak pegi event ni lagi.